Anda di halaman 1dari 13

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM

PENDIDIKAN SENI VISUAL KE ARAH PEMBELAJARAN


BERMAKNA

Siti Hayati Mohd Yusoff1; Abdul Halim Husain, Ph.D2


1,2
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
1
sitihayati@ipgmipoh.edu.my

Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka penggunaan TMK dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual dalam kalangan guru sekolah. Secara
tidak langsung melihat instruksional guru dalam PdP Pendidikan Seni Visual sama ada
mempraktiskan TMK sebagai amalan terbaik dalam proses pembelajaran. Penyelidikan
ini berasaskan paradigma kualitatif kajian kes. Data dikumpul menggunakan kaedah
temu bual, pemerhatian dan dokumentasi. Dapatan penyelidikan menunjukkan majoriti
guru bersikap positif terhadap kepentingan penggunaan TMK sebagai alat atau BBM
dalam PdP. Guru berusaha untuk menggunakan media TMK sebagai BBM dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan TMK sangat
penting dalam sistem pendidikan masa kini dan meningkat kecekapan serta kemahiran
seperti menggalakkan potensi imaginatif, kreatif serta pemikiran logik dan kritikal dalam
kalangan pengguna TMK dalam PdP. Kesimpulannya di sini adalah bahan bantu
mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran
dan pengajaran supaya dapat meningkatkan amalan terbaik menggunakan TMK sebagai
BBM dalam PdP supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna ke arah
Pendidikan Abad 21. Penyelidikan ini juga menggunakan konsep-konsep pedagogi dan
teori konstruktivisme.

Kata kunci: TMK, Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual,


Pembelajaran Bermakna

PENGENALAN
Era teknologi maklumat dan komunikasi telah menguasai dunia secara global dengan
berleluasa. Dalam aspek pendidikan masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi
menjadi pendekatan untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar. Para pendidik
perlu menggunakan pendekatan yang menerapkan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi dalam proses pengajaran. Teknologi maklumat dan komunikasi telah
diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan.
Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan membawa banyak
faedah dalam membentuk seseorang pelajar yang berpengetahuan dan secara langsung
menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad ke-21, seseorang guru juga perlu menguasai pelbagai bidang mengikuti
perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan
pembelajaran), menggunakan media teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni
bagi tujuan pembentukan akhlak dan sahsiah yang baik. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
92
dibentuk supaya relevan dan koheren dengan keadaan semasa dan boleh memenuhi
matlamat-matlamat yang ditentukan terutama dalam konteks pembelajaran bermakna.
Penyelidikan ini berkaitan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual masa kini ke arah
pembelajaran bermakna. Amalan terbaik dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan dikaji
mengikut kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Amalan praktis
pengintegrasian media teknologi maklumat dan komunikasi dalam Pendidikan Seni
Visual menjurus kepada pendekatan baharu dalam menghasilkan satu sesi PdP
Pendidikan Seni Visual yang berinovasi.

Latar Belakang Penyelidikan


TMK dalam pengajaran dan pembelajaran memberi peluang untuk meningkat kreativiti
pelajar. Pendidikan Seni Visual tidak lagi dikaitkan dengan bahan tara tradisional tetapi
diperluaskan menggantikan crayon, cat dan tanah liat. Potensi ini dikesan apabila TMK
boleh membantu dengan meneroka masalah reka bentuk, selain meningkat pembelajaran
baharu dalam PdP Pendidikan Seni Visual. Ini dapat menarik pelajar melalui
pengetahuan-pengetahuan baharu. Secara tidak langsung menyokong pelajar dalam
artistik dan ekspresi diri.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dilihat sebagai satu tambahan kepada alat pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Ia mampu menghasilkan produk seni yang diberi nilai
tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat
sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan
Seni Visual. Pendekatan media TMK yang terbaik ialah apabila ianya digunakan secara
bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi dalam program seni
boleh meningkatkan motivasi dan kreativiti dalam kalangan guru dan pelajar. Ia
memberi impak yang paling berkesan dengan pemilihan dan penggunaan sumber media
teknologi maklumat dan komunikasi yang memenuhi keperluan pelajar khusus dalam
konteks pembelajaran. Untuk meningkatkan kualiti pembelajaran, guru perlu
menyokong pelaksanaan media teknologi maklumat dan komunikasi dalam PdP kerana
media teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan cara-cara baharu untuk
memanipulasi sesuatu sedia ada dan mewujudkan amalan seni baharu.

Penyataan Masalah
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan TMK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual sebagai satu wadah dalam PdP yang
menyumbang kepada satu inovasi. PdP Pendidikan Seni Visual dengan menggunakan
TMK sebagai bahan bantu mengajar harus dipraktiskan sejajar dengan pedagogi baharu
Pendidikan Abad ke 21 yang berpusat kepada pelajar. Dalam erti kata ia dipraktiskan
sebagai amalan terbaik dalam PdP. Selain daripada itu, aspek-aspek penambahbaikan
juga diselidiki untuk melihat aplikasi media TMK sebagai nilai tambah dalam

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
93
pembelajaran guru. Keberkesanan PdP sangat penting ke arah pembelajaran bermakna
dengan menerapkan penguasaan kemahiran kendiri pelajar.

Tujuan Penyelidikan
Dalam usaha untuk melahirkan guru yang celik teknologi, kreatif dan inovatif melalui
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berasaskan media
teknologi maklumat dan komunikasi, secara khusus tujuan penyelidikan dilakukan adalah
untuk mengkaji apakah rekabentuk instruksional guru Pendidikan Seni Visual dalam
proses pengajaran berasaskan media TMK ke arah pembelajaran bermakna.

Soalan Penyelidikan
Secara khusus, persoalan penyelidikan yang mendasari penyelidikan ini ialah untuk
mengkaji apakah rekabentuk instruksional guru Pendidikan Seni Visual berasaskan
TMK.

Kepentingan Penyelidikan
Tujuan pelaksanaan pengajaraan dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berasaskan
TMK adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran asas penggunaan TMK. Seni
boleh membantu seseorang dalam mencipta dan menjana perkembangan ilmu melalui
penggunaan TMK agar ia lebih berkesan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi
dalam Pendidikan Seni Visual berasaskan penggunaan TMK banyak membantu pelajar
untuk memahami dunia TMK secara positif. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah
penggunaan TMK dalam PdP secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan PdP. Integrasi TMK dalam PdP melibatkan guru
dan pelajar. Ia digunakan sebagai wahana dalam PdP ke arah pembelajaran bermakna.

Kajian Literatur
Kemajuan TMK memberi cabaran baharu kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual.
Kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mengharungi perubahan
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Menerajui bidang pendidikan masa hadapan,
setiap warga guru Pendidikan Seni Visual perlu memahirkan diri dengan media-media
TMK selain strategi pelaksanaan ilmu pedagogi yang mantap. Perkembangan
persekitaran pendidikan yang semakin kompleks menuntut kemahiran pemikiran tinggi
yang dapat diproses dengan mudah menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.
Senario ini turut dialami dan meliputi subjek Pendidikan Seni Visual di dalam
penggunaan media TMK dalam kalangan guru Pendidikan Seni Visual ke arah
pembelajaran bermakna.
Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007), dalam era globalisasi yang
berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pembangunan
pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan TMK dalam kalangan pelajar.
Penggunaan TMK dalam sesi pembelajaran dan pengajaran menjadi satu budaya pada
masa kini. Penggunaan TMK ini dilihat dapat menarik minat pelajar dalam mencari
maklumat tambahan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Rusmini Ku Ahmad (2012), melalui integrasi TMK beberapa perubahan dan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
94
pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini
pelajar menjadi lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada
proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

METODOLOGI
Penyelidikan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengkaji situasi sebenar yang terjadi
dan inovasi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru
Pendidikan Seni Visual berasaskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
sebagai bahan bantu mengajar. Melalui situasi pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung, nilai-nilai, kepercayaan, pemikiran dan persepsi pelajar dapat dikenalpasti
dengan tujuan untuk meningkatkan penggunaan dan integrasi media teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pelaksanaan pembelajaran bermakna Pendidikan Seni Visual.

Reka Bentuk Penyelidikan


Reka bentuk penyelidikan merupakan kaedah dan prosedur yang digunakan bagi
menjawab persoalan penyelidikan. Ia meliputi keseluruhan proses penyelidikan yang
terdiri daripada proses konseptual masalah kepada proses menulis laporan
(Creswell,2007). Penyelidikan ini berasaskan paradigma kualitatif kajian kes. Ia
mengandungi sama ada satu kes atau beberapa kes, diselidiki dengan mengambil jangka
masa yang bukan singkat (Creswell, 2007). Penyelidikan dilakukan secara mendalam.
Sebahagiannya menggunakan teknik pemerhatian dan temu bual secara langsung dengan
latar belakang yang natural atau semulajadi manakala sebahagiannya pula melalui faktor-
faktor subjektif dari fenomena yang muncul ketika pemerhatian berlangsung.
Penggunaan pendekatan kualitatif dapat menjelaskan isu ontologi iaitu dengan
membincangkan realiti atau keadaan sebenar sesuatu situasi. Realiti merupakan sesuatu
yang dibina individu yang terlibat dalam penyelidikan (Creswell,2007). Antara faktor
yang membina ‘realiti’ atau ‘dipengaruhi’ adalah termasuk nilai, sikap, persepsi dan
kepercayaan individu yang terlibat. Dalam hal ini penyelidik perlu memahami dari aspek
perasaan, sikap, pandangan, pengetahuan, pengalaman dan kepercayaan guru, pelajar dan
sebagainya yang mempengaruhi pelaksanaan penggunaan media-media teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
di sekolah.

Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran PSV Instruksional


Bermakna
BermaknaTMK Guru

Kerangka Teori Penyelidikan: Adaptasi dari Teori Perkembangan Kognitif (1970),


Model Konstruktivisme dan Michael Fullan Maria Langworthy (2014)

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
95
Sampel Kajian
Pemilihan partisipan seramai lapan orang guru PSV dan empat orang murid adalah
dianggap memadai dalam sesuatu kajian kualitatif yang mementingkan kedalaman data
yang dikutip. Ini adalah kerana dalam penyelidikan yang bersifat kualitatif, penentuan
bilangan informan penyelidikan atau partisipan tidak menjadi persoalan yang penting
(Fraenkel, Wallen, & Hyun, 2012; Gay, 2012). Keadaan ini bersesuaian dengan
kemampuan penyelidik menjalankan penyelidikan memandangkan tempat tinggal
pastisipan adalah jauh, di samping partisipan yang terdiri daripada pelbagai peringkat
jawatan yang mempunyai kekangan waktu. Selain itu, kaedah pemilihan partisipan
adalah berbentuk persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan dipilih atas dasar
kepercayaan, asas kepada maklumat utama, boleh menyediakan data yang diperlukan
(Fraenkel et al., 2012), memenuhi keperluan persoalan penyelidikan, bersedia untuk
bekerjasama dan ditemu bual. Penyelidik memastikan sekolah, guru dan pelajar yang
dipilih dapat memberi komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya. Pemilihan partisipan
guru adalah untuk mendapatkan maklumat tentang reka bentuk instruksional guru dalam
proses PdP berasaskan media TMK.

Instrumen Penyelidikan
Data penyelidikan ini dikumpulkan dengan mengambil kira dua perkara penting iaitu
fokus penyelidikan dan kaedah pengumpulan data. Penyelidik menggunakan kaedah
pemerhatian pengajaran, temu bual dan analisis dokumen (Patton, 1990). Penggunaan
pelbagai kaedah pengumpulan data memastikan penyelidik tidak hanya bergantung pada
satu kaedah. Hal ini dapat mengukuhkan kesahan dalam reka bentuk penyelidikan yang
dijalankan. Setiap data yang diperolehi diperjelaskan bukti yang lebih kuat dengan
mengambil sokongan dari sumber sampingan yang sangat membantu dan relevan.
Penyelidik membuat pemerhatian ke atas pelajar dan guru semasa pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dengan menggunakan media TMK sebagai bahan bantu
mengajar. Setelah memperolehi data lapangan di peringkat pemerhatian, penyelidik akan
menemu bual secara langsung berpandu soalan yang telah dibina berdasar pemerhatian
yang telah dilakukan sebelum ini di dalam bilik darjah. Di fasa akhir penyelidikan,
penyelidik akan membuat analisis dapatan menerusi data pemerhatian, data temu bual di
samping menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan seperti profil dan produk atau
hasil karya pelajar.

Prosedur Pengumpulan Data


Proses dan prosedur pengumpulan data penyelidikan amat penting dalam memastikan
penyelidikan berjalan lancar. Terdapat empat peringkat yang dilaksanakan oleh
penyelidik dalam menjalankan penyelidikan iaitu peringkat persediaan penyelidikan,
peringkat pengumpulan data, peringkat selepas proses pengumpulan data dan peringkat
membuat kesimpulan.

Analisis Data
Dalam penyelidikan ini data akan dianalisis secara manual sebelum memasuki lapangan,
semasa di lapangan dan setelah selesai di lapangan. Analisis semasa memungut data
adalah penting dalam memberi fokus dan hala tuju yang berkaitan bagi mengumpul data,

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
96
maklumat atau bukti yang relevan bagi menjawab persoalan penyelidikan. Tanpa analisis
data semasa di lapangan, kemungkinan data yang dikumpul agak kabur, tidak berfokus
dan tidak mencukupi atau tidak relevan untuk dibuat rumusan. Hasil analisis awal
membolehkan data-data disusun mengikut tema-tema sementara, diberikan kod dan
indeks yang boleh membantu penganalisisan data pada akhir penyelidikan. Penyelidik
membuat pemerhatian ke atas pelajar dan guru semasa pelaksanaan penggunaan media
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Setelah memperolehi data lapangan di peringkat pemerhatian,
penyelidik akan menemu bual secara langsung berpandu soalan yang telah dibina
berdasar pemerhatian yang telah dilakukan sebelum ini di dalam kelas. Di fasa akhir
penyelidikan, penyelidik akan membuat analisis dapatan menerusi data pemerhatian dan
data temu bual.

DAPATAN KAJIAN
Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk
memenuhi tugas ini seorang guru bukan sahaja perlu menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan kondusif tetapi juga perlu menciptakan pengajaran yang berkesan
untuk memperolehi pembelajaran bermakna. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Berdasar pemerhatian dan temu bual yang
dilaksanakan, kebanyakan guru tidak menggunakan TMK sebagai bahan bantu mengajar
dalam PdP mereka.
Sehubungan itu ‘in house’ atau kursus dalaman kepada guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tentang penggunaan media TMK dalam PdP
mereka. ‘In house’ (kursus dalaman) telah dilaksanakan berkaitan tentang inovasi media
TMK dan berkongsi pengalaman dengan guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni
Visual. Beberapa contoh software yang telah sedia ada yang boleh dimuat turun sebagai
BBM dalam pelaksanaan PdP PSV. Hasil dapatan juga dapat mengumpul maklumat
tentang proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang menjadi
amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Hasil temu bual didapati 80%
guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual (PSV) tidak menggunakan TMK sebagai
BBM mereka. Selain itu hasil dapatan juga menunjukkan 87.5% guru yang mengajar
mata pelajaran ini bukan opsyen Pendidikan Seni Visual.

‘in house’ atau kursus dalaman kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
97
‘ Art workshop’ bagaimana menggunakan media TMK untuk pelajar. Guru mengajar
PSV menggunakan media TMK sebagai satu inovasi menghasilkan corak terancang
menggunakan perisian MS Word

Pendedahan diberikan kepada guru-guru PSV tentang perisian TMK yang sesuai yang
boleh digunakan semasa melakukan aktiviti. Perisian yang paling mudah digunakan
untuk membuat corak terancang adalah MS Word. Berikut adalah antara contoh yang
telah dihasilkan oleh pelajar sekolah rendah.

Mengaplikasi tools ‘MS Word’ untuk menghasilkan corak yang mudah melalui rupa
yang sedia ada dalam ‘word’ berkenaan

Ahli teori Behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk kepada perubahan


yang boleh diperhatikan seperti kemahiran-kemahiran baharu atau pengetahuan yang
boleh didemonstrasikan

Inovasi merupakan satu tindakan atau proses ke arah perubahan, pengubahsuaian


dan transformasi. Ia dilakukan dengan langkah-langkah baharu, kaedah baharu,
pemodenan sehingga wujud sesuatu yang baharu. Kewujudan itu berdasar kepada
kreativiti, keaslian, kepintaran, inspirasi dan daya cipta. Sama ada pembaharuan itu dalam
aspek kaedah, idea, produk dan sebagainya. Inovasi teknologi yang direka untuk
menjimatkan tenaga. Bagi menjayakan tujuan ini, instruksional guru perlu menuju satu

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
98
hala tuju yang dinamik bagi mengujudkan pendidikan abad 21 ke arah pembelajaran
bermakna.
Ramai melihat Pendidikan Seni sebagai satu cara untuk membangunkan
kemahiran kritikal untuk inovasi ke arah pembelajaran bermakna. Menurut Arne
Duncan, Pendidikan dalam bidang seni adalah lebih penting berbanding sebelum ini.
Dalam ekonomi global, kreativiti adalah penting kerana memerlukan lebih daripada
hanya kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi peserta produktif dan inovatif dalam
tenaga kerja. Untuk berjaya hari ini dan pada masa hadapan, manusia perlu menjadi
berdaya cipta, kreatif, dan mempunyai daya imaginasi. Cara terbaik untuk memupuk
kreativiti itu adalah melalui Pendidikan Seni.
Pedagogi masa kini juga memerlukan kemahiran berfikir secara kritis daripada
para guru. Guru perlu mengambil kira penglibatan pelajar agar aktiviti yang dilaksanakan
mampu memperoleh penglibatan aktif para pelajar. Komunikasi dan interaksi di antara
guru dan pelajar adalah secara dua hala di mana guru bersifat demokratik. Pembelajaran
berpusatkan pelajar memberi ruang kepada mereka untuk mencari dan menentukan
sumber dan bahan pembelajaran yang mencabar, pengetahuan sedia ada murid dan
seterusnya memberikan pemahaman konsep baharu yang mendalam kerana melibatkan
interaksi sosial. Justeru TMK perlu dijadikan sebagai bahan bantu belajar untuk
meningkat keberkesanan guru.

Keseronokan pelajar menggunakan TMK dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

Dapatan penyelidikan menunjukkan majoriti guru bersikap positif terhadap


kepentingan penggunaan TMK sebagai alat atau BBM dalam PdP guru. Mereka juga
menganggap TMK sangat penting dalam sistem pendidikan masa kini. Persepsi guru-
guru mula berubah dan mereka berasa lebih yakin apabila menggunakan TMK dalam
bilik darjah. Cuma dalam aspek instruksional guru, mereka masih menggunakan kaedah
konvensional dalam pengajaran PSV. Ini disebabkan kurang pengetahuan, kurang
kemahiran menyebabkan penggunaan TMK dalam PdP sangat terbatas. Terdapat juga
jurang kritikal dalam kalangan guru sebagai pengguna TMK dalam PdP.
Hasil penyelidikan ke beberapa buah sekolah di Melaka dapat disimpulkan
bahawa kesediaan menggunakan TMK dalam PdP sebagai satu inovasi dalam aktiviti
PSV masih tiada perubahan. Senario ini berlaku di mana guru dan pelajar masih berada
dalam proses menyesuaikan PdP melalui teknologi. Hasil penyelidikan tidak
mencerminkan sebarang persepsi negatif terhadap aplikasi TMK sebagai BBM dalam
PdP PSV memandangkan ia masih di peringkat baharu. Penyelidikan ini sebagai
pendedahan kepada guru dan pelajar untuk mencuba beberapa software atau perisian
yang mudah dan diharapkan menjadi platform kepada pelajar untuk membina dan
meningkat kefahaman teknikal mereka dan bersedia untuk guna-pakai tanpa ragu-ragu.
JURNAL IPDA BIL. 26, 2019
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
99
Begitu juga dalam kalangan guru supaya amalan praktis ini boleh menjadikan
pembelajaran guru lebih berkesan dan bermakna ke arah kemenjadian pelajar selari
dengan PA 21.
Perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang
ialah kemahiran pembelajaran yang dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang
diperlukan pada zaman kini. Salah satu kemahiran ialah penggunaan media teknologi
maklumat dan komunikasi yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa
kini. Penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual
itu sendiri. Penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi mesti dilihat sebagai
satu tambahan kepada alat pembelajaran dan pengajaran atau teknologi pengajaran
yang berkesan. Penggunaan media TMK juga mampu menghasilkan kerja seni yang
diberi nilai tambah (inovasi) dan juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi
visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara
manual atau konvensional dalam Pendidikan Seni Visual.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Pembelajaran Bermakna
Berdasar dapatan dirumuskan bahawa guru-guru perlu menekankan perubahan dalam
budaya instruksional yang telah menjadi amalan sebelum ini dalam melaksanakan PdP
mereka. Perubahan dalam budaya perlu ditekankan supaya dapat menggerakkan
kecemerlangan untuk semua pelajar. Penentu utama pembelajaran bermakna adalah
pemerolehan kompetensi baharu. Penglibatan murid perlu ditingkatkan dalam
pembelajaran melalui keindividualan dan kesepunyaan.
Guru perlu menghubungkan pelajar dengan dunia sebenar dan bukan lagi terikat
dengan silibus yang perlu dihabiskan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pengubahsuaian perlu dalam menerapkan nilai kerohanian yang murni dengan membina
kemahiran, pengetahuan, keyakinan diri dan efikasi kendiri melalui inkuiri. Secara tidak
langsung memberi pengalaman baharu kepada murid sebagai co-designers dan co-
learners. Murid sebagai problem designers di mana ianya berubah dari what is kepada
what could be. Murid terlibat dalam mengemukakan masalah dan bukan sebagai
penyelesaian masalah semata-mata.
Persepsi guru terhadap implementasi atau penggunaan TMK dalam PdP juga
memain peranan penting dalam menentukan sikap positif terhadap penerimaan media
TMK ke arah pembelajaran bermakna. Persepsi dan sikap guru boleh berubah sekiranya
guru diberi latihan atau kursus TMK yang berkaitan dengan perisian-perisian yang sesuai
dalam PdP Pendidikan Seni Visual.

Nilai tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Menggunakan TMK


Penggunaan TMK dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas
kandungan kurikulum PSV itu sendiri. Penggunaan TMK mesti dilihat sebagai satu
tambahan kepada alat pengajaran dan pembelajaran atau teknologi pengajaran yang
berkesan. Ia mampu memberi hasil kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja
seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk
menggantikan penggunaan media secara manual dalam PSV.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
100
Selain kaedah PdP secara konvensional yang diajar dalam kelas atau bengkel
seni, penggunaan teknologi iaitu komputer amatlah digalakkan bersesuaian dengan
peredaran masa yang menggalakkan kemahiran komputer dan teknologi maklumat dalam
kalangan murid. Ini membuktikan kepentingan PdP berbantukan TMK sesuai dengan
PSV alaf baharu. Kaedah PdP yang bagus, menarik dan interaktif mengikut
perkembangan teknologi semasa menggalakkan perkembangan idea dan penerokaan
sangat digalakkan.

Pedagogi Baharu
Aplikasi teknologi instruksional yang merangkumi aplikasi perisian seni dan penggunaan
komputer telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran PSV yang dilancar pada tahun 2003.
Teknologi instruksional menggabungkan perisian melukis dan perkakasan seni.
Penggunaanya berpandukan kurikulum terbaharu seni visual di harap dapat membantu
kaedah penghasilan hasil karya melalui PdP yang lebih berkesan. Justeru data tentang
kemahiran atau pengetahuan guru dalam aplikasi TMK perlu dikenalpasti kerana ia
adalah nilai tambah yang mampu menjana dan merangsang produk penghasilan karya
seni visual (KPM, 2000). Berdasar temu bual bersama guru-guru PSV, penyelidik
merasakan perlu memberi satu kursus in house atau kursus dalaman berkaitan media
TMK yang boleh digunakan dalam PdP mereka. Ini adalah untuk menyediakan mereka
sebagai warga pendidik PSV dalam menghadapi perkembangan TMK masa kini dan akan
datang, seterusnya membangunkan amalan terbaik ini ke arah pembelajaran bermakna.

IMPLIKASI
Apa yang ingin dijelaskan, faktor sikap guru merupakan faktor utama dapat dikesan
terhadap murid yang menunjukkan sikap positif terhadap penerimaan penggunaan TMK
dalam PdP. Sikap mereka menjadi pendorong utama dalam usaha melaksanakan proses
PdP berasaskan TMK. Amalan praktis penggunaan TMK dalam proses PdP bukanlah
sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ianya dilihat berpotensi dalam
mempertingkatkan proses PdP ke arah pembelajaran bermakna, namun usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan pembangunan modal insan dalam
konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merentas Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KSSR) diperkasakan lagi melalui Kurikulum Standard Sekolah rendah
(KBSR) di mana elemen TMK, kreativiti dan inovasi, juga keusahawanan diberi tumpuan
utama sebagai elemen nilai tambah (ENT) sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 yang
memerlukan penggunaan teknologi secara meluas dalam kehidupan seharian iaitu
Internet of Things (IOT) harus dipuji.

KESIMPULAN
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang
positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap
langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. Salah satu
daripada implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah ianya akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di mana semua murid melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Dari aspek interaksi pula penggunaan

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
101
BBM berpusatkan pelajar akan menggalakkan interaksi yang lebih berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.
Di zaman moden ini media TMK seperti komputer telah banyak digunakan
untuk membantu pelbagai aktiviti manusia. Sebagai contoh pelbagai aplikasi untuk
kegiatan Menggambar telah dibuat dan digunakan. Tux Paint adalah aplikasi pengolah
gambar vector yang diperuntukkan untuk belajar menggambar bagi pelajar untuk
mereka kenal dengan dunia menggambar menggunakan komputer. Konsep aplikasi ini
menggabungkan beberapa ikon yang boleh menggembirakan pelajar ketika
menggunakan program ini. Tux Paint juga termasuk koleksi starter gambar, realistik
baik gaya pewarnaan dan foto realistik. Ianya mudah digunakan dan sesuai dalam
bidang pendidikan. Begitu juga dengan pengajaran guru yang menggunakan aplikasi
sosial yang semakin dikenali seperti YouTube yang membolehkan pelajar mematuhi
prosedur menghasilkan sesuatu kegiatan seni seperti menghasilkan origami. Pelajar
visual sukar mengikuti pembelajaran menghasilkan origami jika di sampaikan secara
verbal. Ini bertepatan untuk mengembangkan inovasi dalam hasil karya pelajar dengan
menggunakan media TMK. Bukti menunjukkan bahawa Pendidikan Seni menyediakan
pelajar dengan kemahiran untuk berfikir secara kreatif, membuat pembaharuan dan
untuk menjadi pelajar yang gigih bersedia untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.
Risiko kepada pelajar yang mempunyai akses kepada seni juga cenderung mempunyai
keputusan akademik yang lebih baik dan peluang kerjaya yang lebih baik (laporan NEA
terkini: The Arts and Achievement in At-Risk Yuoth).

Rujukan
Ahmad Rizal Madar et al. 2008. Impact of Teaching and Learning Method with
Multimedia Application Aided. The 6th International Malaysian Studies
Conference. 5-7 Ogos 2008.
Armstrong,K.M & Yetter-Vessort,C (1994). Transforming teaching through trchnology.
Creswell, J.W. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among
FiveTraditions (2nd ed). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Esah Sulaiman, (2004) Pengenalan Pedagogi. Skudai Johor Darul Takzim: Universiti
Teknologi Malaysia.(p.4-7)
Fraenkel, J.R., Wallen, N. E., & Hyun, H.H. (2012). How to design and evaluate
research in education (8th.ed.) New York: McGraw-Hill.
Hairiah Munip (2012). Aplikasi Pendekatan Konstruktivisme Dalam Reka Bentuk
Pengajaran Berasaskan Komputer: Pengaruhnya Terhadap Pencapaian
Berdasarkan Aras Kognitif Pelajar. Bukit Mertajam: Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tuanku Bainun.
Huitt, W. (2003). Constructivism. Educational Psychology Interactive. Retrieved from
http://chiron.valdosta.edu/whuitt/col/cogsys/construct.html
Michael Fullan, Joanne Quinn, Joanne McEachen (2017): New Pedagogy for Deep
Learning. Sage Publications Inc.
McMillan, J. H. (2012). Education research: Fundamentals for The Consumer. Boston,
MA: Pearson Education.
Patton, M. (1990). Qualitative Evalaution and Research Methods. Newbury Park, CA:
Sage

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
102
Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007) ICT dalam Pendidikan: Prospek dan
Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32 . pp.
139-152. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.
Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. (Daripada)
http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/papers/524734/Integrasi_Tekn
ologi_Maklumat dan_komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan Pembelajaran 10
April 2012.

JURNAL IPDA BIL. 26, 2019


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
103

Anda mungkin juga menyukai