Anda di halaman 1dari 13

JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL.

2) 2020

ANALISIS KEPERLUAN PENGINTEGRASIAN GAYA PEMBELAJARAN DAN


TEKNOLOGI MEDIA BARU DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

(NEED ANALYSIS OF INTEGRATION BETWEEN LEARNING STYLE AND NEW


MEDIA TECHNOLOGY IN VISUAL ART EDUCATION)

1Wan Lokman bin Wan Ahmad


2Ahmad Nizam bin Othman,Ph.D
3Ridzuan bin Hussin,Ph.D

1-3
Universiti Pendidikan Sultan Idris

1
Corresponding author:loxxstudio@yahoo.com.my

ABSTRAK
Pendekatan gaya pembelajaran merupakan satu keperluan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan murid generasi baru. Selaras dengan revolusi pendidikan, pendekatan gaya
pembelajaran seharusnya diintegrasikan dengan teknologi agar dapat diterapkan kemahiran
pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan murid. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan
pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan mengaplikasikan kaedah
temu bual terhadap empat orang guru dan dua orang pakar. Dapatan analisis keperluan ini
mendapati terdapat empat tema yang memberikan satu signifikasi kepada keperluan
pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu
1) Memudahkan guru, 2) Menepati pembelajaran abad ke-21, 3) Elemen merentas kurikulum, dan
4) Kefahaman tentang seni dan warisan. Dapatan ini diharapkan dapat membantu para pendidik
untuk meneroka dan mengintegrasi pendekatan gaya pembelajaran dan teknologi media baru bagi
mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dapatan kajian ini juga akan
digunakan di dalam fasa penyelidikan seterusnya untuk pembangunan modul pembelajaran yang
berupaya meningkatkan minat, motivasi dan keterlibatan murid di dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.

Kata kunci: Gaya pembelajaran, teknologi media baru, Seni Visual.

1
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

ABSTRACT

Learning style approach is integral in all teaching and learning sessions especially ones that
involving new generations of students. In line with the advent of educational revolution, a learning
style approach should be integrated with technologies in order to engage 21st century learning
skills to students. This study aimed to identify the importance and need for integrating learning
styles and new media technologies in the Visual Arts Education subject. A qualitative approach was
employed in this study by applying the interview method to four teachers and two experts. The
findings of this needs analysis show that there were four themes that have a significance to the need
for the integration of learning styles and new media technologies in Visual Arts Education, namely
1) Facilitating teachers, 2) Complying to 21st century learning, 3) Cross-curricular elements, and
4) Understanding of art and heritage. These findings are expected to assist educators to explore
and integrate learning style approaches and new media technologies to create more meaningful
teaching and learning sessions. The findings of this study would also be used in the next research
phase for the development of learning module that would be able to increase the interest, motivation
and involvement of students in the subject of Visual Arts Education.

Keywords: Learning styles, new media technology, Visual Art.

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Dalam usaha menerapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), guru berhadapan dengan
cabaran bagi memenuhi keperluan setiap murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Menurut Norazlin dan Siti Rahaimah (2019), setiap individu mempunyai perbezaan dari segi
pengetahuan, minat dan gaya pembelajaran. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru bagi mengekal
dan meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran dengan menerapkan pelbagai
teknik dan pendekatan yang bermakna. Guru perlu mengubah amalan pengajaran daripada kaedah
objektivisme kepada pembelajaran berpusatkan murid dengan mengaplikasikan pengajaran inovatif
dengan memberi tumpuan pada penggunaan teknologi secara kreatif mengikut kecenderungan
murid. Justeru itu, untuk mendapatkan hasil yang berkesan, pendekatan pengajaran berasaskan
minat dan kecenderungan murid perlu diberi perhatian. Pada zaman pendidikan yang kontemporari,
guru seharusnya cakna terhadap keperluan gaya pembelajaran murid dalam apa jua mata pelajaran
kerana ia mempengaruhi kejayaan PdP (Jayanthi & Munir, 2016). Selain itu, penerapan gaya
pembelajaran dalam sesebuah bahan pengajaran adalah perlu agar objektif pengajaran terlaksana

2
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

(Unsal, 2018). Di dalam kerangka PPPM 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan jelas telah menggalakkan penerapan gaya pembelajaran di dalam sesi PdP di sekolah. Gaya
pembelajaran yang ditekankan oleh KPM meliputi pengaplikasian teknologi sebagai alat untuk
memudahkan kefahaman murid terhadap sesebuah pembelajaran (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Di dalam kerangka Transformasi Sekolah 2025 (TS25), pendekatan gaya
pembelajaran ditekankan melalui Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
yang berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan berasaskan pedagogi
abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Usaha ini merupakan satu pendekatan
pedagogi baharu melalui sistem pendidikan yang luwes bagi menyediakan murid dengan laluan
pendidikan yang bersesuaian dangan bakat dan minat agar mereka dapat menikmati persekitaran
pendidikan yang berkesan.

Sesuai dengan era kecanggihan teknologi, amalan pedagogi oleh guru dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual (PSV) juga hendaklah mengikut peredaran zaman. Pada masa ini,
penggunaan teknologi media baru dalam dunia pendidikan terutamanya di sekolah masih lagi tidak
meluas dan memerlukan persediaan yang rapi agar sesi PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.
KPM telah merencanakan PAK-21, yang merangkumi pelbagai kaedah dalam mengajar murid-
murid di sekolah rendah mahupun menengah, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Impak penggunaan teknologi dalam konteks pendidikan memberikan
peluang kepada tenaga pengajar bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan, malah dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan (Smeda, Dakich & Sharda, 2014). Menurut Dewey
dan Dewey (1915), pendidikan di sekolah hendaklah mengangkat satu pendekatan baharu dalam
sistem instruksi berdasarkan kepada perubahan dan keperluan sosial mengikut peredaran zaman.
Pendekatan ini perlu untuk memberikan kemampanan pendidikan terhadap keperluan murid dan
seterusnya bersaing secara sihat pada abad ke-21 ini.

Pernyataan Masalah

Dalam satu kajian di Malaysia, proses pengintegrasian teknologi dalam pendidikan masih lagi di
tahap rendah dan tidak digunakan secara efektif dan kreatif (Noraini, Hani Merylina, Mahizer,
Mohd Arif & Norazilawati, 2013) Ini adalah kerana guru-guru berpendapat bahawa penggunaan
teknologi ini akan mengurangkan nilai estetika terhadap sesebuah karya (Ahamad Tarmizi, 2011).
Situasi ini mengakibatkan murid merasa bosan dan tidak terlibat secara aktif dalam pembelajaran
di dalam kelas (Siti Zubaidah & Abdul Razak, 2015). Tambahan pula, pendekatan pendidikan
dengan cara yang lama dianggap tidak relevan dengan murid generasi Z dan tidak menyediakan

3
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

mereka ke arah pendidikan abad ke-21 (Institut Aminuddin Baki, 2017). Jadi, penyediaan bahan
pembelajaran yang sesuai dengan zaman digital ini adalah sangat diperlukan.

Dalam situasi PdP sekarang, guru-guru di sekolah masih lagi mengamalkan teknik dan
kaedah yang konvensional dalam menyampaikan isi kurikulum kepada murid (Salyani, Noraidah,
Nor Azan, Ratna Zuarni & Nahdatul Akma, 2016). Perkara ini juga berlaku dalam pengajaran PSV
di mana sesi pengajaran teori hanya melibatkan chalk and talk sahaja tanpa ada kaedah baru yang
sejajar dengan era teknologi maklumat ini (Fatimah & Normah, 2016). Kaedah konvensional yang
berpusatkan guru memerlukan murid untuk bergantung sepenuhnya kepada guru menyebabkan
murid menjadi bosan dan tidak berminat dengan proses pembelajaran yang diikuti. Kaedah ini tidak
fleksibel kerana mengenepikan kecenderungan dan minat murid. Pengintegrasian di antara gaya
pembelajaran dan teknologi media baru dilihat berpotensi untuk mengatasi masalah ini. Ia berupaya
untuk memberikan suatu nafas baru di dalam sesi PdP PSV yang melibatkan murid generasi Z.

Tujuan Kajian

Secara objektifnya, tujuan penyelidikan adalah seperti berikut:


Mengenal pasti keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata
pelajaran PSV.

Soalan Kajian

Secara literalnya, kajian ini akan menjawab soalan berikut:


Apakah terdapat keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam
mata pelajaran PSV?.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian diharap dapat menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan dalam
penyampaian kandungan secara holistik pada era generasi digital ini. Pengaplikasian gaya
pembelajaran adalah perlu kerana ia merupakan satu keperluan semula jadi bagi seseorang murid.
Penerokaan terhadap gaya pembelajaran merupakan salah satu pengembangan ilmu pengetahuan
berkaitan pedagogi berbantukan teknologi yang boleh dijadikan panduan kepada para pendidik pada
era pendidikan abad ke-21. Gaya pembelajaran adalah berpaksikan kepada keperluan dan
kecenderungan murid terhadap stimulus semula jadi yang mampu menarik minat dan meningkatkan
motivasi murid terutamanya dalam sesuatu mata pelajaran. Begitu juga dengan penggunaan

4
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

teknologi media baru yang mana semakin berkembang hari demi hari. Pendidikan di sekolah
hendaklah mengangkat satu pendekatan baharu dalam sistem instruksi berdasarkan kepada
perubahan dan keperluan sosial mengikut peredaran zaman. Kajian ini memberikan satu strategi
kepada instruksional guru agar dapat menguasai pedagogi menggunakan teknologi sesuai dengan
kecederungan murid bagi menerapkan nilai murni dan sahsiah yang baik. Pendekatan ini mampu
menjadikan sesi PdP di dalam mata pelajaran PSV lebih interaktif berdasarkan kepada
kecenderungan murid. Selain itu, pengintegrasian ini berupaya meningkatkan kemampanan
pendidikan terhadap keperluan murid dan seterusnya bersaing secara sihat pada abad ke-21 ini
(Dewey & Dewey, 1915).

SOROTAN LITERATUR

Gaya pembelajaran telah diberikan perhatian oleh penyelidik terdahulu sejak 40 tahun lepas yang
mana telah mewujudkan pelbagai penemuan berkaitan gaya pembelajaran dalam pengajaran di
sekolah (Coffield, Moseley, Hall & Ecclestone, 2004). Gaya pembelajaran merujuk kepada variasi
penggunaan pancaindera murid sama ada satu atau lebih penggunaan deria untuk memahmi,
menyusun dan menyimpan pengalaman dalam pembelajaran (Reid, 1987). Penerapan gaya
pembelajaran ke dalam sesi PdP terutamanya bagi sesuatu mata pelajaran dapat membantu guru
menjalankan tugas mendidik dengan lebih berkesan. Gaya pembelajaran ini membolehkan murid
untuk memilih cara penerimaan pengetahuan mengikut kecenderungan mereka melalui deria yang
ada. Sekaligus dapat menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan dalam
sesuatu pembelajaran. Ramai sarjana dan penyelidik bersetuju bahawa penerapan gaya
pembelajaran dalam sesebuah pengajaran dapat memberikan banyak manfaat dalam pembelajaran,
iaitu mewujudkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan (Taljaard, 2016), meningkatkan prestasi
murid (Safiye, 2018) dan mewujudkan sesi pembelajaran yang lebih bermakna (Jayanthi & Munir,
2016). Jika sekumpulan murid mempunyai kecenderungan gaya pembelajaran tertentu, bahan
pengajaran seharusnya diaplikasikan gaya pembelajaran yang sesuai agar dapat meningkatkan
kefahaman murid dengan maksima (Fesol, Salam, Osman, Bakar & Salim, 2016).

Menurut Salisbury (1996), teknologi adalah aplikasi saintifik yang sistematik atau
pengetahuan yang diorganisasikan untuk tugas-tugas yang praktikal. Dengan kata lain, apabila kita
mengembangkan sesuatu produk, prosedur, alat-alat dan teknik disatukan untuk menghasilkan satu
inovasi, ianya disebut teknologi. Dalam konteks pendidikan, teknologi merupakan aplikasi
sistematik sains dan pengetahuan lain dalam tugasan pendidikan (Ishak & Dani, 2015). Media baru
pula merujuk kepada medium perantara yang digunakan oleh guru dalam proses PdP. Ia
merangkumi media digital yang berinteraktif, melibatkan komunikasi dua hala, berbentuk virtual

5
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

serta menggabungkan teknologi digital dan komputer (Logan, 2016). Media baru juga didefinisikan
sebagai bahan berteknologi baru yang mempunyai karektor digital, interaktif, hiperteks, virtual,
rangkaian dan simulasi (Lister, Dovey, Giddings, Grant & Kelly, 2009). Menurut Gane dan Beer
(2008), media baru merupakan anjakan daripada media lama yang bersifat analog kepada
komunikasi media digital. Ia merupakan pembaharuan kepada teknologi berasaskan komputer yang
mempunyai ciri rangkaian, informasi, arkib, interaktiviti dan simulasi. Media baru dalam konteks
kajian ini melibatkan unsur teknologi komputer, peranti pintar, multimedia, komunikasi virtual dan
jaringan internet. Kajian berkaitan penggunaan teknologi media baru ini dalam pendidikan juga
telah banyak diselidiki. Sebagai contoh, penggunaan teknologi media baru dapat memaksimumkan
penerimaan pengetahuan dan kefahaman kepada murid (Kysela & Storkova, 2015; Norabeerah,
2016), menyuburkan perkembangan intelek (Panciroli, Macauda, & Russo, 2017) dan memberikan
kefahaman berkaitan warisan dan budaya (Fatin Norsyafawati, Nik Zulkarnaen, Ahmad Rasdan &
Khairul Azhar, 2016; Galatis, Zaroliagis, Pantziou, Galavas, & Kasapakis, 2016).

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini secara dominan untuk memperolehi data. Kaedah
ini bermatlamat untuk memahami fenomena tentang apa yang dialami oleh subjek penyelidikan.
Menurut Burn (1995), penggunaan pendekatan kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian
melibatkan pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas,
sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Denzin dan Lincoln (1994) menyatakan bahawa
pendekatan kualitatif melibatkan kepelbagaian kaedah secara berfokus, termasuk menggunakan
pendekatan naturalistik untuk menyelidik sesuatu subjek dalam kajian. Creswell (2009) pula
menegaskan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang
didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan
sosial.

Alat Pengumpulan Data

Dalam pendekatan kualitatif, penyelidik merupakan alat utama dalam sesebuah kajian (Creswell,
2009; Bogdan & Biklen, 2007). Dalam kajian ini, penyelidik dapat bertindak sebagai alat yang
sensitif untuk meneliti dan mengumpul maklumat dari sumber yang boleh dipercayai. Penyelidikan
kualitatif kebiasaannya menggunakan kaedah temu bual terbuka dalam usaha untuk mengumpulkan
maklumat. Temu bual merupakan satu sesi interaksi di antara penyelidik dengan responden atau
6
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

informan. Interaksi ini terdiri daripada dua orang atau lebih yang kemudiannya membawa kepada
perundingan untuk mendapatkan informasi berasaskan konteks kajian (Silverman, 1993).

Dalam fasa analisis ini, p enyelidik membina instrumen iaitu protokol temu bual yang
mengandungi tatacara dan persoalan temu bual terhadap guru dan pakar (Creswell, 2007). Proses
kesahan protokol temu bual akan dilaksanakan oleh tiga orang pakar bidang pengajaran dan pakar
kajian kualitatif. Sesi temu bual diadakan bersama dengan responden iaitu empat orang guru PSV
dan dua orang pakar setelah penyelidik membuat temu janji. Penyelidik memilih untuk
menggunakan temu bual separa berstruktur terhadap guru dan pakar. Dalam proses temu bual ini,
penyelidik merakam suara responden dengan menggunakan perakam suara. Proses ini akan
memudahkan penyelidik mendengar semula hasil temu bual untuk ditranskripsikan secara verbatim.

Prosedur Analisis Data

Penyelidik sebagai instrumen utama yang akan menganalisis data dan ini memerlukan sifat
keterbukaan terhadap kemungkinan yang timbul daripada data dan seharusnya peka terhadap
situasi, kepercayaan dan fenomena dalam lingkungan penyelidikan yang dikaji. Menurut Merriam
(2001), analisis data adalah proses yang kompleks yang memerlukan pertimbangan antara data yang
konkrit dan konsep abstrak. Dengan kata lain, analisis data adalah proses menstruktur data yang
bercelaru, kabur dan memakan masa yang panjang (Strauss & Corbin, 1997). Apabila data temu
bual telah lengkap dikumpulkan, maka proses menganalisis data dimulakan. Proses pertama yang
perlu dilakukan ialah menulis semula hasil temu bual ayat demi ayat iaitu secara verbatim
berdasarkan rakaman suara. Kemudian, proses analisis verbatim dan pengekodan tematik secara
manual.

DAPATAN KAJIAN

Melalui kaedah temu bual responden, hasil transkripsi temu bual telah memberikan satu signifikasi
kepada keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam PdP bagi
mata pelajaran PSV. Justeru, dapatan kajian ini akan menjawab persoalan ini:

Apakah Terdapat Keperluan Pengintegrasian Gaya Pembelajaran dan Teknologi Media


Baru dalam Mata pelajaran PSV?.

Melalui analisis yang telah dijalankan terhadap dapatan temu bual, secara umumnya semua
responden bersetuju bahawa pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam
7
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

sesi PdP dapat memberikan kelebihan kepada mata pelajaran PSV secara holistik. Rata-rata
responden menyatakan bahawa perlunya pengintegrasian di antara gaya pembelajaran dan teknologi
media baru dalam mata pelajaran PSV. Terdapat empat tema yang telah dikenal pasti melalui sesi
temu bual yang telah dijalankan. Tema tersebut ialah:

Memudahkan Guru
Pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV
memberikan kelebihan kepada guru untuk menjalankan tugas mengajar. Perlaksanaan PdP menjadi
lebih mudah dan menjimatkan masa dengan adanya bahan berteknologi yang membantu guru
menyampaikan isi kurikulum dengan berkesan (Raja & Nagasubramani, 2018) . Ini terbukti dengan
kenyataan oleh responden yang ditemu bual:
“Kerja guru menjadi lebih mudah sebenarnya. Kita sebagai guru sememangnya tahu pasal
kecenderungan murid generasi baru ni. Saya biasa gunakan multimedia dalam kelas,
memang membantu saya untuk mengajar dengan lebih baik.” (G1, ms1, b14-16)
“Gaya pembelajaran dan teknologi adalah elemen yang sepatutnya ada. Pengajaran yang
guru jalankan dalam kelas akan jadi lebih tersusun dan memudahkan guru untuk beri
penerangan berkaitan topik seni.” (P1, ms4, b10-12)

Menepati Pembelajaran Abad ke-21


Kaedah PAK-21 merupakan satu keperluan yang perlu ditekankan oleh guru dalam sesi PdP dalam
semua mata pelajaran. Salah satu elemen PAK-21 yang telah ditegaskan dalam 11 anjakan PPPM
ialah memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Menurut Wong dan Kamisah (2018),
pendidikan melalui teknologi memainkan peranan yang penting dalam menyediakan murid yang
kompeten dan berdaya saing dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Contoh hasil temu
bual responden berkaitan pernyataan PAK-21 adalah seperti berikut:
“Kita sebagai guru sememangnya perlu ikut kepada apa yang KPM sarankan pasal PAK-
21 kan. Penggunaan teknologi ni salah satu daripada elemen dalam PAK-21. Jadi,
pendekatan gaya pembelajaran dan teknologi ni perlulah seiring supaya sesi PdP berjalan
lancar. Yang penting, ianya mengikut minat generasi Z kan.” (G2, ms3, b4-7)

“Apa yang saya tahu, penggunaan teknologi dalam pengajaran adalah satu elemen dalam
PAK-21. Jadi, kalau kita terapkan teknologi terhadap kecenderungan murid, memang akan
berhasillah.” (G3, ms5, b13-14).

8
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

Elemen Merentas Kurikulum


Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), elemen merentas kurikulum adalah unsur nilai
tambah yang diterapkan dalam sesi PdP. Elemen ini bermatlamat untuk mengukuhkan kemahiran
dan ketrampilan modal insan agar dapat bersaing pada zaman yang serba mencabar (Ghazali, Noor
Azli, Muhammad Firdaus & Mohammad Sabrir, 2018). Menurut responden, elemen ini berupaya
memberikan satu pendedahan kepada murid agar mereka dapat belajar dengan kepelbagaian
sumber. Ini dibuktikan melalui temu bual responden berikut:
“Pengajaran guru yang gunakan teknologi ni sebenarnya satu bentuk pembaharuan dalam
PdP. Jadi, secara tidak langsung membuka mata pelajar mengenai ilmu ICT dan Sains kan.”
(P2, ms11, b5-6)
“Setahu saya, teknologi media baru ni luas skopnya. Jika guru gunakan internet atau AR
contohnya, so murid akan terdedah dengan kecanggihan teknologi tanpa sempadan. Jadi,
ini salah satu penerapan elemen EMK dalam PdP.” (G4, ms7, b12-14)

Kefahaman Tentang Seni dan Warisan


Isi kandungan PSV adalah luas skopnya melangkaui unsur seni, budaya dan warisan tempatan.
Kefahaman murid mengenai unsur ini adalah salah satu matlamat dalam kurikulum PSV bagi
melahirkan murid yang menghargai dan melestarikan warisan kebangsaan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Pengintegrasian gaya pembelajaran dan teknologi berupaya menarik
minat murid untuk memelihara identiti seni tradisional sebagai warisan bangsa di samping membina
jati diri murid sekolah (Ahamad Tarmizi, 2011). Tema ini disokong oleh responden seperti
kenyataan berikut:
“Apa yang kita semua tahu, subjek seni ni banyak beri pendedahan pada murid pasal seni
kraf, seni catan contohnya. Apabila guru gunakan internet contohnya, murid dapat lihat,
dengar, of courselah mereka lebih jelas pasal seni kraf ataupun seni warisan lain.”(P1,
ms10, b2-5)
“Saya biasa gunakan tayangan video untuk tunjuk pada murid pasal penghasilan batik, cara
nak buat tikar mengkuang. Murid sangat berminat, sebab bukannya selalu dapat guna
makmal komputer. So, saya rasa minat yang ditunjukkan murid menjelaskan bahawa
mereka seronok nak tau pasal produk seni warisan kita.” (G2, ms4, b12-15)

Analisis temu bual ini memberikan suatu kepentingan pengintegrasian gaya pembelajaran
dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV yang merangkumi kepelbagaian manfaat
seperti yang telah dinyatakan di atas. Ia selaras dengan hasrat negara untuk menghasilkan generasi
yang berkemahiran di abad ke-21 dengan konteks strategi kontemporari dan nilai-nilai seni warisan
tempatan.
9
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pengintegrasian gaya pembelajaran
dan teknologi media baru dalam mata pelajaran PSV. Berdasarkan dapatan, pengintegrasian gaya
pembelajaran dan teknologi media baru sememangnya perlu di dalam mendidik generasi baru pada
abad ke-21. Kaedah pembelajaran yang melibatkan pengintegrasian ini memberikan kelebihan
kepada murid untuk memaksimumkan penghayatan terhadap sesebuah mata pelajaran. Yang paling
penting, ia berupaya membantu guru untuk memahami situasi dan mempelbagaikan pedagogi
terhadap keanekaragaman gaya belajar dalam kalangan murid di zaman digital ini (Banas, 2018).
Penyelidikan ini berkaitan kepentingan memahami gaya belajar dengan penerapan teknologi media
baru pengajaran dalam PdP PSV pada masa kini ke arah pembelajaran bermakna. Amalan praktis
pengintegrasian ini menjurus kepada pengimplementasian kepelbagaian sumber dan media dalam
menghasilkan satu sesi PdP PSV yang kreatif dan berinovasi.

Berdasarkan analisis temu bual daripada responden, dapat dirumuskan bahawa semua
responden bersetuju bahawa proses PdP mata pelajaran PSV boleh dipelbagaikan dengan
pendekatan yang mampu menarik minat generasi baru sesuai dengan era teknologi digital.
Bersesuaian dengan naratif baharu amalan pendidikan, pengintegrasian ini merupakan satu strategi
berpusatkan murid yang perlu diterapkan oleh para pendidik dalam sesi PdP dalam usaha
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif pada abad ke-21. Adalah diharapkan kajian seterusnya
boleh dilaksanakan terhadap mata pelajaran lain dengan mengintegrasikan gaya pembelajaran dan
teknologi media baru. Disarankan juga agar bahan berinteraktif dan penggunaan augmented reality
diaplikasikan di dalam sesi PdP agar dapat menarik minat generasi Z. Pendekatan ini perlu agar
relevan dan koheran dengan zaman kontemporari ini. Dapatan analisis keperluan ini akan
digunakan oleh penyelidik untuk fasa kajian seterusnya bagi pembangunan modul pembelajaran
PSV. Usaha ini berupaya mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna, meningkatkan minat,
motivasi dan keterlibatan murid di dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Ahamad Tarmizi Azizan. (2011). Komputer dan seni di era globalisasi: Peranan dan cabaran.
Prosiding Seminar Kebangsaan ICT-Art, UPSI.

Banas, R. A. (2018). Perceptual learning styles of students and its effect to their academic
performance. International Journal of Trend in Scientific Research and Development, Vol
3(1), 401-409. Retrived from https://doi.org/10.31142/ijtsrd18992.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2007). Qualitative research for education: An introduction to
theory and methods (5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
10
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

Burn, R. B. (1995). Introduction to research methods. Melbourne: Longman.

Chang, Y. L., Hou, H. T., Pan, C. Y., Sung, Y. T., & Chang, K. E. (2015). Apply an augmented
reality in a mobile guidance to increase sense of place for heritage places. Journal of
Educational Technology and Society, 18(2), 166-178.

Coffield, F., Moseley, D., Hall, E., & Ecclestone, K. (2004). Learning styles and pedagogy in post-
16 learning: A systematic and critical review. United Kingdom: Learning and Skills Research
Centre.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches.
Thousand Oaks, CA: Sage Publications, Inc.
.
Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches
(3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (1994). Handbook of qualitative research. Thousand Oaks, CA:
Sage.

Dewey, J., & Dewey, E. (1915). The schools of tomorrow. New York: The Knickerbocker Press.

Fatimah Ismail & Normah Zakaria. (2016). Kemahiran menvisualisasi ruang dalam kalangan
pelajar bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Online Journal for TVET Practitioners,
1(1), 55–66.

Fatin Norsyafawati Mohd Sabri, Nik Zulkarnaen Khidzir, Ahmad Rasdan Ismail & Khairul Azhar
Mat Daud. (2016). An exploratory study on mobile augmented reality application for heritage
content. Journal of Advanced Management Science, 4(6), 489-493. Retrived from
https://doi.org/10.18178/joams.4.6.489-493.

Fesol, S. F. A., Salam, S., Osman, M., Bakar, N., & Salim, F. (2016). Learning style approaches for
gen Y: An assessment conducted in a Malaysian technical university. Pertanika Journal of
Social Sciences and Humanities, 24(4), 1335–1347.

Galatis, P., Zaroliagis, C., Pantziou, G., Galavas, D., & Kasapakis, V. (2016). Mobile augmented
reality guides in cultural heritage. MobiCASE’16 Proceedings of the 8th EAI International
Conference on Mobile Computing, Applications and Services. Retrived from
https://doi.org/10.4108/eai.30-11-2016.2266954.

Gane, N., & Beer, D. (2008). New media: The key concepts. New York: Oxford International
Publishers.

Ghazali Zainuddin, Noor Azli Mohamed Masrop, Muhammad Firdaus Abdul Manaf & Muhammad
;Sabrir Shahrir. (2018). Penerapan elemen merentasi kurikulum (EMK) dalam buku teks
bahasa Arab sekolah rendah tahun enam. Kertas kerja dibentangkan di 5th International
Research Management & Innovation Conference 5th IRMIC 2018.

Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan perlaksanaan pendidikan abad ke-21. Institut
Aminuddin Baki, KPM. Dimuat turun daripada
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004.

Ishak Abdulhak & Dani Parmawan. (2015). Teknologi pendidikan: Bermula era revolusi digital

11
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

dalam dunia persekolahan di Malaysia. Synergy Media.

Jayanthi Muniandy & Munir Shuib. (2016). Learning styles, language learning strategies and fields
of study among ESL learners. Malaysian Journal of ELT Research, 12(1),1-19.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025:


Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Program transformasi sekolah 2025: Penggerak


pembelajaran bermakna. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum standard sekolah menengah: Pendidikan


seni visual. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2. Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kysela, J., & Štorková, P. (2015). Using augmented reality as a medium for teaching history and
tourism. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 174, 926–931. Retrived from
//doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.01.713.

Lister, M., Dovey, J., Giddings, S., Grant, I., & Kelly, K. (2009). New media: A critical
introduction. London: Taylor & Francis.

Logan, R. K. (2016). Understanding new media : Extending Marshall McLuhan (2nd ed.). New
York: Peter Lang Publishing Inc.

Merriam, S. B. (2001). Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Norabeerah Saforrudin. (2016). Konsep penggunaan aplikasi luasan reality (augmented reality)
dalam pendidikan. E-Proceeding of the 4th Global Submit on Education 2016.

Noraini Mohamed Noh, Hani Merylina Ahmad Mustafa, Mahizer Hamzah, Mohd Arif Ismail &
Norazilawati Abdullah. (2013). Penggunaan inovasi teknologi dalam pengajaran: Cabaran
guru dalam e-pembelajaran. Proceedings of The 7th International Malaysian Educational
Technology Convention (IMETC 2013.

Norazlin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology
Management, Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE),
UNiSZA.

Panciroli, C., Macauda, A., & Russo, V. (2017). Educating about art by augmented reality : New
didactic mediation perspectives at school and in museums. Proceeding: Journal of
Multidisciplinary Digital Publishing Institute. Retrived from
https://doi.org/10.3390/proceedings1091107.

Raja, R., & Nagasubramani, P. (2018). Impact of modern technology in education. Journal of
Applied and Advanced Research, 3(1), 33-35. doi:10.21839/jaar.2018.v3iS1.165.
o
Reid, J.(1987). The learning style preferences of ESL students. Tesol Quarterly, 21(1), 87–110.
Retrived from https://doi.org/10.2307/3586356.

Safiye, C. (2018). The relationship between perceptual learning styles and language learners ’

12
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL. 2) 2020

success in reading tests. Journal of Folkfore and Literature, 24(96), 173–190. Retrived from
https://doi.org/10.22559/folklor.310.

Salisbury, D. F. (1996). Five technologies for educational change: Systems thinking, systems
design, quality science, change management, instructional technology. New Jersey:
Eaglewood Cliffs.

Salyani Osman, Noraidah Sahari, Nor Azan Mat Zin, Ratna Zuarni Ramli & Nahdatul Akma
Ahmad. (2016). The development and evaluation of W-Songket courseware using cognitive
apprenticeship strategy. Asia-Pasific Journal of Information Technology and Multimedia,
5(2).

Silverman, D. (1993). Interpreting qualitative data: A guide to the principles of qualitative research
(5th ed.). London: Sage.

Siti Zubaidah Mohd Noor & Abdul Razak Ahmad. (2015). Kreativiti guru dalam meningkatkan
kefahaman dan penghayatan sejarah. Proceeding of 7th International Seminar on Regional
Education.

Smeda, N., Dakich, E., & Sharda, N. (2014). The effectiveness of digital storytelling in the
classrooms: A case study. Proceedings 2013 IEEE 13th International Conference on
Advanced Learning Technologies, ICALT 2013, 491-492. Retrived from
https://doi.org/10.1109/ICALT.2013.157.

Strauss, A., & Corbin, J. (1997). Grounded theory in practice. Thousand Oaks, CA: Sage.

Taljaard, J. (2016). A review of multi-sensory technologies in a Science, Technology, Engineering,


Arts and M athematics (STEAM ) classroom. Journal of Learning Design, 9(2), 46-55.

Unsal, G. (2018). A study on the importance of learning styles. International Journal of Languages,
Education and Teaching, 6(2), 184-191.

Wong Weng Siong & Kamisah Osman. (2018). Pembelajaran berasaskan permainan dalam
pendidikan STEM dan penguasaan kemahiran abad ke-21. Journal of Social Sciences and
Humanities, 3(1), 121-135.

13

Anda mungkin juga menyukai