Anda di halaman 1dari 18

APAKAH BENTUK SIFAT NAFSIAH ?

Sifat nafsiah adalaj berbentuk "PERKHABARAN", sifat yang hanya ada pada zat
Allah dan tidak memberi bekas kepada alam, sifat nafsiah itu, tidak pula boleh dikualiti dan
tidak boleh dikuantitikan. Adanya Allah adalah ada yang mutlak, ada yang tidak dikeranakan
oleh suatu kerana yang lain.
Sifat nafsiah adalah sifat yang mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu ada,
adanya Allah itu melalui perkhabaran yang tidak dapat dipegang atau dirasa dengan tangan,
tidak dapat dizahirkan untuk dilihat.
Perkhabaran adalah perkara yang tidak boleh disifatkan, tidak boleh dikualiti atau
dikuantitikan. Ia hanya boleh dirasa dan diyakini oleh hati tanpa usul . Apakah maksud sifat
ma'ani ?

SIFAT MA'ANI

Pengertian sifat ma'ani adalah membawa maksud "PERGANTUNGAN". Ma'ani


adalah sifat yang menumpang kepada sifat lain, seumpama sifat hidup yang bergantung
kepada sifat haiyun, seumpama sifat basor, yang bergantung kepada sifat basiron dan
sebagainya. Sifat ma'ani adalah sifat yang bergantunh kepada sifat maknawiyah. Tanpa
maknawiyah sifat ma'ani tidak berfungsi. Berfungsinya sifat ma'ani adalah dengan kerana
limpahan rahmat dari sifat maknawiyah ( kuasa Allah ). Sifat ma'ani itu, bergantung dan
menumpang sifat maknawitah. Sifat apakah yang terkandung di dalam ma'ani ? Sifat yang
terkandung di dalam sifat ma'ani ada 7 perkara:

1. Hayat. = hidup
2. Qudrat. = kuasa
3. Irodat. = berkehendak 4. Ilmu =. Mengetahui
5. Sama'. = mendengar 6, basot. = melihat
7. Qalam = berkata-kata

Apakah Bentuk Sifat Ma'ani ?

Bentuk sifat ma'ani itu, adalah sifat yang boleh dilihat dan boleh digambarkan oleh
akal. Ianya juga merupakan sifat yang terzahir (tergambar) pada fikiran dan terbayang pada
khayalan. Seumpama sifat hayat (hidup), ianya terbaayang kepada sifat nyawa, sifat melihat,
terbayang pada sifat mata dan pendengaran, terbayang kepada sifat telinga. Kita boleh
bayangkan sifat ma'ani, melalui pendengaran, penglihatan dan sebagainya.
Sifat ma'ani bukan sahaja terzahir pada khabar tetapi terzahir juga pada kenyataan, ertinya
maujud pada khayalan fikiran dan maujud juga pada kenyataan sebenar. Ujud sifat ma'ani itu,
adalah dikeranakan dengan sesuatu, kerana yang lain. Tanpa kerana sifat yang lain, sifat
ma'ani tidak boleh wujud dan tidak boleh zahir. Wujudnya sifat ma'ani adalah dikeranakan
menumpang sifat maknawiyah. Bagaimana Menterjemah Sifat Ma'ani Pada Diri Kita ?
Sifat ma'ani Allah Ta'ala yang jelas terzahir pada diri kita ada 7.

1. Hidup
2. Mengetahui 3. Berkuasa
4. Berkehendak 5. Melihat
6. Mendengar 7. Berkata-kata
Ada dengan terang dan jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita. Tujuan
dizahirkan sifatNya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai iktibar
untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah melaluinya. Allah bukan ain (bukan
benda) yang boleh dikenal melalui bentuk hitam dan putih. Allah menzahirkan sifat-sifatnya
ke atas diri kita adalah bertujuan supaya dijadikan "Tempat memandang sifat-sifatnya"
kepada mereka-mereka yang berpandangan jauh. Tetapi ramai yang masih tidak
memerhatikannya. Sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat
melihat dan sifat berkata-kata yang dipakai Allah atas diri kita, adalah menjadi tanda
kebesaranNya atas diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya. Sifat- sifat tersebut
bukannya sifat peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan mutlak
Allah Ta'ala. Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah kita
sedar dan insaf akan hal itu. Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik Allah dan
kepunyaan Allah swt yang sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan yang empunya,
sementara hayat masih dikandung badan.
Penzahiran sifat ma'ani (angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang
berupa pakaian sementara, yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang
empunya. Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.
Maha seci Allah dari ibarat dan misal. Segala misalan atau segala perumpamaan yang
dinukilkan itu, hanya sekadar mempermudahkan faham. Sifat ma'ani itu, adalah seumpama
bayang-bayang, manakala Allah Ta'ala itu, adalah seumpama tuan yang empunya bayang.
Firman Allah :-

25.Surah Al-Furqān (Verse 45)


ََََ َََََّ
‫كﻙإﺇلى َت رﺭأﺃََلمﻡ‬
َٰ َ‫وﻭاﺍلّظﻅ َّلﻝم دﺩ ََّكْ ﯾﻳفﻑرﺭ ّب‬
ِ َ‫جعلﮫ ُﻪ َشاءوﻭل‬ ً ِ‫مسﺱجعلَناثُمﻡسا‬
َ َ‫كنال‬ ْ ْ  َّ‫ﮫﻪعلْﯾﻳاﺍل‬
‫ش‬ َ ً َِ‫دﺩ‬
ِ‫لﯾﻳال‬
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan
bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia
menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-
bayang itu;
Maksud hadis:-
"Allah Jadikan Manusia dalam bayangNya"
Maksud bayang itu, adalah merujuk kepada makhlok dan diri kita. Bayang (diri) sebenarnya
tidak mempunyai apa-apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat yang menumpang dari yang
empunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang empunya bayang.
Berdirinya bayang adalah dengan berdirinya tuan yang empunya bayang (Allah). Mustahil
bayang itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa kuasa dari yang empunya bayang (Allah).
Bayang dengan yang empunya bayang itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.
Diri kita dengan wajah Allah itu, adalah seumpama ujud bayang dengan yang empunya
bayang atau seumpama bayangan wajah dipermukaan cermin. Sifat ma'ani itu tidak boleh
berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah. Hubungan antara sifat ma'ani
dengan sifat maknawiah itu, adalah seumpama hubungan antara bayang dengan yang
empunya bayang, Contohnya seumpama sifat mata dengan penglihatan, sifat telinga dengan
pendengaran dan sifat mulut dengan yang berkata- kata. Walau bagaimana keadaan
sekalipun, ianya tetap tidak boleh bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan
hubungan sifat ma'ani dengan sifat ma'anawiyah itu, bercantum tidak bercerai tiada.
Maksud hadis :-
"Tiada bercerai antara nafi dan isbat, dan siapa-siapa ceraikan antara keduanya maka ora g itu
kafir adanya"
Bayang bukan cahaya tapi tidak lain dari cahaya. Cahaya bukan matahari tapi tidak lain dari
matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara
Allah dengan diri kita. Dari itu marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa
sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang harus kita serah kembali
kepada yang empunya.
Tujuan mempelajari sifat ma'ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa sebenarnya
diri kita ini tidak ada, tidak wujud dan terjadi. Yang wujud, yang ada dan yang terjadi adalah
hanya semata-mata Allah, seumpama sifat bayang, terzahirnya bayang itu, adalah bagi tujuan
menampakkan dan menyatan sifat yang empunya bayang itu sendiri.
Di dalam keghairahan membicarakan soal sifat ma'ani, harus diingat bahawa Allah tidak
bertempat. Allah tidak menjelma keatas jasad. Allah tidak bertempat di dalam atau di luar
badan, Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan, Allah bukan kesatuan, Allah
bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita. Orang-orang yang mengaku bahawa
Allah menjelma di dalam jasad dan tidak kurang pula ada yang mengaku Tuhan dan
sebagainya. Sesungguhnya mereka-mereka itu, adalah tergolong dikalangan mereka-mereka
yang sesat dan sejahil-jahil manusia.
Allah tidak ada dalam diri kita, tetapi kitalah yang ada dalam Allah. Bukan kita mengandungi
Allah, tetapi Allahlah yang mengandungi kita. Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi
Allahlah yang meliputi kita. Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, sifat yang
ada pada diri kita akan hancur, binasa dan hilang lenyap, sifat yang kekal dan yang abadi itu,
hanyalah Allah swt.
Firman Allah :-
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
ٰۚ ‫إﺇلﮭﻬااﺍ‬ َۘ َ‫الإﺇلَﮫﻪَالآﺁ‬
ًَ ِ‫خرﺭ‬ ْ ‫ال َھﮪﮬﻫاِلٌكﻙ‬ َّ‫وﻭجَﮭﻬﮫ ُ ِﻪإﺇ‬
ِ َّ ‫ُّلﻝھﮪﮬ ُ َۚﻫوﻭِإﺇ‬ ُ‫َشيٍءك‬ َ ‫حُك‬
ْ ‫مﻡلﮫ ُ َﻪ‬ ْ ِ‫إﺇلْﯾﻳ‬
ْ ‫ﮫﻪاﺍُل‬ َ ِ‫وﻭنﻥَوﻭ‬
َ ‫جع‬ َ ُْ‫􏰀َّ ت‬
ُ ‫رﺭ‬ ََ َ‫مَع َتد ْ ُﺩعﻉ‬
ِ ‫وﻭ‬
‫ال‬
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa
memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh ?
Sifat ma'ani adalah wajah Allah yang terzahir melalui sifat dan rupa paras roh, melalui sifat
mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh
seluruhnya. Sebagaimana rupa dan paras roh, sebegitulah wajah ma'ani Allah, kerana rohlah
sifat ma'ani Allah. Untuk melihat sifat ma'ani Allah lihatlah pada wajah dan sifat rupa paras
diri kita sendiri. Hubungan roh dengan sifat ma'ani itu, seumpama sifat mata pada roh,
penglihatan bagi Allah, telinga pada roh, pendengaran bagi Allah dan begitulah seterusnya.
Apakah Hubungannya Sifat Ma'ani Dengan Kalimah Syahdah?
Tujuan kita mempelajari dan mendalami ilmu ma'ani itu, adalah untuk membawa kepada
pemahaman kalimah syahadah. Tujuan nafsiah membawa pengertian kepada lalimah "Laa"
adalah kslimah bagi menafikan kewujudan sifat makhlok. Manakala sifat ma'ani kalimah "Ila
ha" pula, bermaksud mengadakan atau mengiakan dan mengambil balik segala apa yang kita
telah tolak dalam kalimah "Laa". Jika dalam kalimah "Laa" kita tolak semua sifat makhlok,
manakala dalam kalimak "Ila ha" pula, ianya kita adakan semula. Walaupun sifatnya
diadakannya kembali, ianya adalah sekadar sifat yang menumpang.
Jika dalam kalumah "Laa" kita mengaku bahawa tidak ada lain, selain Allah, manakala dalam
kalimah "Ila ha" pula kita mengaku bahawa Allah telah menzahirkan makhloknya melalui 7
sifatNya, seumpama sifat hidup, kuasa, berkehendak, mengetahui, mendengar, melihat dan
sifat berkata-
kata. Walau bagaimana pun 7 sifat tersebut diatas hanya sekadar sifat menumpang.
Seumpama sifat sama' menumpang sifat sami'un, sifat basor menumpang sifat basirun dan
begitulah seterusnya.
Untuk dihubung kaitkan dengan kalimah syahdah, kita hendaklah melihat sifat mata yang kita
miliki, tidak berguna, tanpa penglihatan Allah, telinga kita tidak akan bermakna tanpa
pendengaran Allah, mulut tidak bererti tanpa berkata-kata Allah, hidung tidak berguna tanpa
hidup Allah, akal tidak bererti jika tanpa ilmu Allah, anggota tidak bermakna tanpa kuasa
Allah. Segala-galanya yang ada pada kita bergantung dan menumpang sifat Allah.
Semasa melafazkan kalimah "Ila ha" dalam bersyahadah, kita dikehendaki mengingati diri
kita bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita bawa ini, tidak boleh berdiri sendiri,
hanyalah sekadar sifat yang menumpang dan bergantung kepada sifat Allah. Diri kita tidak
memiliki apa-apa. Kita tidak akan dapat melihat tanpa basirun Allah dan kita tidak akan dapat
mendengar tanpa samiun Allah. Dari kesedaran dan keinsafan itu, membawa hati kita kepada
suatu perasaan kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan perasaan fakir dihadapan Allah.
Inilah tujuan kita mempelajari sifat ma'ani.
Diri kita ini sesungguhnya yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibubapa, anak-isteri, kaum-
keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya miskin itu, adala hak Allah ta'ala, yang boleh
diambilnya balik pada bila-bila
masa. Yang kita miliki ini, adalah semata-mata hak kepunyaan
Allah. Ditangan Allahlah diri kita, segala kekuatan, kecantikan, kekayaan dan kegagahan
yang selama ini kita megah-megahkan itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan Allah. Dengan
kefahaman bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati dan menumpang. Seumpama sifat
mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota, menumpang wajah kebesaran Allah.
Yang hendahnya dikembalikan semula sifat itu kepada Allah.
Anggaplah diri kita ini, sudah mati, binasa, hilang dan lenyap dalam wajah Allah. Yang kita
miliki ini, semuanya adalah hak Allah Ta'ala
belaka. Hendaklah kita serah kembali kepada Allah. Kembalikan sifat-sifat tersebut kepada
Allah. Jadikanlah diri kita ini seumpama fakir, muflis, hina, mati, binasa dan hilang dalam
kekuasaan Allah. Inilah diantara hikmah dan diantara intipati mempelajari sifat ma'ani dalam
sifat 20.
Bagaimana Mengenal Allah Melalui Sifat Ma'ani ?
Peranan sifat ma'ani hanya sekadar menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma'ani berperanan sekadar
sifat menumpang. Seumpama basor, hanya menumpang kepada sifat basirun. Telinga
menumpang sifat sama', manakala sama' pula menumpang sifat samiun. Lidah menumpang
sifat kalam, manakala kalam pula menumpang sifat mutakallimun. Sifat ma'ani adalah sifat
menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan Allahh).
Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada pada diri kita ini,
semuanya kepunyaan Allah. Kita ada mata, tatapi Allah yang memiliki sifat penglihatan. Kita
ada telinga tetapi Allah yang memiliki sifat pendengaran. Kita ada mulut tetapi Allah yang
memiliki sifat berkata- kata. Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita ini
adalah kepunyaan Allah.
Sifat ma'ani bertujuan supaya sifat Allah dapat dilihat melalui pancaindera, pada roh dan pada
diri kita sendiri. Allah berilmu manakala diri pula bersifat mengetahui melalui akal. Allah
berkudrat, manakala diri pula bersifat berkuasa melalui pancaindera. Allah berirodat,
manakala diri pula bersifat berkehendak ( dapat berkeinginan melalalui rasa ). Allah bersifat
sama' manakala diri pula bersifat mendengar melalui telinga. Allah bersifat basor manakala
diri pula bersifat melihat melalui mata. Allah bersifat kalam, manakala diri pula bersifat
berkata-kata melalui lidah.
Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah
kepunyaan Allah, diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat Allah. Apabila kita faham
sifat ma'ani, dengan sendirinya membawa diti kita pulang kepangkuan Allah dengan tangan
kosong, dengan menyerahkan segala sifat kepada Allah. Bahawasanya diri kita ini, sebenar
nya adalah kepunyaan dan milik Allah sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang kita pakai dan
yang ada pada kita ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).
Setelah kita sedar, bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan menumpang
sifat Allah, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada Allah. Jangan sekali-kali
cuba memakai pakaian Allah, walaupun
secara percuma atau secara pinjaman, kerana kita tahu bahawa pakaian Allah itu, amat tidak
layak untuk dipakai oleh kita. Kita tidak layak memakai pakaian Allah dan kita tidak sajak
untuk menerima pijaman Allah. Pakaian Allah itu, Allahlah pemiliknya, Allahlah yang layak
memakainya. Sebenarnya kita ini, tidak punya apa-apa pakaian atau persalinan. Kita ini
adalah ibarat tangan kosong. Yang menjadi milik dan kepunyaan kita bukan pakaian atau
persalinan, yang menjadi mikik dan kepunyaan kita yang mutlak, adalah Allah itu sendiri.
Inilah konsep yang hendak diketengahkan dan yang hendak diterapkan melalui sifat ma'ani.
Konsep serta kefahaman inilah yang benar-benar perlu kita fahami. Cuba fahami dan hayati
betul-betul sifat ma'ani yang tujuh itu, apabila kita telah kasyaf dalam menghayati sifat
ma'ani, di sinilah membawanya lebur dan terbakarnya sifat diri yang palsu dan yang
menumpang ini.
Bagi mereka-mereka yang mengenal Allah, apabila dia cuba untuk memakai sifat Allah.
maka hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat jasadnya. Mereka tidak sekali-
kali berani memakai sifat pakaian Allah. Pakaian Allah itu ada tujuh iaitu seumpama sifat
hidup, ilmu, kudrat, irodat, samak, basor dan kalam, manakala pakaian kita juga tujuh isitu
seumpama
1. Pakaian sifat mati (binasa)
2. Pakaian sifat bodoh dungu
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidsk berupaya.
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak 5. Pakaisn sifat pekak dan tuli.
6. Pakaian sifat buta
7. Pakaian sifat bisu.
Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka yang mengenal
diri dan yang mengenal Allah swt. Mereka ini beranggapan dan beriktikat bahawa, diri serta
jasad mereka sudah mati, tidak ada, lebur
dan binasa. Mereka tidak lagi berakal tidak lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi
berkemahuan, tidak berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan dan tidak lagi bersuara,diri da.
Jasad mereka sudah fana', sudah baqo' dan karam dalam wajah Allah swt.
Diri mereka tidak ubah seumpama manyat yang hidup. Mereka tidak memakai pakaian Allah,
mereka tidak meminjam pakaian Allah, mereka tidak mengambil persalinan Allah, mereka
tidak memakai apa-apa yang menjadi haq Allah. Tidak layak bagi mereka untuk menerima
apa-apa yang menjadi milik Allah. Bagi mereka, segala-galanya adalah dari Allah, kepada
Allah dan berserta Allah. Baiklah didalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata,
dalam penglihatan, pendengaran, berkeinginan Dan sebagainya, semuanya milik Allah
Bukan sifat mata yang mereka pandang, tetapi penglihatan Allah, bukan sifat telinga menjadi
tumpuan, tetapi pendengaran Allah, bukan mulut menjadi keinginan, yang menjadi keinginan
mereka ialah suara (kata-kata) Allah Allah. Yang berkeinginan dan berkehendak itu, adalah
Allah swt. Yang berkuasa dan berilmu itu adalah Allah. Inilah kaedah pegangan iktikad orang
makrifat, dalam menterjemah sifat ma'ani. Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada
Allah.
Tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah untuk membawa kita
kepada suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki dan yang ada pada diri kita ini,
sebenarnya adalah milik Allah. Setelah kita sedar yang segala-gala sifat itu menjadi milik
Allah, hendaklah kita kembalikannya semula kepada Allah. Seandainya yang menjadi milik
Allah itu telah kita serahkan semula kepada Allah, semasa hayat masih dikandung badan dan
semasa masih berada didalam dunia, apabila kita pulang kerahmatullah kelak (setelah kita
mati nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perli ditanya, perlu dihisab dan perlu dipersoalkan
oleh Malaikat Mungkar Dan Nakir.
Perkara yang membuat kita ditanya dan disoal itu, adalah kerana hutang sifat kita semasa di
dunia masih belum dijelaskan, mereka yang belum melangsaikan pinjaman dan yang belum
mengembalikan hak Allah semasa hayat masih ada dan semasa masih hidup didunia, hutang
sifat yang kita pinjam dari Allah, hendaklah dikembalikan semula kepada Allah. Jika ianya
dilangsaikan semasa di dunia, tidaklah ada lagi sial jawab dari Mungkar dan Nakir didalam
kubur.
Apa lagi yang Allah hendak tuntut, apa lagi yang Allah hendak tagih dari kita, jika semuanya
telah dikembalikan dan diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati kita telah kita serahkan
kepada Allah, jasad zahir dan batin telah dikembalikan kepada Allah. Apa lagi yang hendak
Allah dakwa!, apa lagi yang hendak Allah tuntut !, yang hendak Allah dakwa dan tuntut itu,
bagi mereka-mereka yang kembali kepangkuannya dengan tidak menjelaskan hutang sifat
dan tidak mengembalikan hakNya. HakNya diambil pakai, diambil guna, tapi tidak pandai
untuk memulangkan dan tidak pula pandai mengembalikannya semula kepada Allah.
Jika semuanya telah dikembalikan kepada yang empunya, nescaya tidak ada lagi, tuntut
menuntut, dakwa-dakwi dan tidak lagi ada soal jawab kubur, malah dipintu surgalah kita
disambut oleh Allah swt.
Inilah tujuan pengajaran sifat ma'ani diperkenalkan. Ini adalah tujuan sifat ma'ani
diketengahkan untuk di ambil tahu oleh sekalian kita. Dengan mempelajari sifat ma'ani, akan
membawa kita tahu untuk membezakan, yang mana hak kita dan yang mana hak Allah swt.
Perhatikan sekali lagi perkara ma'ani dan hendaknya kita hayati dan tilik dengan mata hati
yang kasyaf.
Selagi hayat masih dikandung jasad, kita di kehendaki mengembalikan hak kepada yang
berhak, nantinya bila tiba di alam akhirat kelak, kita akan mendapat layanan dan sambutan
yang istimewa dari penguasa langit, lain dari yang lain. Kita akan ditempatkan bersama orang
yang sempurna lagi terpuji. Roh orang-orang sebeginilah di namakan roh mutmainnah, roh
yang diterima Allah. Tempat kita itu, adalah disisi Allah, bukannya disisi tanah yang
mengandungi ulat dan cacing.
Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa disertai air
sembahyang, roh yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahdah. Inilah roh mereka-mereka
yang mati sebelum mati dan roh mereka-mereka yang mengenal diri semasa didunia. Inilah
yang dikatakan roh yang mengenal tuannya. Tuan yang empunya roh itu, tidak lain dan
tidak bukan hanya Allah swt yang satu lagi esa. Inilah penjelasan dan kupasan tentang
kefahaman ilmu mengenal Allah (makrifat) melalui pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20,
yang bukan sahaja setakat tahu makna tetapi hendaklah dihayati dengan isi disebaliknya.
SIFAT MAKNAWIYAH.
Apakah maksud sifat maknawiyah?
Pengertian sifat maknawiyah itu, membawa maksud sifat kekuasaan Allah, menjadi tempat
pergantungan segala rupa (sifat), nama (asma'), berperangai (fe'el) dan pergantungan segala
berzat (roh) krpadanya. Maknawiyah adalah tempat bergantungnya sifat ma'ani. Contohnya,
bergantungnya sifat mendengar kepada pendengaran Allah, bergantung sifat melihat kepada
penglihatan Allah dan begitulah
seterusnya. Seumpama sifat cahaya (ma'ani) yang bergantung harap kepada sifat matahari
(maknawiyah).
Begitu jugalah hubungan di antara sifat maknawiyah dengan sifat
ma'ani, sebagaimana sifat ma'ani, sebegitulah rupanya sifat maknawiyah. Sebagaimana
ciptaan, sedemikianlah penciptanya. Sebagaimana hasil, sedemikianlah acuannya.
Sebagaimana yang awal sedemikianlah akhirnya, semuanya itu, adalah satu dari segi zatnya,
cuma berbeza pada panggilan nama. Sifat Allah dengan hasil nukilannya seumpama bercerai
tidak bersatu tiada. Pencipta (zat) dan ciptaan (sifatnya) adalah satu. Sifat bukan zat tetapi
tidak lain dari zat. Sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah, seumpama wajah orang yang
menilik, dengan bayangan wajah di dalam cermin. Sifat maknawiyah bermaksud adalah bagi
menggambarkan kekuasaan
Allah. Sifat bagi menggambarkan akan kehebatan kekuasaannya.
Sebagaimana kuasanya Allah itu, sebegitulah besarnya Dia. Walau bagaimana besar dan
kuasanya Allah itu, tidak bermakna tanpa ciptaannya (makluk kejadiannya). Tanpa kejadian
alam dan tanpa penzahiran makhlok, segala kehebatan, kekuasaannya, dan segala
kehebatan kebesaranNya tidak akan dapat diterjemah dan diperzahirkan untuk dilihat
makhlukNya.
Kekuasaan Allah di dalam sifat maknawiyah, diterjemah melalui sifat ma'ani, manakala sifat
ma'ani pula, diterjemah melakui pancaindera kita. Kejadian dan penzahiran sifat makhloknya
yang bersifat ma'ani. Allah yang bersifat dengan segala keperkasaan pengetahuanNya, ianya
tidak membawa apa- apa makna, tanpa diterjemahkan melalui diri kita ( sifat makhlok ).
Sifat kepandaian yang ada pada kita itu, sebenarnya ilmu Allah, dengan itu, walau setinggi
manapun darjat kepandaian kita, kita tetap selaku hamba disisi Allah. Oleh itu janganlah kita
bersifat sombong dan angkoh bila berada dan berjalan dibumi Allah. Dengan sifat mata yang
cantik, wajah yang ayu, kuasa yang besar dan kekayaan yang menimbun, jangan pula
menjauhkan dari mengingati Allah. Ingatlah segala sifat yang ada pada kita itu adalah wajah
bagi Allah. Hendaknya kita itu, bersifat rendah diri, pemalu, tidak sombong, murah hati dan
bersifat sopan santun di dalam menzahirkan sifat Allah atas diri kita. Jangan bakhil atau
kedekut dengan harta yang Allah hamburkan melalui kita, rajin-rajinlah bersedekah dan bantu
membantu kepada orang yang memerlukan, samada dalam bentuk wang ringgit, mahupun
tenaga dari anggota zahir. Semua sifat itu, bukannya untuk menggambarkan kebaikan atau
kebesaran diri kita, tetapi bagi menzahirkan sifat kekeasaan Allah Ta'ala.
Maksud diperkenalkan ilmu sifat maknawiyah, adalah bertujuan supaya kita dapat memati,
membinasa, dan mengembalikan sifat anggota
jasad. Seumpamanya dengan membinasakan sifat mata, dengan sendirinya akan
membinasakan pula sifat meluhat. Setelah kedua-dua sifat mata dan sifat melihat (basor)
telah dapat dibinasakan (dikembalikan) kepada Allah, dengan sendirinya sifat basirun Allah
(sifat yang memberi pengkihatan) akan dapat kita lihat.
Setelah ketiga-tiga sifat pancaindera, sifat ma'ani dan sifat maknawiyah dapat kita serahkan
semula kepada Allah. Disitulah nantinya, kita akan dapat melihat, bahawa diri kita telah
lebur, disitulah, kita akan dapat menatap dan memandang bahawa, semua yang ada itu,
adalah wajah Allah. Tidak sempurna ilmu maknawiyah jika kita tidak mengembalikan ketiga-
tiga sifat tersebut, jangan pula kita kembalikan sebahagian dan meninggalkan sebahagian
yang lain. Seandainya dikembalikan sifat
penglihatan sedangkan sifat mata tidak dikembalikan, ini tidak membawa makna dan konsep
maknawiyah. Maknawiyah bukan sahaja sifat yang terletak pada kita, tetapi juga terletak
pada sekalian makhlok alam seluruhnya. Termasuklah alam haiwan, alam bukit bukau, alam
jin dan seluruhnya seisi alam.
Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Maknawiyah ? 7 Sifat maknawiyah yang
terkandung didalam sifat 20
1. Haiyun = Yang hidup
2. Alimun = Yang tahu
3. Muridun = Yang berkehendak
4. Qodirun = Yang berkuasa
5. Samiun = Yang mendengar
6. Basirun = Yang melihat
7. Mutakallimun = Yang berkata-kata.
Apakah Bentuk Sifat Maknawiah ?
Sifat maknawiyah (sifat kekuasaan Allah Ta'ala), hanya ujud pada zat Allah, tidak memberi
bekas kepada alam. Maknawiyah tidak boleh dikualiti atau dikuantiti. Maknawiyah adalah
suatu sifat yang menggambarkan ketinggian, kebesaran dan kekuasaan Allah. Sifat kebesaran
Allah itu tidak boleh diterjemahkan kepada penglihatan. Seumpama Allah bersifat tinggi atau
besar setinggi dan sebesar mana Allah itu, tidak dapat dizahirkan
melalui kuantiti penglihatan atau jangkauan akal. Tujuh sifat maknawiyah adalah tempat
bergantung tujuh sifat ma'ani. Maknawiyah menanggung dan mendukungi sifat ma'ani. Sifat
maknawiyah adalah tempat tumpang dan pergantungan sifat ma'ani.
Apakah Peranan Sifat Maknawiyah ?
Tujuan sifat maknawiyah dijadikan dan diciptakan Allah itu, adalah bertujuan untuk
menzahirkan, mempernampak dan untuk memperlihatkan sifat kekuasaannya atas makhlok.
Hendaknya dengan ciptaan sifat maknawiyah itu, makhlok akan dapat mengenal Allah
melalui tujuh sifat kekuasaanNya.
Rupa alam ini, adalah merupakan bekas, bayang atau wajah Allah. Oleh itu bagi sesiapa yang
berhajat untuk mengenal Allah, maka lihatlah alam dan jangan lupa untuk melihat pula
kepada diri sendiri. Diri kita ini hanya bersifat ma'ani (tetamu) yang menumpang sifat
maknawiyah Allah. Sifat maknawiyah Allah yang ternyata atas diri kita itu, adalah seumpama
rumah, manakala sifat ma'ani pula seumpama tetamu. Diri kita ini, merupakan tetamu yang
menumpang rumah Allah (ma'ani menumpang sifat maknawiyah). Sifat tuan itu hanya ada
pada Allah dan bukan pada diri kita, kita hanya selaku hamba (tetamu).
Oleh itu kita jangan sekali-kali bersifat angkoh. Jangan anggkoh sesama manusia, apa lagi
kepada Allah, kerana semua sifat yang ada pada kita itu adalah sifat menumpang, jadi
sedarlah diri itu sikit. Selaku menumpang, buatlah cara menumpang, jangan pula tinggi
kadok dari junjung. Untuk mengatakan alam ini merupakan Allah, sudah tentu kurang manis
pada pandangan syara' dan tidak layak pada hukum, mana mungkin sifat Allah untuk
disamakan dengan sifat makhlok, tetapi menurut pengajian ilmu makrifat dalam mentafsir
sifat 20, telah mengisyaratkan bahawa, segala sifat yang bersifat itu, sebenarnya adalah sifat
bagi Allah, segala nama yang bernama itu, adalah nama bagi Allah, segala perangai atau
gerak geri yang bergerak itu, adalah gerak Allah dan segala zat yang berzat itu, adalah zat
bagi Allah. Menurut kacamata ilmu makrifat, alam ini sudah binasa, sudah hilang ghaib
dalam wajah Allah. Yang ada (yang
wujud) hanyalah Allah. Jikalau pun ada yang bersifat wujud selain dari Allah, itu cuma
sekadar bayangan nama dari hayalan akal.
Sifat Allah itu termasuk segala-galanya, yang batin mahupun yang zahir, termasuk sifat yang
dulu mahupun sifat yang sekarang. Awal itu adalah Allah, maka akhir pun juga adalah Allah.
Tinggal lagi cara mana kita memahami sifat 20 dan cara mana kita mentafsir sifat
maknawiyah dan sifat ma'ani keatas diri kita. Ianya bergantung kepada cara mana kita
meletakkan diri dalam wajah Allah dan cara mana wajah Allah itu, terletak pada diri kita.
Bagi yang pandai meletakkan sesuai pada tempatnya disitu kita akan dapat melihat dan
mengenal Allah melaluinya. Ianya saling berkaitan antara satu sifat dengan sifat yang lain.
Alam mendukung dan mengandungi sifat ma'ani, manakala ma'ani pula didukungi dan
dikandungi oleh sifat maknawiyah.
Maknawiyah pula didukung oleh sifat salbiah, manakala sifat salbiah pula mendukung
kesemua sifat. Sifat ma'ani dan sifat maknawiyah (sifat menumpang dan sifat yang
ditumpangi) adalah menumpang pula sifat salbiah Allah (sifat kebesaran dan kesempurnaan
Allah)
Tujuan sifat maknawiyah dicipta adalah, bagi menyedarkan diri-diri kita semua, bahawa
hidup ini, adalah kerana ada Yang Maha Menghidupkan, psndainya kita ini, adalah kerena
adanya Yang Maha berilmu, kuasanya kita ini adalah kerana adanya Yang Maha Berkuasa,
kemahuan kita ini adalah kerana ada Yang Maha Berkehendak. Makhlok tidak boleh hidup
tanpa yang empunya hidup, makhlok tidak berfikiran tanpa yang empunya ilmu, makhlok
tidak berupaya dan tidak berkemahuan, jika tidak dengan keupayaan dan kemahuan Allah
swt.
Apakah Hubungan Sifat Ma'ani dan Maknawiyah Dengan Diri Kita?
Perhubungan diantara sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah itu, adalah seperti berikut;
1. Bukan hayat yang hidup, sifat hidup yang ada pada hayat kita adalah bagi menyatakan dan
menzahirkan haiyun yang ada pada zat Allah.
2. Bukan ilmu yang tahu, sifat tahu yang ada pada ilmu kita itu adalah bagi menyatakan dan
menzahirkan sifat Alimun yang ada pada zat Allah
3. Bukan irodat yang berkehendak, sifat berkehendak yang ada pada irodat kita itu adalah
bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat muridun yang ada pada zat Allah.
4. Bukan kudrat yang berkuasa, sifat berkuasa yang ada pada kita itu adalah bagi menyata
dan bagi menzahirkan sifat kodirun yang ada pada zat Allah.
5. Bukan samak yang mendengar, sifat mendengar yang ada pada kita itu adalah bagi
menyatakan dan bagi menzahirkan sifat samiun yang ada pada zat Allah.
6. Bukan basor yang melihat, melihat yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi
menzahirkan sifat basirun yang ada pada zat Allah.
7. Bukan kalam yang berkata-kata, sifat berkata-kata yang ada pada kita itu adalah bagi
menyatakan dan bagi menzahirkan sifat mutakallimun yang ada pada zat Allah.
Sifat ma'ani menumpang sifat maknawiyah, sifat maknawiyah pula menjadi tempat
bergantungnya sifat ma'ani. Seumpama sifat penglihatan (ma'ani) bergantung kepada yang
memberi penglihatan (makknawiyah), manakala sifat yang memberi penglihatan
(maknawiyah) menumpang dan bergantung pula kepada Yang Maha Esa (salbiah).
Mempelajari sifat ma'ani yang tujuh dan mempelajari sifat maknawiyah yang tujuh tidak
akan memberi apa-apa menafaat, jika ianya tidak dihubungkaitkan dan jika tidak dirujuk
kepada diri kita sendiri. Dengan cara menghubungkaitkan pelajaran sifat-sifat tersebut keatas
diri kita, barulah ianya mendatangkan menafaat kepada diri.
Bagaimana cara untuk menghubungkaitkan sifat tersebut dengan diri kita ?. Kaedah untuk
menghubung kaitkan sifat tersebut dengan diri kita adalah dengan cara melihat kepada sifat
mata kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat basor (melihat), melalui basirun
Allah (penglihatan Allah).
Begitu juga dengan sifat nyawa kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat hayat
(hidup), melalui sifat haiyun Allah (penghidupan Allah). Apabila kita lihat sifat basor, sifat
hayat, sifat sama', dan lain-lainnya, yang ada pada diri kita ini, hendaknya jangan kita lupa
untuk memandang kepada tuan yang empunya sifat. Apa gunanya mata, jika tidak dilengkapi
dengan penglihatan, apa gunanya telinga, jika tidak dengan pendengaran.
Segala penglihatan dan segala pendengaran kita itu, dari mana asal datangnya, jika bukan
daripada Allah. Apabila kita tahu bahawa semua itu datangnya dari Allah, hendaknya jangan
kita lupa akan asal usul diri
kita. Bila kita tidak lupa asal usul, membuatkan kita tidak lupa kepada Allah selaku tuan
punya kepada sifat yang ada atas diri kita ini. Apabila kita sedar bahawa sifat-sifat yang kita
miliki dan yang ada atas diri kita ini sebenarnya adalah hak Allah. Dari itu jangan pula kita
lupa untuk dikembalikannya semula kepada tuannya yang asal (Allah). Inilah kaedah
mengenal sifat maknawiyah Allah atas diri kita. Apa sahaja ilmu yang kita belajar, semuanya
menuju kepada penyerahan dan mengenal Allah Ta'ala.
Kita ada mata, telinga, mulut dan sebagainya, namun sifat-sifat tersebut, hanyalah sekadar
menumpang sifat penglihatan, pendengaran dan kalam Allah. Sifat yang ada pada diri kita itu
juga, hanyalah sifat sementara yang menumpang kasih dari sifat Allah. Setelah sedar yang
diri kita sekadar menumpang, janganlah kita bersifat anggkoh, bakhil, kedekut, tamak,
dengki, khianat dan jangan bersifat sombong. Buat apa sombong, sedangkan pakaian yang
kita pakai ini, bukannya milik kita.
Jika kita sudah sedar bahawa itu adalah barang pinjaman, harapnya dikembalikan dengan
seberapa segera yang boleh, jangan bertangguh- tangguh lagi. Jika ditangguh-tangguh,
bimbang nanti kalau-kalau ajal terlebih dahulu datang menjemput sebelum sempat untuk
dikembalikan.
Tujuh sifat ma'ani Allah dan sifat maknawiyah Allah itu, hanya akan dapat diterjemah
melalui penzahiran sifat makhlok, seumpama anggota mata pada sifat ma'ani bermakna
penglihatan pada sifat maknawiyah Allah, yang hanya dapat diterjemah melalui diri kita.
Seumpama sifat pendengaran dan berkata-kata pada maknawiyah, bila diterjemah pada diri
kita, ianya akan memperlihat dan mempamerkan sifat kekuasaan Allah atas sifat diri kita
sebagai makhlok. Sifat dua puluh itu, adalah sifat Allah, sungguhpun begitu, kita hendaklah
mentafsirkan ia ke atas diri kita, barulah kita dapat mengenal Allah melaluinya.
Dari itu juga, ianya menampakkan dan memperlihatkan lagi betapa kecil dan kerdilnya kita.
Tanpa sifat-sifat Allah, kita bukanlah siapa-siapa. Kita tidak boleh berdiri sendiri, tanpa zat
Allah. Bagi yang berpandangan, cuba- cubalah tiliki diri sendiri, dengan cara mengenal diri
sendiri, InsyaAllah mudah-mudahan supaya Allah pula dapat kita knenal.
Renungi sedalam-dalamnya ke dalam diri masing-masing. Disitu akan kita temui diri kita
yang sebenar dan temui juga akan kebesaran, kesempurnaan dan keagungan Allah. Sifat yang
kita pakai dan sifat yang kita bawa ini adalah hak Allah Taala sepatutnyalah dan
selayaknyalah dikembalikan dan dipulangkannya semula kepada yang berhak.
Diri kita tidak ubah seumpama sifat orang yang sudah mati. Sungguhpun orang mati ada
mata, ada telinga dan ada mulut tetapi mata, mulut dan telinganya tidak dapat berfungsi apa-
apa tanpa yang menghidupkannya. Yang menghidupkan ma'ani itu, adalah sifat maknawiyah
Allah.
Pelajaran ini adalah semata-mata untuk menyedarkan kita, untuk menginsafkan kita bahawa,
yang empunya penglihatan, pendengaran, suara, suami, isteri, anak, makan minum, kesihatan,
pakaian, perlindungan tempat tinggal dan sebagainya itu, adalah datangnya dari Allah swt
belaka dan bukannya dari hasil daya usaha atau titik peluh kita. Kebanyakkan dari kita tidak
nampak dan tidak sedar, yang semua itu adalah datangnya dari Allah. Ada diantaranya,
sengaja buat-buat tidak nampak.
Kebanyakkannya hanya pandang sifat mulut, hanya nampak sifat mata dan hanya lihat sifat
telinga, tidak terpandang oleh mereka kepada yang empunya penglihatan, pendengaran dan
tidak terpandang kepada tuan asal yang empunya segalanya. Sekali lagi marilah sama-sama
kita kembali kepada Allah. Supaya dengan cara ini, kita memperolehi ketenangan jiwa, redho
dengan apa yang berlaku, ikhlas dalam beribadah, jujur dalam pekerjaan dan membuatkan
hati kita sentiasa berserah kepada Allah Yang Maha Esa.
Bagi yang masih tidak nampak, sesungguhnya mereka itu buta. Buta mata zahir dan buta
mata hatinya. Selagi diri tidak dibinasakan (diserahkan) kepada Allah selaku tuan asal yang
empunya segalanya, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk membezakan antara sifat Allah
dengan sifat diri kita. Apakah mereka sangka sifat diri kita sama dengan sifat Allah! Sifat
Allah tidak sama dengan sifat makhlok, tetapi dalam masa yang sama, ianya juga tidak lain
dari itu.
Hidup ini seumpama suara yang tersimpan di dalam halkum. Segala apa yang terjadi
(terzahir) dan yang bakal terjadi itu, sudah sedia ada dalam pengetahuan Allah, sudah tertulis,
termeterai dan terpahat di dalam ilmu Allah sejak azali lagi, tanpa berubah atau terpinda
sedikitpun
darinya. Segala kejadian itu, akan terjadi dan akan terzahir mengikut apa yang sudah tersurat,
itulah makanya sebagai umat Islam, di sarankan supaya berserah diri dan menyerahkan
segala-galanya kepada Yang Maha Mengetahui.
Bagi mereka-mereka yang mengenal diri dan bagi mereka yang mengenal Allah, sifat diri
yang dimilikinya sudah dianggap telah menjadi milik Allah swt. Anggaplah yang diri kita ini,
sebenarnya telah mati (matikan diri kita sebelum kita mati), apabila tiba waktu mati yang
sebenar, kita tidak lagi membawa apa-apa hutang, tuntutan dan dakwaan Allah.
Seandainya telah berjaya mengembalikan semuanya kepada Allah, jadilah mati kita itu, suatu
mati yang suci, bersih dan diterima Allah. Mati para sufi, ambia', syahid dan mati dalam
golongan para-para syuhada. Hubungan sifat ma'ani, dengan kita itu, adalah untuk
menyatakan dan menzahirkan sifat hidup, berkuasa, mendengar, melihat, berkata-kata dan
berilmunya Allah itu, dizahirkan oleh Allah melalui sifat makhloknya. Melalui sifat kita dan
sifat makhloklah, Allah menzahirkan sifatnya.
Dari itu kita dapat mengenal Allah melaluinya. Jika tidak dijadikan makhlok, bagaimana
untuk mempamerkan kebesaranNya. Bagaimana lahar gunung berapi yang ada diperut bumi
memperkenalkan dirinya, jika tidak dizahirkan dengan cara memuntahkan laharnya
kepermukaan bumi. Begitu juga caranya Allah memperkenalkan dirinya melalui sifat
makhlok.
Bagaimana cara Allah memperkenalkan diriNya kepada kita, sebegitu jugalah caranya kita
mengenal Allah.
Sebagaimana lahar gunung berapi memperkenal dan memperlihatkan dirinya dengan
memuntahkan laharnya kepermukaan bumi. Begitu juga Allah memperkenalkan dirinya
melalui penzahiran sifat makhlok. Dengan mencipta makhlok, Allah dapat menzahirkan dan
memperkenalkan dirinya kepada makhlok. Dengan cara itu juga bagi sesiapa yang dihatinya
berhajat untuk mengenal Allah, lihatlah kepada kejadiannya (makhlok), dengan cara melihat
makhlok dan dengan cara melihat kepada diri kita sendiri, InsyaAllah bagi sesiapa yang
berpandangan dan berhati basyirah, akan dapat memandang Allah melaluinya.
Allah memperkenalkan diriNya melalui makhlok dan melalui diri kita, kenapa kita, tidak
dapat melihat Allah melaluinya!. Bagi yang tidak dapat nampak Allah melaluinya,
sesunggihnya teramat sangat butalah hati mereka. Bagi yang dibuka Allah akan pintu
penglihatan dan bibuka pintu pandangannya, pelajarilah sifat 20 dengan sempurna agar Allah
juga dapat dikenal dengan penuh sempurna. Bertitik tolak dari sifat 20, kita tahu siapa diri
kita dan hubungannya dengan Allah. Ilmu serta kefahaman kita dalam sifat maknawiyah,
nantinya akan membawa kita kepada tahap mengenal diri dengan lebih mendalam dan
sebenar.
Itulah tujuan diperkenalkan ilmu maknawiyah melalui sifat 20. Ilmu maknawiyah itu tercipta
bukan untuk sekadar menjadi hafalan dimulut ulamak atau hanya sekadar coritan dihalaman
kitab, diciptanya ilmu sfat maknawiyah dan sifat-sifat yang lainnya, adalah bertujuan untuk
dihayati, diamati, dan diselami sehingga sampi kepada tahap mengenal Allah dan mengenal
sifat hamba (diri sendiri). Supaya dengan cara itu, kita dapat membezakan antara sifat hamba
dengan sifat khalik (tuan)
Setelah timbulnya kesedaran itu, akan hilanglah perasaan dakwaan
diri. Dakwaan bahawa yang diri kita itu besar, kaya, kuat, alim, ulamak dan akan hilanglah
perasaan kebesaran diri. Apabila hilang sifat kebesaran, maka timbullah sifat kerendahan diri.
Kesedaran bahawa diri kita ini bersifat seorang hamba yang fakir, hina, merendah diri, serba
kekurangan, daif dan miskin yang perlu balik semula kepangkuan Yang Maha Berkuasa.
Bagaimana Cara Untuk Berpegang Kepada Sifat Maknawiyah ?.
Pengajaran dan iktibar yang dapat kita ambil dalam kaedah mengenal diri melalui sifat
maknawiyah adalah bahawasanya di peringkat ini, Allah telah menzahirkan tujuh sifat-
sifatNya sebagaimana diatas, yang disandarkan ke atas diri makhlokNya (diri kita). Oleh itu
untuk melihat Allah lihatlah kepada sifat maknawiyah. Maknawiyah adalah seumpama
limpahan lahar gunung berapi. Semasa lahar masih berada di perut bumi, tidak ada siapa yang
mengenalinya, selepas laharnya diluahkan kepermukaan bumi, barulah kita kenal apa itu
lahar.
Begitu juga halnya dalam kaedah Allah, untuk memperkenalkan diriNya kepada kita. Untuk
diriNya dikenali, maka dizahirkanlah sifat maknawiyah seumpama sifat yang maha memberi
penglihatan (basirun), dilahirkan melalui sifat basor (melihat) dan diterjemahkan atas mata
kita. Sifat yang maha memberi pendengaran (sami'un), dizahirkan melalui sifat sama'
(mendengar) dan diterjemahkan atas telinga kita. Begitulah seterusnya cara Allah
memperkenal dan memperzahirkan sifatNya kepada kepada kita.
Bertitik tolak dari situ jugalah, membuatkan kita dapat mengenal Allah melaluinya. Melalui
penglihatan, pendengaran, akalan, tutur kata dan sebagainya, yang membawa kita kepada
mengenal sifat diri sendiri dan mengenal pula sifat Allah. Sekarang baru kita sedar dan baru
kita kenal diri kita yang sebenar bahawa segala sifat penglihatan, pendengaran dan
seumpamanya yang selama ini dianggap hak kepunyaan kita, sesungguhnya semua itu,
merupakan hak milik Allah dan bukannya hak milik kita, dengan itu kembalikanlah
kepadaNya.
Kuasa yang ada pada diri kita ini, sebenarnya merupakan kiasan Allah keatas diri kita, kiasan
bagi memperlihatkan sifat kekuasaan diriNya. Dari sifat kekuasaan diriNya itu, supaya dapat
pula dipandang dan dilihat oleh sekalian makhlok. Supaya melalui penzahiran sifat kekuasaan
Allah itu juga, mudah-mudahan bagi yang berpandangan jauh (tasauf) dan bagi mereka yang
berhati basirah, akan dapat mengenal Allah melakuinya. Dengan terzahirnya sifat ma'ani atas
diri kita, Allah telah menumpangkan pula sifat maknawiyahNya ke atas sifat ma'ani.
Seumpama Allah jadikan mata, kemudian Allah menumpangkan pula sifat penglihatanNya
keatas
mata. Dari situ membuatkan kita tahu dan sedar bahawa sifat ma'ani dan maknawiyah itu,
sebenarnya sifat Allah dan bukannya sifat kita. Apabila kita tahu yang ma'ani dan
maknawiyah itu sifat Allah, bermakna sifat mata dan sifat penglihatan kita itu juga adalah
hak milik dan kepunyaan Allah. Jadi, mana yang dikatakan sifat kita dan mana yang
dikatakan sifat diri kita, jika semuanta menjadi milik dan kepuntaan Allah!.
Sedarlah duhai diri kita sekalian, bahawasanya sifat diri kita yang sebenarnya, telah tidak ada,
telah diambil oleh Allah. Allah bukan merampas, meragut atau menyita hak kita, tetapi Allah
telah mengambil kembali hakNya. Apabila kita mengaku yang harta itu hak kita, itulah yang
menjadikan kita anggap Allah merampas dan menyita harta kita. Harta yang diambil Allah
itu, sebenarnya adalah harta milikNya. Yang sebenar menjadi perampas itu bukan Allah,
tetapi kita. Kitalah yang merampas harta Allah dan dijadikan sebagai harta sendiri. Apabila
Allah ambil balik, kita tuduh Allah pula yang merampas harta kita, sedangkan kita itulah
sebenarnya menjadi perampas, penyangak dan peragut harta Allah.
Setelah semua sifat telah menjadi hak Allah dan diserahkan semula kepada Allah, jangan
hendaknya kita merampas kembali apa yang sudah menjadi hak Allah. Biarkanlah ianya tetap
menjadi hak dan milik Allah selamanya dan biarkanlah kita kekal dengan sifat kosong, fakir,
kuli, hina, miskin, kuli dan hamba Allah selamanya. Tetap kekal dan berkekalan sifat baqo'
kita dalam wajah Allah. Biarpun kita disaluti dengan pakaian kuat, gagah, cantik, melihat,
mendengar, bertutur kata dan sebagainya, sesungguhnya semua itu adalah hak Allah. Apabila
ianya sudah menjadi hak Allah, janganlah hendaknya pakaian Allah itu sampai terlekat pada
tubuh kita. Yang menjadi pakaian kita, adalah sifat hina, rendah diri, tawakkal, berserah,
bertaubat, menyesal dan fana'.
Apabila kita pakai pakaian Allah, itulah yang membuatkan diri kita itu, dikatakan diri yang
terdakwa. Untuk menolak dakwaan Allah keatas diri kita, jangan sekali-kali memakai
pakaian Allah. Segala sifat kebesaran adalah pakaian Allah, jangan kita memakainya. Tujuan
diperkenalkan sifat maknawiyah, bagi mengajar diri kita bahawa tujuh sifat maknawiyah
yang kita pakai itu bukannya hak milik kita dan bukan sifat kita, tujuh sifat tersebut adalah
sifat yang menjadi hak milik Allah yang mutlak.
Dengan itu marilah sama-sama kita sedar dan sama-sama kita insaf bahawa sesungguhnya
tujuh sifat yang selama ini kita anggap milik dan kepunyaan kita itu, sesungguhnya adalah
hak dan milik Allah. Hendaknya ia dikembali dan diserahkan nya semula kepada tuannya
yang asal dan tuan punya yang empunya segala sifat.
Yang bernama nyawa kepada kita, sebenarnya itulah sifat hidup bagi Allah. Yang bernama
akal pada kita, sebenarnya sifat mengetahui bagi Allah. Yang bernama kekuatan pada diri
kita, sebenarnya itulah sifat berkuasa bagi Allah. Yang bernama niat pada kita, sebenarnya itu
adalah sifat berkehendak bagi Allah. Yang bernama mata pada kita, sebenarnya itulah sifat
melihat bagi Allah. Yang bernama telinga pada kita, sebenarnya itulah sifat mendengar bagi
Allah dan yang bernama kuat pada kita, itu adalah siat kudrat bagi Allah.
Jadi marilah kita mengambil insaf bahawa, yang ada pada diri kita ini, sesungguhnya adalah
hak milik dan kepunyaan Allah yang tidak ada sedikit pun yang menjadi kepunyaan kita,
melainkan yang ada pada kita itu, hanyalah sekadar kiasan nama panggil-panggilan semata-
mata. Diri kita sesungguhnya tidak punya apa-apa. Ini sahajalah pengajaran yang hendak
disampaikan dan hendak diketengahkan oleh pencipta sifat 20, khasnya di tahap sifat
maknawiyah.
Sifat maknawiyah adalah sifat penzahiran sifat Allah atau sifat bagi menyatan kekuasaan
Allah yang sebelumnya terpendam dan tidak terzahir, kini Allah melimpahkan dan
menzahirkan sifatNya melalui makhlokNya supaya kita mengambil insaf dan mengambil
faham bahawa barang yang kita miliki ini, sebenarnya adalah barang kepunyaan Allah, yang
hendaknya dikembalikan semua kepada Allah.
Apabila sifat yang tujuh itu telah selamat dikembalikan semula kepada Allah, maka
selamatlah pelajaran kita dalam bab sifat maknawiyah....
SIFAT SALBIAH
Apakah Maksud Sifat Salbiah ?
Sifat salbiah itu merujuk kepada kesempurnaan Allah. Kesempurnaan dalam kebesaran,
keagungan, kesucian, ketinggian dan kekuasaanNya dalam segala-galanya. Lengkap yang
tidak ada kurang, gagah yang tidak ada yang lemah, suci yang tidak ada kotor dan
sebagainya. Tiada bandingan dengan selainNya. Inilah pengertian salbiah.
Andainya ada sifat yang tinggi, kedudukan Allah itu, adalah lebih tinggi, jika ada sifat yang
halus, kedudukan Allah itu, adalah lebih halus, jika ada sifat yang baik, kedudukan Allah itu,
adalah lebih baik, jika ada sifat yang putih, pastinya kedudukan Allah itu, lebih putih dan
begitulah seterusnya. Inilah yang dikatakan sifat salbiah iaitu sifat kesempurnaan Allah.
Ketiga-tiga sifat nafsiah, ma'ani dan maknawiyah itu semuanya terkandung didalam sifat
salbiah (kesempurnaan)
Seandainya ada makhlok yang mendatangkan sebab, sesungguhnya Allahlah yang terlebih
dahulu memberi sebab. Seumpama kita dengar ada orang mati sebab dimakan harimau. Mati
dimakan harimau itu, hanya sekadar menjadi sebab mati atau menjadi punca mati. Sedangkan
punca dari segala punca dan sebab dari segala sebab itu adalah datangnya daripada Allah.
Mati kerana sebab harimau itu adalah sekadar sebab tetapi yang jadi penyebabnya adalah
Allah sendiri. Allahlah menjadi penyebab dari segala sebab.
Ketetapan Allah itu, telah mendahului dan mengatasi kejadian
makhlok. Inilah yang dikatakan bahawa sifat salbiah itu, adalah sifat kebesaran dalam
kesempurnaan Allah. Allah itu sempurna dalam segala kejadianNya. Segala apa yang berlaku
atas diri kita ini, adalah datangnya
dari ketetapan Allah yang terbaik. Terbaik untuk kita dan terbaik juga untuk semua
makhlokNya. Kita sebagai makhlok yang berserah diri kepada Allah, hendaklah terima segala
apa yang berlaku itu dengan hati yang terbuka dan dengan hati yang berterima kasih kepada
Allah. Terimalah segala yang berlaku atas diri kita itu, dengan berlapang dada dan bersyukur,
semua yang terjadi telah mengikut dari apa yang telah tersurat.
Sifat salbiah itu bila dikaitkan dengan sifat 20, dibahasakan dengan panggilan musabit iaitu
punca dari segala punca dan sebab dari segala sebab. Menyabitkan sesuatu dengan sesuatu.
Sabit ertinya punca dari segala punca dan sebab dari segala sebab. Berlakunya sesuatu sebab
itu adalah datangnya dari punca sebab (penyebab) itulah yang dikatakan musabit pada sifat
20. Punca dari sesuatu sebab, pasti datangnya dari penyebab dan musabab dan sabit itu,
adalah dari musabit. Sifat salbiah adalah sifat pada peringkat punca, peringkat musabab atau
peringkat musabab atau peringkat permulaan (musabit).
Sifat Apakah Yang Terkandung Dalam Salbiah ? Sifat yang terkandung di dalam salbiah
adalah ;-
1. Wahdaniah (Esa)
2. Sifat Qodim ertinya sedia Allah itu tanpa permulaan.
3. Baqo' ertinya kekal Allah itu tanpa kesudahan
4. Mukholafatuhu ertinya Allah itu tiada perbandingannya.
5. Qiyamuhu ertinya berdirinya Allah dengan tiada perlu bantuan.
Kelima-lima sifat tersebut tidak dimiliki oleh yang lain selain dari
Allah. Kesempurnaan dalam keEsaan Allah (wahdaniah) yang tidak dimiliki oleh selainnya.
Allah bersifat tunggal yang tidak berbilang-bilang pada sifat, perangai, nama atau pun pada
zatNya. Yang berbilang-bilang itu pada wajahnya bukan pada sifat, perangai (perbuatan),
nama arau zatNya.
Kesempurnaan Qodim atau sedianya Allah itu, dengan tidak ada permulaan, yang tidak
dimiliki oleh sifat makhlok lain selainNya. Alam ini terjadi dengan ada permulaan dan ada
akhirnya. Manakala sempurnaNya Allah itu apabila terjadinya Ia, dengan tidak ada
permulaan. Begitulah seterusnya pada sifat baqo', mukholafatuhu ta'ala lilhawadis dan
qiyamuhu binafsih.
Apakah Bentuk Sifat Salbiah ?
Salbiah adalah sifat yang berbentuk perkhabaran, yang mengkhabarkan perihal
kesempurnaan, kebesaran, dan kemuliaan Allah. Sifat ini ada hanya ada pada fikiran dan sifat
ini hanya ada pada zat Allah sahaja. Sifat Allah yang tidak dapat diukur melalui jauh dekat
jaraknya, tidak dapat dianggarkan melalui ukuran besar kecilnya. Seumpama sifat Qidam
(sedia), sedianya Allah Ta'ala itu dengan tiada permulaan, kita tidak dapat untuk menggambar
atau membayangkan bagaimana mulanya Allah itu terjadi, akal yang diberi Allah pada kita,
tidak dapat untuk mengkaji dan tidak dapat untuk dicerita dan tidak dapat untuk diperlihatkan
secara
zahir. Begitu juga dengan sifat baqo' (berkekalan) Allah Ta'ala itu tiada kesudahan,
bentuknya tidak dapat untuk diukur, tidak boleh untuk disukat dan dianggarkan melalui
kenyataan zahir. Di atas sifat kebesaranNya, kita dikehendaki mempercayainya tanpa usul.
Apakah Peranan Sifat Salbiah ?
Sifat salbiah berperanan mengajar kita supaya mengenal erti sifat ketuhanan yang tiada
tandingan , tiada bandingan, tiada seumpama dengan yang lainNya.
Sifat kita sebagai makhlok ini, tidak sama dengan sifat Allah. Lihat sajalah sifat kebesaran
Allah yang lima itu. Allah difatNya tidak ada permulaan sedangkan kita ini bersifat baharu,
yang ada mula dan akhir. Allah bersifat baqo' (kekal) sedangkan kita bersifat menerima
binasa, Allah bersifat bersalahan dengan yang baharu dan tidak serupa dengan makhlok
kejadiannya, manusia menggunakan mulut untuk bercakap, telinga untuk
mendengar, manakala sifat Allah tidak ada yang serupa, seumpama dan tidak ada yang
sepertiNya. Sifat Allah yang qodim, tidak sama dengan sifat yang baharu (makhlok)
Allah berdiri dengan sendiri (qiyamuhu) tidak perlu ada pertolongan benda lain, sedangkan
kita hidup ini memerlukan benda lain untuk menumpang hidup, seumpama anggota perlu
kepada tulang, daging, air dan udara untuk hidup. Apabila sakit kita perlu kepada ubat,
sedangkan Allah Ta'ala tidak memerlukan sokongan sesiapa atau sokongan dari apa-apa.
Allah adalah Esa, satu atau tunggal, yang tidak ada bilangan, tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan.
Manakala manisia perlu ibu bapa untuk dilahirkan. Sifat Allah tidak sama dan tidak serupa
dengan sifat makhlok. Janganlah sekali-kali kita mengaku yang kita ini Allah atau kita ini
Tuhan. Selagi bernama makhlok dan selagi bernama manusia, kita tidak boleh mengaku yang
kita ini Tuhan. Peranan sifat salbiah adalah bagi menunjukkan kesempurnaan Allah, yang
kesempurnaannya itu tidak ada tandingan dengan sifat-sifat makhlok. Bagi mereka yang
mengenal Allah, mengenal diri dan bagi mereka yang mendalami sifat salbiah, mereka tidak
sekali-kali mengaku yang dirinya sebagai Tuhan, apa lagi mengadakan sesuatu patong untuk
disembah sebagai tuhan. Bagi mereka yang benar-benar mengenal Allah dan mengenal diri,
pekerjaan seumpama mempertuhankan patung, tidak akan terlintas dihatinya. Yang
mendakwa dirinya tuhan, sesungguhnya mereka- mereka itu dari golongan yang sesat, yang
buta mata hati dan tersangat buta pula mata zahirnya.
Bagi yang benar-benar mengenal Allah, nama Allah yang sebenar itu, bukan boleh dilafaz
dengan perkataan. Allah bukan suara dan bukan huruf. Allah bukan perkataan, samada
perkataan aku atau perkataan
dia. Tidak ada lagi perkataan "Allah atau Tuhan", Allah atau Tuhan itu, hanya sekadar nama.
Sedangkan Allah dan Tuhan yang sebenar itu, sifatNya tidak berhuruf dan tidak bersuara.
Allah juga bukan terletak dan tidak tertaklok kepada nama. Sedangkan Allah itu bersifat di
atas segala kesempurnaan. Jika Allah ada nama untuk di panggil, kesempurnaan Allah itu
melebihi, mengatasi dan mendahului dari panggilan. Allah itu adalah tuan kepada yang
empunya nama itu sendiri. Inilah gambaran kebesaran Allah, yang hendak disampaikan
melalui ilmu salbiah. Panggilan nama atau lafazan Allah dari bibir mulut seorang yang tidsk
mengenal Allah, tidak ubah seumpama lafazan yang keluar dari mulut orang kafir. Mereka
hanya tahu
sebut sahaja, sedangkan hakikat tuan yang empunya nama, sedikit pun mereka tidak tahu dan
tidak mereka kenal.
Allah bukan sekadar lafazan, ucapan atau sebutan dari bibir dan lidah yang tidak bertulang.
Allah bukan perkara yang berhuruf dan bukan perkara yang bersuara. Allah yang sebenar itu,
bukan sekadar panggilan
nama. Allah itu bersifat maha besar, kesempurnaan besarNya itu, melebihi daripada besarnya
panggilan nama. Allah itu bersifat maha tinggi, kesempurnaan tinggiNya itu, melebihi
ketinggian panggilan nama.
Allah itu maha besar dari sekadar panggilan. Allah itu bukan sekadar sebutan suara dari bibir
dan Tuhan itu bukan sekadar lafazan dari perkataan lidah. Allah bukan ain (benda) yang
boleh digambar dengan sebutan nama, sebutan huruf atau sebutan suara. Allah adalah Allah,
yang kesempurnaanNya melebihi sekalian nama. Andainya Allah itu, masih boleh dipanggil
dengan suara dan masih boleh dipanggil dengan nama, bermakna ianya bukan Allah yang
sebenar. Inilah kaedah penyampaian ilmu salbiah, bagi meletakkan kesempurnaan Allah itu,
melebihi dari yang lain.
Peranan salbiah dalam sifat 20 itu adalah bagi menunjukkan bahawa apabila kita sudah sampi
kepada tahap ini (tahap sifat salbiah), kedudukan keyakinan hati kita hendaklah hanya
semata-mata kepada Allah. Tidak lagi ada basa basi dan tidak lagi dolak dalih, melainkan
segalanya adalah hanya Allah semata-mata. Sifat yang lain sudah tidak lagi boleh di masuk
perkiraan atau bilangan. Peringkat atau tahap sifat salbiah adalah peringkat yang peranannya
hanya nampak dan lihat kesempurnaan Allah dalam segala hal dan segenap bidang.
Mereka-mereka yang sampai ke peringkat salbiah, hatinya sudah menjadi mabuk dalam
cahaya kesempurnaan Allah. Sehingga tidak ada lagi makhlok yang hendak dinafi, ditolak,
dibuang, dan tidak ada lagi makhlok yang hendak diisbatkan, diadakan semula, ditarik balik,
dimasuk dan diambil kembali, melainkan yang mereka nampak adalah hanya Allah. Bagi
mereka Allah itu, sudah jelas dan nyata dalam kebesaran dan kesempurnaanNya.
Peringkat ini adalah peringkat zuk
Atau pada peringkat karam. Mereka-mereka yang sampi ke peringkat ini, adalah mereka-
mereka yang jiwanya sudah tergadai dan sudah
terjual. Jiwa mereka-mereka ini, adalah jiwa yang hanya diisi oleh cahaya Allah dan wajah
Allah. Di jiwa mereka sudah penuh dengan cahaya iman, cahaya ihsan. Apabila berkata
mereka itu, katanya merupakan kalam Allah swt. Inilah diantara peranan pemahaman
pelajaran ilmu sifat
salbiah. Melihat, mendengar dan sebagainya adalah dengan penglihatan dan pendengaran
Allah.
Jiwa dan raga mereka-mereka yang sebegini, adalah jiwa dan raga yang tidak lagi berfungsi,
tidak lagi memberi sebarang faedah, jiwa dan raga yang tidak lagi berupaya. Jiwa mereka
seumpama hilang, lenyap dan binasa. Hilang lenyap diri yang zahir, membawa kepada hilang
lenyap pula dirinya yang batin. Zahir dan batinnya sudah karam didalam lautan wajah
kesempurnaan Allah. Kefahaman sifat salbiah Allah yang lima perkara, telah melimpah dan
menerangi hatinya, yang tidak lagi dapat dikawal oleh anasir pancaindera. Limpahan
kefahaman sifat salbiah, tidak lagi terkawal atau tifak lagi tertaklok oleh akal. Sirna cahaya
wajah ilahi, telah menyinari dirinya, nur Allah telah membakar dirinya, sehingga dirinya kini,
bukan dirinya yang dahulu. Dirinya kini seumpama sudah mati dan sudah pulang
kerahmatullah dan sedah kembali kepangkuan Allah.
Sesungguhnya jantung dan nadinya masih berdenyut dan nyawanya pula masih dikandung
badan, diri mereka sebenarnya sudah mati dan sudah terkubur didalam cahaya Allah.
Inilah peranan yang hendak diketengahkan, diterjemah dan disampaikan oleh sifat salbiah.
Inilah juga ilmu ulamak terdahulu, yang hendak disampaikan kepada kita supaya difahami
dan dimengerti oleh yang berpandangan.
Peranan sifat salbiah dan peranan sifat-sifat yang lain adalah sekadar hiasan bahasa, sekadar
kiasan dan sekadar perumpamaan semata-mata, sedangkan hati basyirah yang berpandangan
sahaja yang dapat menyelami bahasa yang tersirat disebalik yang tersurat. Oleh itu renung-
renunglah bahasa isyarat dan bahasa kiasan yang dipertontonkan itu.
Dengan mengenali bahagian-bahagian sifat 20 yang lima diatas, mudah- mudahan membawa
kita kepada mengenal Allah swt. Inilah lazat, manis, zuk, cantik, mantiq dan nikmatnya bagi
sesiapa yang dapat menyelami dan bagi sesiapa yang mempelajari bidang ilmu ini. Inilah
bidang ilmu makrifat dan ilmu kalam yang tersembunyi disebalik huruf.
Bagaimana Cara Merujuk Tafsiran Salbiah Pada Diri Kita?
Sifat salbiah tidak boleh terzahir pada diri kita, melainkan hanya bagi Allah sahaja sifat itu.
Sifat esa, sedia, kekal adalah sifat Allah yang bersalahan dengan sifat yang baharu dan Allah
berdiri dengan sendirinya. Lima sifat salbiah itu, adalah sifat Allah yang mutlak bagiNya.
Sifat mutlak bagi kita pula adalah bersifat banyak dan berbilang-bilang, ada melayu, cina,
india, besar kecil, tua muda, gemuk kurus dan sebagainya. Kita bersifat baharu, ibu
melahirkan kita dan kita pula melahirkan anak, begitulah seterusnya. Kita bersifat binasa,
hidup kita ini tidak kekal dan akan menemui mati juga bila umur kita sudah tua. Sifat kita
bersamaan dengan makhlok lain, kita ada tangan makhlok lain juga ada tangan. Kita ada kaki
makhlok lain juga ada kaki dan sebagainya. Hidup kita juga bergantung kepada pertolongan
sifat lain, seumpama kaki memerlukan tulang untuk berdiri, hidup memerlukan pula kepada
nyawa, makan perlu melalui mulut dan sebagainya.
Sifat ilmu yang ada pada kita pula dapat diukur tinggi rendahnya, namun kita tidak dapat
untuk mengukur sifat pemberi ilmu. Kita dapat mengukur pendek atau panjangnya usia hidup
kita, namun kita tidak dapat mengukur sifat pemberi hidup.
Manakala sifat kebesaran Allah itu tidak dimiliki oleh sekalian makhlok, hanya Allah sahaja
yang memiliki sifat kebesaran, yang melimpah dan meresapi jantung kita. Limpahan
kebesarannya itulah yang ada pada diri kita.
Apabila kita mentelaah pelajaran sifat salbiah, jangan kita lupa untuk menterjemahkannya
pula kepada diri kita sendiri dan menghubung kaitkannya pula kedalam kalimah syahdah.
Pengajian ilmu ini bukan setakat untuk tahu meletakkan perkatsan Allah pada tempatnya,
yang lebih penting lagi adalah tahu akan maksud Allah dalam sifat salbiah dan
hubungkaitnya dengan kalimah syahdah dan diterjemahkan pula ke atas diri.
Dalam pengajian ilmu makrifat, konsep kefahaman sifat salbiah, hendaklah sampai kepada
tahap penamat dan tahap penghujung ilmu
penyerahan. Seandainya kita masih dapati yang diri kita ini masih ada, bererti Allah tidak ada
dan tidak Esa. Seandainya pemahaman ilmu kita sampai ketahap salbiah, diri kita ini
hendaklah berada didalam kedudukan tidak ada atau dalam ertikata binasa secara
keseluruhan. Selepas semua makhlok telah dianggap binasa, barulah kita dapat nampak
bahawa Allah itu benar-benar wahdah, qidam, baqo' dan sebagainya.
Dalam ilmu makrifat, konsep penghayatan ilmu adalah amat penting. Iaitu konsep
meletakkan sifat Allah sesuai pada tempatnya dan membuat perbandingan pula dengan diri
sendiri. Inilah yang dikatakan konsep kefahaman yang berteraskan dan berasaskan kepada
pemahaman dan penghayatan makrifat. Faham apa itu sifat salbiah dan faham bagaimana
hubungkaitnya dengan kalimah syahdah dan faham pula bagaimana cara untuk meletak dan
menterjemahkan keatas diri sendiri. Sifat 20 didalam salbiah menyatakan yang Allah itu Esa
(satu atau tunggal), manakala jika diterjemahkan kepada diri kita, jadilah diri kita ini sifat
yang berbilang- bilang. Maksud berbilang pula adalah merujuk kepada sifat kaki tidak sama
dengan sifat tangan. Apabila ada mulut ianya tidak sama dengan sifat telinga. Apabila ada
isteri (perempuan) tidak sama dengan sifat suami (lelaki). Sedanglan EsaNya Allah itu
membawa maksud bahawa hayatNya itu adalah kudratNya dan kudratNya pula adalah
hayatNya. Sifat Allah tidak berbilang-bilang, sifat Allah tidak berpisah dengan zatNya
manakala zatNya pula tidak bercerai dengan sifatNya. Empat sifat (zat, sifat, afa'al dan asma')
itu, sebenarnya adalah satu. Kata-kata Allah (kalam Allah) adalah juga ilmuNya dan ilmuNya
adalah juga kalamNya. Sedangkan kedudukan diri kita boleh dibahagi-bahagikan mengikut
anggota, boleh dibahagi- bahagikan mengikut nama dan sebagainya.
Semasa melafaskan kalimah syahadah (kalimah Allah), konsep lima sifat salbiah hendaklah
diterapkan sehingga sampai ketahap pemahaman yang tinggi. Allah itu hendaklah diterjemah
dan dikiaskan (ditafsirkan) kepada diri kita. Apabila dibalikkan kepada diri, jadilah diri kita
ini binasa, benda yang

tidak kekal. Benda yang tidak kekal pada kebiasaannya menemui mati (binasa).
Jika kita tahu yang diri kita ini bersifat binasa, apabila sudah binasa maknanya diri kita ini
tidak ada ( tidak wujud ), sesudah diri kita tidak ada, barulah sifat ada (sifat wujud) itu benar-
benar menjadi milik Allah yang mutlak. Setelah semuanya menjadi milik Allah, barulah apa
yang kita nampak, pandang dan lihat itu menjadi rupa paras wajah Allah. Barulah apa yang
kita lihat itu terpandang Allah. Selagi ada sifat makhlok, sifat hakiki Allah akan tertutup dan
terlindung, yang membuatkan kita tidak dapat untuk melihat wajahnya. Sifat diri yang ada ini
hendaklah dikembalikan kepada Allah. Setelah sifat diri dikembalikan kepada Allah, itulah
tandanya kita telah tahu konsep salbiah. Konsep ilmu salbiah itu, apabila kita sudah dapat
melihat kesempurnaan Allah atas sifat makhlokNya.
"Maka apabila aku telah mencintai kepadanya, akulah yang menjaga pendengaran yang
dengan itu dia mendengar, penglihatannya yang dengan itu dia melihat, tangannya yang
dengan itu dia memukul dan kakinya yang dengan itu dia berjalan dan bila dia meminta
kepadaku, sesungguhnya aku berikan dan bila ia meminta perlindungan kepadaku sungguh
akan aku lindungi"

Anda mungkin juga menyukai