Anda di halaman 1dari 7

1.

4 Objektif Kajian

Tiga objektif perlu disampaikan dalam bahagian kertas projek ini iaitu:

1. Mengenal pasti tahap gaya pembelajaran murid Tahun Enam merangkumi aspek

visual, auditori dan kinestatik.

2. Mengenal pasti tahap motivasi intrinsik dan ektrinsik murid.

3. Mengenal pasti pertalian antara gaya pembelajaran merangkumi aspek (visual,

auditori, dan kinestetik) bersama-sama motivasi (intrinsik dan ekstrinsik) murid.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan berikut telah dipersoalkan bagi menjalankan kertas projek dengan lancar.

1. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid tahun enam?

2. Apakah tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik murid tahun enam?

3. Adakah terdapat pertalian antara gaya pembelajaran merangkumi aspek (visual,

auditori, dan kinestetik) bersama-sama motivasi (intrinsik dan ekstrinsik) murid

tahun enam?
1.6 Hipotesis Kajian

Seterusnya, penyelidik mengemukakan persoalan kajian tiga iaitu “Adakah terdapat

hubungan antara gaya pembelajaran (visual, auditori, dan kinestetik) dengan motivasi

(intrinsik dan ekstrinsik) murid tahun enam?” memerlukan pengujian hipotesis. Oleh

itu, terdapat enam hipotesis yang telah dibina seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual dengan

motivasi intrinsik.

Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran auditori

dengan motivasi intrinsik.

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran kinestetik

dengan motivasi intrinsik.

Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual dengan

motivasi ektrinsik.

1.7 Kerangka Konseptual Kajian


Kajian menjelaskan tiga jenis aspek gaya pembelajaran merangkumi visual, auditori

dan kinestatik paling kerap diamalkan oleh murid. Aspek-aspek cara pembelajaran

yang dapat menjejaskan motivasi murid semasa belajar di dalam kelas.

Penyelidik ingin membincangkan tentang pertalian antara gaya pembelajaran

mengikut tiga kategori ini dengan hubungan motivasi. Rajah 1.1 menunjukkan

kerangka konsep kajian corak pembelajaran murid tahun enam belajar di sekolah jenis

kebangsaan cina.

Gaya

Pembelajaran Motivasi

Gaya Visual

Motivasi Instrinsik

Gaya Auditori

Motivasi Ekstrinsik

Gaya Kinestetik

Penyelidik ingin mengetahui elemen dalam gaya pembelajaran akan

berhubungkait dengan faktor motivasi (intrinsik dan ekstrinsik) dan mempengaruhi

keputusan UPSR seseorang murid. Motivasi ini dilahirkan dalam bentuk insentif seperti
markah, hadiah dan motif seseorang adalah berhubungkait dengan dalaman keinginan

murid mencapai hasratnya. Jadi, motivasi dapat mendorong murid-murid memperoleh

impian semasa belajar dengan lebih efektif dan pembelajaran lebih berkesan dengan

adanya motivasi kuat.


1.8 Definisi Operasional

Penyelidik memberikan dua jenis definisi operasi dalam kertas projek ini ditunjukkan

di bawah berikut:

1.8.1 Gaya Pembelajaran

Gaya ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai ciri-ciri kelakuan atau sikap dan

kesukaan berlainan dalam kehidupannya. Murid-murid berusaha belajar untuk

menjadi murid yang pandai dan unggul boleh dikategorikan sebagai pembelajaran.

Setiap murid adalah berbeza dengan cara berfikir dan pemprosesan maklumat yang

berlainan mengikut kecenderungan mereka. Sehubungan dengan itu, gaya

pembelajaran bererti cara belajar disukai oleh murid-murid bagi memperoleh ilmu

yang mempunyai hasrat mempelajari maklumat yang baharu. Di sini, gaya

pembelajaran adalah berdasarkan model VAK oleh Fernald et al. (1920) yang

mengklasifikasikan gaya pembelajaran merangkumi aspek visual, auditori dan

kinestetik.
1.9 Motivasi Intrinsik

Motivtasi dalam aspek intrinsik diwujudkan daripada ransangan dalaman seperti sifat ingin tahu dan

mencapai kepuasaan semasa belajar dalam kehidupan. Sebagai contoh, tabiat bermain alat muzik

dan membaca buku adalah gerakan motivasi intrinsik. Ia berdasarkan naluri ingin tahu pada murid itu

semasa membaca atau melakukan perkara yang disukai. Dengan kata lain, murid suka belajar

disebabkan intrinsik dalam diri mereka yang mendorong mereka mempunyai keinginan belajar untuk

menjadi murid yang berpengetahuan. Dalam konteks kajian ini, motivasi intrinsik ialah keinginan

atau dorongan dalaman seseorang murid terhadap sesuatu pembelajaran.

1.9.1 Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik ialah melakukan sesuatu aktiviti berdasarkan dorongan dan sokongan luaran. Murid
ekstrinsik adalah murid yang berusaha mendapat ganjaran yang diberikan oleh keluarga atau guru. Mereka
sanggup mendapat keputusan yang baik dan bersaing dengan rakan dengan memenuhi keperluan yang ingin
dicapai oleh faktor persekitaran seperti keluarga atau orang lain. Jika kerja yang diberikan tidak memenuhi
syarat yang dicapai oleh guru, maka murid ekstrinsik akan lebih bermotivasi membuat dengan baik agar
memperoleh ganjaran yang diberi oleh guru

Anda mungkin juga menyukai