Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

KEBITARAAN BOLA TAMPAR

DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN, PULAU PINANG

TAJUK PROJEK : KEBITARAAN BOLA TAMPAR

LOKASI TAPAK : SEKOLAH KEB SERI IMPIAN


1.0 LATAR BELAKANG

Setiap tahun, SK Seri Impian akan menyertai pertandingan Kejohanan Bola Tampar di
peringkat MSSPP dan juga pertandingan terbuka bagi sekolah rendah. Walaupun
begitu, SK Seri Impian tidak mempunyai gelanggang bola tampar yang mencukupi dan
sempurna. Ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna juga menyebabkan murid-
murid tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam permainan ini. Oleh sebab
itu, Unit Kebitaraan Bola Tampar SK Seri Impian berzam untuk mewujudkan sebuah
gelanggang bola tampar yang lengkap dan sempurna untuk kemudahan para pemain
sekolah.

Diharapkan dengankewujudan gelanggang bola tampar ini akan memberi manfaat


kepada murid dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan
tersebut.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid
beriadah terutamanya dalam permainan bola tampar.

2.2 Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum; Kelab Permainan Bola


Tampar.

2.3 Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru

2.4 Memperkembangkan potensi diri murid dalam bidang permainan bola


tampar.

2.5 Memenuhi hasrat KPM dalam penekanan terhadap aktiviti Kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kecemerlangan kurikululm melalui kemudahan prasarana-


Aktiviti PJK

3.2 Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum SKSI

3.3 Menjadipemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan dan permainan

3.4 Mewujudkan hubungan muhibbah antara murid

3.5 Melahirkan bakat baru yang berkualiti

3.6 Melahirkan murid yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
4.0 PERNYATAAN MASALAH

Walaupun SKSI mempunyai pasukan BolaTampar yang baik dan berpotensi untuk pergi
lebih jauh, namun didapati beberapa kekangan timbul dari aspek latihan.

4.1 Gelanggang bola yang tidak sesuai iaitu di atas tar yang tidak rata.
Kecederaan sering berlaku semasa latihan dijalankan dan menimbulkan
kekangan dalam mendapatkan latihan yang berkualiti.

4.2 Saiz gelangggang bola tampar yang sempit dan berkongsi dengan
gelanggang sepak takraw dan badminton. Ini menyukarkan para pemain untuk
berlatiha kerana jumlah pemain seramai 35 orang (pasukan lelaki dan pasukan
perempuan). Keadaaan ini menyebabkan jurulatih hanya dapat menumpukan
perhatian kepada aspek asas sahaja kerana “drill” dan taktikal tidak dapat
dilakukan oleh kerana saiz tempat latihan yang sempit dan tidak sesuai.

5.0 CADANGAN PEMBINAAN

5.1 Gelanggang Bola Tampar yang berukuran seperti di bawah:

Ukuran Saiz Gelanggang

5.2 Permukaan gelanggang yang rata dan diperbuat daripada simen atau
sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat.
6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. Peralatan dan Ukuran / Bilangan Harga (RM)


Kelengkapan Bola
Tampar
1. Tiang diameter : 4” 400
Tinggi : 2.5 meter
2. Gelanggang 1.8 m x 9.0 m 5,000
2. Jaring 1 set 250
3. Bola 10 biji 900
= 10 x RM90
4. Antena 2 pasang 100
= 2 x RM50
5. Jersi 2 set 1,600
= 2 x RM800
6. Knee Guard 24 480
= 24 x RM20
7. Icebox 1 buah 200
8. First Aid 1 set 500
Jumlah 9,430

6.0 PENUTUP

Adalah menjadi hasrat pihak sekolah untuk melihat pembinaan gelanggang bola tampar
ini menjadi kenyataan hasil daripada sokong kewangan pihak-pihak yang terlibat.
Sememangnya masalah kewangan merupakan cabaran terhebat dalam menjadikan
matlamat projek ini dapat dicapai dan pihak sekolah percaya dengan keperhatinan
pihak-pihak tuan/puan untuk melihat pembangunan sukan bola tampar di SKSI akan
menjadi kenyataan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

___________________________ __________________
(NOR LIYANA BT KAMARUDDIN) (PN.JURA BT HJ.HAMID)
AJK Unit Kebitaraan Bola Tampar Guru Besar
SK Seri Impian SK Seri Impian

Anda mungkin juga menyukai