Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN TINDAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seberang Perak,

36000 Teluk Intan,

Perak.

TAJUK KAJIAN

Permasalahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani

REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sepanjang tempoh tiga bulan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani, terutama tahap 2 iaitu
Tahun 4, 5 dan 6, saya dapati ada beberapa masalah utama yang menjadi kekangan dalam
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah utama ialah majoriti pelajar tidak
memakai atau tidak mempunyai pakaian sukan yang sesuai, tidak menepati masa, agihan pelajar
mengikut jantina tidak sama rata dan tidak menguasai kemahiran asas dengan baik.

Permasalahan-permasalahan tersebut adalah antara punca utama dalam kegagalan melaksanakan


proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan efektif. Akibatnya, saya mendapati sukar
untuk melaksanakan pengajaran sesuai dengan perancangan harian sebagaimana peruntukan masa
diberi, kehendak sukatan pelajaran, mengikut tahap usia pelajar dan aras kesukaran yang sesuai
dengan usia pelajar tersebut.

Permasalahan-permasalahan tersebut perlu diberikan perhatian yang serius, memandangkan ianya


boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dan mengakibatkan kegagalan dalam
menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam sukan dan permainan. Ianya secara tidak lansung akan
menyukarkan penyampaian maklumat dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Permasalahan-permasalahan tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan begitu sahaja, ianya bukan
sahaja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi turut menjejaskan kredibiliti guru-
guru Pendidikan Jasmani dalam menjalankan tugas. Oleh yang demikian, kajian perlu dibuat bagi
mengenalpasti cara bagaimana mengatasinya.

Untuk tujuan tersebut, saya menyarankan agar beberapa langkah diambil dan dilaksanakan segera
supaya permasalahan-permasalahan tersebut tidak menjadi duri dalam daging yang akhirnya
merugikan pelajar sendiri. Beberapa langkah sesuai telah dikenalpasti dan perbincangan bersama
antara pengurusan dan tenaga pengajar perlu dibuat segera.

FOKUS KAJIAN

Melalui perhatian yang dibuat, adalah didapati majoriti pelajar tahap dua yang terdiri daripada
Tahun 4, 5 dan 6 sama ada lelaki atau perempuan sering melanggar peraturan dan menimbulkan
permasalahan-permasalahan berikut;

• Tidak memakai pakaian sukan yang bersesuaian atau lansung tidak membawa pakaian.

• Tidak tepat masa dan seringkali lewat

• Tidak menguasai kemahiran asas sukan dan permainan.

• Jumlah pembahagian pelajar yang tidak seimbang.

Saya berkeyakinan sekiranya permasalahan-permasalahan di atas dapat diatasi, maka proses


pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, mencapai objektif yang
dirancang sesuai rancangan yang dirancang mengikut sukatan pelajaran bagi melahirkan pelajar yang
lebih berdaya saing dan seimbang dari aspek mental dan fizikal.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian permasalahan ini dibuat dan langkah-langkah pro aktif diambil, objektif berikut
diharap dapat dicapai;

a) Objektif Am

Permasalahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat
dilaksanakan dengan lebih efektif dan mampu menguasai kemahiran asas yang diajar.

b) Objektif Khusus

• Pelajar mempunyai baju sukan yang sesuai mengikut rumah sukan.


• Pelajar menepati masa dan mempunyai cukup waktu untuk belajar.

• Pelajar dapat menguasai kemahiran asas dalam sukan dan permainan.

• Jumlah pelajar yang sama rata akan memudahkan


penyampaiandan pelaksanaan aktiviti.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar Tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Tinjauan Awal Masalah

Hasil pemerhatian selama tiga bulan pertama melaksanakan pengajaran matapelajaran Pendidikan
Jasmani, didapati majoriti pelajar sama ada lelaki atau perempuan yang tidak memakai atau
membawa pakaian sukan. Pelajar juga lebih cenderung memakai baju T dan berseluar sekolah. Oleh
itu, pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang kerana pelajar tidak memakai
pakaian yang sesuai.

Kelewatan pelajar hadir waktu matapelajaran Pendidikan Jasmani menyebabkan kesuntukan masa
untuk menghabiskan rancangan harian yang telah dirancang. Pelbagai alasan diberikan oleh pelajar.
Waktu yang diambil untuk sampai ke padang memakan masa lama memandangkan jarak kelas yang
 jauh.

Kegagalan pelajar menguasai kemahiran asas sukan dan permainan di sekolah rendah menyukarkan
sedikit proses pengajaran dan pembelajaran kerana aras kemahiran di peringkat menengah lebih
komplek dan pemahaman terhadap lakuan dan kesan adalah amat diperlukan.

Pembahagian pelajar yang tidak sama rata turut menimbulkan masalah terutama sewaktu
pengajaran sukan dan permainan yang melibatkan pasukan. Ketidakseimbangan ini juga perlu
diberikan perhatian serius kerana ia juga boleh menyebabkan kesukaran mengajar terutama pada
 jumlah yang sangat kecil dan sebaliknya.

Tindakan yang telah/akan dijalankan


 

Memandangkan masalah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja, beberapa langkah dirasakan perlu
diambil dan akan diambil, antaranya termasuklah;

• Guru telah mengenakan denda dan amaran lisan bagi memastikan pelajar hadir dengan
pakaian yang sesuai dan lengkap. Namun, didapati masih gagal mematuhi arahan.
Mencadangkan agar disediakan baju rumah sukan di kedai koperasi untuk dibeli dan dipakai
semasa kelas.

• Akan berbincang dengan pihak pengurusan tentang penggabungan waktu agar lebih masa
untuk menguruskan kelas. Selain berbincang tentang pergerakan pelajar keluar dan masuk
ke kelas, bagi mengelakkan masalah timbul semasa pergerakan pelajar.

• Mengenalpasti guru-guru yang mengajar mempunyai kemahiran dan dihantar menghadiri


kursus profesionalisme yang berkaitan agar menguasai kemahiran asas sukan dan
permainan. Ini akan menambahkan keyakinan dan minat guru terhadap pengajaran,
sekaligus akan menarik minat pelajar.

• Mengimbangkan bilangan murid akan dapat memudahkan proses pengajaran dan


pembelajaran, keseimbangan ini memudahkan guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang
dirancang. Bagaimanapun pembahagian tersebut akan mengambil masa yang lama.

Adalah menjadi harapan agar pendekatan yang lebih positif diambil bagi menangani permasalahan-
permasalahan tersebut agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih
sempurna.

Anda mungkin juga menyukai