Anda di halaman 1dari 9

11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.

com

cariblogger.com

https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 1/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com

cariblogger.com

Buka Akaun Simpan SSPN Plus


Simpanan Terbaik Untuk Anak
Penyertaan terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime & Simpan SSPN Plus.
Sertai sekarang

ptptn.gov.my BUKA

Home / Tips / 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia

oleh Duan Deris

Kesan pembuangan sisa domestik di Malaysia kini boleh dikatakan sudah


berada pada paras yang membimbangkan. Jika dibiarkan, akan
memudaratkan negara.

Umum sudah sedia maklum tentang proses pengurusan sisa pepejal di


Malaysia. Meskipun terdapat pelbagai inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan
https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 2/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com

seperti pengasingan sisa pepejal1, masalah serta kesan pembuangan sisa


cariblogger.com
domestik masih terus berpanjangan.

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Baca juga: Cara Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran

Menurut laporan media, rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan


sisa setiap hari dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi

https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 3/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com

setiap individu2.
cariblogger.com
Kesan akibat pengurusan pembuangan sisa domestik yang tidak betul bukan
sahaja berakhir dengan pemandangan yang menyakitkan mata, malah akan
memberi impak negatif terhadap keseluruhan ekonomi negara.

Selain kos untuk kempen kesedaran masyarakat, kerajaan juga harus


membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk melakukan
penyelenggaraan akibat kesan pembuangan sisa domestik yang tidak terkawal.

Pada artikel kali ini, kita akan membincangkan apakah kesan pembuangan sisa
domestik terhadap persekitaran dan alam semula jadi.

Table of Contents
1. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Tanah
2. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Air
3. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Udara
4. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Perubahan Iklim
5. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Hidupan Marin
Kesimpulan

1. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Tanah

https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 4/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com


cariblogger.com
Kita pasti mengharapkan sisa-sisa pepejal seperti plastik, gelas,
logam dan kertas yang telah dibuang ke dalam tong kitar semula untuk
diproses sehingga pada akhirnya mampu menghasilkan produk baru
yang boleh digunakan. Namun, realitinya sangat berbeza.

Secara umumnya, kontaminasi boleh berlaku apabila komponen merbahaya


tertumpah atau tertanam ke dalam tanah sebelum bermulanya proses kitar
semula. Jadi, kita perlulah berhati-hati dalam memproses bahan kimia seperti
hidrokarbon petroleum, pelarut, racun perosak, logam berat dan plumbum.

Sebagai contoh, botol air plastik lazimnya akan lambat laun terurai dan
menghasilkan komponen merbahaya dipanggil Diethylhydroxylamine
(DEHA).

DEHA adalah sejenis karsinogen yang mampu merosakkan sistem reproduktif


manusia, menyebabkan kerosakan hati dan menjurus kepada isu berat badan.

DEHA akan meresap ke kawasan persekitaran seperti tanah. Ini akan


memudaratkan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang hidup berdekatan yang
juga bergantung kepada sumber air dan tanah yang sihat.

2. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Air

https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 5/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com

Air merupakan pelarut yang terbaik dan secara umumnya


cariblogger.com
pelbagai bahan kimia sangat mudah terlarut didalamnya. Air
yang melalui kawasan tercemar akan membawa bersamanya
pelbagai bahan kimia dan gas merbahaya.

Malah, air hujan juga boleh bercampur dengan cecair toksik dan meresap ke
dalam aliran air untuk sampai ke sumber air utama. Sumber-sumber air ini pada
akhirnya akan disalurkan kepada kita untuk kegunaan harian.

Oleh yang demikian, sumber air seperti air pancut, kolam, tasik dan juga paip air
secara tidak langsung boleh terdedah kepada bahaya kontaminasi.

Siapakah mangsanya? Mestilah semua jenis organisma termasuk


manusia.

3. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Udara


Apabila kertas dan plastik dibakar di tapak pelupusan sampah, ianya akan
menghasilkan gas dan bahan kimia merbahaya seterusnya akan terkumpul dan
menyebabkan penipisan lapisan ozon dan memudaratkan kesihatan populasi
manusia berdekatan.

Gas Metana juga bertanggungjawab menambah kemudaratan tersebut. Selain


metana, bahan kimia lain seperti dioxin juga akan memberi kesan negatif
terhadap kesihatan manusia.

Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan pemanasan global


berlaku semuanya berpunca dari kesan pembuangan sisa domestik yang tidak
diuruskan dengan betul.

https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 6/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com

cariblogger.com

Baca juga: 10 Cara Menangani Stress & Tekanan

4. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap


Perubahan Iklim
Pertama sekali, gas rumah hijau akan dihasilkan oleh sisa pepejal yang
mereput. Sisa-sisa ini akan naik ke lapisan atmosfera dan memerangkap haba
seterusnya mengakibatkan reaksi cuaca yang ekstrim dalam bentuk ribut dan
taufan.

Apa lagi impaknya terhadap kita semua?

Selain daripada kenaikan suhu dan tahap kelembapan udara, perubahan


iklim juga akan mengalami peralihan yang amat drastik serta merisaukan.

Dari hujan asid sehinggalah hujan batu mahupun pemanasan gobal, semuanya
berkemungkinan untuk berlaku. Ini juga akan menimbulkan isu lain seperti
pencemaran haba dan radioaktif.

https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 7/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com

cariblogger.com

5. Kesan Pembuangan Sisa Domestik terhadap Hidupan


Marin
Walaupun dengan langkah-langkah pencegahan sedia ada, kita masih lagi
dapat melihat aktiviti pembuangan sampah dan sisa pepejal yang tidak
dirawat berterusan.

Setiap haiwan dan hidupan marin yang bertembung dengan pencemaran ini
akan menghadapi kesan yang sangat teruk. Kemunculan alga yang merebak
akan menghasilkan toksik merbahaya dan melemaskan hidupan marin seperti
ikan-ikan dan batu karang.

Seperti yang telah dibincangkan secara menyeluruh oleh Conservation


International, kita telah melihat bagaimana penghadaman tali pancing, puntung
rokok, botol plastik dan styrofoam oleh hidupan laut boleh membunuh berjuta-
juta hidupan marin setiap tahun.

Baca juga: Ageing Population Growth in Malaysia

Kesimpulan

Pengurusan sisa pepejal merupakan tanggungjawab semua


manusia kerana ianya boleh memberi kesan radikal terhadap
kehidupan kita.
https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 8/9
11/15/22, 6:48 AM 5 Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia - cariblogger.com

Pendidikan dan kesedaran dikalangan semua komuniti, tidak kira tahap


cariblogger.com
ekonomi dan kondisi sosial perlu sentiasa ada selagi kehidupan masih wujud di
dunia ini.

Walaupun kita semua sudah menegetahui tentang kaedah-kaedah pengurusan


sisa pepejal yang biasa digunakan seperti tapak pelupusan sampah, pusat
pembakaran sampah, pemprosesan biologi atau penjimatan tenaga; kita masih
lagi dikelilingi oleh sisa pepejal yang banyak.

Kewujudan pelbagai haiwan perosak yang membawa penyakit menyukarkan


lagi aktiviti pengurusan sisa pepejal. Walaupun dengan usaha sedia ada,
haiwan perosak seperti tikus masih lagi mencemarkan dan menyerang fasiliti
pengurusan sisa pepejal dan kumbahan.

Haiwan tersebut merosakkan tanaman dan menyebarkan penyakit seperti


Hantavirus Pulmonary Syndrome, Leptospirosis, Rat-bite Fever dan
Salmonellosis.

Sumber Rujukan:

1. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

2. Berita Harian: Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan sisa setiap hari

3. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia: Kepentingan Pengasingan Sisa-Sisa Pepejal


Kepada Kesihatan Awam

← 10 Khasiat Asam Jawa untuk Kesihatan


→ 5 Kebaikan Internet untuk Perniagaan

© 2022 cariblogger.com - Tips & Kesihatan

Sitemap / RSS / Privacy Policy

https://cariblogger.com/kesan-pembuangan-sisa-domestik/ 9/9

Anda mungkin juga menyukai