Anda di halaman 1dari 14

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT) WITH HONOURS

JANUARI 2019

ABSF 4103

QAWAID FIQHIYYAH
1. Pengenalan

Perkataan al Qawaid al Fiqhiyyah merupakan suatu istilah yang terdiri daripada dua
perkataan iaitu al Qawaid dan al Fiqhiyyah. Menurut para fuqaha’ pula, perkataan kaedah bererti
hukum yang digunakan secara majoriti yang meliputi kebanyakan pecahan-pecahanya supaya
diketahui akan hukumnya. Dalam memberi pengertian bagi perkataan al Qawaid, para fuqaha’
telah mengungkapkan satu kaedah iaitu:

‫حكم أغلبي على معظم جزئياته‬

“Hukum yang kebiasaannya dipraktikkan ke atas kebanyakan bahagian-bahagiannya atau


cabang-cabangnya.” (Muhammad Soulheiy, 2018)

Manakala perkataan al Fiqhiyyah pula berasal daripada perkataan al Fiqh yang


bermaksud faham. Menurut al Ghazali, ilmu al Fiqh adalah suatu ilmu syariah yang bersangkut
paut dengan pengetahuan furu’ agama. Menurut Muhammad Soulheiy, berdasarkan pengertian-
pengertian yang telah dibentangkan di atas, dapat dirumuskan bahawa apabila kedua-dua
perkataan itu digabungkan (dari sudut Bahasa) menjadi satu istilah baru yang mewakili satu
disiplin ilmu yang berasingan. Maka, ia bermaksud satu susunan kaedah yang berkaitan dengan
hukum-hukum fiqh yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci (Muhammad Soulheiy,
2018).

Kaedah Fiqh menurut pengertian istilah yang telah didefinisikan para ulama’ ialah
prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum
yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya (Dr Ab Latif Muda & Dr Rosmawati Ali, 2000).

Menurut Mustafa Ahmad al Zarqa’ dalam kitabnya, kalimah qawa’id ini membawa
maksud:

‫أصول فقهية كلية في نصوص موجزة دستورية تتضمن أحكاما ترشيعية عامة في الحوادث التى تدخل تحت موضوعها‬

“Dasar-dasar kefekahan yang bersifat kulli )yang tertera dalam bentuk( nas-nas ringkas
berbentuk teks-teks perundangan yang ringkas dan berbentuk statut yang terkandung )di
dalamnya (hukum-hukum perundangan berbentuk umum )bagi( kejadian-kejadian berlaku yang
termasuk di bawah naungannya.” (Mustafa Ahmad al Zarqa’, 2001).

Menurut Sheikh al Nadawiyy, ilmu qawaid fiqhiyyah bererti hukum syarak dalam
permasalahan aghlabiyyah (majoriti) yang digunakan untuk mengetahui hukum-hakam di
bawahnya (Abdul Manan Ismail, 2018).

Selain itu, al-Imam Taj al-Din al-Subki pula mengatakan bahawa alqawa’id al-fiqhiyyah
adalah:

‫الأمر الكل الذى ينطبق عليه جزئيات كثرية يفهم أحكامها منه‬

"Perkara kulli yang merangkumi )tercakup hukumnya( ke atas perkara-perkara juz’i yang
banyak, )di mana( dapat difahami akan hukum-hukum )bagi perkara juz’i( daripadanya.” (Mohd
Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias, 2010).

Menurut Imam al Jirjani, kaedah fiqh ialah sesuatu yang bersifat kulli yang boleh
diaplikasikan ke atas kesemua juz’iyyatnya. Manakala Imam al Hamawi mendefinisikannya
sebagai hukum kebanyakan bukan kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan ke atas
kebanyakan juzu’-juzu’ untuk mengetahui hukum daripadanya (Ustaz Wan Zul, 2013).

Seterusnya, ada juga ulama yang mendefiniskan ilmu qawaid fiqhiyyah dengan maksud
kaedah-kaedah yang bersifat kulliyyah yang diambil daripada dalil-dalil kulli, iaitu daripada dalil
al Quran dan al Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekali gus dapat
disesuaikan dengan banyak juz’iyyah dan daripada maksud-maksud syarak. Hal itu dala
meletakkan mukallaf di bawah bebanan taklif dan memahamkan rahsia-rahsia tasyri’ dan
hikmah-hikmahnya (Dr Ab Latif Muda & Dr Rosmawati Ali, 2000).

2. Kaedah qawaid fiqhiyyah yang sesuai diaplikasikan dalam bidang perundangan di


Malaysia

i. Kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu itu tidak ada” adalah relevan dengan keterangan lisan

Asal atau zahir sesuatu itu mengikut kaedah fiqhiyyah ialah:


"‫"األصل العدم أو ألصل في األمور العارضة العدم‬

“Asal sesuatu itu tidak ada atau asal pada perkara yang baru muncul atau yang mendatang
ini tidak ada” (Norfaizah & Siti Nur Amalina, 2013).

Menurut Zahra Adawiyah, kaedah ini membawa maksud bahawa asal segala
sesuatu adalah tiada, iaitu setiap sesuatu yang ada mestilah asalnya tiada. Ini bermakna
terjadinya sesuatu perkara yang menyebabkan sesuatu itu wujud. Sebagai contoh,
penggunaan kanta lekap pada mata atau lebih dikenali sebagai “contact lens”. Pada
asalnya, si pengguna mempuyai sepasang mata yang sihat dan cukup kuat untuk melihat,
kemudian atas beberapa sebab si pengguna menjadi rabun dan menggunakan kanta lekap
untuk membantu penglihatan. Maka, perkara ini dianggap harus kerana pada asalnya
adalah tiada kerana pada awalnya si pengguna kanta lekap ini mempunyai sepasang mata
yang sihat dan tidak rabun (Zahra Adawiyah, 2017).

Contoh bagi hukum atau kaedah ini adalah seseorang yang menggunakan harta
orang lain mendakwa dia dibenarkan berbuat demikian, tetapi tuan punya menafikannya.
Maka kaedah menghukumkan bahawasanya penafian tuan punya diterima kerana asal
harta tiada keizinan dan harta orang adalah haram (Wan Dalilah, 2013).

Menurut Norfaizah dan Siti Nur Amalina, umumnya diketahui bahawa al ‘adam
(tiada) itu adalah lebih wujud dahulu daripada al wujud (ada). Justeru itu, maka al ‘adam
yang mendahului ke atas al wujud yang didakwa itu telah sabit dengan yakin, sementara
benda yang didakwa wujud sebelum dibuktikan adalah masyquk fihi (diragui) sedangkan
keyakinan sesuatu perkara tidak boleh dihilangkan dengan zan lawannya sahaja. Oleh
yang demikian, maka al ‘adam itulah yang diyakini kerana ia sesuatu keadaan yang tabi’e
dan perubahan kepada wujud itu sesuatu perkara baru yang diragukan, lagipun al ‘adam
itulah yang asal, maka mesti dikekalkan hingga terbukti sabit sesuatu yang
menghilangkannya (Norfaizah & Siti Nur Amalina, 2013).

Oleh itu, sekiranya dilihat dalam kes fasakh, sekiranya suami isteri yang telah
lama tinggal bersama, apabila isteri mendakwa tidak diberi pakaian dan nafkah, maka
dakwaan isteri akan diambil kira kerana pada asalnya kedua-dua perkara itu kekal
tanggungjawab suami dan tidak ditunaikan. Ini adalah selaras dengan apa yang disebut
dalam kitab I’anah al Talibin juzu’ 4, hlm.71 yang bermaksud:

“Diterima dakwaan isteri di dalam situasi kedua-dua suami isteri tinggal bersama
dan suami mendakwa isterinya itu nusyuz dan isteri pula mendakwa sebaliknya atau
suami mendakwa ia memberi nafkah tetapi dinafikan oleh isteri kerana pada asalnya isteri
tidak nusyuz dan pada asalnya nafkah tidak diberi.” (Norfaizah & Siti Nur Amalina,
2013)

Berdasarkan kenyataan diatas, mahkamah akan menentukan siapa yang


menanggung beban pembuktian terhadap sesuatu fakta dalam kes ini. Sebagai contoh,
dalam soal sama ada nafkah dibayar atau tidak kepada Plaintif, maka Defendan
menanggung beban pembuktian kerana mengatakan sesuatu yang berlawanan dengan asal
atau zahir iaitu pada asalnya nafkah tidak dibayar dan Plaintif termasuk dalam takrif “al
mudda’a ‘alaih” dalam isu ini. Dalam kes Rosilah Abu Kassim lawan Abdul Rahman
Ibrahim di mana perayu (isteri) telah memohon fasakh kerana suami tidak memberi
nafkah. Oleh itu, berdasarkan kes ini, Responden (suami) hendaklah membuktikan
kepada Mahkamah bahawa nafkah telah diberi kepada isterinya agar Mahkamah dapat
menolak dakwaan yang dibuat oleh Perayu (isteri). Hal ini adalah bersesuaian dengan
kaedah fiqh “asal sesuatu itu tiada” iaitu pada asalnya nafkah tidak diberi (Norfaizah &
Siti Nur Amalina, 2013).

ii. Kaedah fiqhiyyah “pada asalnya, seseorang itu bebas daripada sebarang
tanggungan” adalah relevan dengan elemen keterangan sumpah (al-yamin).

Dalam senarai kaedah-kaedah Fiqh yang dijadikan panduan oleh ulama Islam
untuk menetapkan hukuman/keputusan, terdapat satu kaedah berbunyi:

‫االصل براءة الذمة‬

"Asal setiap manusia adalah bebas dari sebarang tanggungan".

Maksud tanggungan di sini ialah tanggungan terhadap hak orang lain sama ada
berupa harta, kesalahan jenayah atau sebagainya. Apabila ada seorang mendakwa seorang
lain ada berhutang darinya dan orang itu tidak mengakui, dakwaannya itu tidak terus
diterima, akan tetapi ia dituntut mengemukakan bukti yang berupa saksi, surat perjanjian
dan sebagainya. Ini kerana manusia pada asalnya dilahirkan tanpa ada hutang, maka
untuk mensabitkan ia berhutang hendaklah dengan bukti. Jika tidak, kekallah ia dalam
hukum asalnya iaitu bebas dari hutang (Ustaz Ahmad Adnan, 2008).

Menyentuh tentang jenayah pula, Dr. Abdul Karim Zaidan menjelaskan; di antara
cabang kaedah ini (yakni kaedah yang kita sebut di atas); "Seorang tertuduh masih
dianggap bebas hinggalah terbukti perlakuan jenayahnya. Kerana itu, terdapat ungkapan
yang masyhur; 'Apabila berlaku keraguan (dalam tuduhan), ia akan ditafsirkan untuk
kepentingan tertuduh", kerana pada asalnya tertuduh adalah bebas dari sebarang
perlakuan jenayah dan juga hukuman yang menjadi akibat dari jenayah itu. Apabila tidak
terbukti jenayah itu, maka sebarang keraguan tidak terpakai untuk menyabitkan
perlakuan jenayahnya, maka keraguan tersebut ditafsirkan untuk kepentingan tertuduh
iaitu pembebasannya (dari tuduhan)" (Ustaz Ahmad Adnan, 2008).

Menurut Norfaizah dan Siti Amalina, antara hikmat dan tujuan al-yamin ialah
seseorang itu akan mengkhabarkan sesuatu yang ada dalam dirinya dan mengharapkan
orang lain membenarkan pengkhabarannya dan menerima kata-katanya itu, tetapi
pendengar belum pasti mempercayai dan menerima kata-kata tersebut sama ada ia benar
atau sebaliknya. Maka dengan bersumpah, aspek kebenaran dalam pengkhabaran itu
dapat mengatasi pendustaan berdasarkan iman dan akidah serta menjadikan Allah s.w.t
sebagai saksi di atas perkataannya (Norfaizah & Siti Nur Amalina, 2013).

Selain daripada itu, menurut Ibn Qayyim, antara tujuan asal al-yamin disyariatkan
ialah bagi pihak mudda’a ‘alaih (pihak yang didakwa) ketika mana tidak boleh
ditarjihkan kebenaran dakwaan pihak mudda’i (pihak yang mendakwa). Dalam situasi
tersebut, pihak mudda’a ‘alaih (pihak yang didakwa) adalah lebih utama untuk
melaksanakan al-yamin kerana ia berada di pihak yang kuat berdasarkan kepada kaedah:

"‫األصم تزاءج انذمح‬

“Pada asal sesuatu itu bebas dari sebarang tanggunggan”.


Namun, sekiranya pihak mudda’i berubah dari pihak yang lemah kepada pihak
yang kuat seperti dalam kes Lauth atau ketika pihak mudda’a alaih enggan bersumpah
selepas diminta berbuat demikian atau ketika mudda’i bersama seorang saksi lelaki, maka
ketika itu mudda’i lebih utama bersumpah. Maka, al-yamin disyariatkan bagi pihak yang
lebih kuat antara dua pihak yang bersumpah. Ianya dapat dilihat dalam kes Ahmad lwn
Mahabat Khad dan Seorang Lagi di mana di dalam kes ini pihak menuntut telah membuat
tuntutan harta peninggalan hidup yang dikatakan diberi oleh Maimunah binti Salim yang
telah meninggal dunia. Pihak kena tuntut ialah suami dan anak perempuan kepada suami
dan anak perempuan kepada simati dan mereka menafikan pemberian itu (Norfaizah &
Siti Nur Amalina, 2013).

Pihak yang menuntut telah membawa dua orang saksi tetapi mahkamah
berpendapat bahawa saksi yang menuntut tidak menurut hukum syarak dan tidak dapat
menerangkan dengan jelas. Mahkamah memutuskan supaya yang kena tuntut bersumpah
dan pihak yang kena tuntut sanggup bersumpah mengikut sumpah Islam di Masjid Besar
Kota Bharu dengan menjunjung al-Quran. Maka, hukuman dipihak yang kena tuntut
adalah berdasarkan sumpahnya (Norfaizah & Siti Nur Amalina, 2013).

iii. Kaedah fiqhiyyah “pensabitan melalui dalil dan bukti samalah kedudukannya
dengan pensabitan melalui penglihatan” adalah relevan dengan elemen keterangan
qarinah.

Dalam menyentuh persoalan al-qarinah ini, satu kaedah fikah ada menyatakan:

‫بالعیان كالثابت بالبرھان الثابت‬

“Pensabitan melalui dalil dan bukti samalah kedudukannya dengan pensabitan melalui
penglihatan.”

Al Burhan bermaksud keterangan dari seorang yang adil. Kaedah ini bermaksud
bukti keterangan seorang yang adil mencapai kekuatan sama seperti keterangan yang
diperolehi melalui penglihatan pancaindera atau saksi. Yang dimaksudkan dengan
keterangan ialah dalil yang berupa hujah atau bukti-bukti lain termasuk al-qarinah. Satu
perkara yang membezakan antara keterangan yang berasaskan kepada penglihatan
pancaindera dengan keterangan yang berupa dalil-dalil ialah sabitan melalui pancaindera
atau saksi tidak akan menerima sebarang dakwaan sebaliknya. Berbeza dengan
keterangan yang berasaskan kepada bukti-bukti. Jika ada dakwaan menyanggahinya
maka dakwaan itu hendaklah didengar terlebih dahulu (Lukman Abdul Mutalib & Wan
Abdul Fattah, 2012).

Menurut Norfaizah dan Siti Amalina, dalam menghuraikan perkara yang sama,
Mahmud Saedon (1990) berkata: Keterangan berdasarkan penglihatan adalah diterima
dan merupakan keterangan yang kuat. Kesaksian adalah daripada jenis keterangan yang
sabit melalui penglihatan orang yang memberi kesaksian tersebut. Walaupun demikian
keterangan yang bukan berdasarkan penglihatan tetapi berdasarkan dalil, hujah atau
bukti-bukti lain juga adalah diterima. Kaedah ini menegaskan pensabitan berdasarkan
hujah adalah diterima sama seperti pensabitan melalui penglihatan. Ini dapat dilihat
dalam kes zina dimana kehamilan (dalam keadaan tiada suami atau tuan) adalah al-
qarinah yang jelas terhadap perbuatan zina (Norfaizah & Siti Nur Amalina, 2013).

3. Aplikasi kaedah ‫( الض==رر األش==د ي==زال بالض==رر األخف‬kemudharatan lebih berat dihilangkan
dengan melakukan kemudaratan yang lebih ringan) berasaskan keperluan semasa di
Malaysia

Kaedah (kemudharatan lebih berat dihilangkan dengan melakukan kemudaratan yang


lebih ringan) merupakan pecahan daripada kaedah ‫زال‬ŽŽ‫( الضرر ي‬kemudharatan atau bahaya
mesti dihapuskan) (Dr. Azman Ab Rahman, 2013).

Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah sebelumnya iaitu ‫الضرر ال يزال بالضرر‬
(kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan, atau dengan lafaz kaedah ‫الضرر‬
‫( ال يزال بمثله‬kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang serupa (Dr
Ab Latif Muda & Dr Rosmawati Ali, 2000).
Abu Basyer menghuraikan kaedah ni dengan menyatakan bahawa apabila
bertembung dua kemudaratan serentak dalam satu masa maka hendaklah dihilangkan
kemudaratan itu dengan melakukan perkara yang membawa kepada mudarat/ kerosakan yang
lebih kecil. Maksudnya apabila kita bertembung dengan situasi ini, maka kena pilih yang
mana satu yang jikalau kita buat maka kerosakan yang timbul lebih kecil berbanding kalau
kita buat yang satu lagi (Abu Basyer, 2012).

Sumber asal bagi kaedah ini ialah daripada sebuah hadits daripada Samurah bin
Jundab:

“Bahawa beliau mempunyai sepohon tamar yang mana dahannya condong ke Kawasan
rumah lelaki Ansar dikatakan lelaki Ansar itu mempunyai ahli keluarga Samurah masuk ke
kawasan rumah tersebut untuk mengambil buah tamarnya. Keadaan tersebut mengganggu
ketenteraman Ansar tersebut dan membebankannya. Lalu ia minta agar Samurah menjualkan
pokok tamarnya itu, namun Samurah enggan. Selepas itu lelaki Ansar tersebut meminta ia
pindahkannya, namun Samurah enggan. Selepas itu lelaki Ansar itu menemui Nabi dan
menceritakannya. Lalu Baginda meminta daripada Samurah supaya menjualkan pokok
tamarnya, beliau enggan. Baginda minta supaya ia pindahkan, namun Samurah enggan.
Lantaran itu, Baginda bersabda: Hadiahkanlah pokok tersebut kepadanya dan kamu
mendapat ganjaran sekian atau diberi sekian (untuk menggalakkan agar Samurah
memindahkan pokok itu) tetapi Samurah galakkan agar Samurah memindahkan pokok itu)
tetapi Samurah masih berkeras tidak mahu memindahkannya. Selepas itu Baginda berkata:
“Kamu ini membahayakan!” Selepas itu Nabi berkata kepada lelaki Ansar tersebut. Pergilah
dan potonglah pokok tamarnya (Imam Abu Daud).

Sebagai rumusannya, ia menjelaskan bahawa di dalam menghadapi wujudnya


kemudaratan atau datang secara serentak dan bersama-sama. Ketika itu seseorang itu
hendaklah membuat penilaian dan perbandingan di antara kemudharatan-kemudharatan
tersebut menurut berat atau ringannya, kecil atau besarnya kemudharatan yang akan berlaku.
Seterusnya hendaklah ia menempuhi kemudharatan yang paling ringan atau paling kecil
untuk menghindarkan kemudharatan yang lebih berat dan lebih besar (Dr Ab Latif Muda &
Dr Rosmawati Ali, 2000).
Berpandukan kaedah ini, pengaplikasiannya amat penting berasaskan keperluan
semasa di Malaysia. Ini kerana rakyat Malaysia majoritinya merupakan penganut agama
Islam. Kaedah ini dapat memberi jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi
oleh masyarakat yang beragama Islam di negara ini.

Menurut Abu Basyer, kaedah ini dapat diaplikasikan pada kes jenayah contohnya
apabila rumah seseorang itu dimasuki perompak dan perompak mahukan harta, wang dan
barang kemas. Ketika itu salah seorang anggota keluarga berada bersama mereka dengan
dengan ugutan mahu membunuh ahli keluarga itu jika tidak menyerahkannya. Maka disini
berlaku pertembungan iaitu: pertama, mudarat kehilangan harta dan kerugian yang bakal
dialami, anggaran berpuluh ribu ringgit, dan kedua mudarat nyawa ahli keluarga bakal
terancam, kemungkinan dibunuh. Jadi apabila bertembung dua mudarat ini, hendaklah dipilih
yang mana yang paling kecil/sedikit mudaratnya jika kita lakukan. Maka menurut kaedah ini
hendaklah kita lakukan mudarat yang pertama iaitu menyerahkan harta dan mengalami
kerugian kerana kehilangan harta mudaratnya lebih kecil dari hilangnya nyawa seseorang.
Kaedah fiqh di atas adalah satu kaedah yang penting apabila kita berhadapan dengan situasi
yang genting dan terpaksa membuat salah satu pilihan di antara dua. Maka ketika ini Islam
membenarkan dipilih salah satu yang mudaratnya lebih kecil berbanding yang satu lagi.
(Abu Basyer, 2012).

Selain itu, kaedah ini juga penting kerana diaplikasikan dalam bidang perubatan.
Contohnya dalam pemusnahan embrio bagi mendapatkan sel stem. Terdapatnya perbahasan
sama ada syariah membenarkan pemusnahan embrio untuk mendapatkan sel stemnya bagi
kegunaan penyelidikan dan perubatan. Sel-sel stem setelah dikaji didapati mempunyai
potensi yang cemerlang untuk mengubati pelbagai penyakit. Tambahan pula, penyakit-
penyakit tersebut adalah yang sangat kronik yang membawa kepada kematian dan peratusan
mereka yang menderitanya juga makin meningkat setiap hari di seluruh dunia, seperti
penyakit jantung, diabetes, Parkinson, Alzheimer, kecederaan tulang belakang dan lain-lain.
Namun begitu, potensi ini hanya boleh dicapai dengan melakukan lebih banyak penyelidikan.
Dan penyelidikan ini hanya dapat dijalankan dengan adanya embrio-embrio yang diambil
dari klinik-klinik kesuburan. Ini kerana mencari rawatan dan berubat adalah wajib dalam
Islam sebagaiman pandangan sekumpulan daripada pengikut Mazhab Syafie dan Hanbali. Ia
juga bertepatan dengan tujuan syariah dalam meraikan kepentingan manusia dan menolak
kerosakan. Antara kaedah-kaedah yang diaplikasikan dan yang digunakan untuk menguatkan
hujah ini ialah kaedah kemudharatan lebih berat dihilangkan dengan melakukan kemudaratan
yang lebih ringan. (Mohd Zuhdi, 2014).

Selain itu, kaedah ini juga digunapakai pada permasalahan wanita yang hamil yang
telah meninggal dunia namun anak dalam rahimnya masih hidup dan bergerak-gerak, maka
dalam Islam dibolehkan melakukan pembedahan perut wanita yang telah meninggal dunia itu
untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungannya apabila didapati bayi itu ada harapan
untuk hidup kerana jika dibiarkan, kemudaratan bayi itu untuk meninggal adalah amat besar
(Ustaz Suffian, 2016).

4. Peranan qawaid fiqhiyyah yang penting untuk menghasilkan hukum yang mematuhi
prinsip-prinsip syarak dan relevan dengan keperluan semasa

Di antara faktor utama munculnya ilmu kaedah fiqh sebagaiman yang dijelaskan
berdasarkan fakta sejarah dan kajian ulama ialah terdapat nas-nas yang berbentuk umum
yang merangkumi berbagai masalah dan ada nas mutlaq yang melahirkan pendapat-pendapat
untuk mengikatnya atau memuqayadkannya. Selain itu, terdapat kaedah-kaedah umum
berasaskan adat kebiasaan yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu
generasi ke generasi lain untuk disesuaikan maslaah-masalah hukum furu’. Untuk itu, ia
memerlukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah yang dapat memberi jalan penyelasaian yang
memudahkan urusan seorang Muslim (Dr Ab Latif Muda & Dr Rosmawati Ali, 2000).

Antara kepentingan ilmu qawaid fiqhiyyah adalah ia merupakan suatu ilmu yang
sangat penting kepada mujtahid dalam berijtihad dan menetapkan hukum fiqh. Selain itu, ia
dapat membantu para ulama dalam memahami secara terperinci berkaitan prinsip syariah dan
juga fiqh. Kaedah FIqh juga merupakan suatu ilmu yang penting sebagai panduan dan dasar
untuk para ulama dalam mengistinbat hukum-hukum pecahan. Seterusnya, ilmu qawaid
fiqhiyyah merupakan suatu ilmu yang berada pada kedudukan yang penting dalam fiqh Islam
untuk melahirkan ulama fiqh dan mujtahid (Dr Ab Latif Muda & Dr Rosmawati Ali,
2000).

Berpandukan kaedah Fiqh, mudah bagi para mujtahid untuk istinbat hukum sesuatu
masalah, iaitu dengan menggolongkan kepada masalah yang sama di bawah satu kaedah.
Imam Abu Muhammad ‘Izz al Din bin Abdussalam mengatakan bahawa ilmu yang berkaitan
dengan kaedah fiqh merupakan salah satu cara dan wasilah untuk mencapai kebaikan dan
menolak keburukan. Ilmu Kaedah Fiqh menjadikan seseorang itu lebih faham terhadap
penghayatan fiqh dan mampu untuk menghubungkan dan mengeluarkan hukum-hukum dan
mengetahui hukum daripada masalah-masalah yang tidak termaktub serta hukum masalah
yang sentiasa wujud sepanjang masa (Dr Ab Latif Muda & Dr Rosmawati Ali, 2000).

5. Kesimpulan

Kesimpulannya ilmu kaedah fiqh merupakan suatu ilmu yang sangat penting dalam
menjaga kemaslahatan seseorang Muslim secara khususnya dan umat Islam secara amnya. Ia
juga dapat membantu seseorang untuk membuat keputusan yang selari dengan tuntutan
syara’. Ilmu kaedah fiqhiyyah ini juga menunjukkan bahawa betapa syumulnya agama Islam
itu yang mana sumbernya iaitu al Quran dan Sunnah mempunyai segala jawapan bagi setiap
permasalahan. Ilmu ini seharusnya terus dipelajari dan dikuasai oleh generasi kini supaya ia
dapat dipeliharai dan diteruskan sampailah ke generasi yang seterusnya.

2988 words
6. Rujukan

 Dr Ab Latif Muda & Dr Rosmawati Ali (2000), Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, dicetak
oleh Pusataka Salam Sdn Bhd: Kuala Lumpur
 Ahmad b. Muhammad al-Zarqa’ (2001), kitab Syarh al Qawa’id al Fiqhiyyah yang dicetak
oleh Dar al Qalam: Damsyiq.
 Al Jarjaniyy (1999), kitab al Ta’rifaat, dicetak oleh Dar al Kutub al ‘Ilmiyyah: Beirut,
Lebanon
 Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias (2010), Aspek-Aspek Pemikiran Kritis Dalam
Qawaid al Fiqhiyyah, Universiti Malaya Jurnal Syariah Jil 18, Bil 3
 Norfaizah & Siti Nur Amalina (2013), Maksim Perundangan Dan Qawa‟Id Fiqhiyyah Yang
Relevan Dengan Keterangan Dan Pemakaiannya Di Mahkamah Syariah, Universiti Malaya:
Kuala Lumpur
 Abdul Manan Ismail (2018), Kaedah-Kaedah Fiqh: Satu Pengenalan Ringkas, dicetak oleh
Universiti Sains Islam Malaysia
 Lukman Abdul Mutalib & Wan Abdul Fattah (2012), Al-Qarinah: Antara Kekuatan dan
Keperluan dalam Mensabitkan Kesalahan Jenayah (Zina), dicetak oleh Universiti Sains Islam
Malaysia: Negeri Sembilan
 Dr Azman Ab Rahman (2013), Qawaid Fiqhiyyah, dicetak oleh Open University Malaysia
pada Ogos 2013
 Imam Abu Daud, Sunan Abi Daud, kitab al Aqaid, Bab: Min al Qadha, dicetak oleh Dar al
Kutub al Islamiyyah, Beirut, Lebanon
 Mohd Zuhdi (2014), Fiqh al Mar’ah: Wanita Dambaan Syurga, dicetak oleh Grup Buku
Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor
 Ustaz Wan Zul (2013), Kaedah Fiqh Dan Kedudukannya Dalam Perundangan Islam, diambil
daripada http://ustazwanzul.blogspot.com/2013/08/kaedah-fiqh-dan-kedudukannya-
dalam_5703.html
 Muhammad Soulhiey (2018), Konsep Qawaid Fiqhiyyah, diambil daripada
http://zeckry.net/2018/09/20/konsep-qawaid-fiqhiyyah/
 Zahra Adawiyah (2017), Keyakinan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Syak, diambil
daripada http://zahrawiyaadawiyah.blogspot.com/2017/01/keyakinan-tidak-boleh-
dihilangkan.html
 Wan Dalilah (2013), Kaedah Kedua : Keyakinan Tidak Boleh Dihilangkan dengan Keraguan
diambil daripada http://wandastpm.blogspot.com/2013/12/kaedah-kedua-keyakinan-tidak-
boleh_14.html
 Ustaz Ahmad Adnan (2008), Perbetulkan Persepsi Kita Terhadap Tertuduh, diambil daripada
http://nasihah-addin.blogspot.com/2008/08/perbetulkan-persepsi-kita-terhadap.html
 Tayibah (2006), Kaedah Pertama, diambil daripada
http://www.tayibah.com/v2/kemudaratan-hendaklah-dihapuskan.html
 Ustaz Suffian (2016), Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan &
Kemudaratan Hendaklah Hilangkan, diambil daripada
http://konsepasaskaedahfiqhdanaplikasinya.blogspot.com/2016/09/dua-2012-sains-teknologi-
dan.html
 Abu Basyer (2012), Mudarat Yang Lebih Besar Di Hilangkan Dengan Mudarat Yang Lebih
Ringan, diambil daripada www.fb.com/notes/abu-basyer/mudarat-yang-lebih-besar-di-
hilangkan-dengan-mudarat-yang-lebih-ringan/10151497723866040/

Anda mungkin juga menyukai