Anda di halaman 1dari 24

AMST5103

ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAFSIR

SEMESTER SEPTEMBER 2021

MATRICULATION NO : 920522146421001
IDENTITY CARD NO. : 920522146421
TELEPHONE NO. : 0136012304
E-MAIL : asnawi.abdul.aziz@gmail.com
LEARNING CENTRE : OUM SEREMBAN, N. SEMBILAN
1.0 Isi Kandungan

No. Perkara Muka Surat


1. Pendahuluan 3

2. Tafsir Jami’ al Bayan dan Mafatih al Ghaib. 4

3. Tafsir al-Tabari dan al-Razi terhadap ayat 34 surah al-Nisa’ 11

4. Kaedah umum dalam pentafsiran ayat al-Quran. 16

5. Sinopsis dan ulasan Usul al-Tafsir oleh Ibn Taimiyah dan al Tafsir 18
wa al Mufassirun oleh al Zahabi

6. Kesimpulan 21

7. Rujukan 23

2
2.0 Pendahuluan

Allah SWT berfirman:

َ ‫َوَأن َز ۡلنَٓا ِإلَ ۡي‬


ِ َّ‫ك ٱل ِّذ ۡك َر لِتُبَيِّنَ لِلن‬
َ‫اس َما نُ ِّز َل ِإلَ ۡي ِهمۡ َولَ َعلَّهُمۡ يَتَفَ َّكرُون‬

“Kami telah menurunkan al Zikr (al Quran) agar engkau menjelaskannya kepada mereka dan
agar mereka memikirkannya.” (Al Baqarah: 169)

Nabi SAW bersabda:

.‫اب فَقَ ْد َأ ْخطََأ‬


َ ‫ص‬َ ‫َم ْن تَ َكلَّ َم فِي ْالقُرْ آ ِن بِ َرْأيِ ِه فََأ‬

“Sesiapa yang mentafsir al Quran dengan akalnya, lalu kebetulan hasil pentafsirannya adalah
betul, ia tetap salah.” (Riwayat al Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda:


‫ْأ‬
ِ َّ‫َم ْن قَا َل فِي ْالقُرْ آ ِن بِ َغي ِْر ِع ْل ٍم فَ ْليَتَبَ َّو َم ْق َع َدهُ ِمنَ الن‬
.‫ار‬

“Sesiapa mentafsir al Quran tanpa ilmu, maka dia menyediakan tempat duduknya di dalam
neraka.” (Riwayat Abu Daud)

Ilmu tafsir merupakan ilmu yang diwarisi daripada lisan serta karangan para ulama’.
Ulama’ juga telah menetapkan bahawa seseorang yang ingin mentafsirkan kalam Allah itu
perlulah paling kurang menguasai 15 bidang ilmu seperti ilmu Bahasa Arab, ilmu Nahu, ilmu
Sorof, ilmu Isytiqaq, ilmu Ma’ani, ilmu Bayan dan sebagainya.

Antara ulama’ yang masyhur kemahirannya dalam ilmu tafsir ialah Imam al Tabari
RA dan Imam Fakhuruddin al Razi RA. Kedua-dua ulama’ ini mempunyai kitab tafsir yang
dipelajari di madrasah-madrasah serta university sehingga ke hari ini, iaitu kitab Jami’ al
Bayan dan Mafatih al Ghaib.

Kajian ini dijalankan bagi menganalisi kedua-dua kitab tersebut. Di samping itu,
kajian akan melihat pada tafsiran mereka terhadap ayat ke-34 bagi surah al Nisa’. Seterusnya,
kajian juga akan meneliti empat kaedah umum dalam pentafsiran ayat al Quran serta contoh
pengaplikasiannya dalam tafsir al Tabari dan tafsir al Razi. Selain itu, kajian juga
mengandungi synopsis dan ulasan terhadap buku Usul al Tafsir oleh Ibn Taimiyah dan al
Tafsir wa al Mufassirun karangan Imam al Zahabi RA.

3
3.0 Tafsir Jami’ al Bayan dan Mafatih al Ghaib.

3.1 Jami’ al Bayan

Nama penuh bagi Tafsir al Tabari ialah Jami’ al-Bayan fi Ta’wil Ay al-Qur’an
(Himpunan Penjelasan dalam Pentafsiran Ayat-Ayat al Quran). Ditulis pada separuh abad ke-
3 Hijrah. Ia merupakan tafsir bi al-Ma’tsur pertama serta rujukan utama para mufassirin yang
memberikan perhatian terhadap tafsir bi al-Ma’tsur. Tafsir ini merupakan tafsir tertua yang
sampai kepada kita pada hari ini secara lengkap kerana terdapat juga karya tafsir yang pernah
ditulis sebelumnya namun malang sekali karya-karya tersebut tidak ada yang sampai kepada
kita secara lengkap (MakalahIslam, 2018).
Sebagaimana tajuknya, tafsir ini dinilai sebagai sebuah tafsir yang paling lengkap dan
masyhur di kalangan ulama dan penuntut ilmu. Tafsir al Tabari mengandungi instinbat
hukum, menyampaikan perbezaan pendapat yang terdapat dalam kalangan ulama dan
memilih pendapat mana yang lebih kuat di antara pendapat-pendapat itu dengan pandangan
yang berdasarkan kepada perbahasan nas ilmiah yang sangat teliti. (Ustaz Ahmad Hamdani,
2011).

3.1.1 Pengarang

Al Mufassir al Muarrikh al Faqih Imam al Mufassirin Muhammad ibn Jarir ibn Yazid
ibn Kathir bin Ghalib, atau lebih masyhur dikenali sebagai Imam Ja’far al Tabari (Ibn
Kathir) berasal daripada Thabaristan, Iran. Ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah ini lahir pada
tahun 224H dan wafat pada tahun 310H.
Imam al Tabari RA menuntut ilmu di Ray, Iran di mana beliau berguru dengan Abu
Abdullah Muhammad ibn Humaid al Razi. Ketika menuntut ilmu di situ, beliau mempelajari
fiqh mazhab Hanafi. (Rosenthal, 1989).
Di Baghdad beliau menuntut ilmu daripada Imam Ahmad bin Hanbal RA dan
meriwayatkan qira’ah daripada Imam Ahmad bin Yusuf al-Taghliby RA. Di Kufah pula
beliau meriwayatkan qira’ah daripada Imam Sulaiman al-Tulkhy RA dan hadith dari
sekumpulan jama’ah yang meriwayatkan daripada Imam Ibrahim Abi Kuraib Muhammad bi
al-A’la al-Hamdany RA, salah seorang ulama’ hadith. Beliau mula mendalami Fiqh Mazhab

4
al Syafie daripada Imam al-Hasan bin Sabbah al-Za’farany RA dan Imam Abi Salid al-
Astakhary RA (MakalahIslam, 2018).
Imam al Tabari RA merupakan ulama’ yang unggul pada zamannya. Ramai yang
menghadiri majlis ilmunya adalah dari kalangan para ulama’, dan kesemua mereka
merendahkan diri mereka kepada beliau tanda redha menjadi murid kepada beliau. Antara
mereka tersebut ialah Ahmad ibn Kamil al Qadhi, Muhammad ibn Abdullah al Syafie,
Ahmad ibn Musa ibn al Abbas al Taimi, Abdul Wahid ibn Umar Abu Tahir al Baghdadi dan
ramai lagi. (Al Khatib al Baghdadi)
Antara karangan beliau yang masyhur ialah Tarikh al Tabari, al Tabsir fi Ma’alim al
Din, Kitab al Nafs al Jayyidah wa al Akhlaq al Nafisah, Fadha’il Abu Bakr wa Umar dan
banyak lagi. Namun, kitab beliau yang paling masyhur ialah kitab tafsir beliau, Jami’ al
Bayan fi Tafsir al Quran atau lebih dikenali sebagai tafsir al Tabari (Abdurrahman al
Ghazawi, 1999).
Ramai ulama’ yang telah memuji akan keilmuan dan kehebatan Imam al Tabari RA.
Antaranya ialah al Khatib al Baghdadi di mana memuji beliau dengan menyatakan: “Beliau
(Imam al Tabari RA) merupakan imam bagi para ulama’ yang mana mereka itu menetapkan
hukum berdasarkan ucapan beliau. Para ulama itu merujuk kepada pandangan beliau
disebabkan ilmu dan kemuliaanya.”. Di samping itu, Imam al Zahabi memuji beliau dengan
menyatakan, “Beliau ialah seorang imam yang agung, pemilik kepada karangan-karangan
yang luas ilmunya. Beliau merupakan salah seorang imam yang menjadi sandaran bagi para
ulama’ Islam.” (Siyar A’lam al Nubala’).

3.1.2 Sejarah Penulisan

Yaqut al Himawi meriwayatkan bahawa Imam al Tabrani beristikharah kepada Allah


SWT sebelum memulakan penulisan selama tiga tahun. Al Khatib al Baghdad meriwayatkan
bahawa: “Saya mendengar Ali ibn Ubaidilah al Lughawi menghikayatkan bahawa Imam al
Tabari menulis kitab tafsirnya di mana setiap hari beliau akan menulis sebanyak 40 muka
surat (Islamweb, 2017).
Imam al Tabari RA kemudiannya mengimla’ kitab tafsirnya kepada Abu Bakr ibn
Kamil bermula pada tahun 270H. Kitab tafsir beliau dibaca daripada beliau pada tahun 306H.
Maka jadilah kitab Tafsir al Tabari antara kitab tafsir yang terawal dikarang. Syeikh Manna’
ibn Khalil al Qattan berkata: “Sesungguhnya tertib bagi tafsir terawal ialah pertama yang
dikarang oleh Ibnu Majah pada tahun 273H, seterusnya Ibnu Jarir (al Tabari) pada tahun
5
310H. Namun, tafsir Ibnu Majah hilang dan tidak dapat dijumpai. Maka jadilah Tafsir al
Tabari tafsir yang paling awal dikarang yang sampai secara sempurna pada umat Islam
zaman ini (Islamweb, 2017).

3.1.3 Pujian Ulama’

Tafsir al Tabari merupakan antara kitab yang paling masyhur di dalam dunia Islam
khususnya dalam bidang tafsir. Bahkan sebahagian ulama’ menyatakan bahawa ia merupakan
kitab tafsir bil ma’thur yang paling utama (Islamweb, 2017).
Imam Suyuti RA berkata: “Jika kamu bertanya kitab tafsir mana yang akan
memberikan kamu petunjuk. Maka jawapan saya ialah Tafsir Imam Abi Ja’far ibn Jarir al
Tabari yang telah disepakati oleh ulama’ muktabar bahawa belum ada sebuah kitab tafsir pun
yang serupa dengannya.” Dalam kitab Tahzibnya, al Nuri berkata: “Tidak ada seorang
penulis tafsir pun yang pernah menulis karya seperti yang telah dihasilkan oleh al Tabari.”
(Dato Syeikh Muhammad Fuad, 2017).
Syeikh Abu Hamid al Isfirayini RA: “Jikalau seorang musafir itu bermusafir sehingga
ke negara China untuk mendapatkannya, tidaklah itu cukup banyak untuk memenuhi hak
ketinggian Tafsir al Tabari.”
Ibnu Huzaimah RA: “Saya telah meneliti pada kitab Tafsir al Tabari daripada awal
hinggalah ke akhirnya. Tidaklah saya mengenali seseorang lebih alim daripada Ibnu Jarir (al
Tabari.”
Imam al Nawawi RA ketika menulis biografi bagi Imam al Tabari menyatakan,
“Beliau telah mengarang kitab al Tarikh (sejarah) yang masyhur dan juga kitab tafsir yang
tidak ada satu kitab tafsir yang seumpamanya (pada kehebatan dan keilmuannya).”
(Muhammad Syakir, 2017)

3.1.4 Metode Pentafsiran

Jika diteliti pada isi kandungan Tafsir al Tabari, boleh disimpulkan bahawa Imam al
Tabari menggunakan beberapa metode pentafsiran. Metode pertama yang diaplikasikan oleh
Imam al Tabari RA ialah metode Tafsir Tahlili. Metode Tafsir Tahlili merupakan suatu
bentuk tafsir yang berusaha menjelaskan kandungan ayat-ayat al-Quran dari berbagai sisi

6
dengan memperhatikan runtutan ayat-ayat al-Quran sebagaimana tercantum dalam mushaf
(Abdullah Khusairi, 2017).
Selain itu, Imam al Tabari RA menggunakan métode Tafsir bi al Ma’thur.
Sebagaimana dijelaskan oleh Al-Farmawi, tafsir bil ma’tsur yang juga dikenali sebagai tafsir
bi-riwayah dan an-nagl adalah penafsiran yang berdasarkan pada penjelasan al-Qur’an itu
sendiri, penjelasan Hadith, penjelasan para sahabat melalui ijtihad mereka dan juga
pentafsiran oleh gologan tabi’in. (Kamiluszaman, 2019).
Di samping itu, Imam al Tabari juga menggunakan metode tafsir bi al Ra’yi. Tafsir bi
al Ra’yi yang juga dikenali sebagai tafsir bi al Dirayah) diertikan oleh Imam al Zahabi
sebagai tafsir di mana penjelasannya adalah berdasarkan ijtihad dan pemikiran mufassir
setelah mengetahui dan menguasai terlebih dahulu Bahasa Arab serta metode yang tepat, dalil
hukum, serta aspek-aspek pentafsiran yang lain seperti Asbab al Nuzul, Nasikh wa Mansukh,
dan sebagainya (Rizal Julmi, 2009).

3.2 Mafatih al Ghaib

Mafatih al Ghaib yang juga dikenali sebagai al Tafsir al Kabir, merupakan kitab tafsir
yang ditulis oleh ulama’ kurun ke-12, Imam Fakhruddin al Razi RA. Ada sebahagian ulama’
yang menamakan kitab ini dengan nama penuhnya Alf al Razi Tafsiruhu al Kabir al
Musamma Mafatih al Ghaib. (Mokhsin Abdul Hamid, 1974).
Kitab tafsir ini merupakan kitab tafsir yang sangat penting dalam madrasah
pentafsiran al Quran terutamanya mereka yang bergelumang dengan metode tafsir bi al Ra’yi
al Mahmud, bahkan ia merupakan kitab tafsir bi al Ra’yi yang paling unggul. Seperti kitab
Tafsir al Tabari, kitab ini juga dibaca di pondok-pondok ilmiah sehinggalah ke peringkat
universiti. (Al Misykat, 2018).

3.2.1 Pengarang

Nama lengkap beliau Abu Abdillah, Muhammad bin Umar bin Al husain bin Alhasan
Ali, At Tamimi, Al Bakri At Thabaristani Ar Rozi. beliau di gelar sebagai Fakhruddiin
( kebanggaan islam), dan dikenal dengan nama Ibnu Al khatiib, yang bermadzhabkan Syafi’i
dan Al-Asy'ari dalam ilmu Kalam/Aqidah. Beliau lahir pada tahun 544 H (Azam Azhary,
2012).

7
Beliau mula menuntut ilmu dengan ayahanda beliau. Ayahanda beliau, Imam
Dhiyauddin Umar ibn al Hasan yang merupakan seorang ulama’ yang faqih, mahir dalam
ilmu usul serta merupakan seorang sufí, memulakan pengajian bersama anakandanya pada
waktu Subuh. Imam al Fakhruddin RA menunut dengan ayahandanya sehinggalah ayahnya
wafat pada tahun 559H. (Hidayah al Arifin)
Imam Fakhruddin Ar Razi tidak ada orang lain yang setanding keilmuan pada
masanya, ia seorang mutakallim pada zamannya, ia ahli bahasa, ia Imam tafsir dan beliau
sangat unggul dalam berbagai disiplin ilmu. Sehingga ramai orang yang datang dari belahan
penjuru negeri dan negara untuk meneguk sebahagian dari keluasan ilmu beliau (Azam
Azhary, 2012).
Beliau juga seorang doktor perubatan pada zamannya. Imam Fakhruddin telah
menulis beberapa komentar terhadap buku-buku perubatan. Pada usia 35 tahun, ia telah
menerangkan bahagian-bahagian yang sulit dari kitab perubatan Ibnu Sina(Avicenna) "Al-
qanun fi al-tibb" kepada seorang doktor terkemuka di Sarkhes, yaitu Abd al-Rahman bin Abd
al-Karim (Azam Azhary, 2012).
Antara ulama’ yang menjadi anak murid kepada beliau ialah Zainuddin al Kisyyi, al
Qutb al Misri, Syihabuddin al Misri dan banyak lagi (Marefa, 2021).
Imam Fakhruddin Ar Razi wafat pada tahun 606 H. Dikatakan beliau meninggal,
ketika beliau berselisih pendapat dengan kelompok Al karamiah tentang urusan aqidah,
hinggakan mereka mengkafirkan Fakhruddin Ar Razi, kemudian dengan kelicikan dan tipu
muslihat, mereka meracuni Ar Razi, sehingga beliau meninggal dan menghadap Tuhannya
(Azam Azhary, 2012).

3.2.2 Sejarah Penulisan

Imam al Fakhruddin al Tazi mula mengarang kitab tafsir beliau ketika beliau di akhir
hayatnya di mana beliau ketika itu sudah mencapai umur 50 tahun. (Wafiyyat al A’yan wa
Anba’ Abna’ al Zaman)
Fakhruddin ar-Razi hidup pada kurun ke-enam Hijriyyah. Zaman ini merupakan
zaman di mana melandanya kesempitan dalam kehidupan umat Islam, baik dari segi politik,
social, keilmuan dan juga akidah. Dan kelemahan ini telah sampai pada puncaknya pada
masa Daulah Abbasyiah. Ada kabar tentang perang salib di Syam. Pada masa itu juga terjadi
perselisihan mazhab dan akidah, dan di Ray sendiri ada tiga golongan, yaitu Syafi’iyyah,
Ahnafi, dan Syi’ah. Dan muncul pula banyak golongan kalam dan perdebatan-perdebatannya,
8
diantaranya yaitu golongan Syi’ah, Mu’tazilah, Murjiah, Bathiniyah dan Kurrasiyah (El
Rosyadi, 2018)
Kemudian, Fakhruddin ar-Razi yang ahli dalam berbagai bidang keilmuan, menulis
kitab tafsir ini dengan berjumlah 8 jilid besar. Ar-Razi yang bermazhab Syafi’i dalam
penulisan kitab tafsirnya beliau selalu membantah Mu’tazilah ketika ada kesempatan atau
cela. Tafsir ini ditulis oleh Fakhruddin ar-Razi sebagai tanggapan terhadap tafsir ideologi
karangan Zamakhsyari (Kitab Tafsir al-Kasysyaf). Dimana Fakhruddin ar-Razi yang
beraliran Asy’ariyah berusaha mempertahankan alirannya (mazhab Syafi’i) dan mencari-cari
jalan untuk membenarkannya.Zamakhsyari dalam tafsirnya menyebutkan bahwa yang selain
Mu’tazilah (khususnya Asy’ariyah) adalah pembuat bid’ah, musuh-musuh Allah. Dia
menafsirkan ayat untuk mendukung alirannya, bahkan menjelek-jelekkan aliran lain (El
Rosyadi, 2018).

3.2.3 Pujian Ulama’

Pakar ilmu akal, khususnya Imam Fakhr al Din al Razi (wafat 606/1209), telah
memenuhi kitab tafsirnya dengan kata-kata hukama’, ahli falsafah dan yang sejenis
dengannya. Sedikit demi sedikit, ia terkeluar dari persoalan intinya sehingga menyebabkan
para pembacanya mengalami kebingungan kerana ketiadaan kaitan antara huraian dengan
ayat yang sedang ditafsirkan. Dalam al Bahr al Muhit, Abu Hayyan menyatakan bahawa
Imam al Razi telah menghimpunkan beberapa persoalan yang banyak dan beragam dalam
kitab tafsirnya yang tidak diperlukan sama sekali dalam ilmu tafsir. Oleh kerana itulah,
sebahagian ulama’ mengatakan, bahawa segala-galanya ada di dalam kitab tafsirnya, kecuali
tafsir itu sendiri (Dato Syeikh Haji Muhammad Fuad, 2017).
Mufti Muhammad Taqi Usmani memuji Tafsir al Kabir ini dengan menyatakan
bahawasanya ia seumpama Tafsir Ibnu Kathir pada aspek ketepatannya dan ketinggian
keilmuannya. Boleh dikatakan bahawasanya kitab ini tiada yang seumpama dengannya pada
keseluruhan pentafsiran yang telah dilakukan oleh Imam Fakhruddin al Razi RA. Tafsir al
Kabir merupakan tafsir yang sangat tepat dan berdasarkan pengalaman Mufti Muhammad
sendiri, beliau menyatakan bahawa setiap kali dia berhadapan dengan kesukaran untuk
memahami sebarang makna di dalam al Quran, maka kitab Tafsir al Kabir ini telah
mendorong beliau kepada jawapan yang dicari. (Mufti Muhammad Taqi Usmani, 2000)

3.2.4 Metode Pentafsiran


9
Abdul Jawad merumuskan metode tafsir al Razi dalam enam ciri. Pertama, beliau
meneyebut ayat atau surah yang memiliki munasabah dengan ayat yang ditafsirkan. Kedua,
beliau menjelaskan kajian mengenai ayat yang sedang ditafirkan. Ketiga, beliau menolak
fahaman Muktazilah di dalam beberapa pentafsiran yang dilakukannya. Keempat, beliau juga
menjelaskan aspek ukum berkenaan ayat yang beliau tafsirkan. Kelima, beliau menyebut
permasalahan yang berkenaan dengan sesuatu ayat al Quran tersebut. Keenam, beliau
mempamerkan aspek bahasa, qiraat yang sering beliau gunakan dalam mendalami maksud
setiap kalimah di dalam ayat al Quran tersebut (Anas Shafwan Khalid, 2018).

10
4.0 Tafsiran al-Tabari dan al-Razi terhadap ayat 34 surah al-Nisa’
Allah SWT berfirman dalam surah al Nisa’, ayat 34:

ٌ ‡َ‫‡ات َحافِظ‬
‫‡ات‬ ٌ ‡َ‫ات قَانِت‬ ُ ‫الص‡الِ َح‬ َّ َ‫ْض َوبِ َم‡‡ا َأنفَقُ‡‡وا ِم ْن َأ ْم‡ َوالِ ِه ْم ۚ ف‬ َ ‫ض َل هَّللا ُ بَع‬
ٍ ‫ْض‡هُ ْم َعلَ ٰى بَع‬ َّ َ‫ال ِّر َجا ُل قَوَّا ُمونَ َعلَى النِّ َسا ِء بِ َما ف‬
‫ضا ِج ِع َواضْ ِربُوه َُّن ۖ فَ ‡ِإ ْن َأطَ ْعنَ ُك ْم فَاَل تَ ْب ُغ‡‡وا‬ َ ‫ب بِ َما َحفِظَ هَّللا ُ ۚ َوالاَّل تِي تَ َخافُونَ نُ ُشوزَ ه َُّن فَ ِعظُوه َُّن َوا ْه ُجرُوه َُّن فِي ْال َم‬
ِ ‫لِّ ْل َغ ْي‬
)34( ‫َعلَ ْي ِه َّن َسبِياًل ۗ ِإ َّن هَّللا َ َكانَ َعلِيًّا َكبِيرًا‬
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-
perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang
memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak
hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-
perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan
(kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-
cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha
Besar.”
Imam al Tabari RA mendefinisikan nusyuz dengan pembangkangan daripada seorang
isteri terhadap suaminya yang telah memberi hak-haknya serta kewajibannya, sedangkan
isteri itu tidak memenuhi kewajipannya kepada suami, seperti pembangkangan seorang
istri ketika diajak untuk berjima’ kerana berjima’ merupakan hak seorang suami dan
kewajiban seorang isteri untuk menurutinya. (SyekhNurJati, 2021).
Seorang suami bertanggungjawab terhadap isterinya dalam mendidik dan
mengarahkan untuk selalu taat dalam melaksanakan kewajibannya terhadap Allah dan
dirinya dengan dalil:
‫ْض‬ َ ‫ض َل هَّللا ُ بَ ْع‬
ٍ ‫ضهُ ْم َعلَ ٰى بَع‬ َّ َ‫بِ َما ف‬
“Allah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) ke atas sebahagian mereka (kaum
wanita)”
Dengan keutamaan yang Allah berikan kepada suami terhadap isteri-isteriya
disebabkan pihak suami sudah memberikan mahar, serta memberikan nafkah dari harta-
hartanya. Oleh sebab itu Allah jadikan para suami itu pemimpin bagi isteri-isterinya.
(SyekhNurJati, 2021)
11
Lafaz (‫ )وبما أنفقوا من أمرالهم‬iaitu atas apa yang si suami telah berikan daripada mahar
dan kewajipan untuk memberikan nafkah. (‫)فالصالحات‬, yakni taat dalam melaksanakan
perintah agamanya, dan baik dalam segala pekerjaannya. (‫ )قانت‡‡ات‬iaitu taat terhadap
perintah Allah, dan patuh kepada suami. (‫)حافظات للغيب‬, yakni merasa selamat dan terjaga
Ketika suami tiada di sisinya. Menjaga maruah diri dan harta bendanya, (‫)بم‡‡ا حف‡‡ظ هللا‬
dengan penjagaan Allah atas apa yang mereka telah pelihara, sama ada harga diri, harta
dan juga perintah suaminya (SyekhNurJati, 2021)
Lafaz (‫)والل‡‡تي تخ‡‡افون نش‡‡وزهن‬, bagi lafaz ini ahli Tafsir berbeza pendapat mengenai
khuatirnya seorang isteri yang melaksanakan nusyuz. Pendapat pertama menyatakan
bahawasanya suami yang sudah benar-benar mengetahui bahawa isterinya sudah
melakukan nusyuz. Namun, kebanyakan ahli Tafsir menjelaskan bahawa khuatirnya
seseorang suami itu akan isterinya jikalau isterinya itu berkemungkinan ingin melakukan
nusyuz (SyekhNurJati, 2021)
Ketika seorang isteri itu sudah melakukan demikian, maka (‫ )فعظ‡‡وهن‬nasihatilah
mereka agar mereka itu sentiasa mengingati Allah SWT, dan takut kepada balasanNya
yang telah Dia tetapkan, dengan harapan agar isteri itu Kembali taat dan patuh terhadap
kewajipannya kepada suaminya (SyekhNurJati, 2021)
Namun, apabila isteri itu tetap melalukan nusyuz selepas dinasihat, maka (‫واهجروهن في‬
‫)المض‡‡اجع‬, berpisahlah daripada tempat tidur mereka. Sebahagian ahli tafsir berbeza
pendapat dalam permasalahan ini. Pendapat pertama adalah menahan diri untuk tidak
menggauli iseri walaupun perkara itu merupakan hak seorang suami terhadap isterinya
dan kewajipan seorang isteri terhadap suaminya. Pendapat kedua pula adalah menahan
diri daripada mengaak isteri berbicara sehinggalah mereka kembali taat dan patuh.
Pendapat ketiga adalah diharuskan isteri itu untuk meninggalkan suami dan juga anaknya
sampai suatu waktu tertentu sehinggalah dia kembali taat dan patuh terhadap suami.
(SyekhNurJati, 2021)
Kemudian, seandainya seorang isteri itu masih melakukan nusyuz, maka cara terakhir
ialah (‫ )واض‡‡ربوهن‬yakni pukullah isteri-isteri kalian, sehingga mereka patuh dan taat
terhadap kewajipan kepada Allah demi kebaikan untuk keluarga dan anak-anaknya.
(SyekhNurJati, 2021)
Adapun nusyuz pihak suami terhadap isterinya dijelaskan dalam surah al Nisa’ ayat
128:
‫ت‬ ِ ْ‫ٱلص‡ ْل ُح َخ ْي‡ ٌر ۗ َوُأح‬
ِ ‫ض‡ َر‬ ُّ ‫ص‡ ْلحًا ۚ َو‬ ْ ‫ت ِم ۢن بَ ْعلِهَا نُ ُشو ًزا َأوْ ِإ ْع َراضًا فَاَل جُ نَ‡‡ا َح َعلَ ْي ِه َم‡‡ٓا َأن ي‬
ُ ‫ُص‡لِ َحا بَ ْينَهُ َم‡‡ا‬ ْ َ‫وَِإ ِن ٱ ْم َرَأةٌ خَاف‬
ْ ُ‫وا َوتَتَّق‬
‫وا فَِإ َّن ٱهَّلل َ َكانَ بِ َما تَ ْع َملُونَ خَ بِيرًا‬ ْ ُ‫ٱَأْلنفُسُ ٱل ُّش َّح ۚ وَِإن تُحْ ِسن‬

12
“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz"
(kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri)
membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil
kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang
ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri
(daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.”
Ayat ini menjelaskan tentang nusyuz daripada seorang suami terhadap isterinya.
Dalam ha ini, Imam al Tabari RA menjelaskan maksudnya dengan menyatakan
bahawa nusyuz seorang suami terhadap isterinya itu adalah dengan sikap tidak
memperdulikan apa yang dilakukan oleh isterinya disebabkan isterinya sudah tidak
mampu lagi untuk memberi kepuasan dalam perhubungan mereka, ataupun usianya
sudah tua dan tidak boleh lagi memberi apa-apa manfaat daripada apa yang dimiliki
oleh isteri tersebut. (SyekhNurJati, 2021)
Jika seorang isteri itu khuatir terhadap sikap tidak acuh yang dilakukan suaminya,
maka bolehlah kedua-dua mereka itu berdamai dengan meninggalkan sebahagian dari
kewajipan kedua-duanya atau membuat perjanjian di antara mereka. Sesungguhnya
berdamai di antara seorang suami dan isteri itu adalah sesuatu yang sangat baik, di
mana kedua-duanya meninggalkan sebahagian kewajipan daripada keduanya, kerana
yang demikian itu lebih baik daripada penceraian. (SyekhNurJati, 2021)
Imam Fakhruddin al-Rāzī RA pula menggunakan beberapa ayat dalam al-Qur’an
sebagai pendekatan dalam menyingkapi konflik suami-isteri disebabkan nushūz.
Beliau mendasarkan perbahasan nusyuz dengan tiga ayat al Quran iaitu daripada
surah al-Nisa, ayat 34, 35, dan 128. (Fatimah Zuhrah, 2016)
Setelah Allah menyebutkan wanita yang solehah dalam firmanNya ( ‫ات‬ ُ ‫الص‡الِ َح‬
َّ َ‫ف‬
ِ ‫ات لِّ ْل َغ ْي‬
ُ ‫ب بِ َما َحفِظَ هَّللا‬ ٌ َ‫َات َحافِظ‬
ٌ ‫ )قَانِت‬kemudian Allah jelaskan pula dalam ayat yang sama bagi
perempuan yang tidak solehah: (‫ ) َوالاَّل تِي تَخَ‡‡‡ افُونَ نُ ُش‡‡‡و َزه َُّن‬yang bermaksud “dan
perempuan-perempuan yang kalian khawatirkan akan nushūz). Khawatir disini
adalah keadaan takut dalam hati ketika menyangka suatu peristiwa yang dibenci pada
masa yang akan datang terjadi. Imam Syafi’i berpendapat bahwa nushūz dapat
berupa perkataan, dapat pula perbuatan. Berupa perkataan misalnya tidak menyahut
apabila suami memanggilnya, meninggikan suara ketika berbicara apabila suaminya
menasihatinya, kemudian berubah sikap- nya. Berupa perbuatan misalnya hendaknya
13
istri itu melayani apabila suami- nya mendatanginya atau bersegera kepada urusan
suaminya, bersegera me- nemani suaminya tidur dengan gembira apabila suaminya
menyentuhnya. Apabila istri itu berubah melakukan demikian maka hal ini
menunjukkan nushūz. Nushūz adalah bermaksiyat kepada suami. (Fatimah Zuhrah,
2016)
Pada lanjutan ayat yang sama: ( ‫اض‡‡ ِربُوه َُّن‬ َ ‫ ) ۖ فَ ِعظُ‡‡وه َُّن َوا ْهجُ‡‡ رُوه َُّن فِي ْال َم‬di
ْ ‫ض‡‡ا ِج ِع َو‬
dalamnya terkandung beberapa permasalahan. Pertama, menurut Imam Syafi’I RA,
suami dianjurkan untuk menasihati isterinya dengan perkataan: “bertakwalah kepada
Allah sesungguhnya bagi saya ada hak terhadap diri kamu dan kembalilah kepada hal
yang asal dan ketahuilah ta’at kepada saya itu wajib ke atas kamu”. Dalam hal ini
suami tidak boleh memukul isterinya, dengan harapan nasihat itu sudah memadai
baginya. (Fatimah Zuhrah, 2016)
Namun apabila seorang isteri itu menjadi nushūz maka pisahkan tempat tidurnya
dan tidak berbicara dengannya. Menurut Imam Syafi’i, tidak berbicara dengan isteri
yang tidak satu katil adalah dalam tempoh tidak melebihi dari tiga hari. Dengan cara
ini, seorang isteri yang mencintai suaminya akan meninggalkan nushūznya dan akan
berubah. Sebaliknya, bila isteri tidak mencintai suaminya maka ia akan tetap pada
nushūznya dan hal itu menunjukkan ia benar-benar nushūz. Sebahagian ulama
berpendapat bahwa berpisah katil adalah menjauhkan dirinya daripada perhubungan
suami isteri. (Fatimah Zuhrah, 2016)
Kemudian jikalau isteri itu masih lagi tetap nushūz maka diharuskan untuk
memukulnya. Imam Syafi’I RA mengatakan bahawa memukulnya boleh tetapi
meninggalkannya dam tidak me-mukulnya itu adalah lebih utama. Jika memukul,
maka tidak sampai melukai, apatah lagi memukul hingga menyebabkan kebinasaan.
Pemukulan dilakukan di tempat yang berbeza di badan, dan menjauhi memukul di
muka. Pemukulan pula tidak boleh lebih dari empat puluh kali. Sebahagian ulama
Syafi’iyah berpendapat bahwa pemukulan tidak lebih daripada dua puluh kali.
Pemukulan dilakukan dengan alas tangan atau dengan tangannya, tidak menggunakan
sebarang senjata, juga tidak menggunakan tongkat. Pokoknya, pukulan hendaklah
dengan cara yang paling ringan. (Fatimah Zuhrah, 2016)
Kedua, bahwa para ulama berbeda pendapat tentang urutan perlakuan suami
terhdapp istri yang nushūz. Sebagian berpendapat bahwa dalam ayat ini Allah
mensyari’atkan sesuai dengan tertibnya. Walaupun secara zahir lafalnya
menunjukkan secara bersama-sama namun secara implisit menunjukkan tertib dalam
14
solusi. Ali bin Abi Ṭalib r.a. mengatakan: “nasihati dengan kata- kata, kalau masih
membangkang pisahkan tempat tidurnya, kalau masih membangkang pukul dia,
kalau pukulan tidak merubahnya kirim dua ḥakam. Sebagian ulama berpendapat
bahwa ketika dikhawatirkan istri nushūz, maka diharuskan tertib. Namun jika
memang diyakini sudah ada nushūz, maka dibolehkan untuk mengumpulkan solusi
tersebut. Sebagian yang lain berpendapat, jika suami mengkhawatirkan terjadi
nushūz, maka suami me- nasihati. Bolehkah suami memisahkan tidurnya? Ada
kemungkinan bahwa pada masa awal terjadi nushūz, suami terlebih dahulu
menasihatinya atau langsung memisahkan tempat tidurnya atau langsung
memukulnya.21

15
5.0 Kaedah umum dalam pentafsiran ayat al-Quran.

،‫ يتن‡‡اول دع‡‡اء المس‡‡ألة‬:‫ والثن‡‡اء على ال‡‡داعين‬،‫ والنهي عن دع‡‡اء غ‡‡ير هللا‬،‫ كلّما ورد في القرآن من األمر بال‡‡دعاء‬:‫القاعدة‬
‫ودعاء العبادة‬

Kaedah: Sebagaimana yang datang dalam al-Qur'an berkenaan perintah untuk berdoa kepada
Allah dan larangan untuk berdoa kepada selainNya serta pujian bagi mereka yang berdoa,
maka perintah berdoa dalam al-Qur’an itu merangkumi: berdoa sebagai permohonan seorang
hamba dan berdoa sebagai satu bentuk ibadah. (Nofmiyati, 2020)
Dengan menelusuri penjelasan yang ada, maka kaedah di atas yang disusun oleh al-
Sa’di ini termasuk dalam Kaedah Qur’aniyyah. Penerapan kaedah ini banyak ditemukan
dalam al-Qur’an, seperti yang dicontohkan oleh al-Sa’di pada Ghafir: 60, al-Qamar: 10,
Yunus: 12 dan 106, dan banyak lagi. (Nofmiyati, 2020)
Maka isi bagi penearapa kaedah di atas ini pada keseluruhan ayat al Quran yang
disebutkn di atas, maka menurut al-Sa’di bermaksud: (1) Perintah berdoa kepada Allah
dengan penuh adab dan tatacara, (2) Larangan berdoa kepada selain Allah, dan (3) Perintah
berdoa tersebut merangkumi dua perkara: berdo’a sebagai permohonan hajat bagi hamba
lepada Allah, dan berdoa sebagai salah satu bentuk ibadah (Nofmiyati, 2020).

‫ وال العملية محل‬،‫ لم يبق للمعارضة العلمية‬،‫ ٕاذا وضح الحق وبان‬:‫القاعدة الثانية والخمسون‬

Kaedah: Ketika suatu kebenaran itu jelas dan telah diterangkan, maka tidak akan pernah ada
pertentangan secara ilmiyyah dan amaliyyah di mana-mana. (Nofmiyati, 2020).

Dengan menelusuri penjelasan yang ada, kaedah ini termasuk dalam kategori kaedah
Syar’iyyah Aqliyyah Fithriyyah. Penerapan kaedah ini banyak ditemukan dalam al-Qur’an,
seperti yang dicontohkan oleh al-Sa’di pada QS. al-Baqarah : 256, QS. al-Kahfi : 29, QS. al-
Anfal: 6, 42, QS. Ali Imran : 159, QS. al-An’am: 119, QS. al- Insiqaq : 21, QS. al-Jatsiah :6,
QS. al-Rahman: 13, dan QS. Yunus : 32 (Sa’di, n.d.). (Nofmiyati, 2020).

Kaedah ini pada keseluruhan ayat al-Qur’an tersebut, menurut al-Sa’di merangkumi :
(1) Ketika ayat-ayat al-Qur’an telah menjelaskan dan menerangkan tentang suatu kebenaran,
maka tidak akan pernah ada pertentangan antara ilmiyyah dan amaliyyah, bila-bila atau di
mana sahaja, (2) Di sebalik kebenaran yang dijelaskan dan diterangkan dalam al-Qur’an, baik

16
dalam bentuk perintah mahupun larangan terkandung nilai-nilai hikmah iaitu kemaslahatan,
keselamatan dan kesejahteraan serta untuk menghindari bahaya, mudharat dan mafsadah.
(Nofmiyati, 2020)

‫ وي‡‡بين م‡‡ع ذل‡‡ك‬،‫ أنه يبين أن األجر والثواب على قدرالمشقة في طريق العب‡‡ادة‬:‫ من قواعد القرآن‬:‫القاعدة الثالثة والخمسون‬
ً ‫ وأنها ال تنقص من األجر شيئا‬،‫أن تسهيله لطريق العبادة من منته وإحسانه‬

Kaedah: Salah satu di antara kaedah-kaedah al-Qur’an itu menunjukkan bahawa


balasan dan pahala dalam beribadah diperolehi sesuai dengan tingkatan kesulitan yang
dihadapi, demikian pula nilai dan kebaikan dalam beribadah sesuai dengan tingkatan
kemudahan dalam melaksanakannya, dan tidak ada pengurangan sedikitpun dari balasan dan
pahala, nilai dan kebaikan. (Nofmiyati, 2020)

Kaedah yang disusun oleh al-Sa’di ini termasuk dalam Kaedah Syar’iyyah. Penerapan
kaedah ini banyak ditemukan dalam al-Qur’an, seperti yang dicontohkan oleh al-Sa’di pada
QS. al-Baqarah : 216, 155-156, QS. al-Nisaa’ : 104, QS. Zumar: 10, QS. al-Anfaal : 11-12,
QS. Yunus: 62-64, QS. al-Lail : 5-7, dan QS. al-Nahl : 97 (Sa’di, n.d.). Penerapan kaedah ini
pada keseluruhan ayat al-Qur’an tersebut, menurut al-Sa’di berisi penjelasan bahwa
kelembutan kasih dan sayang Allah SWT., kepada hamba-hambaNya, adanya hikmah yang
luas dari sisiNya yang Maha Pengasih lagi Penyayang. (Nofmiyati, 2020)

.‫ وإن كانت صورته موجود‬،‫ كثيراً ما ينفي هللا الشيء لعدم فائدته وثمرته المقصودة منه‬:‫القاعدة الرابعة والخمسون‬

Kaedah: Cukup Allah SWT menunjukkan suatu tujuan dengan menolak sesuatu kerana
kurangnya kegunaan dan manfaatnya, meskipun sesuatu itu nyata bentuknya. (Nofmiyati,
2020)

Kaedah yang disusun oleh al-Sa’di ini termasuk dalam Kaedah Tauhidiy. Penerapan
kaedah ini banyak ditemukan dalam al-Qur’an, seperti yang dicontohkan oleh al-Sa’di pada
QS. al-Baqarah : 8, 67, 101, 170-171, QS. Ali Imran :122, QS. al-A’raf : 172, 176-177, 179,
QS. Hajj: 46, QS. al-Naml: 80- 81, QS. al-Nisaa’: 150-151, QS. al-Maaidah 23, dan al-Anfaal
: 2-4, 41 (Sa’di, n.d.). Penerapan kaedah ini pada keseluruhan ayat al-Qur’an tersebut,
menurut al-Sa’di, bahwa Allah SWT, menciptakan segala sesuatu memiliki suatu tujuan,
bermakna, bernilai, memberi manfaat dan mengandungi sebab akibat. (Nofmiyati, 2020)

17
6.0 Sinopsis dan ulasan Usul al-Tafsir oleh Ibn Taimiyah dan al Tafsir wa al
Mufassirun oleh al Zahabi

6.1 Usul al-Tafsir oleh Ibn Taimiyah

Kitab Muqaddimah fi Uṣūl al-Tafsīr merupakan karya Ibnu Taymiyyah dalam bidang
yang menjadi rujukan sebahagian ulama tafsir. Karya ini tidaklah setebal kitab usul tafsir
yang lain namun mempunyai isi kandungan yang mempunyai beberapa manfaat.
Kitab ini ditulis permintaan anak muridnya bagi menerangkan asas-asas dalam
memahami ilmu tafsir al-Qur'an yang membantu untuk memahami al-Quran seterusnya
membezakan di antara metode yang benar dan salah dalam memahami al-Quran.
Menurut Abu Hawa al Sa’di, jika diteliti, metod pentafsiran Ibn Taymiyyah adalah
mendahulukan al-Qur'an, Sunnah, pandangan Sahabat dan seterusnya Tabi'in. Dalam bab
pertama, beliau menjelaskan akan keyakinannya bahawa al-Qur'an telah dijelaskan
maksudnya secara keseluruhannya oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat. (Razif
Fuad, 2016)
Dalam Muqaddimah fi Uṣūl al-Tafsīr, beliau mengkritik hadith palsu dalam tafsir
yang dibawa oleh Al-Thaʿbī, al-Wāḥidī dan al-Zamakhsharī berkenaan kelebihan surah-
surah al-Qur'an. Selain itu, kritikan juga disampaikan kepada tafsir Shiʿah, Muʿtazilah,
Ahli Bidʿah dan segelintir Ṣūfī yang dilihat tersasar dalam metodologi pentafsiran al-
Qur'an. (Razif Fuad, 2016)
Ibn Taimiyyah ada juga menyebut perbezaan di tafsir dalam kalangan Salafussoleh di
mana perbezaan pertama menurut Ibn Taimiyyah adalah penggunaan kalimah yang
berbeza tetapi membawa maksud yang satu. Perbezaan kedua pula adalah dengan
menyebutkan perihal sesuatu berdasarkan gambarannya dalam al-Qur'an.
Menurut Ibnu Taimiyyah juga, riwayat Isrā’iliyyāṭ dalam tafsir itu boleh dibahagikan
kepada 3 kategori: Tidak bercanggah dengan syarak, palsu dan bercanggah dengan
syarak, dan terakhir tidak seperti kedua-dua kategori yang disebut sebelum ini,
bermaksud kategori yang ketiga ini boleh jadi ianya benar ataupun salah. Diharuskan
untuk menyebut daripada kategori ketiga ini kerana kebanyakan di dalamnya tidak
berkaitan dengan hal keagamaan. Jika ditinjau, memang ada kitab tafsir yang
membawakan riwayat Isrā’iliyyāṭ dengan penjelasan dan juga tanpa sebarang penjelasan.
Begitu juga perihal tafsir dengan akal/pendapat, Ibn Taymiyyah ada mengulas tentang
hal ini. Baginya, tafsir seperti ini hukumnya haram. Beliau membawakan pelbagai hadith
18
Nabi SAW dan athar sahabat bagi menyokong pandangannya ini. Apa yang difahami,
maksud pengharaman itu adalah pengunaan rasional secara total kerana ia dikhuatiri
menyeleweng daripada pemahaman sebenar (Razif Fuad, 2016)
Kesimpulannya, Muqaddimah fi Uṣūl al-Tafsīr boleh dijadikan rujukan bagi
memahami asas-asas dalam bidang tafsir. Ia patut dijadikan bahan mengajar di universiti
pada masa kini yang dilihat agak kurang membahaskan berkenaan Usul Tafsir tetapi
sebaliknya terus fokus kepada perbahasan tafsir.

6.2 Al Tafsir wa al Mufassirun oleh al Zahabi

Kitab al-Tafsir wa al-Mufasirun merupakan karya Dr. Muhammad al-Sayyid Husain


al-Zahabi. Beliau seorang ilmuwan agama yang terkenal. Beliau menjawat sebagai Menteri
Wakaf di Mesir sebelum kewafatannya pada tahun 1398H (Abu Syahmin, 2012)
Kitab al-Tafsir wa al-Mufassirun merupakan buku yang membahas mengenai manhaj
para mufassir. Ia mengandungi kajian terhadap manhaj kitab-kitab tafsir. Kitab ini merupakan
Thesis Ph.D. Kitab ini dicetak ketika al Zahabi masih lagi hidup. Kandungan jilid ketiga
memuatkan beberapa catatan khusus Dr. al-Zahabi mengenai pentafsiran golongan Syiah
(Abu Syahmin, 2012)
Karya Dr. Muhammad Husain al-Zahabi ini, kemudiannya menjadi asas kepada
kemunculan kajian-kajian lain yang berkaitan dengan metod atau manhaj tafsir para
mufassirin. Di bawah bimbingan Dr. al-Zahabi lahirlah kitab-kitab bermutu seperti Kitab al-
Qurtubi wa Manhajuhu fi al-Tafsir karya Dr. al-Qashbi Mahmud Zalath, al-Razi Mufassiran
karya Dr. Muhsin Abdul Hamid al-Iraqi dan Manhaj Ibnu Atiyyah fi al-Tafsir karya Dr.
Abdul Wahab Fayath (Abu Syahmin, 2012)
Kitab al-Tafsir wa al-Mufasirun merupakan karya Dr. Muhammad al-Sayyid Husain
al-Zahabi. Beliau seorang ulama terkenal, yang pernah menjawat sebagai Menteri Wakaf di
Mesir sebelum wafatnya pada tahun 1398H (Abu Syahmin, 2012)
Karya Dr. Muhammad Husain al-Zahabi ini, kemudiannya menjadi asas kepada
kemunculan kajian-kajian lain yang berkaitan dengan metod atau manhaj tafsir para
mufassirin.
Kitab ini ditulis sesuai dengan kaedah penulisan tesis tahap kedoktoran (Ph.D) dan
boleh dilihat dengan jelas ketika membaca kitab tersebut. Berikut dijelaskan kandungan kitab
al-Tafsir wa al-Mufassirun berdasarkan dua jilid asalnya; dalam jilid yang pertama, Dr. al-
Zahabi membahas banyak permasalahan; dalam pendahuluan beliau membahas tentang: 1.
19
Pengertian Tafsir dan Takwil serta perbezaan antara keduanya, 2. Tafsir al-Quran dengan
selain Bahasa Arab, 3. Tarjamah Tafsiriyah pada al-Quran dan pembahasan yang berkaitan
dengannya. Jilid kedua membahas: Kedua: Syiah dan kelompok-kelompok pecahannya.
Kemudian kitab ini ditutup dengan pembahasan tentang corak tafsir pada masa modern,
pembahasan ini menghabiskan sekitar seratus dua puluh halaman, beliau sebutkan beberapa
kitab tafsir. (Abu Syahmin, 2012)

20
6.0 Kesimpulan

Kajian yang telah dijalankan dalam menganalisi kedua-dua kitab Tafsir al Tabari dan
Tafsir al Kabir mendapati bahawa kedua-dua tafsir ini mempunyai kedudukan yang tinggi
bukan sahaja di sisi para mufassirun bahkan di sisi ulama Islam secara amnya. Ini disebabkan
kedua-dua kitab ini merupakan kitab yang terawal dalam mentafsirkan menggunakan metode
tafsir bi al Athar bagi Imam al Tabari RA dan tafsir bi Ra’yi bagi Imam Fakhruddin al Razi
RA.
Di samping itu, kajian yang telah melihat pada tafsiran mereka terhadap ayat ke-34
bagi surah al Nisa’ mendapati bahawa Imam al Tabari RA lebih cenderung mentafsirkan ayat
al Quran tersebut menggunakan metode tafsir bi al Athar manakala Imam Fakhruddin al Razi
RA menafsirkan ayat tersebut dengan perbahasan yang agak panjang. Uniknya beliau di
mana beliau menyebut qaul Imam al Syafie bagi memahami permasalahan yang timbul
daripada ayat tersebut.
Seterusnya, kajian juga telah meneliti empat kaedah umum dalam pentafsiran ayat al
Quran serta contoh pengaplikasiannya dalam tafsir al Tabari dan tafsir al Razi. Akhir sekali,
kajian juga menyebut synopsis dan ulasan terhadap buku Usul al Tafsir oleh Ibn Taimiyah
dan al Tafsir wa al Mufassirun karangan Imam al Zahabi RA. Kedua-dua kitab mutaakhirin
ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana kitab ini disyorkan untuk dibaca di
universiti kerana sesuai bagi para mahasiswa dan mahasiswi yang ingin menyelami dalam
bidang tafsir. Kitab ini merupakan kitab yang dapat memberi pengenalan tentang selok belok
ilmu tafsir sebelum terjun ke dalam lautan ilmu tafsir.

21
Tugasan 2: Video Presentation

Berikut merupakan link google drive bagi video presentation.

https://drive.google.com/drive/folders/14Lm2Wh5Ey9h6pUYN5-OyMpXj7fFp7YSq?
usp=sharing

22
7.0 Rujukan

1. Al Quran
2. Sunan al Tirmizi, Beirut: Dar al Gharb, cetakan 1996.
3. Sunan Abu Daud,  Syria: Dar al Risalah al Islamiyyah, 2009.
4. Ibnu Kathir, Al Bidayah wa al Nihayah, cetakan Dar Tayyibah.
5. Siyar A’lam al Nubala’, cetakan Muassasah al Risalah.
6. Tahzib al Asma’ wa al Lughot, Imam al Nawawi, Beirut: Dar al Kutub al ‘Ilmiyyah.
7. Dato’ Syeikh Muhammad Fuad (2017), Tafsir Surah Yasin, cetakan Sofa Production
Sdn. Bhd.
8. Rosenthal, Franz, ed. (1989). The History of al-Ṭabarī, Volume I: General
Introduction and from the Creation to the Flood. SUNY Series in Near Eastern
Studies. Albany, New York: State University of New York Press. ISBN 978-0-88706-
562-0.
9. Abdurrahman al Ghazawi (1999), al Tabari, Dar al Kitab, Baghdad.
10. Mokhsin Abdul Hamid (1974), Al Razi Mufassiran, cetakan Darl al Hurriyyah.
11. Rizal Julmi (2009), Tafisr bi Matsur dan bi al-Ray, Fakulti Usuluddin dan Adab UIN
Sultan Maulana Hasanudin, Banten, Indonesia.
12. Abdul Qadir Muhammad Soleh (2003), al Tafsir wa al Mufassirun fi Asl al Hadith,
Beirut: Dar al Ma’rifah
13. Anas Shafwan Khalid (2018), Metodologi Tafsir Fakhru al Din al Razi, UIN Syarif
Hidayatullah Jakarta.
14. Fatimah Zuhrah (2016), Nushuz Suami Isteri dan Solusinya, IAIN Sumatera Utara.
15. Nofmiyati (2020), Kaedah Tafsir Abdur Rahman al Sa’do dalam Kitab al Qawaid al
Hisan li al Tafsir al Quran, Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
16. SyekhNurJati (2021), Bab IV: Penafsiran at Thabari Terhadap Ayat-Ayat Ishlah,
diambil daripada
https://sc.syekhnurjati.ac.id/esscamp/risetmhs/BAB41414341081.pdf
17. Islamweb (2017), Imam al Tabari dan Manhajnya dalam ilmu Tafsir, diambil daripada
https://www.islamweb.net/ar/article/38369/
18. Muhammad Syakir (2017), Majam al Asolah al Arabiyyah, Wayback Machine.
19. Razif Fuad (2016), Muqaddimah fi Usul al Tafsir, diambil daripada http://razif-
fuad.blogspot.com/2016/01/ulasan-muqaddimah-fi-usul-al-tafsir.html

23
20. Ustaz Ahmad Hamdani (2011), Jami’ul Bayan fi Tafsiril Qur’an, diambil daripada
https://asysyariah.com/jamiul-bayan-fi-tafsiril-quran/
21. Abu Syahmin (2012), al Tafsir wa Mufassirun, diambil daripada
http://abusyahmin.blogspot.com/2012/11/al-tafsir-wa-mufassirun.html
22. Abdullah Khusairi (2017), Metode Tafsir Tahlili, diambil daripada
https://orangmeru.blogspot.com/2017/10/metode-tafsir-tahlili.html
23. Kamiluszaman (2019) Tafisr bil Ma’thur, diambil daripada
http://kamiluszaman.blogspot.com/2019/07/tafsir-bil-matsur-dan-tafsir-bil-rayi.html
24. Al Misykat (2018), Tafsir al Fakhr al Razi, diambil daripada
http://www.almeshkat.com/book/1523
25. Azam Azhary (2012), Imam Fakhruddin al Razi, diambil daripada
https://www.fb.com/181120935320345/photos/a.181444231954682/33397596336817
4/
26. Marefa (2021), Fakhr al Din al Razi, diambil daripada https://www.marefa.org/
‫فخر_الدين_الرازي‬

24

Anda mungkin juga menyukai