Anda di halaman 1dari 21

Penularan Wabak Penyakit Yang Berlaku Dalam Sejarah Islam ...................

Persepsi Orang-orang Yang Beriman Semasa Krisis ......................................6

Panduan Praktikal Dari Sudut Psikologi & Kerohanian Semasa Penularan

Wabak Penyakit.............................................................................................9

Teknik peneguhan .....................................................................................................9


Teknik untuk mengalihkan perhatian .........................................................................14
Tetapkan matlamat ..................................................................................................17
Pengurusan Media .......................................................................................18

Memupuk Kasih Sayang Semasa Krisis ........................................................19

Mendapatkan Bantuan Profesional ..............................................................20

Rujukan ........................................................................................................21
PENULIS

Dr Nurul Amalina Osman

Pegawai Perubatan
Unit Psikiatri dan Kesihatan Mental
Hospital Labuan

DISEMAK OLEH

Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Bin Shaharom

Profesor Psikiatri Pelawat


Universiti Cyberjaya

Presiden
Persatuan Terapi Psikospiritual Malaysia

P E N U L A R A N W A B A K P E N YA K I T
YA N G B E R L A K U D A L A M S E J A R A H
ISLAM
Sejarah tamadun dunia telah membuktikan bahawa manusia sebenarnya tidak pernah asing
daripada penularan wabak penyakit. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang
melibatkan penularan wabak penyakit telah berlaku pada kurun ke-7 di bawah pemerintahan
Khulafa ar Rasyidin, Umar al Khattab. Wabak ini dikenali sebagai Wabak Amwas dan telah
meragut sejumlah 25,000 nyawa sahabat Rasulullah saw. Wabak ini berlaku tidak lama
sejurus penaklukan Jerusalem oleh pasukan tentera Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah.

Peristiwa Wabak Amwas ini sedikit sebanyak memberikan panduan bagaimana para sahabat
mengendalikan wabak tersebut berpandukan ilmu daripada wahyu. Setelah Khalifah Umar
al-Khattab mendapat khabar tentang penularan wabak penyakit di Jerusalem, Umar bergegas
keluar daripada Madinah sehingga beliau tiba di sempadan Jerusalem. Komander Abu
‘Ubaidah al-Jarrah dan beberapa sahabat yang lain turut bergegas bertemu dengan Umar dan
memberi laporan berkenaan keadaan Jurusalem. Setalah mengetahui bahawa wabak tersebut
tersebar dengan sangat cepat dan boleh menimpa sesiapa sahaja, Umar telah meminta
nasihat daripada para sahabat sama ada beliau patut masuk ke dalam Jerusalem atau kembali
ke Madinah.

Setelah berbincang dengan para sahabat, beliau mengumumkan: “Aku akan kembali ke
Madinah pada esok hari”. Abu ‘Ubaidah seraya menyoal, “Adakah engkau hendak lari
daripada takdir Allah wahai Umar?”

Umar berkata, “Wahai Abu ‘Ubaidah, aku lebih senang jika orang lain yang bertanyakan
seperti itu. Ya, aku keluar daripada takdir Allah dan masuk ke dalam takdir Allah. Tidakkah
kamu melihat sekiranya seekor unta telah masuk ke dalam satu lembah yang di dalamnya
mengandungi dua ladang, salah satunya adalah subur dan yang lainnya tandus, adakah kamu
akan bertanam di ladang di ladang yang subur dengan takdir Allah atau kamu akan
bertanam di tanah yang tandus dengan takdir Allah?”

‘Abdur Rahman ibn ‘Auf yang sebelum itu sedang mengendalikan hal yang lain telah kembali
kepada mereka dan berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Jika kamu
mendengar wabak di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika wabak itu berlaku
di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar
daripadanya.”(Bukhari dan Mualim)
Hadis ini merupakan dalil yang membuktikan bahawa kaedah pencegahan wabak penyakit
seperti kuarantin adalah selari dengan ajaran Rasulullah saw.

P E R S E P S I O R A N G - O R A N G YA N G
BERIMAN SEMASA KRISIS
Apabila kita merasakan kehidupan kita semakin tidak terkawal, iman di dada terasa semakin
rapuh. Tidak kira sejauh mana kita cuba menyandarkan keyakinan kita kepada Allah swt,
iman kadangkala goyah apabila berhadapan dengan takdir Allah yang tidak kita ingini.
Walaupun keraguan itu hadir hanyalah sebentar cuma, namun keraguan inilah sebenarnya
mampu menggoncangkan iman dan seterusnya menjadikan kita semakin jauh daripada
Allah. Sesetengah keraguan ini lahir disebabkan kurangnya ilmu mahupun salah faham
terhadap takdir Allah yang boleh diperbetulkan dengan memahami al-Quran dan Hadis
dengan kefahaman yang betul. Berikut adalah panduan yang telah digariskan oleh al-Quran
dan Hadis apabila kita berhadapan dengan krisis yang disebabkan oleh wabak penyakit

1. Mengakui kuasa dan kebesaran Allah swt. Penularan wabak penyakit menyebabkan
kita mudah berasa panik dan bimbang. Apatah lagi apabila kehidupan dirasakan
seperti berada di luar kawalan. Namun, kebimbangan ini sebenarnya merupakan
merupakan peringatan bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah swt. Apa
yang Allah swt mahukan sama sekali tidak bergantung dengan keinginan manusia
sebaliknya sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu, Allah hanya berkata: ‘Jadilah!,
maka jadilah sesuatu itu’. (Quran, 36:82)

Apabila orang yang beriman ditimpa ujian, mereka menjadi orang yang pertama yang
mengucapkan ‘sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali’ (Quran, 2:156) dan yakin bahawa ‘sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat’ (Quran, 2:214) dan ‘sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan’ (Qur’an 94:6). Perasaan takut dan bimbang disebabkan oleh penularan
wabak penyakit menjadi peringatan kepada kita bahawa tiada apa yang kekal di atas
dunia yang sementara ini melainkan hanya Allah swt.

2. Ciri-ciri ujian ditimpakan kepada manusia. Ujian sepatutnya menjadi salah satu cara
untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan bukan menyebabkan kita semakin jauh
daripada-Nya. Allah swt berfirman: ‘Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan
takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman’ (Quran,
2:155) untuk ‘menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik
amalnya’ (Quran, 67:2). Ujian bagi orang-orang beriman ini mempunyai beberapa
peranan iaitu sebagai peringatan, penghapus dosa dan meningkatkan darjat orang yang
beriman.
‘Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia,
Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan
mereka, agar mereka kembali (insaf dan bertaubat).’ (Quran, 30:41)

‘Tiada yang ditimpakan orang yang beriman, hatta sebatang duri atau yang
seumpamanya, melainkan Allah swt mahu mengangkat darjatnya, atau menghapuskan
dosa.’ (Bukhari and Muslim)

Oleh itu, ujian dilihat sebagai satu cara penyucian hati yang lalai dan dipenuhi dosa,
kemudian hati dibersihkan daripada sifat ego dan individualistik dan seterusnya
sebagai persediaan untuk mencapai status yang lebih tinggi.

3. Bersangka baik kepada Allah swt. Allah telah berfirman melalui satu Hadis Qudsi:
‘Wahai hamba-Ku, Aku telah mengharamkan penindasan ke atas diri-Ku’ (Muslim)
Orang yang beriman sentiasa percaya bahawa apa yang datang daripada Allah swt
tidak datang dalam bentuk penindasan, bahkan hadir sebagai bukti keadilan dan kasih
sayangnya. Orang beriman yakin bahawa Allah swt akan mengurniakan rahmat-Nya
dan melepaskan mereka daripada kesusahan yang mereka lalui kerana Allah swt telah
berfirman ‘Aku adalah sesuai mengikut persangkaan hamba-Ku’ (Muslim). Apabila
ujian dilihat daripda sudut ini, ujian akan melahirkan perasaan yang berbeza
berbanding perasaan kecewa dan keluh-kesah yang sering diluahkan orang yang
ditimpa ujian.

“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling hebat cubaannya?” Nabi menjawab:
“Para nabi, kemudian mereka yang selanjutnya dan selanjutnya. Seorang hamba akan
diuji sesuai kadar agamanya. Jika keimanannya kuat, maka cubaannya pun akan
semakin berat. Jika keimanannya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kadar
imannya. Tidaklah cubaan ini akan diangkat daripada seorang hamba hingga Allah
membiarkan mereka berjalan di muka bumi dengan tanpa dosa.’ (Tarmidhi)

4. Mengubah fokus kepada kehidupan selepas mati. Selain sebagai peringatan


terhadap kekuasaan Allah swt, ujian juga memberi peringatan untuk orang yang
beriman untuk mengubah fokus kehidupan daripada kehidupan dunia yang sementara
kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Ujian seharusnya mendorong orang
beriman untuk melonggarkan kebergantungan mereka kepada dunia dan menjadikan
tujuan mereka hanyalah syurga yang di dalamnya tiada lagi penderitaan dan tiada
nikmat yang akan ditarik kembali. ‘Selamat sejahteralah kamu berpanjangan,
disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia
dahulu.’ (Quran, 13:24)
5. Ganjaran syuhada. Rasulullah saw telah ditanya oleh sahabat: ‘Siapakah golongan
yang dijanjikan syuhada?’ Salah satu jawapan baginda adalah: ‘Mati disebabkan
wabak’. Apabila baginda diminta penjelasan berkaitan perkara itu, baginda menjawab:
‘Itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan
jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa
yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan
ganjaran Allah swt dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah,
melainkan Allah akan memberinya pahala syuhada.’ (Bukhari)

Ibnu Hajar telah menyatakan dalam komentarinya berkenaan hadis ini menjelaskan
bahawa sekiranya seseorang memenuhi kriteria berikut: bersabar, sentiasa berharap
ganjaran daripada Allah dan mempunyai keyakinan bahawa tiada yang akan
menimpanya melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, dia akan diberi
pahala syahid meskipun dia tidak mati ketika wabak tersebut. Hal ini disebabkan
keikhlasan seseorang dalam menghadapi ujian daripada Allah swt sudah
melayakkannya ke syurga.

6. Gejala kebimbangan. Perasaan panik dan bimbang yang timbul disebabkan wabak
pandemik yang beterusan mungkin menyebabkan sesetengah orang berasa bimbang
sekiranya perasaan bimbang dan panik tersebut akan menjauhkan dirinya daripada
Allah swt. Setiap orang perlu diperingatkan bahawa Allah swt menciptakan perasaan
bimbang untuk tujuan yang spesifik. Perasaan bimbang, takut dan gelisah sebenarnya
merupakan satu perasaan manusiawi yang mengingatkan kita hakikat kerapuhan
manusia di hadapan Allah swt.

Cara orang beriman berhadapan dengan perasaan bimbang dan takut itu akan
membezakan mereka daripada yang lain. Jika perasaan bimbang itu menyebabkan
sesorang memperbanyakkan doa dan zikir, maka perasaan bimbang itu telah
membantu mereka meningkatkan kebergantungan mereka kepada Allah swt. Jika
seseorang menyangka bahawa perasaan bimbang itu patut dihapuskan dengan
anggapan seseorang itu dilindungi oleh Allah swt tanpa perlu menjalani langkah
pencegahan (contoh penentapan jarak sosial), maka seseorang mempunyai risiko
membahayakan orang lain melalui salah faham kepada ajaran wahyu kerana Rasulullah
saw telah mengajar kita: ‘Ikatlah unta dan bertawakkallah’ (Tirmidhi) 

PANDUAN PRAK TIKAL DARI SUDUT
PSIKOLOGI & KEROHANIAN
SEMASA PENUL ARAN WABAK
P E N YA K I T

TEKNIK PENEGUHAN

Teknik peneguhan adalah teknik yang dapat membantu menghubungkan minda dan badan
semasa krisis. Jika kita mendapati diri kita sukar untuk menumpukan dan perasaan bimbang
menjadi tidak terkawal, teknik peneguhan dapat membantu fikiran untuk fokus kepada
waktu sekarang. Setiap orang mempunyai strategi peneguhan yang berbeza dan tiada cara
peneguhan yang ‘betul’ atau ‘salah. Berikut adalah teknik peneguhan yang dapat digunakan
untuk mengendalikan emosi.

Berdoa dan mengingati Allah swt

Berdoa dan berzikir merupakan satu teknik peneguhan yang efektif. Allah swt berfiman:
‘Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.’ (Qur’an 13:28) Untuk
menjadikan doa sebagai satu teknik peneguhan yang berkesan, sesorang perlu menumpukan
perhatian untuk membina hubungan yang kukuh dengan Allah swt, dan bukarn sekadar
melafazkan zikir tetapi tidak mendalami makna bahkan lalai ketika bermunajat kepada Allah
swt. Doa merupakan jambatan yang menghubungkan hamba dan Penciptanya apabila dunia
sedia ada kelihatan tidak terjangka dan tidak terkawal. Untuk memulakan teknik ini,
seseorang boleh berdoa dan berzikir menggunakan doa dan zikir yang disebutkan di dalam
al-Quran dan Hadis atau doa yang dibaca oleh para sahabat dan para wali.

‫الس ِميعُ ا ْلعَلِي ُم‬
َّ ِ َ‫السم‬
ُ ‫اء َو‬
َ‫هو‬ َّ ِ ‫األ َ ْر‬
‫ض َو َال ِفي‬ َ ‫اس ِم ِه‬
ْ ‫شيْ ٌء ِفي‬ ُ ‫سم ِ اهللَِّ ا َّل ِذي َال ي‬
َ ‫َض ُّر‬
ْ َ‫مع‬ ْ ‫ِب‬

Dengan Nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan
di langit, untuk menimpakan bencana dan Dia Maha Mendengar dan Mengetahui (Ahamad)

َ‫خ َلق‬ ِ ‫َّات‬


َ ‫م ْن‬ 
َ  ‫مَا‬ ‫ش ِّر‬  ِ ‫التَّام‬ َِّ‫اهلل‬ ‫ات‬
ِ َ‫ ِب َكلِم‬ ُ‫أَعُوذ‬

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan
(Muslim)

ِ ‫س َقام‬ َ ‫ َو ِم ْن‬،ِ ‫ َوا ْلجُ ذَام‬،‫ن‬


ْ َ ‫ِ األ‬Sِّ‫سي‬ ِ ‫ك ِم َن ا ْلبَ َر‬
ِ ‫ َوا ْلجُ نُو‬،‫ص‬ َ ‫ال َّل ُه َّم إِنِّي أَعُوذُ ِب‬

Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari penyakit kulit, gila, lepra, dan dari berbagai
penyakit lain yang berbahaya (Abu Daud)

‫َال ِم ْن‬
َ ‫غت‬ َ ‫ َوأَعُوذُ ِب َعظَمَ ِت‬,‫شمَ الِي َو ِم ْن فَو ِْقي‬
ْ ْ ُ‫ك أَن أ‬ ِ ‫ع ْن‬
َ ‫ َو‬,‫يني‬ِ ‫ع ْن ي َِم‬ َ ‫ َو ِم ْن‬,‫َي‬
َ ‫ َو‬,‫خ ْل ِفي‬ َّ ‫ال َّل ُه َّم احْ فَظْ ِني ِم ْن بَنيِ يَد‬
‫تَحْ ِتي‬

Ya Allah, peliharalah aku dari arah depan, belakang, kanan, kiri dan atasku. Lindungilah aku
dari bahaya yang datang dari arah bawahku dengan kebesaran-Mu (Ibnu Majah)
Teknik Pernafasan Relaksasi

Apabila kita menjadi panik dan takut, pernafasan menjadi lebih laju dan tidak teratur,
Perubahan pada pola pernafasan kita menyebabkan kita lebih sukar untuk mengawal emosi.
Teknik pernafasan relaksasi membantu badan kita untuk berasa lebih relaks. Teknik ini
boleh diubahsuai mengikut kecenderungan masing-masing. Cara Melakukan Teknik
Pernafasan Relaksasi

● Pastikan anda baring atau duduk dalam keadaan yang selesa

● Jika selesa, anda boleh menutup mata

● Cuba bernafas melalui hidung berbanding mulut

● Tarik nafas panjang dengan perlahan-lahan

● Bayangkan anda nafas anda memasuki perut dan bukan ke dalam paru-paru. Anda
akan mendapati perut anda kembang seperti belon setiap kali anda menarik nafas.

● Tarik nafas dalam kiraan 2-4, berhenti dalam kiraan 2, dan hembuskan nafas dalam
kiraan 2-4

● Hembuskan nafas sehingga habis dan perut anda menjadi kempis

● Berhenti dalam kiraan 2 sebelum anda menarik nafas semula


Cuba bernafas secara relaks selama beberapa minit. Anda mungkin perlu menanti beberapa
ketika sebelum anda dapat melihat kesan. Jika anda berasa selesa., teruskan sehingga 5-10
minit.

Teknik Menenangkan Diri Dengan Menggunakan Lima Deria

(Adaptasi dari McKay M & Wood J, 2019)

Selain teknik pernafasan relaksasi, kita boleh menggunakan lima deria untuk membantu
mententeramkan fikiran. Sekiranya salah satu aktiviti di bawah ini tidak membantu kita
untuk bertenang, sila cuba aktiviti lain. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk
menenangkan diri.

1. Menangkan diri dengan menggunakan deria bau

● Nyalakan lilin wangian kegemaran anda

● Memakai minyak wangi atau kolon yang mebantu menenangkan diri

● Masak makanan kegemaran yang mempunyai bau yang menyelerakan

2. Menenangkan diri dengan menggunakan deria penglihatan

● Selak majalah atau buku dan guting gambar yang memberikan inspirasi kepada
anda. Buat papan visi yang boleh digantung di atas dinding atau dilekat di dalam
buku nota

● Bina koleksi gambar atau lukisan yang membuatkan anda rasa gembira dan relaks

● Lihat atau bawa gambar orang yang anda sayangi

3. Menenangkan diri dengan menggunakan deria pendengaran

● Dengar muzik yang mendamaikan atau rakaman bunyi alam sekitar seperti
sungai, hujan dan burung
● Dengar podkas atau video atas talian yang menenangkan

● Dengar rakaman bacaan al Quran atau Qasidah yang mendamaikan

● Dengar bunyi-putih (white noise)

4. Menenangkan diri dengan menggunakan deria rasa

● Nikmati makanan kegemaran anda

● Makan buah-buahan segar dan nikmati secara perlahan-lahan

● Nikmati makanan yang membantu anda berasa selesa seperti ais krim dan coklat,
dan minuman seperti kopi dan teh

5. Menenangkan diri dengan menggunakan deria sentuhan

● Mandi air panas atau mandi sejuk

● Bermain dengan binatang peliharaan anda

● Memakai pakaian yang paling anda selesa

● Memasang pendingin hawa

● Peluk insan yang anda disayangi


TEKNIK UNTUK MENGALIHKAN PERHATIAN

(Adaptasi dari McKay M & Wood J, 2019)

Semasa krisis, emosi adakalanya menjadi semakin sukar untuk dikendalikan. Mengalihkan
perhatian kita kepada perkara lain adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengendalikan
fikiran yang tidak tenteram. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda
mengalihkan fikiran anda kepada perkara yang lebih menenangkan:

● Pilih sesiapa yang anda sayang atau suka dan bayangkan perbualan yang berlaku di
antara anda dan orang yang anda pilih tentang perasaan anda. Insan yang dipilih boleh
terdiri daripada ibubapa, suami, isteri, anak, atau rakan, atau insan tersebut mungkin
merupakan seseorang yang anda kagumi seperti para Nabi, sahabat, malaikat dan lain-
lain. Bayangkan perbualan tersebut menjadi perbualan yang mampu mententeramkan
anda di saat anda menjadi tertekan atau cemas. Apakah yang mereka katakan kepada
anda yang membantu anda untuk berasa lebih tenang?

● Ingat semula peristiwa masa lalu yang menggembirakan, menceriakan dan


menghiburkan. Gambarkan secara terperinci peristiwa tersebut. Apa yang anda sedang
lakukan ketika itu? Apakah perkara lain yang turut berlaku? Apa yang anda rasa?
Bagaimana anda boleh kaitkan peristiwa ini dengan nikmat yang telah diberi oleh
Allah swt?

● Syukur adalah satu cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan kebimbangan kita
dalam memikirkan kemungkinan paling teruk yang boleh terjadi. Belajar untuk
mensyukuri nikmat yang masih ada kerana Allah swt berfirman: ‘Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu’ (Quran, 14:7) Syukur dapat
membantu kita untuk menghargai nikmat apabila keadaan beransur kembali seperti
sedia kala.

● Perhatikan alam sekitar. Buka tingkap dan perhatikan permandangan yang ada di luar
tingkap. Perhatikan pokok, rumput, bunga, langit atau permandangan secara
terperinci. Dengar bunyi-bunyi yang terhasil. Jika anda tinggal di bandar yang tidak
mempunyai banyak unsur alam semula jadi, anda boleh memilih sama ada anda
perhatikan apa sahaja yang ada atau anda boleh menutup mata dan bayangkan
permandangan yang pernah anda lihat pada masa lalu.

● Simpan salinan doa atau kata-kata hikmah daripada para Nabi, sahabat dan tokoh-
tokoh yang anda kagumi. Apabila anda berasa tertekan dan bimbang, buka semula
buku nota anda dan baca apa yang telah anda salin. Bayangkan ketenangan dan
ketenteraman yang diperolehi melalui kata-kata tersebut.

● Mengira adalah skill mudah yang membantu menjadikan minda anda sibuk dan
melatih fikiran untuk menjadi lebih fokus kepada perkara selain daripada
kebimbangan anda. Anda boleh mengira nafas anda ketika anda melakukan teknik
perrnafasan relaksasi, mengira apa sahaja yang berada di persekitaran anda (seperti
mengira jumlah kereta yang melintas di atas jalan raya, jumlah kelopak bunga, jumlah
dahan pada pokok dll) dan menambah atau menolak nombor tertentu dengan gandaan
tujuh.

Selain itu, cara-cara lain yang boleh diamalkan untuk mengalihkan perhatian kita daripada
emosi kita adalah dengan melakukan aktiviti yang menyenangkan. Berikut idea-idea yang
boleh dipertimbangkan dalam aktiviti harian anda. Anda boleh menambah sebanyak mana
aktiviti yang bersesuaian:

1. Menghubungi keluarga dan rakan-rakan melalui telefon

2. Menghantar masej atau email kepada keluarga dan rakan-rakan

3. Bersenam

4. Pastikan diri memperoleh tidur yang cukup

5. Pengambilan diet sihat

6. Masak makanan kegemaran anda

7. Masak resipi yang belum anda cuba sebelum ini

8. Membuat kek

9. Bermain dengan binatang peliharaan anda

10. Bersihkan rumah

11. Menghias bilik

12. Menyusun semula fail-fail dalam komputer buku

13. Menulis blog/artikel dan kongsi bersama rakan anda

14. Bermain boardgame


15. Baca buku, majalah atau puisi kegemaran anda

16. Tulis surat kepada Tuhan

17. Tulis surat penghargaan kepada Rasulullah saw

18. Belajar bahasa baru

19. Membaca Qasidah

20. Membaca al-Quran

21. Baca atau dengar kisah Rasul dan belajar cara mereka berhadapan dengan ujian

22. Dengar nasyid yang menyenangkan

23. Tulis sajak atau cerita pendek

24. Tulis surat cinta kepada diri sendiri

25. Tulis senarai Rasul atau sahabat yang anda ingin temui dan jelaskan kenapa

26. Tulis senarai tentang 10 perkara yang ingin anda lakukan sebelum mati

27. Tulis senarai tentang 10 perkara yang ingin anda lakukan di Syurga

28. Tulis surat kepada seseorang yang telah banyak membantu mengubah kehidupan anda

29. Tulis senarai tentang 10 nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt

30. Tulis senarai tentang 10 keburukan yang Allah swt hindarkan daripada kita

TETAPKAN MATL AMAT

Apabila penularan wabak COVID-19 semakin berleluasa, kita mungkin akan berhadapan
dengan beberapa perubahan yang boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Perubahan
seperti perintah kawalan pergerakan mahupun perintah berkurung menyebabkan kita
terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi baru. Dalam situasi ini, kita sangat mudah berasa
bimbang dan hilang kawalan.

Salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi situasi ini adalah dengan mencipta rutin dan
struktur harian yang baru agar kehidupan kita menjadi lebih terkawal. Kita patut
memberikan fokus terhadap peningkatan jati diri dan produktiviti berbanding terperangkap
di dalam perjara kebimbangan dan ketakutan. Walau bagaimanapun, kita diingatkan untuk
tidak terlalu rigid dalam menentukan matlamat baru atau kita akan lebih cenderung untuk
berhadapan dengan kegagalan.

Tetapkan matlamat baru yang dapat memperkayakan kehidupan anda sekarang. Fikirkan
sesuatu yang anda ingin lakukan sebelum ini tetapi anda tidak berkesempatan untuk
mencubanya. Fikirkan aspek-aspek lain dalam kehidupan anda yang tidak sempat untuk
anda fikirkan. Fikirkan sesuatu yang anda sering ingin pelajari. Fikirkan hobi yang anda
ingin cuba. Fikirkan cara untuk menyumbang kepada masyarakat semasa krisis. Pilihan yang
ada adalah tidak terbatas.

Jika anda ada bersama dengan orang lain di rumah, fikirkan matlamat baru yang boleh
dicapai bersama. Anda boleh memilih untuk meluangkan lebih banyak masa bersama
pasangan atau ahli keluarga, atau mencuba hobi baru bersama-sama. Ini adalah masa yang
terbaik untuk anda membina kekuatan yang tidak pernah anda sedari selama ini.

PENGURUSAN MEDIA

Pengurusan media merupakan salah satu aspek yang patut diberi penekanan semasa krisis
kerana penggunaan media yang berlebihan mampu memberi kesan buruk kepada emosi dan
rohani.

1. Elakkan penggunaan media yang berlebihan semasa mencari maklumat tentang


COVID-19

Melayari laman berita dan media sosial secara berlebihan akan menyebabkan anda lebih
mudah panik dan bimbang. Anda disarankan untuk menutup notifikasi automatik and beri
peluang kepada diri anda untuk berehat dan mententeramkan fikiran. Tetapkan jumlah
berita yang anda baca, dengar dan tonton setiap hari. Anda hanya perlu memeriksa berita
dan informasi berkenaan COVID-19 sebanyak sekali atau dua kali sehari.

2. Memperoleh maklumat daripada sumber yang sah

Anda disarankan untuk memperoleh maklumat daripada sumber yang sah seperti
Kementerian Kesihatan Malaysia atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hubungi
pusat maklumat setempat seperti Crisis Preparedness Response Centre (CRPC) agar
pertanyaan anda dapat dijawab oleh pihak yang mempunyai maklumat yang sah. Sumber
maklumat yang sah dapat membantu anda mengelakkan perasaan bimbang dan panik yang
disebabkan oleh informasi yang salah.

3. Mengesahkan maklumat yang diterima di media terlebih dahulu

Anda perlu bersikap kritikal apabila menerima sebarang maklumat melalui yang masih
belum disahkan. Al-Quran telah mengingatkan: ‘Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan’ (Quran, 49:6). Semak dahulu
maklumat yang diterima sebelum anda berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain.

4. Teruskan berhubungan dan berkomunikasi dengan orang lain

Salah satu cabaran terbesar semasa krisis terutamanya jika anda terpisah dari orang lain
adalah kesunyian. Hubungan yang berterusan dengan ahli keluarga dan rakan dapat
membantu meredakan stress. Jangan takut untuk meluahkan masalah dan perasaan anda
agar orang lain dapat membantu anda mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul.
Pastikan anda juga turut menghubungi dan menyokong orang lain semasa krisis.
M E M U P U K K A S I H S AYA N G S E M A S A
KRISIS

Langkah pencegahan yang diambil semasa wabak COVID-19 memerlukan kita menjarakkan
diri kita daripada orang lain. Namun, peraturan tersebut sepatutnya tidak menghalang kita
daripada mengambil berat akan kebajikan orang lain kerana ‘perumpamaan orang beriman
dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah
satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga
malam dan demam’ (Muslim). Setiap orang di dalam komuniti mempunyai peranan dalam
menjaga ahli masyarakat yang lain. Berikut Adalah beberapa cadangan untuk kita saling
mengambil berat dan bantu-membanti semasa krisis.

1. Untuk mengamalkan langkah pencegahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti
penetapan jarak sosial dan kebersihan diri

2. Semasa membeli belah, ambil apa yang anda perlu dan tinggalkan selebihnya untuk
dibeli oleh orang lain

3. Ambil tahu keadaan golongan berusia dan orang kelainan upaya (OKU) yang ada di
dalam komuniti dan tawarkan bantuan untuk:

● membelikan barangan keperluan untuk mereka

● membantu mereka mendapatkan khidmat perubatan jika perlu

● membantu keperluan harian mereka

4. Memberikan bantuan kewangan kepada badan kebajikan yang berkaitan COVID-19

5. Menawarkan diri untuk menajaga anak-anak bagi golongan yang perlu berkerja semasa
COVID-19

6. Hubungi ahli keluarga, rakan dan ahli komuniti lain yang terasing semasa krisis
MENDAPATKAN BANTUAN
PROFESIONAL
Semasa krisis, adalah normal untuk seseorang berasa panik dan bimbang. Namun, kita perlu
memberi perhatian kepada kesihatan mental kita untuk mengelakkan emosi kita menjadi
semakin terganggu. Jika simptom yang anda alami bertambah buruk, berpanjangan untuk
satu tempoh yang lama atau terdapat perubahan pada kelakuan anda dan orang yang anda
sayangi, anda disarankan untuk bertemu pakar untuk memperolehi rawatan lanjut. Ingat,
mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Simptom-simptom yang perlu anda beri
perhatian ialah:

1. Keinginan membunuh diri atau orang lain

2. Kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri

3. Masalah tidur yang berpanjangan

4. Berputus asa

5. Hilang minat terhadap sebarang aktiviti

6. Sukar fokus

7. Kebimbangan yang berpanjangan

8. Simptom fizikal yang tidak ditemui punca dari segi perubatan

9. Peningkatan serangan panik

10. Sering teringat trauma lama dan sering bermimpi ngeri

11. Tidak menghiraukan tanggungjawab pada tempoh yang lama

12. Mengasingkan diri

13. Fikiran merapu dan berkelakuan ganjil

14. Tidak mampu menguruskan diri sendiri (eg tidak mandi, tidak makan)

15. Halusinasi

16. Peningkatan penggunaan dadah atau menggunakan dadah untuk melegakan stres

RUJUKAN

1. Ustaz Shahrudin Pangilun, (2012) Al-Quran Tajwid Warna dan Terjemahan Beserta Asababun
Nuzul, Hadis Sahih, Hikmah, Asmaul Husna, dan Indeks Tematik. Humaira Bookstore
Enterprise

2. Kumpulan hadis Sahih Bukhari, Muslim, Tarmidhi, Ibnu Majah and Ahmad

3. Yaqeen Institute for Islamic Research (2020), Faith In The Time Of Coronavirus. Available
at: https://yaqeeninstitute.org/collections/faith-in-the-time-of-coronavirus/[Accessed
22 March 2020].

4. World Health Organization (2020), Mental Health and Psychosocial Considerations During
COVID-19 Outbreak

5. McKay M, Wood J, and Brantley J (2019), The Dialectical Behavior Therapy Skills Workbook.
2nd ed. New Harbinger Publications.

6. Mostafa Al-Badawi (2010), Man & The Universe. Awakening Publications.

7. Malik Badri (2018), Contemplation: An Islamic Psychospiritual Study. 2nd ed.

Anda mungkin juga menyukai