Anda di halaman 1dari 6

A2.

Makna tajuk: Makna dari daleel tentang Shahadah Pengenalan : Setelah mengetahui kepentingan shahadatain, maka perkara asas yang perlu kita ketahui dalam memahami Islam ialah makna kalimah ash-shahadah ( )itu sendiri . Perkara ini penting kerana kita perlulah menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai referensi tertinggi dalam memahami semua konsep dalam Islam. Lebih dari itu, dengan memahami konsep shahadah ini melalui daleel yang ada, maka kita akan lebih memahami apa yang Allah wajibkan kepada kita setelah mengucapkan dua kalimah shahadah ini. Setelah mengetahui makna shahadah ini, maka ia akan membawa kepada keimanan yang saheeh dan kesan yang amat besar dalam kehidupan seseorang individu Muslim sebagaimana yang akan dibentangkan selepas ini. Bukti ini dapat diperhatikan pada zaman Rasulullah bagaimana sahabat di bawah tarbiah Rasulullah mampu mengunggah tamadun dan mereka yang tidak punya apa di zaman jahiliah bertukar kumpulan manusia yang hebat akhlaknya dan mampu menguasai luas tanah di atas muka bumi ini dengan membawa kesejahteraan dan kebaikan. Penerangan : Makna ash-shahadah dalam al-Quran: 1)

( deklarasi atau penyataan)

Di dalam Al-Quran, ayat yang amat besar faedah dan maksudnya ialah ayat (3:18) yang menyatakan kesaksian Allah kepada kalimah tauheed yang mencakupi shahadatain ini sendiri. Di dalam ayat ini disekalikan juga dengan kesaksian malaikat serta orang yang berilmu. Secara tidak langsung, difahami dari daleel ini bahawa apabila seseorang itu mengucapkan shahadatain, maka ia adalah satu penyataan yang diakui juga oleh Allah.

[18] Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam)

dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana Di dalam tafseer yang diberi oleh Ibn Qoiyim Al-Jauziyah berhubung ayat ini, walaupun di atas dunia ini ramai orang yang dikatakan pandai, tetapi orang yang berilmu yang direcognize oleh Allah hanyalah orang yang dapat menyaksikan keEsaan Allah. Oleh itu, sejauh mana bijaksana seseorang bukan Islam itu dalam ilmu duniawi, tetapi jika dia tidak mengakui Allah sebagai tuhan semata-mata, maka ia mencerminkan kebodohan dan kejahilannya.

2)

(janji)

Apabila seseorang mengucapkan kalimah shahadatain, maka implikasi kedua selain sekadar penyataan ialah sebagai aku janji yang diberikan kepada Allah. Dalam Quran, (3:81)

[81] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu Dalam ayat di atas, diterangkan janji atau sumpah kesaksian kita umat manusia kepada Allah suatu masa dahulu di alam ruuh. Hal ini amat penting diketahui lantaran tiada manusia yang masih ingat apa yang dicakapkannya beberapa tahun dahulu, apatah lagi ketika kita di alam ruuh. Ayat di atas berupa peringatan kepada kita untuk membuat revisi janji kita dan

bertindak menurut janji kita lantaran di akhirat nanti hal ini akan dijadikan hujah, di sampaing hal lain, untuk seseorang di denda Allah dengan hukuman setimpal atas keengganan mereka jika tidak mahu beriman kepada Allah. Berbanding daleel yang pertama, implikasi madlul shahadah yang kedua ini lebih berat.

3)

(sumpah)

Selain shahadah itu menjadi penyataan dan janji kita umat Islam, maka ia membawa kepada maksud dan implikasi ketiga yang lebih berat iaitu sebagai sumpah. Hal ini difahami dari ayat (63:2):

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan Berdasarkan kepada ayat-ayat di atas, seseorang Muslim itu harus mengetahui bahawa apabila dia mengucapkan shahadah atau bagi bukan Islam yang memeluk Islam, shahadah yang diucapkannya itu akan membawa tiga implikasi. Sekiranya tiga-tiga perkara ini tidak difahami atau tidak ditunaikan haknya, maka sudah tentu ia akan menerima balasan yang setimpal dari tuan empunya shahadah ini iaitu Allah. Sememangnya apabila shahadah itu sekadar penyataan, maka jika ia tidak ditunaikan maka ia tidak memberi kesan yang besar. Namun jika ia sebagai janji, maka janji itu akan ditagih di akhirat nanti. Dan yang pasti, apabila menjadi sumpah sebagaimana yang difahami di dalam Surah al-Munafiqoon, ia akan menjadi bala apabila hak sumpah itu tidak ditunaikan. Setelah kita mengetahui bahawa shahadah kita bukanlah sekadar penyataan, tetapi meliputi janji dan sumpah, maka kita perlulah menunaikan haknya dan inilah yang membawa kepada iman, yang didefinisikan dengan: a) b) c)

(membenarkan dengan hati)

( menyatakan iqrar dengan lidah) ( amal dengan anggota tubuh)

Inilah kesan yang sepatutnya wujud bilamana kita benar-benar memahami madlul shahadah. Seterusnya, bersesuaian dengan maksud satu hadeeth, yang mengisahkan seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan meminta Rasulullah memberi nasihat kepadanya. Maka Rasullah menjawab: kemudian istiqamahlah. Dari hadeeth ini, maka keimanan kita perlulah disertakan dengan istiqamah (berterusan) dalam state of belief. Banyak orang yang boleh menyatakan keimanan dan bertindak melalui hati, lisan dan anggota tubuh badan. Namun tidak ramai yang dapat istiqamah di atas apa yang mereka imankan itu. Sememangnya dalam Islam , sesuatu ibadah yang sikit tapi istiqamah lebih disukai dari amal yang banyak namun tidak istiqamah. Istiqamah ini besar kesannya pada seseorang individu Muslim itu: i)

yang bermaksud: Katakanlah aku beriman

( keberanian)

Hal ini dapat diperhatikan dari ayat (5:52) dimana Allah menerangkan ciri orang Munafik yang sentiasa takut kepada bencana padahal bagi Muslim, mereka tidak pun takut dengan manusia kerana iman dan istiqamah mereka memberi keberanian dalam hidup mereka.

[52] Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka). Mudahmudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.

ii)

( ketenangan)

Dalam ayat (13:28), Allah menyatakan orang yang beriman itu akan sentiasa mengingati Allah dan dengan mengingati Allah itu hati akan jadi tenang. Sekali lagi ditekankan istiqamah dalam iman itu penting kerana ramai yang ingatkan Allah. Namun lantaran tidak istiqamah

dan sepanjang masa, maka ia tidak mampu memberi ketenangan kepada seseorang individu itu.

[28] (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
iii)

(optimistik)

Satu hal yang menarik dalam al-Quran ialah janji Allah yang perlu kita ambil iktibar dan percaya dengan keimanan yang utuh lantaran janji Allah adalah yang mutlak kebenarannya. Di dalam surah An-Nuur, Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh dengan suatu khabar optimistik yang mungkin payah ditanggapi kecuali mereka yang beriman. Ayat (24:55) tersebut:

[55] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Dari ayat di atas, memang ia khabar gembira di tengah keadaan umat Islam yang sebegini kucar kacir yang disebabkan komitmen kita kepada agama terlampau rendah. Namun bagi kita yang mahukan kebaikan dan sanggup berkorban untuk Islam , maka khabar ini merupakan khabar gembira, sebagaimana di zaman Rasulullah di mana sahabat dikhabarkan bahawa mereka akan mengalahkan Rom sebagai kuasa kuat di masa itu.

Kesimpulan: Dari apa yang dinyatakan di atas, kita perlulah benar-benar memahami apakah shahadah itu sendiri dan bagaimana ia dikaitkan dengan keimanan dan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Hal ini amat penting disedari lantaran di zaman Rasulullah, sememangnya mereka yang memeluk Islam akan bertungkus lumus untuk mempertahankan keimanan mereka sehingga mereka sanggup diseksa dan dihukum. Perkara yang terjadi itu tidak lain tidak bukan kerana mereka mendapati Islam adalah cara hidup yang sebenarnya dengan bukti dan daleel . Jika diperhatikan secara halus, mereka yang memeluk Islam di Mekah tidak pun melihat lagi kesan Islam itu secara besar. Bagaimana mereka boleh sebegitu percaya pada Islam itu sendiri? Yang dapat dijawab di sini ialah, Islam membawa keadilan lewat apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah di samping akhlak yang mulia yang beserta dengan Rasulullah juga apa yang disampaikan menepati fitrah manusia itu sendiri. Sudah pastinya bagi kita sekarang, kita perlu lebih percaya dari mereka kerana kita telahpun belajar dan nampak dalam sejarah bagaimana Islam membawa kemenangan kepada Muslim itu sendiri. Cuma bila kita tidak sanggup submit pada Allah, maka di situ akan hilang ciri Islam itu sendiri yang bermaksud submissive, lantas menyebabkan kita jauh dari Islam dan Allah.

Anda mungkin juga menyukai