Anda di halaman 1dari 14

SCR

A PB OK
O
TUGASAN 2: mpu 3221 - Penganjuran
ISI KANDUNGAN
01. PENGENALAN

02. PENGURUSAN KEWANGAN

03. KEKUATAN

04. KELEMAHAN

05. PELUANG

06. ANCAMAN

07. PENUTUP

08. LAMPIRAN
01.
enalan
Peng

PROGRAM
NAMA
Let's EXPLORE
THE CLUB!

Melahirkan individu yang PROGRAM


OBJEKTIF
berkompeten dalam
menubuhkan kelab dan
persatuan.

LATAR BELAKANG
PROGRAM

Program ini dirancang untuk membantu


siswa siswi pendidik dalam menjalankan
Pentaksiran Berterusan bagi subjek
Tugasan 2 MPU 3221- Pengurusan
Persatuan di Sekolah.

02. PENGURUSAN
KEWANGAN
Nilai kejujuran
AJK-AJK tidak
menyalahgunakan duit
yang telah dikumpul. Duit
hanya digunakan untuk
tujuan program: hias
pentas, pembelian hadiah&
cenderahati dan cetakan.
Contohnya,nilai jujur
ditunjukkan apabila baki
(RM63.90) dipulangkan
kepada ketiga-tiga kelas.

Nilai kebijaksanaan
Ia penting untuk menjamin
situasi win-win. Contohnya,
AJK Makanan bijak dalam
menyelesaikan isu makanan
dengan mencari sponsor
makanan. Peserta program
juga bijak menggunakan
kreativiti masing-masing
untuk menarik perhatian
semasa membuat promosi
kelab.
03. KEKUATAN
(a) Persediaan yang menyeluruh
Persediaan yang cukup membantu setiap
AJK serta peserta tersedia supaya dapat
melancarkan perjalanan program.
Contohnya, kami telah menjalankan raptai
,menjalankan mesyuarat dan menghias
tempat sebelum program.

(b) Komunikasi yang baik


Komunikasi yang baik mengelakkan salah
faham serta memastikan setiap orang
mengetahui info semasa program.
Contohnya, komunikasi baik terjalin antara
saya sebagai setiausaha dengan penolong
setiausaha dalam membahagikan tugas
untuk menyiapkan kertas kerja. AJK-AJK
juga selalu mengadakan perjumpaan dan
berbincang bersama semasa menghadapi
masalah.

04. Kelemahan
tidak menepati masa
Sesetengah pelajar yang tidak menepati
masa mengganggu kelancaran proses
program. Contohnya, pelajar dikehendaki
hadir di dewan setengah jam sebelum
program bermula supaya bersedia tetapi
ada yang masih belum hadir pada masa
tersebut. Selain itu, terdapat sesetengah
kumpulan yang masih membuat
pembentangan walaupun masa 3 minit
yang diberi telah lalu.

Kurang pengalaman
dalam teknikal
Kumpulan kami yang kurang pengalaman
dalam teknikal menyebabkan kami tidak
sempat menghabiskan promosi dalam
masa yang ditetapkan. Contohnya, video
kami tiada suara apabila ditayangkan dan
kami pun tidak pandai melaraskan volume
sehingga ia menganggu proses
pembentangan kami.
P
a. Sponsor makanan E
Peluang sponsor makanan ini L
dikesan kerana ia dapat
membantu kami menjimatkan U
kos pembelanjaan. Contohnya,
pihak kantin sudi untuk memberi A
sponsor makanan dan kami pun
menerima dengan menghantar N
kertas kerja sebagai bukti
program tersebut ada
dijalankan.
G
b. Penyediaan tempat
yang luas
Dewan Asajaya di IPGKTAR
merupakan tempat yang paling
rasional untuk pelaksanaan
program kami disebabkan
dapat memuat banyak orang
dan terdapat pentas untuk
peserta menjalankan
persembahan. Oleh itu, peluang
ini dikesan dan dewan tersebut
pun berjaya ditempah pada
akhirnya.
06. ANCAMAN
a.Program Hari Keusahawanan
sehari selepas program
Tanpa disangka, ramai orang sibuk
membuat persediaan untuk Hari
Keusahawanan. Contohnya, hanya
kurang daripada 20 orang penonton
datang menyaksikan program kami.
Walaupun promosi telah banyak
dilakukan oleh setiap AJK, penglibatan
masih agak kurang aktif.

a.Tetamu kehormat tidak


hadir atas sebab
Terdapat beberapa tetamu kehormat
yang tidak dapat hadir sebab faktor
sakit ataupun mempunyai kelas selepas
poster jemputan diberikan. Maka,
bilangan pensyarah yang hadir lebih
kurang daripada yang dijangka.

07.
07.PENUTUP
PENUTUP

Sebagai penambahbaikan program,


saya berpendapat bahawa setiap
orang haruslah amanah dengan
mematuhi masa yang telah
ditetapkan untuk menjadi seorang
guru yang berdisiplin. Sebagai
penambahbaikan untuk diri sendiri,
saya berharap agar dapat
meningkatkan kemahiran teknikal
sendiri supaya dapat selaras dengan
pendidikan berasaskan teknologi
kini. Kesimpulannya, program
tersebut telah berjalan dengan
berjayanya dan kami pun telah
mendapat banyak pengalaman baru
dalam menganjurkan program.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai