Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN:

Terdapat pelbagai perusahaan yang melibatkan perniagaan dalam makanan serta

pembuatan mee di Kelantan terutamanya di sekitar kawasan Kota Bharu.Kedai Makan Mee

Isa Isa merupakan salah satu perusahaan atau perniagaan yang melibatkan penjualan

makanan dan pembuatan mee dari tahum 1964 hingga tahun 2015. Perusahaan kedai ini telah

dijalankan hamper 51 tahun dan ianya telah diwarisi secara turun-temurun oleh pengusaha

sendiri iaitu dari Encik Isa sendiri kerana perniagaan ini merupakan perniagaan keluarga.

Perusahaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan pada awalanya. Pengusaha dahulunya

hanya menjadikan perniagaan ini sebagai percubaan pertamanya dalam dunia perniagaan dan

telah menaik tarafnya dari satu tahap ke satu tahap. Perusahaan Kedai Makan Mee Isa Isa ini

telah menjadi tarikan penduduk di sekitar kawasan Lembah Sireh sejak dari dahulu lagi

kerana beberapa faktor atau keistimewaan masakan yang disediakan di Kedai Makan Mee Isa

Isa hingga dapat berkembang dengan pesat pada hari ini. Pengusaha perusahaan Kedai

Makan Mee Isa Isa pada masa pada tahun 2015 merupakan cucu kepada Encik Isa bin Latiff ,

iaitu Puan Rohana yang telah mengambil alih perniagaan ini daripada ayahnya setelah

ayahnya meninggal. Kedai Makan Makan Mee Isa telah dilihat telah mencapai beberapa

kemajuan setelah hampir 51 tahun perniagaan ini telah dijalankan hasil kerja keras generasi

demi generasi yang telah mengusahakan perniagaan ini sehingga pada tahun 2015. Oleh itu,

tajuk ini telah dipilih bagi tugasan kerja kursus sejarah bagi mengenal pasti sejarah

perkembangan perusahaan ini dengan lebih mendalam dan terperinci.i

1
Latar Belakang Kedai Makan Mee Isa Isa:

Perusahaan Kedai Makan Mee Isa Isa dalam Perusahaan Makanan dan Pembuatan

Mee yang telah dijalankan dari tahun 1964 hingga tahun 2015 iaitu hampir selama 51 tahun.

Perusahaan ini merupakan perusahaan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi hinggalah

ke hari ini.Pada awal perusahaan ini dijalankan iaitu antara tahun 1964 hingga tahun 2004,

Kedai Makan Mee Isa Isa ini hanyalah sebuah warung kecil yang hanya mampu memuatkan

seramai 5 orang dan menunya pada awal tahun 1964 hingga tahun 2006 hanyalah 2 hidangan

iaitu mee rebus dan mee goreng. Perusahaan ini telah dijalankan di rumah pengusaha itu

sendiri kerana ia berkonsepkan rumah kedai menyebabkan perusahaan ini pada awalnya

hanya dijalankan oleh ahli keluarga Encik Isa sahaja.

Pada peringkat awal perusahaan ini hanyalah dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.

Encik Isa hanya memproses mee buatan sendiri menggunakan kaedah tradisional dari awal

tahun 1964 hingga tahun 2008 mengikut resepi yang telah diwarisi dari turun-temurun dan

dijual kepada jiran tetangga serta kenalan-kenalan rapat sahaja. Hal ini kerana perusahaan ini

mula giat dijalankan setelah melalui beberapa proses dan kritikan oleh kenalan rapat hingga

telah diperbaiki resepi dan menu masakan mengikut cita rasa pelanggan.Maka bermulalah

perniagaan Kedai Makan Mee Isa Isa secara kecil-kecilan dan telah diwar-warkan kepada

orang kampung iaitu pada peringkat awal iaitu pada tahun 1964 kedai ini hanya dikunjungi

oleh kenalan rapat kemudian bertambah dengan penduduk sekitar tersebut setelah mereka

berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Kedai Makan Mee Isa Isa telah mula menjadi

kedai makan pilihan penduduk kampung kerana keenakan mee buatan sendiri serta harganya

yang murah pada waktu itu antara tahun 1964 hingga tahun 2010 yang hanya berharga 10 sen

satu pinggan. Oleh itu, sejarah awal permulaan perniagaan Kedai Makan Mee Isa Isa telah

mengalami pelbagai peringkat sebelum ia mencapai tahap yang baik seperti hari ini.

Maklumat ini telah diperoleh daripada hasil temu bual bersama pewaris atau pengusaha

2
Kedai Makan Mee Isa Isa iaitu puan Rohana binti Harun merupakan cucu kepada Encik Isa

Bin Latif.ii

Sejarah Perkembangan Kedai Makan Mee Isa Isa:

Terdapat juga beberapa sejarah perkembangan yang kita perhatikan dalam perusahaan

Kedai Makan Mee Isa isa seperti dalam aspek modal, kaedah pembuatan mee, teknologi dan

lain-lain. Pada peringkat awal, perniagaan Kedai Makan Mee Isa isa ini hanyalah dijalankan

secara kecil-kecilan dan hanya memerlukan modal yang sedikit pada waktu itu disebabkan

oleh keadaan ekonomi Encik Latif pada waktu itu tidak stabil. Pada peringkat awal, modal

yang digunakan adalah tidak mencapai RM 500 sebulan kerana perniagaan ini hanya

dijalankan secara kecil-kecilan namun telah berkembang dan menggunakan modal yang

hampir mencecah RM 2000 sebulan kerana peningkatan permintaan pelanggan.

Selain itu, kita juga dapat lihat perkembangan dari segi kaedah pembuatan mee. Pada

peringkat awal, pengusaha hanya menggunakan kaedah tradisional untuk membuatnya iaitu

banyak menggunakan tangan. Namun kaedah ini telah berkembang kepada kaedah yang lebih

moden iaitu pengusaha telah menggunakan mesin pengadun dalam menghasilkan doh mee

dan menggunakan beberapa alatan lain untuk memudahkan lagi penghasilan mee. Hal ini

secara tidak langsung telah meningkatkan pengeluaran mee dan mampu menampung

permintaan pelanggan yang ramai.

Di samping itu, menu yang ditawarkan di kedai ini turut mengalami perkembangan

iaitu pada peringkat awal Kedai Makan Mee Isa Isa hanya menawarkan 2 menu sahaja iaitu

mee rebus dan mee goreng namun sehingga tahun 2015 telah terdapat penambahan beberapa

jenis menu lain. Antaranya ialah nasi goreng,kuey teow,air batu campur(ABC) dan beberapa

jenis menu lain.

3
Seterusnya, binaan serta perabot kedai yang digunakan di Kedai Makan Mee Isa Isa

turut mengalami perkembangan. Pada tahun 1964 hingga tahun 2005, perabot di kedai ini

diperbuat daripada papan kayu yang dibuat sendiri oleh Encik Isa. Sejak tahun 2005, perabot

yang digunakan di Kedai Makan Mee Isa Isa telah diubah kepada perabot yang lebih

berkualiti dan mampu menjamin keselesaan pelanggan seperti kerusi plastik yang lebih selesa

dan tahan lasak,meja dan lain-lain. Binaan kedai ini turut mengalami perubahan iaitu pada

tahun 1964 seluruh kedai ini hanya diperbuat daripada papan kayu namun telah diubahsuai

dan dibina semula menggunakan bahan yang lebih kukuh iaitu simen dan konkrit.

Permintaan serta pemasaran turut berkembang dengan lebih pesat dalam perniagaan

Kedai Makan Mee Isa Isa dengan pertambahan pelanggan dari luar bukan sahaja dari

kawasan sekitar. Hal ini turut mengubah harga jualan yang dahulunya dijual pada harga 10

sen sepinggan dan pada tahun 2015 telah berubah kepada harga 30 sen sepinggan

menyebabkan ramai orang ingin mencuba masakan ini . Oleh itu,perusahaan ini telah

mengalami beberapa sejarah perkembangan yang membolehkan perusahaan Kedai Makan

Mee Isa Isa terus maju dalam dunia perniagaan denga lebih pesat.iii

Kesimpulannya,perusahaan Kedai Makan Mee Isa ISA telah mencapai pelbagai

perkembangan pada tahap yang berbeza sebelum menjadi sebuah perusahaan yang maju

seperti pada hari ini. Perkembangan-perkembangan inilah yang membuktikan bahawa

pengusaha Kedai Makan Mee Isa ISA sentiasa berusaha dalam meningkatkan mutu

perniagaan ini dan memenuhi keselesaan pelanggan. Oleh itu,perusahaan Kedai Makan Mee

Isa ISA dapat mencapai tahap perkembangan yang lebih tinggi dengan adanya perubahan

dalam pengurusan perusahaan ini.iv

4
Kesan Perusahaan Kedai Makan Mee Isa:

Kewujudan perusahaan Kedai Makan Mee Isa Isa turut telah mendatangkan beberapa

kesan atau sumbangan yang positif kepada Kawasan sekitarnya,negeri malahan kepada

negara dalam sektor ekonomi.Permulaan pertapakan perniagaan kedai mee Isa telah

membawa kesan kepada perubahan kehidupan masyarakat di lembah sireh kerana ia telah

membuka peluang pekerjaan kepada mereka.Hal ini membantu masyarakat setempat yang

memerlukan peluang pekerjaan dan memberikan mereka sumber pendapatan bagi menyara

kehidupan mereka. Oleh itu, pembukaan perusahaan Kedai Makan Mee Isa juga memberikan

kesan yang positif terhadap masyarakat setempat.

Selain itu,perusahaan ini turut memberi kesan kepada kehidupan seharian masyarakat

dalam aspek pemakanan. Contohnya, masyarakat mudah mendapatkan makanan pada harga

yang murah dan berpatutan berbanding tempat lain menyebabkan mereka tidak sukar

mendapatkan makanan yang enak berbekalkan modal yang sedikit. Oleh itu, perusahaan

Kedai Makan Mee Isa telah memberikan kepuasan terhadap pelanggan dalam aspek

pemakanan di kedai tersebut.

Seterusnya,perusahaan ini turut menggalakkan perkembangan di kampung lembah

sireh iaitu pelbagai sektor lain turut wujud selepas terbinanya perniagaan mee isa seperti

sektor peruncitan,pasar borong dan lain-lain. Hal ini menunjukkan bahawa perusahaan ini

turut menggalakkan pertumbuhan ekonomi di sekitar kampung lembah sireh. Oleh itu,

pembukaan perusahaan ini telah menggalakkan juga pembukaan perniagaan lain yang turut

diperlukan oleh perusahaan ini seperti mendapatkan bekalan bahan masakan dan lain-lain.

Di samping itu, kerajaan negeri turut mendapat kesan positif iaitu hasil keuntungan

serta bayaran cukai perniagaan akan mengalir masuk ke dalam kewangan negeri yang akan

5
membantu kerajaan negeri menaik taraf negeri Kelantan ke arah kemajuan. Oleh itu, kerajaan

negeri turut mendapat sumbangan daripada hasil perniagaan Kedai Makan Mee Isa

Tidak dilupakan juga pembangunan negara turut akan bertambah rancak dengan

kemajuan perniagaan Kedai Makan Mee Isa Isa yang sedikit sebanyak akan menyumbang

kepada ekonomi negara yang akan menjana pendapatan negara. Oleh itu, sumbangan ini juga

sedikit sebanyak membantu dalam membangunkan negara dengan lebih pesat.

Perusahaan ini turut meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Encik Isa dan

keluarganya sendiri kerana dengan adanya perusahaan ini kehidupan mereka telah berubah ke

arah yang lebih baik.Ini dapat membuktikan bahawa keluarga Encik Isa turut mendapat kesan

yang positif daripada pelaksanaan perushaan ini. Encik Isa mendapat sumber pendapatan

daripada hasil perniagaan mee di kedainya. Oleh yang demikian itu, jelaslah bahawa

perusahaan Kedai Makan Mee Isa Isa dapat memberikan impak atau kesan yang positif

kepada masyarakat serta negara secara amnya.

Kesimpulannya,perusahaan Kedai Makan Mee Isa ISA ini telah memberikan pelbagai

kesan terhadap kehidupan pengusaha,masyarakat malah kepada kawasan sekitarnya kerana

peranannya dala sektor ekonomi.Oleh itu, perusahaan ini telah membawa kepada pelbagai

kesan yang positif terhadap semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam perusahaan ini.v

Cabaran Perusahaan Kedai Makan Mee Isa:

Perusahaan Kedai Makan Mee Isa Isa turut mengalami beberapa cabaran dalam

mengembangkan perusahaan ini dalam perniagaan. Modal merupakan cabaran utama bagi

pengusaha Kedai Makan Mee Isa Isa pada peringkat awalnya kerana pengusaha iaitu Encik

Isa tidak mempunyai modal yang besar selain taraf hidupnya yang rendah pada waktu itu

6
menyebabkan dia sukar memulakan perniagaan pada peringkat awalnya hingga menyebabkan

beliau terpaksa berhutang dengan saudara-mara untuk memulakan perniagaan tersebut. Oleh

itu, masalah kewangan atau modal merupakan cabaran yang paling besar dihadapi oleh

pengusaha dalam memulakan perniagaan perusahaan Kedai Makan Mee Isa.

Selain itu, penggunaan kaedah tradisional turut menjadi cabaran bagi pengusaha

Kedai Makan Mee Isa Isa kerana kaedah ini memerlukan tenaga yang banyak di samping

jumlah tenaga kerja pada waktu ini adalah terhad hanya terdiri daripada ahli keluarga beliau

sahaja. Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran dalam pengeluaran hingga kuantiti mee

yang dikeluarkan adalah sedikit dan tidak mampu menampung permintaan pelanggan. Hal ini

turut memberikan kesukaran kepada pengusaha untuk mendapatkan pulangan yang lumayan .

Oleh itu pembuatan mee yang masih tradisional memberikan cabaran kepada perusahaan

Kedai Makan Mee Isa dalam memajukan perniagaan.

Seterusnya, permintaan yang masih rendah dalam kalangan masyarakat juga menjadi

cabaran kepada perniagaan Kedai Makan Mee Isa Isa kerana pada peringkat awal perusahaan

ini dijalankan hanya saudara-mara serta kenalan rapat dan jiran tetangga yang menjadi

pelanggan bagi kedai ini kerana ianya hanya disebarkan dari mulut ke mulut menyebabkan

perniagaan ini kurang mendapat sambutan pada awalnya. Pada tahun 2015, perniagaan ini

juga masih mengalami masalah yang sama namun pada peringkat terkawal kerana masih

ramai yang tidak tahu akan kewujudan kedai ini akibat daripada peredaran zaman yang

membawa kepada pelbagai jenis perusahaan yang lain menjadi pesaing dalam dunia

perniagaan. Walaupun cabaran-cabaran ini memberikan tamparan yang hebat kepada

pengusaha dalam perusahaan ini namun beliau tetap bangkit memajukan perusahaan Kedai

Makan Mee Isa Isa ini dengan pelbagai usaha dan kesabaran .

7
Kesimpulannya, terdapat beberapa cabaran yang telah dihadapi oleh perusahaan

Kedai Makan Mee Isa Isa dalam mencapai kemajuan dalam dunia perniagaan serta sektor

ekonomi pada masa pada tahun 2015. Cabaran-cabaran ini juga menjadi pendorong kepada

pengusaha dalam menambahbaik perusahaan ini ke tahap yang lebih tinggi.vi

Kesimpulan:

Kesimpulannya, kajian tentang sejarah perkembangan Kedai Makan Mee Isa isa

dalam perusahaan makanan dan pembuatan mee dari tahun 1964 hingga tahun 2015 telah

menemui beberapa info serta maklumat yang berguna bagi tema sejarah ekonomi. Melalui

kajian ini juga dapat kita ringkaskan bahawa perusahaan Kedai makan mee Isa pada awalnya

hanyalah sebuah perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan sekadar untuk mencari sumber

pendapatan tambahan bagi keluarga pengusaha namun pada tahun 2015 ia telah menjadi

sebuah perusahaan yang menjadi pendapatan utama bagi pengusaha dalam menyara

kehidupan .Oleh itu,dapat kita simpulkan bahawa perusahaan Kedai Makan Mee Isa Isa ini

bukan sekadar perusahaan biasa kerana kedai ini telah mengalami fasa perniagaan dalam

tempoh masa yang lama. Harapan pengkaji bagi perusahaan Kedai Makan Mee Isa Isa ini

adalah agar peusahaan ini mampu terus berkembang dan bersaing dengan perusahaan-

perusahaan lain.

8
Bibiliografi:

Akram Hakimi Bin Mazlan,“Perkembangan Perusahaan Mee Kuning Penjom”,24 Mei


2017. https://www.studocu.com/my

Fatimah Binti Hamid,Pemilik Kedai Makan Mee Isa ISA,48 tahun,Kampung Sireh Kota
Bharu Kelantan,19.5.2021, “Kesan Pembukaan Perusahaan”

Mohammad Jailani Bin Yazid, “Latar Belakang Perusahaan Mee Kuning Muhibbah”,11 Februari
2020 ,https://jurnal.my

Muhamad Farhan Bin Marzuki, “Kesan Pembukaan Perusahaan Mee Kuning Che Siti”,26
November 2009, http://pahangbiz.blogspot.com

Nur Farhana Binti Zailan, “Cabaran Perusahaan Mee Kuning Delimaz”,5 September 2015,
https://www.scribd.com.my

Rohana Binti Harun,Pemilik Kedai Makan Mee Isa ISA,48 tahun,Kedai Makan Mee Isa
ISA,18.5.2021, “Latar Belakang Dan Cabaran Perusahaan”

9
Lampiran:

10
11
Nota Hujung:

12
i
Temu ramah bersama Puan Rohana(Pengusaha)
ii
Ibid
iii
Senarai harga makanan Kedai Makan Mee Isa

iv
Temu ramah bersama Puan Fatimah(pekerja)
v
Ibid
vi
Temu ramah bersama Encik Rohaizad(penduduk sekitar)

Anda mungkin juga menyukai