Anda di halaman 1dari 3

Pidato : Perpaduan Rakyat Malaysia

Bissmillahirmanirahim, assalamualaikum dan salam mesra kepada para juri,


kombiasi intelektual bervisi, serta sidang pendengar dan penonton yang
dikasihi.

Perpaduan rakyat Malaysia dilihat jelas apabila dijelmakan dalam keadaan


sebenar ketika negara dilanda cabaran dan musibah termasuk menghadapi
gelombang Covid-19. Maka tepatlah tajuk pidato saya pada hari ini,
Perpaduan Rakyat Malaysia.

Hadirin,
Perpaduan Rakyat Malaysia secara tuntasnya membawa maksud hubungan
erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza di Malaysia untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Lantas akan saya kupas tajuk pidato yang bernas
melalui 3 wacana minda. Pertama “Konsep Keluarga Malaysia”. Perdana
Menteri Malaysia yang ke-9, YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia. Konsep Keluarga Malaysia ini,
menekankan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan
kesyukuran. Melalui tiga teras ini, perpaduan tentunya dapat dicapai dalam
kalangan rakyat Malaysia. Bagi pengkayaan nilai-nilai teras termasuk
menyemai budaya integriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah
sebagai satu budaya keluarga, prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan
keluarga dan musyawarah sebagai amalan keluarga.

Hadirin dan hadiran,


kedua, penghayatan lima Prinsip Rukun Negara perlu dijadikan landasan
serta amalan hidup kita sehari-harian. Anak-anak digalakkan berkomunikasi
dengan jiran yang berlainan bangsa dengan mengunjungi rumah jiran semasa
hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri
teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati
keistimewaan kebudayaan di Malaysia. Semangat perpaduan juga terhasil
daripada rakyat yang berasal dari etnik dan agama berbeza saling
menghormati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing.
Hadirin yang dihormati,
Ketiga, Perpaduan kaum di negara kita dapat dibentuk menerusi institusi
Pendidikan apabila "Sekolahku Sejahtera" diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan menerapkan 14 elemen nilai kehidupan kepada
murid. Elemen Etika, Empati dan Harmoni khususnya menekankan konsep
perpaduan Tambahan pula, pembelajaran abad ke-21 telah diterap oleh guru
dengan membahagikan pelajar secara berkumpulan melaksanakan projek-
projek sekolah. Secara tidak langsung, nilai-nilai perpaduan telah wujud
melalui tugasan kumpulan yang memboleh melahirkan modal insan yang
berkualiti dan suasana sekolah yang harmoni.

Hadirin yang disegani


Bak kata pepatah “Asal ditungal ada benihnya”. Muhibah membentuk
perpaduan Ibarat sepohon pokok, akar perpaduan bertunjangkan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, manakala batang dan ranting
menjulang kukuh nilai-nilai perpaduan Malaysia, yang kemudiannya
membuahkan hasil seperti daun, bunga dan buah yang subur dan inayahnya,
memanfaatkan rakyat Malaysia.

Hadirin sekalian,
Serangkap pantun menyudahi pidato saya hari ini,

Anak gembala mengiringi sapi


Sapi penat mukanya pucat.
Berakhir sudah pidatoku ini.
Semoga dapat memberi manfaat.

Sekian, terima kasih


*+,



%"
" "
%

&




Anda mungkin juga menyukai