Anda di halaman 1dari 12

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Firman Allah S.W.T :

Para ulama dan ilmuan Islam sejak dahulu sehingga kini tidak putus-putus

memandu manusia untuk keluar daripada kejahilan kepada cahaya ilmu. Amanah

ilmu yang menuntut mereka untuk menyampaikannya serta mempraktikannya ialah

satu misi yang diwarisi daripada para nabi terdahulu. Oleh sebab itulah, mereka telah

mendapat kedudukan yang tinggi serta laba yang besar di sisi Allah S.W.T. Cukuplah

kemuliaan yang mereka peroleh, tatkala nama mereka sentiasa meniti di bibir umat

Islam walaupun sudah berkurun lama mereka meninggalkan dunia ini. Inilah janji

Allah S.W.T terhadap mereka sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W :

‫ إنما ورثو العلم فمن أخذه أخذ بحظ وافر‬,‫ وإن األنبياء لم يورثوا دينارا وال درهاما‬,‫وإن العلماء ورثة األنبياء‬

Ertinya :

Sesungguhnya para ulama ialah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi

tidak mewariskan ( kepada mereka harta berupa ) dinar mahupun dirham tetapi

mewariskan kepada mereka ilmu. Maka sesiapa yang mengambil ilmu, dia telah

mendapat keuntungan yang sangat banyak.

Empat imam besar iaitu Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal ( Mazhab

Hanbali ), Imam Muhammad bin Idris atau Imam asy-Syafi’i ( Mazhab Syafi’i ),

Imam Abu Hanifah ( Mazhab Hanafi ), dan Imam Malik ( Mazhab Maliki ) harus
diketahui riwayat hidupnya oleh umat Islam, terutama Ahli Sunnah Waljamaah.

Empat Imam Besar itu menjadi terkemuka kerana mereka ulama bebas yang tidak

terikat dengan sesiapa dan tidak pula berasa terhutang budi kepada sesiapa

( pemerintah ).

Perbezaan pendapat di kalangan mereka hanya berkisar dalam masalah furu’

atau cabang hokum agama yang berhubung dengan urusan muamalat atau yang

berkait dengan kepentingan masyarakat. Keempat-empat mazhab ini tidak berselisih

dalam urusan pokok agama kerana mereka tetap berpegang kepada al-Quran, hadis

dan sunnah Rasul-Nya.

Keempat-empat imam besar ini sama-sama menentang amalan bidaah atau

yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Mereka juga tidak memaksa pengikutnya

supaya bertaklid kepada mazhab masing-masing tanpa menyelidik nas diambil bagi

merumuskan sesuatu fatwa atau masalah. Imam asy-Syafi’i sebagai contohnya,

menasihatkan pengikutnya supaya tidak teragak-agak menolak pendapatnya jika ada

nas daripada al-Quran atau hadis sahih berlawanan dengan pendapatnya.

Timbulnya mazhab-mazhab itu apabila umat Islam tidak lagi berpegang

kepada al-Quran dan hadis pada masa itu. Maka tampil ulama Imam Hanafi, Imam

Maliki, Imam asy-Syafi’i dan Imam Hanbali memimpin umat Islam. Keempat-empat

mazhab besar itu semuanya berpegang pada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
Sabda Rasulullah S.A.W :

" ‫ وسبعين فرقة فواحد في الجنة وثنتانوسبعون في النار قيل من‬,‫والذي نفس محمد بيده لتفترق أمتي على ثالث‬

‫ أهل السنة والجماعة‬: ‫" يا رسول هللا قال‬

“ Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya akan berfikrah umatku

sebanyak 73 fikrah. Hanya satu masuk syurga dan yang lainnya masuk neraka.

Sahabat bertanya siapakah itu ya Rasulullah? Baginda menjawab Ahli Sunnah

Waljamaah ”.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

‫ إنما ورثو العلم فمن أخذه أخذ بحظ وافر‬,‫ وإن األنبياء لم يورثوا دينارا وال درهاما‬,‫وإن العلماء ورثة األنبياء‬.

Ertinya :

Sesungguhnya para ulama ialah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi

tidak mewariskan ( kepada mereka harta berupa ) dinar mahupun dirham tetapi

mewariskan kepada mereka ilmu. Maka sesiapa yang mengambil ilmu, dia telah

mendapat keuntungan yang sangat banyak.

Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi’i r.h.m adalah antara nama besar yang

sangat berjasa kepada dunia Islam. Ketinggian ilmunya melebihi pujian yang

diucapkan kepadanya. Penguasaan ilmunya disegani kawan dan lawan. Beliau telah
menghabiskan hayatnya dengan ilmu serta berkhidmat untuk ilmu. Inilah contoh

seorang ulama pejuang sunnah yang telah membawa Islam ke puncak jaya.

Kini, sebahagian besar umat Islam di dunia mengikut dan mempraktikkan

Islam mereka berpandukan mazhab Imam asy-Syafi’i termasuklah negara kita

Malaysia. Tersebarnya mazhab asy-Syafi’i di seluruh pelusuk dunia membuktikan

keikhlasan, kewibawaan dan kekuatan Imam asy-Syafi’i dalam memperjuangkan al-

Quran dan as-Sunnah. Walaupun begitu, masih ramai dalam kalangan pengikut

mazhab Imam asy-Syafi’i yang tidak mengetahui peribadi hebat pemuda Quraisy

yang berwibawa ini. Amat sedikit yang menjadikan kehidupan pejuang sunnah ini

sebagai inspirasi dalam kehidupan. Jarang sekali masyarakat kini memperkenalkan

mujtahid yang menjadi ikutan kepada anak-anak dan para remaja. Hal ini terjadi

kerana, umat Islam kini sudah dikalahkan oleh pujukan nafsu mereka untuk lebih

mengenali peribadi yang tidak sewajarnya.

Justeru melihat kepada masalah ini, saya berasa terpanggil untuk mengkaji

sejauh mana tahap ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar Institut Al-Quran

Terengganu ( IQT ) dalam mengangkat martabat Islam dengan menghayati sejarah

riwayat hidup dan tauladan yang ditonjolkan oleh ilmuwan Islam ini.
1.3 Kenyataan Tentang Masalah Kajian

1.3.1 Pada pandangan saya, masyarakat Islam kita sendiri kurang penghayatan dan

pemahaman yang menyeluruh mengenai riwayat hidup Imam asy-Syafi’i

bahkan mereka sendiri tidak mengetahui siapakah Imam asy-Syafi’i.

1.3.2 Majoriti masyarakat Islam kita mengakui bermazhab dengan mazhab Imam

asy-Syafi’i ataupun beramal dengan mazhab ini tetapi mereka tidak tahu

menahu apa yang terkandung di dalam mazhab ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji beberapa objektif kajian, antaranya ialah :

1.4.1 Menjelaskan tentang riwayat hidup Imam asy-Syafi’i.

1.4.2 Menerangkan cara penyebaran Mazhab asy-Syafi’i ke Asia Tenggara.

1.4.3 Mengenalpasti tahap pengetahuan tentang riwayat hidup Imam asy-Syafi’i

dalam kalangan pelajar Institut Al-Quran Terengganu.

1.5 Hipotesis Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa hipotesis seperti berikut :


1.5.1 Dapat mengukur tahap pengetahuan seseorang pelajar mengenai riwayat

hidup Imam asy-Syafi’i.

1.5.2 Dapat memberi nilai moral yang positif dalam kalangan pelajar khususnya

golongan hafiz mahupun hafizah yang mempunyai tanggungjawab besar

berkhidmat untuk masyarakat di luar sana.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri iaitu membolehkan

pengkaji untuk mengkaji dan mengetahui sejauh mana tahap ilmu pengetahuan

kalangan pelajar Institut Al-Quran Terengganu ( IQT ) tentang riwayat hidup Imam

asy-Syafi’i yang telah banyak menghabiskan hayatnya dengan ilmu serta berkhidmat

untuk ilmu di samping banyak mengkaryakan hasil kitab-kitab yang masih menjadi

rujukan utama hingga hari ini.

Di samping itu, kajian ini juga mampu memberikan gambaran yang sebenar

mengenai tahap pengetahuan tentang riwayat hidup Imam asy-Syafi’i dalam kalangan

pelajar yang mana mungkin mereka kurang penghayatan tentang kisah hidup Imam

asy-Syafi’i sejak beliau dilahirkan sehingga akhir hayatnya, ciri-ciri penampilan dan

sifat-sifat Imam asy-Syafi’i yang penuh teladan serta kata-kata beliau yang penuh

hikmah dan kemahiran beliau dalam ilmu-ilmu keislaman supaya dapat menjadikan

kehidupan pejuang sunnah ini sebagai inspirasi dalam kehidupan.


1.7 Skop Kajian

1.7.1 Skop Bidang Kajian

Skop kajian ini hanya fokus kepada tahap ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar

Institut Al-Quran Terengganu ( IQT ) mengenai riwayat hidup Imam asy-

Syafi’i mengenai ilmuwan Islam terkemuka ini hanya pada nama walhal tidak

mengenali keperibadian hebat pemuda Quraisy yang berwibawa ini. Pelajar yang

dipilih adalah pelajar dari Persijilan Shahadah Tahun __ dan Program Diploma

Semester __, masing-masing berumur __ tahun dan __ tahun.

1.7.2 Skop Lokasi Kajian

Kajian ini hanya dilakukan ke atas pelajar yang menuntut di Institut Al-Quran

Terengganu ( IQT ), Kampus Padang Midin, Daerah Marang, Terengganu. Pemilihan

ini kerana ia memenuhi kriteria-kriteria yang diinginkan oleh pengkaji, di mana

pelajar-pelajar ini adalah pelajar yang menghafaz al-Quran, mempelajari ilmu-ilmu

al-Quran dan berada di dalam bi’ah agama. Justeru, pengkaji dapat melihat sejauh

mana tahap pengetahuan terutamanya dalam diri penghafaz al-Quran kerana mereka

berada di dalam bi’ah al-Quran dan ilmu-ilmu agama.

1.7.3 Skop Masa

Pengkaji mengambil masa sekitar 6 bulan atau lebih dalam menyiapkan kajian ilmiah

ini.
1.8 Huraian Istilah

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2013 ), riwayat bermaksud cerita,

berita atau kisah yang turun temurun. Seterusnya, hidup memberi maksud sesuatu

yang terus bernyawa atau bernafas seperti manusia, binatang dan lain-lain. Manakala,

imam ditakrifkan sebagai pemimpin ( empat mazhab yang menjadi ikutan orang-

orang Islam ) antaranya Imam asy-Syafi’i, Imam Hanafi, Imam Hanbali dan Imam

Maliki. Akhir sekali, Syafi’i bermaksud mazhab yang merupakan satu daripada empat

mazhab yang teraku dalam agama Islam ( didirikan oleh Imam asy-Syafi’i ).

1.9 Sorotan Literasi

Tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini ialah “ Riwayat Hidup Imam

Asy-Syafi’i : Suatu Kajian Tahap Penguasaan Dalam Kalangan Pelajar Institut Al-

Quran Terengganu ( IQT ) ”. Dalam membicarakan isu ini, pengkaji banyak merujuk

kepada bahan-bahan ilmiah yang lain dan bukan bergantung hanya kepada beberapa

jenis sumber sahaja. Tinjauan kajian lepas juga penting dalam memantapkan lagi

pengkajian ilmiah pengkaji.

Antara buku yang dirujuk ialah “ Manaqib asy-Syafi’i ” karya al-Hafiz

Ahmad bin al-Husein al-Baihaqi yang menerangkan berkenaan sejarah hidup,

keilmuan dan akhlak Imam asy-Syafi’i.

Selain itu, pengkaji juga banyak merujuk kepada buku “ Mengenali Imam

asy-Syafi’i : Seorang Pejuang Sunnah ” hasil karya Umar Muhammad Noor yang

menerangkan berkenaan riwayat hidup, adab, hikmah dan mazhabnya.


Dalam pada itu, salah satu judul buku yang menjadi rujukan pengkaji ialah “

Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi’i ” yang dikarang oleh Dr. Muhammad bin Abdul

Wahhab al-‘Aqil. Buku ini juga banyak memaparkan mengenai biografi Imam asy-

Syafi’i, riwayat pendidikan dan keilmuannya.

1.10. Metodologi Kajian

Bagi menyiapkan kajian ilmiah ini, pengkaji telah menggunakan beberapa

kaedah atau metodologi untuk mendapatkan data-data dan juga maklumat penting

yang berkaitan dengan kajian ilmiah yang dijalankan. Ia merupakan elemen penting

dalam menghasilkan satu kajian yang dapat memberi kepuasan di samping

menambahkan pengetahuan pengkaji sendiri. Penyelidikan yang dijalankan banyak

menggunakan bahan dan maklumat yang terdapat di perpustakaan.

1.10.1 Kaedah Perpustakaan

Kaedah pertama yang digunakan pengkaji adalah kajian di perpustakaan.

Pengkaji mengumpulkan data dan maklumat berserta contoh yang berkaitan dengan

tajuk daripada tesis-tesis yang lepas, buku-buku, dan akhbar yang membincangkan

tentang tajuk yang dikaji.

Kaedah perpustakaan juga dikenali sebagai sumber sekunder. Daripada

maklumat-maklumat yang diperolehi, pengkaji akan dapat membuat gambaran awal

dan membuat garis panduan untuk merangka, seterusnya melaksanakan kajian ilmiah

ini. Selain itu juga, pengkaji mengambil beberapa maklumat yang diperoleh dari
internet. Sedikit sebanyak ia dapat membantu pengumpulan maklumat yang berkaitan

dengan tajuk kajian.

1.10.2 Kaedah Lapangan

Pengkaji akan menyediakan __ soalan untuk diuji ke atas subjek yang ingin

dikaji. Kemudian pengkaji akan memilih dari kalangan Pelajar Persijilan Shahadah

dan Program Diploma bagi mendapatkan sumber data daripada responden. Justeru,

melalui kaedah tersebut diharapkan ia dapat melancarkan lagi proses menganalisis

data terhadap kajian penyelidikan yang dijalankan seterusnya dapat memberi hasil

kajian yang memuaskan.

1.10.2.1 Kaedah Pengedaran Set Soalan Kaji Selidik

Pengkaji akan menyediakan set soalan kaji selidik berdasarkan kepada

elemen-elemen yang dikehendaki dari responden iaitu berkaitan dengan latar

belakang responden, pengetahuan dan pemahaman responden terhadap tajuk kajian

serta pandangan responden mengenai tajuk kajian untuk melihat pandangan dan

pendapat daripada pelajar.

Pengkaji akan menyediakan __ soalan untuk diuji ke atas subjek yang ingin

dikaji. Kemudian pengkaji akan memilih dari kalangan Pelajar Persijilan Shahadah

dan Program Diploma bagi mendapatkan sumber data daripada responden. Justeru,

melalui kaedah tersebut diharapkan ia dapat melancarkan lagi proses menganalisis

data terhadap kajian penyelidikan yang dijalankan seterusnya dapat memberi hasil

kajian yang memuaskan.


1.10.3 Kaedah Pengumpulan

Kaedah pengumpulan data adalah satu teknik kajian bagi melihat kekerapan

jawapan yang diberikan responden berdasarkan soalan yang diberikan dalam borang

kaji selidik. Kesemua maklumat akan dikumpul dan dijadikan rujukan bagi tujuan

menganalisis data kajian. Pengkaji akan menganakisis setiap soalan yang dijawab

responden.

1.10.4 Penganalisaan Data

Dalam proses penganalisaan data pula, pengkaji akan menggunakan kaedah

pengumpulan data bagi mendapatkan analisa yang tepat. Data-data tersebut akan

dikumpul terlebih dahulu bagi memperoleh perbandingan kefahaman responden

berdasarkan soalan yang dijawab dalam borang kaji selidik. Kemudian, pengkaji akan

membuat satu rumusan untuk melihat hasil kajian terhadap kaedah-kaedah yang

diguanakan.

Anda mungkin juga menyukai