Anda di halaman 1dari 8

RUJUKAN :

DISEDIAKAN OLEH :
Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa orang Quraisy mengutus An
Nadhr bin Al Harits Dan Uqbah bin Abu Muith kepada pendeta yahudi di
Madinah. Pendeta ini memahami perbahasan kitab taurat. Setibanya
mreka disana lantas mereka bertanya kepada pendeta tersebut terkait
dengan kebenaran seoarang yang bernama Muhammad telah mengaku
bahawa dirinya dalah seorang nabi dan rasul.

Lalu pendeta itu menyuruh untuk mereka berdua pulang dan tanya
kepada Nabi tentang tiga soalan yang mana soalan ini hanya boleh
dijawab oleh para nabi dan rasul sahaja. Soalannya ialah pertama
tanyakan tentang kisah para pemuda ajaib yang tidur di gua (ashabul
kahfi), yang kedua ialah tentang seorang raja yang menguasai timur dan
barat (Raja Dzulkarnain) dan ketiga adalah tentang roh. Dan pendeta itu
menyatakan bahawa jika pemuda tersebut dapat menawab maka benarlah
dia seorang nabi dan rasul.

Setelah itu mereka pulang dan terus bertemu dengan baginda dan
bertanyakan tentang 3 soalan tersebut. Maka baginda menyatakan bahawa
esok baginda akan memberikan jawapannya tanpa baginda menyebut
kalimah insya Allah, lalu kerana nak mendidik dan mengajar nabi maka
Allah tidak menurunkan wahyu untuk menjawab soalan yang ditanyakan
kepada baginda selama 15-17 hari. Orang kafir sudah mula meragui dan
mengejek nabi kerana nabi tidak lagi memberikan jawapan. Nabi sangat
sedih hinggalah turunnya malaikat Jibril membawa Surah Al Kahfi untuk
menjawab semua soalan tersebut.
HADIS-HADIS MENGENAI KELEBIHAN SURAH INI.

1. Dalam sebuah lagi hadis, dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi
SAW bersabda:

‫ِ ياَْعِق يْ ق‬
ِ ‫َا عَ ْعُه قَِع اَْن يْ قِ ِق يْ عَا َع يَْعُه عََعْيَع ياَْع يْ ق‬
‫ِ ْع يَْعِع ياْ هُ يََع قِ َ ع ع‬
‫ُ يْ عَِ ع ياْ عَ يْ ق‬
‫عِ يَ َع عََ ع ه‬

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat,


maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul
‘atiq.

2. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,


daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ِ‫ِ عَ قَِع اْدج جّا ق‬ ‫َِْق ياْ عَ يِْ ه‬


‫ُ ق‬ ‫ُ ع‬‫ٍ قِ يَ َ ع جَ قِ ه‬
‫ُ يْ عَ آَعا ت‬ ‫عِ يَ عَ قِ ع‬
‫َ ع‬

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-


Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

3. Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan


dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
 Allah memulai ayat ini dengan kalimah alhamdulillah yang ertinya
segala pujian adalah milik Allah. Para ulama membahagikan pujian
itu kepada empat bagian, yang pertama adalah puji zat bagi zat,
iaitulah Allah memuji zatnya sendiri. Yang kedua adalah puji zat bagi
makhluk iaitu Allah memuji makhluknya seperti Allah memuji Nabi
dalam surah Al Qalam ayat 4. Pujian jenis yang ketiga adalah puji
makhluk bagi zat iaitu makhluk memuji Allah dan yang keempat
adalah puji makhluk bagi makhluk iaitu kita memuji sesama kita dan
kesemua empat jenis pujian ini wajib dikembalikan kepada Allah.

 Seterusnya Allah meyatakan bahawa Allah telah turun kitab Al Quran


ini kepada hambanya iaitu Rasulullah dalam keadaan tiada bengkang-
bengkok dan Al Quran ini juga menjadi petunjuk yang sangat lurus
buat seluruh peradaban manusia.
HAKIKAT PARAS DAJJAL

1. Daripada Anas bin Malik beliau berkata, sabda Rasulullah


SAW:

‫ُ ْ هُ ياْ َع ْ قيَ عِ يَ ِ هٌْر َع ْيَع ع‬


َ‫ُ يْ َع يْ قُ عَ ا ِق ر‬ ‫اْ دج جّ ا هِ عِ يَ ه‬...

Maksudnya: “Dajjal itu matanya terhapus (seolah-olah tidak


bermata), tertulis di antara kedua matanya kafir…

Riwayat Muslim (7550)

2. Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW


menceritakan Dajjal di tengah-tengah manusia, lalu beliau
bersabda:
‫َ ا ِق ْع ِر‬ ‫ َ عل ِق جّ ياْ عَ قُ ْ عَ اْ دج جّ ا عِ َ ع يُ عْ هِ ياْ َع ْ قيَ ياْ ْ يهَ َعى عَ َ ع جّ ع‬، ِ‫يَ َق َ ع يُ عْ ع‬
‫ُ يْ َع ُه قُ َع َع ِر ع‬ ‫ل ع ْع ْ ع‬
‫ِق جّ ج‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak buta sebelah, dan


ketahuilah sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah buta mata
sebelah kanannya. Matanya bagaikan anggur yang terjuntai.”

Riwayat al-Bukhari (3184)

3. Daripada ‘Ubadah bin al-Samit R.A, Rasulullah SAW


bersabda:

، َْ
‫ِ ر‬ ‫ قِ جّ عِ قُ ْ عَ اْ دج جّ ا قِ عِ هّ رٌ َع ق‬، ‫ُ قَ اْ دج جّ ا قِ عَ ِ جى عَ قْ ِْه َ ع يّ لع َ ع يَ قِ َه ْا‬ ‫قِ قِّ ي َع يد عَ دجْي ِ ه هَ يَ ع‬
، َ‫ُ َع يْ هَ ي‬
‫َ ع‬‫ ِع ِق يّ َ ه يْ َق ع‬، َ‫ عَ لع عَ ُي عَ ا ع‬، ِ‫يَ َق َعا َق َ ع ت‬
‫ ْع ْ ع‬، َ‫ُْ ياْ َع ْ قي‬
‫ْ هَ ه‬ ‫ َ ع يُ عْ هِ عِ ي‬، ‫ عّ يَ در‬، ُ‫َ ع يِ عَ ه‬
ِ‫يَ قَ َ ع يُ عْ ع‬
‫ِع ا يُ َع هَ ْا َ ع جّ عِ َج هَ يَ ْع ْ ع‬
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah menceritakan mengenai
Dajjal kepada kamu hingga aku khuatir kamu tidak lagi mampu
memahaminya. Sesungguhnya Masih al-Dajjal itu seorang lelaki
yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah
matanya, tidak terlalu tersembul dan tidak pula terlalu tenggelam.
Jika kamu merasa bingung, ketahuilah sesungguhnya Tuhan
kamu Tabaraka wa Ta’ala tidak buta sebelah.”

Riwayat Abu Daud (4320) dan Ahmad (2344)


TEMPAT MUNCUL DAJJAL

1. Daripada Abu Bakar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ِ َه ِع ا هِ ْع عْ ا‬ ‫اْ دج جّ ا هِ َع يْ هَ هُ قِ يَ َ ع يِ ت‬: ّ‫ا‬


‫ٍ َق اْ عَ يْ قَ ق‬ ‫ُ ه‬‫هَ عَ ا ع‬

Maksudnya: “Dajjal akan keluar ke bumi dari arah timur,


dikatakan tempat tersebut adalah Khurasan”.

Riwayat al-Tirmizi (2237). Imam al-Tirmizi menilai hadith ini


sebagai
Hasan Gharib dan Syeikh Ahmad Syakir mengatakan sanad
hadith ini adalah sahih.

2. Syeikh Yusuf bin Abdullah al-Wabil menyebut bahawa Dajjal


akan keluar dari arah timur dari Khurasan dari Perkampungan
Yahudiyah di Kota Asfahan. Ini berdasarkan kepada hadis
Fatimah bint Qais R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ِ ِا هُ عْ قِ يَ َق َع قٌ ياْ عَ يْ قَ ق‬
‫ِ عِ ا‬ ‫ْ قاِ َ ع يَ َع َي قَ ياْ ْع عَ قَ لع َع يٌ قِ يَ َق َع قٌ ياْ عَ يْ قَ ق‬
‫َ علع ِق ِج ُه ِق ى َع َي قَ اْ ج‬
ْ‫ِ عِ ا هُ ع‬ ‫» هُ عْ قِ يَ َق َع قٌ ياْ عَ يْ قَ ق‬. ِ ‫َ َ ع يَ عِ َ ع َق ْع قد قِ ِق ْع ى ياْ عَ يْ قَ ق‬.
‫ع‬
Maksudnya: Ketahuilah bahawa dia berada di laut Syam atau
laut Yaman. Oh tidak, bahkan dia akan datang dari arah timur.
Apa itu dari arah timur? Apa itu dari arah timur.. Dan baginda
berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur.”

Riwayat Muslim (7573)

KESUDAHAN DAJJAL

Ketika turunnya Nabi Isa A.S pada waktu umat islam sedang bersiap
untuk solat berjemaah, Baginda menyertai solat itu yang diimamkan oleh
Imam Muhammad Bin Abdullah Al Mahdi. Usai dari menunaikan solat
maka Baginda bersama bala tentera islam sudah bersiap untuk bertempur
habis-habisan dengan dajjal dan tentera elitnya. Kemudian apabila
gerbang pemisah dibuka maka terkejutnya dajjal bahawa Nabi Isa
sudahpun turun dari langit menyebabkan beliau lari ketakutan.
Kemudian, mereka bertemu di sebuah pintu yang dinamakan
pintu Lud (‫)ْد‬. Apabila Nabi Isa AS melihat Dajjal, beliau terus
membunuhnya dengan menggunakan pedang sambil berkata:

‫ ْع يَ َ ع يُ َق ِع َق ي َق عْ ا‬، ‫َ يَ َع ِة‬
‫ِق جّ قْ ي ِقَْع ع‬

Maksudnya: “Sesungguhnya bagiku kepada engkau satu pukulan


yang mana dengan pukulan ini kamu tidak akan dapat
melepaskan diri daripadaku”.

CARA MENGHADAPI DAJJAL

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,


daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ِ‫ِ عَ قِ َع اْ دج جّ ا ق‬ ‫ِْ َق ياْ عَ يْ ِ ه‬


‫ُ ق‬ ‫ُ ع‬‫ٍ قِ يَ َ ع جَ قِ ه‬
‫ُ يْ عَ آ َع ا ت‬ ‫عِ يَ عَ قِ ع‬
‫َ ع‬

Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal


surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal”.

Riwayat Muslim (1342)

Berdoa Dari Fitnah Dajjal

Terdapat hadis Rasulullah SAW mengajar kita membaca selepas


tahiyyat akhir:

َ‫ُ ْ ُه قَ َع قِ ي‬ ‫الَ قَ ِع يَ ْع يُ ِ ع قَ يْ قَ ج‬
‫اَق قِ يَ َ ع يِ َع ٍت َع ِه ْ هِ اَْج هْ جَ قِ ِقّ ي َ ع ه‬ ‫ق‬ ‫ْ نْ قد‬‫َ َ ع عَ ده هَ يَ قِ َع اْ ِ ج ع‬
‫قِ ُع ا ِع عَ ع‬
ِ‫ٍ عَ قِ يَ َ ق ّعَ ِق ِي َع قِ ياْ عَ قُ َْق اْ دج جّ ا ق‬
‫ٌ ياْ ِع َ قيَ عَ قِ يَ ِق ِي َع قِ ياْ عَ َي ْع ا عَ ياْ عَ عَ ا ق‬ ‫ُ ْع ا ق‬ ‫ٌ عّ عْ َج عَ عَ قِ يَ ع‬ ‫ُ ْع ا ق‬‫ع‬

Maksudnya: Apabila kamu selesai daripada membaca tasyahhud


akhir, maka berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara:
Dengan berdoa: ( ِ‫ٌ ياْ ِع َ قيَ عَ قِ يَ ِق ِي َع ق‬ ‫ُ ْع ا ق‬ ‫ُ ْع ا ق‬
‫ٌ عّ عْ َج عَ عَ قِ يَ ع‬ ‫اَْج هْ جَ ِق ِقّ ي َ ع ه‬
‫ُ ْ ُه َق َع قِ يَ ع‬
ِ‫ٍ عَ قِ يَ َ ق ّعَ ِق ِي َع قِ ياْ عَ قُ َْق اْ دج جّ ا ق‬
‫)اْ عَ َي ْع ا عَ ياْ عَ عَ ا ق‬
‫ ي‬Ya Allah! Sesungguhnya aku
berlindung dengan-Mu daripada azab Neraka Jahannam, daripada
azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan daripada
kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.”

Riwayat Muslim (588)


Antara cara lain untuk berdepan dengan fitnah Dajjal adalah:

 Berpegang dengan petunjuk daripada al-Qur’an dan al-


Hadith.
 Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar
diselamatkan daripada segala fitnah serta
memperbanyakkan amalan soleh.
 Beruzlah (menjauhkan atau mengasingkan diri) daripada
fitnah yang berlaku.
 Menyertai dan sentiasa bersama dengan Jemaah Islam yang
ada pada waktu itu.
 Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada
Allah SWT.
 Dajjal tidak boleh memasuki Makkah dan Madinah.
 Memperbanyakkan zikrullah (zikir kepada Allah SWT) dan
sentiasa ingat kepada-Nya berdasarkan hadith di atas.

Anda mungkin juga menyukai