Anda di halaman 1dari 7

Tempat keluarnya dajjal ke dunia

Dajjal akan keluar dari arah timur iaitu dari Khurasan (Khurasan adalah satu tempat
yang luas, terletak di sebelah timur dan ia terdiri daripada beberapa daerah, antaranya
Naisabur). Kemudian Dajjal akan mula berjalan di bumi dan tidak akan ditinggalkan satu
tempat pun melainkan dia akan memasukinya kecuali Makkah dan Madinah. Dajjal tidak
dapat memasuki Makkah dan Madinah kerana terdapat malaikat yang menjaga kedua tanah
suci itu. Selain itu juga, Imam Ibn Hajar mengatakan bahawa Dajjal ini pasti akan muncul
dari arah timur. (Lihat Fath al-Bari) Kenyataan ini disandarkan atau dikuatkan lagi dengan
beberapa buah hadith yang sahih, antaranya:

Daripada Abu Bakar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ ُخ َر اَس اُن‬:‫الَّد َّج اُل ْخَيُرُج ِم ْن َأْر ٍض ِبا ْش ِر ِق ُيَق اُل َهَلا‬
‫َمل‬

Maksudnya: “Dajjal akan keluar ke bumi dari arah timur, dikatakan tempat tersebut adalah
Khurasan”.

Riwayat al-Tirmizi (2237). Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai


Hasan Gharib dan Syeikh Ahmad Syakir mengatakan sanad
hadith ini adalah sahih.

Syeikh Yusuf bin Abdullah al-Wabil menyebut bahawa Dajjal akan keluar dari arah
timur dari Khurasan dari Perkampungan Yahudiyah di Kota Asfahan. Ini berdasarkan kepada
hadis Fatimah bint Qais R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ َأ َأ ِب ِدِه ِإىَل اْل ْش ِرِق‬.» ‫َأَال ِإَّن ىِف ِر الَّش اِم َأ ِر اْل ِن َال ِم ِق ِل اْل ْش ِرِق ما ِم ِق ِل اْل ْش ِرِق ا ِم ِق ِل اْل ْش ِرِق ا‬.
‫َم‬ ‫َم ُه َو َو ْو َم َي‬ ‫َم ُه َو ْن َب َم‬ ‫ُه َو ْن َب َم‬ ‫ْو ْحَب َيَم َبْل ْن َب َم‬ ‫ُه ْحَب‬

Maksudnya: Ketahuilah bahawa dia berada di laut Syam atau laut Yaman. Oh tidak, bahkan
dia akan datang dari arah timur. Apa itu dari arah timur? Apa itu dari arah timur.. Dan
baginda berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur.”

Riwayat Muslim (7573)


Dalam riwayat yang lain menunjukkan ia berada di sebuah pulau sebagaimana hadis Tamim
al-Dari.

‫ َّمُث َأْر َفُؤ وا ِإىَل َج ِزيَر ٍة يِف اْلَبْح ِر َح ىَّت َم ْغِرِب الَّش ْم ِس‬،‫ َفَلِعَب ِهِبِم اْلَمْو ُج َش ْه ًر ا يِف اْلَبْح ِر‬، ‫ َمَع َثَالِثَني َرُج ًال ِم ْن ْخَلٍم َو ُج َذ اَم‬، ‫َأَّنُه ِكَب يِف َس ِفيَنٍة ْحَبِرَّيٍة‬
‫َر‬
‫ َفَج َلُس وا يِف َأْقُر ِب الَّس ِفيَنِة َفَد َخ ُلوا اَجْلِز يَر َة‬،

Maksudnya: “Bahawa dia belayar bersama 30 orang dari Kabilah Lakham dan Juzam
dengan sebuah kapal laut. Kemudian mereka terumbang-ambing oleh ombak selama satu
bulan. Hingga mereka terdampar di sebuah pulau di tengah laut di kawasan tempat
terbenamnya matahari. Lalu mereka berehat di suatu tempat yang dekat dengan kapal.
Kemudian, mereka masuk ke pulau tersebut.”

Dajjal Tidak Akan Masuk Makkah dan Madinah

Dajjal akan muncul dari Ashbahan dan akan menelusuri muka bumi. Tiada satu negeri
yang tertinggal daripada kedatangan dajjal melainkan Dajjal. Yang dikecualikan di sini
adalah Makkah dan Madinah kerana malaikat akan menjaga dua kota tersebut. Dajjal tidak
akan memasuki kedunya hingga akhir zaman. Dalam hadith Fatimah bin Qois radhiyallahu
‘anha disebutkan bahwa Dajjal mengatakan,

‫َفَأْخ ُرَج َفَأِس َري ىِف اَألْر ِض َفَال َأَدَع َقْر َيًة ِإَّال َهَبْطُتَه ا ىِف َأْر َبِعَني َلْيَلًة َغْيَر َم َّك َة َو َطْيَبَة َفُهَم ا َحُمَّر َم َتاِن َعَلَّى ِكْلَتاَمُها ُك َّلَم ا َأَر ْدُت َأْن َأْد ُخ َل َو اِح َد ًة َأْو َو اِح ًد ا‬

‫ِم ْنُهَم ا اْس َتْق َبَلىِن َم َلٌك ِبَيِدِه الَّس ْيُف َص ْلًتا َيُصُّد ىِن َعْنَه ا َو ِإَّن َعَلى ُك ِّل َنْق ٍب ِم ْنَه ا َم َالِئَك ًة ْحَيُر ُس وَنَه ا‬

Maksudnya : “Aku akan keluar dan menelusuri muka bumi. Tidaklah aku membiarkan suatu
daerah kecuali pasti aku singgahi dalam masa empat puluh malam selain Makkah dan
Thoybah (Madinah Nabawiyyah). Kedua kota tersebut diharamkan bagiku. Tatkala aku ingin
memasuki salah satu dari dua kota tersebut, malaikat menemuiku dan menghadangku
dengan pedangnya yang mengkilap. Dan di setiap jalan bukit ada malaikat yang
menjaganya.”
Dajjal Tidak Akan Memasuki Empat Masjid

Dalam hadith disebutkan tentang Dajjal,

‫ِج‬ ‫ِل‬ ‫ِج‬ ‫ِج‬ ‫ِت‬


‫َال َيْأ ى َأْر َبَعَة َم َس ا َد اْلَك ْعَبَة َو َمْس َد الَّر ُس و واْلَمْس َد اَألْقَص ى َو الُّطوَر‬

Maksudnya : “Dajjal tidak akan memasuki empat masjid: masjid Ka’bah (masjidil Haram),
masjid Rasul (masjid Nabawi), masjid Al Aqsho’, dan masjid Ath Thur.”

Tempoh dajjal berada di muka bumi

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai berapa lama Dajjal berada di
muka bumi. Mereka berkata,

‫ِه ِل‬ ‫ٍة ِئ ِمِه ِم‬ ‫ٍة‬ ‫ِه‬


‫ ُقْلَنا َيا َرُس وَل الَّل َفَذ َك اْلَيْو ُم‬.» ‫َيا َرُس وَل الَّل َو َم ا َلْبُثُه ىِف اَألْر ِض َقاَل « َأْر َبُعوَن َيْو ًم ا َيْو ٌم َك َس َن َو َيْو ٌم َك َش ْه ٍر َو َيْو ٌم َك ُجُمَع َو َس ا ُر َأَّيا َك َأَّيا ُك ْم‬
‫ٍم‬ ‫ٍة ِف ِف ِه‬ ‫ِذ‬
‫اَّل ى َك َس َن َأَتْك يَنا ي َص َالُة َيْو َقاَل « َال اْقُد ُر وا َلُه َقْد َر ُه‬

“Wahai Rasulullah, berapa lama Dajjal berada di muka bumi?” Beliau bersabda, “Selama
empat puluh hari, di mana satu harinya seperti setahun, satu harinya lagi seperti sebulan, satu
harinya lagi seperti satu Jumaat (maksudnya: satu minggu, pen), satu hari lagi seperti hari-
hari yang kalian rasakan.” Mereka pun bertanya kembali pada Rasulullah S.A.W, “Wahai
Rasulullah, jika satu hari boleh sama seperti setahun, apakah kami cukup solat satu hari
saja?” “Tidak. Namun kamu harus mengira-ngira (waktunya)”, jawab beliau Rasulullah
S.A.W

Jawapan Rasul S.A.W terhadap pertanyaan sahabat menunjukkan bahawa ketika


Dajjal muncul hari akan terasa begitu panjang, sampai terasa setahun atau sebulan atau
seminggu. Dan ini bukanlah majaz, tetapi hakikat sebenar

Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan mengenai perkiraan waktu solat di atas,


“Jika setelah fajar berlalu waktu yang masanya sama seperti waktu antara shubuh dan zuhur
seperti hari biasa, maka solatlah zuhur. Jika berlalu waktu yang masanya seperti antara zuhur
dan asar, maka solatlah asar. Jika berlalu waktu yang masanya seperti antara ashar dan
maghrib, maka shalatlah maghrib. Demikianlah yang dilakukan untuk solat ‘isya dan subuh,
kemudian zuhur, ‘asar dan maghrib diperlakukan demikian sampai berlalu waktu yang terasa
setahun (sebulan atau seminggu tadi).”

Waktu kemunculan dan keluarnya dajjal

Muncul atau keluarnya Dajjal adalah satu kepastian dan kita tidak boleh sama sekali
mengingkarinya. Akan tetapi waktu yang sebenar atau tepat keluarnya Dajjal ini tidak
diketahui tetapi apa yang pasti keluarnya Dajjal adalah salah satu tanda besar Kiamat.
Tambahan pula, ini termasuk dalam perkara-perkara ghaib yang tidak diketahui melainkan
Allah SWT. Allah SWT juga menyembunyikan kepada kita bila akan berlakunya Kiamat
berdasarkan firman-Nya:

‫َيْس َأُلوَنَك َعِن الَّس اَعِة َأَّياَن ُمْر َس اَه ا ۖ ُق ِإَمَّنا ِعْلُمَه ا ِعنَد َر يِّب ۖ ال َجُيِّليَه ا ِل ْقِتَه ا ِإاَّل‬
‫ُه َو‬ ‫َو‬ ‫ْل‬

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:


"Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya
hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan akan
kedatangannya pada waktunya melainkan Dia (Allah SWT)”.
Petunjuk Nabi SAW dalam Menghadapi Fitnah Dajjal

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’
RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ِف َظ َعْش آ اٍت ِم َأَّو ِل و ِة اْلَك ف ُعِص ِم الَّد َّج اِل‬


‫َم َن‬ ‫ُس َر ْه‬ ‫َر َي ْن‬ ‫َمْن َح‬

Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan
terselamat daripada fitnah Dajjal”.

Riwayat Muslim (1342)

Ini kerana, Imam al-Suyuthi mengatakan pada awal surah tersebut menceritakan akan
keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda maka sesiapa yang mengtadabburnya (membaca serta
memahami maknanya) tidak akan terkena fitnah Dajjal dan begitu juga di akhirnya (akhir
surah al-Kahfi). (Lihat Al-Dibaj ‘ala Muslim, 2/403)

Cara Menghadapi Fitnah Dajjal

Antara cara lain untuk berdepan dengan fitnah Dajjal adalah yang semua manusia
akan hadapi nya ialah berpegang dengan petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Hadith dan
memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah serta
memperbanyakkan amalan soleh. Selain itu, berusahalah (menjauhkan atau mengasingkan
diri) daripada fitnah yang berlaku dan menyertai dan sentiasa bersama dengan Jemaah Islam
yang ada pada waktu itu.

Justeru itu, kita haruslah memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada
Allah SWT agar dimudah kan urusan untuk berdepan dengan apa jua keadaan yang hadir
pada waktu itu. Dajjal tidak boleh memasuki Makkah dan Madinah kerana malaikat menjaga
pintu mekah dan madinah dan kita patutlah memperbanyakkan zikrullah (zikir kepada Allah
SWT) dan sentiasa ingat kepada-Nya berdasarkan hadith di atas.

Doa yang boleh diamalkan untuk mengelakkan Dari Fitnah Dajjal

Terdapat hadis Rasulullah SAW mengajar kita membaca selepas tahiyyat akhir:
‫ِإَذا َغ َأ ُد ُك ِم الَّتَش ُّه ِد اآلِخ ِر ْل َتِعْذ ِبالَّلِه ِم َأ ٍع ُقوُل الَّل َّم ِإيِّن َأ وُذ ِبَك ِم َذ اِب َّن ِم َذ اِب اْلَق ِرْب ِم ِف َنِة اْل ا اْل اِت‬
‫َو ْن ْت َمْحَي َو َمَم‬ ‫ْن َع َجَه َم َو ْن َع‬ ‫ُع‬ ‫ُه‬ ‫ْن ْر َب َي‬ ‫َف َيْس‬ ‫َفَر َح ْم َن‬
‫ِم َشِّر ِف َنِة اْل ِس يِح الَّد َّج اِل‬
‫ْت َم‬ ‫َو ْن‬

Maksudnya: Apabila kamu selesai daripada membaca tasyahhud akhir, maka berlindunglah
dengan Allah daripada empat perkara: Dengan berdoa: ( ‫الَّلُه َّم ِإيِّن َأُعوُذ ِبَك ِم ْن َعَذ اِب َجَه َّنَم َو ِم ْن َعَذ اِب اْلَق ِرْب َو ِم ْن‬

‫ )ِف َن ِة اْل ا اْل اِت ِم َش ِّر ِف َن ِة اْل ِس يِح ال َّد َّج اِل‬Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu
‫ْت َم‬ ‫ْت َمْحَي َو َمَم َو ْن‬
daripada azab Neraka Jahannam, daripada azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan
daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.”

Riwayat Muslim (588)

Dikatakan Thawus bin Kaisan, apabila anaknya selesai solat akan bertanya: Adakah
beliau sudah membaca doa ini. Jika dijawabnya tidak, nescaya diminta untuk mengulangi
solat dan membaca doa ini. Dalam doa ini, terdapat empat yang diminta untuk berlindung
dengan Allah iaitu azab Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematiandan
kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal

Ini menunjukkan kejahatan fitnah Dajjal dapat dielakkan dengan cara berdoa kepada
Allah dan memohon kepada-Nya.
Rujukan

1. Official Website Mufti Of Federal Territory (6 Jan 2019), Dajjal: Hakikat Dan Tanda
Akhir Zaman https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2989-bayan-linnas-siri-ke-
161-dajjal-hakikat-dan-tanda-akhir-zaman

2. Muhammad Abduh Tuasikal (9 Feb 2012), Munculnya Dajjal (4), Tempat Keluarnya
Dajjal https://rumaysho.com/2246-munculnya-dajjal-4-tempat-keluarnya-dajjal.html

3. Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub (23 Nov 2016), Merungkai
Persoalan Berkaitan Dajjal https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1450-irsyad-
al-hadith-siri-ke-132-merungkai-persoalan-berkaitan-dajjal

Anda mungkin juga menyukai