Anda di halaman 1dari 27

ISC 101 – AKHLAQ ISLAMIYYAH

PENYALAHGUNAAN DADAH: RISIKO DI KALANGAN REMAJA DAN CARA


MENGATASINYA

KUMPULAN 5: IC1201A1

Nama Ahli Kumpulan No. Pelajar


NUR FILZAH BINTI AZHARI 2021105449
NUR MARDIATUL HASANAH BINTI 2021105369
MOHAMAD FABLI
NURUZZAHIDAH BINTI AHMAD 2021127153
SHUKRI
'IRDINA SAFFIYAH BINTI IZHAM 2021131331
NUR FAIZIEL IZLIEN BT ISHARUDDIN 2021127327

DIPLOMA PENGURUSAN HALAL (IC120)

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS0


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah

MAC – OGOS 2021


ii

Skala MARKAH
CATATA
Bil Kriteria 1 2 3 4 5 DIPEROLEH
N
I
Markah 0 0.5 1 1.5 2
Pengenalan
Pengenalan
yang sangat
Pengenalan yang Pengenalan
baik serta
1 Pengenala yang diberikan yang Pengenalan
teratur dari /2
n terkeluar kurang diberikan yang baik
segi
dari tajuk memuaska memuaskan
susunan/tekni
n
kal
Markah :
Jumlah Tiada fakta 1 fakta = 2 2 fakta = 4 3 fakta = 6 4 fakta = 8
Fakta + =0 markah markah markah markah
huraian
Semua fakta
Fakta dan
Fakta dan dan huraian
huraian
huraian Fakta dan yang sangat
Fakta dan yang
memuaskan huraian baik dan
2
Isi &
huraian kurang
dan yang baik dihubungkan /8
yang memuaska
huraian dihubungkan dan dengan tajuk
terkeluar n dan tidak
(4 fakta x 4 dengan tajuk dihubungka utama dengan
dari tajuk lengkap
markah) utama tetapi n dengan jelas
perbincang dan tidak
tiada huraian tajuk utama termasuk
an relevan
sokongan secara jelas huraian
dengan
atau contoh sokongan dan
tajuk
contoh
Markah 0 0.5 1 1.5 2
Kesimpulan Kesimpulan
Kesimpulan
yang yang baik
Kesimpulan yang sangat
Kesimpulan memuaskan dan dapat
yang baik dan
Cadangan yang dan dapat menggamb
3
dan
terkeluar
kurang menggambar arkan
dapat /2
dari tajuk menggambark
kesimpulan memuaska kan keseluruha
perbincang an
n sebahagian n
an keseluruhan
perbincanga perbincang
perbincangan
n an
Markah 0 1 2 3 4
Sumber
yang
Sumber kurang
Sumber Sumber
rujukan (10 mencukupi Sumber yang
yang tidak Sumber yang
4 – 15
mencukupi
dengan
yang mencukupi
mencukupi, /4
sumber rujukan berautoriti dan
dan tidak mencukupi dan
yang yang terhad pelbagai
antentik berautoriti
berautoriti) pada nota
kuliah
sahaja
Markah 0 1 2 3 4
Tidak Kurang Bekerjasam
Etika &
bekerjasam kerjasama Bekerjasam a & komited
Profesional Proaktif dan
5
isme
a & tidak & kurang & komited terhadap
kreatif dengan /4
komited komited dengan tugasan
(plagiarism tugasan
dengan dengan tugasan dengan
)
tugasan tugasan baik

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN /20


iii
Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini.

Nama Pelajar : NUR FILZAH BINTI AZHARI


No.Pelajar : 2021105449
Tandatangan :

Tarikh : 20.5.2021

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini..

Nama Pelajar : NUR MARDIATUL HASANAH BINTI MOHAMAD FABLI


No.Pelajar : 2021105369
Tandatangan :

Tarikh : 20.5.2021

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini.

Nama Pelajar : ‘IRDINA SAFFIYAH BINTI IZHAM


No.Pelajar : 2021131331
Tandatangan :

Tarikh : 20.5.2021
Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini.

Nama Pelajar : NURUZZAHIDAH BINTI AHMAD SHUKRI


No.Pelajar : 2021127153
Tandatangan :

Tarikh : 20.5.2021

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini.

Nama Pelajar : NUR FAIZIEL IZLIEN BINTI ISHARUDDIN


No.Pelajar : 2021127327
Tandatangan :

Tarikh : 20.5.2021

Nota:
Setiap ahli kumpulan perlu mengisi perakuan ini dan dilampirkan bersama dalam tugasan kertas
kerja.
iv
ISI KANDUNGAN KERTAS KERJA

Perkara Muka Surat

Rubrik Penilaian ii

Perakuan iii

Isi Kandungan iv

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PENYALAHGUNAAN DADAH 4-6

2.1 Definisi dadah 4

2.2 Definisi penyalahgunaan dadah 4

2.3 Definisi penggunaan dadah dalam bidang perubatan 5

2.4 Rumusan 6

3.0 PENYALAHGUNAAN DADAH: RISIKO DI KALANGAN REMAJA DAN 7-15


DAN CARA MENGATASINYA

3.1 Risiko 7-8

3.2 Punca 9-10

3.3 Kesan 11-12

3.4 Cara mengatasinya 13-15

4.0 RUMUSAN DAN PENUTUP 16-18

4.1 Rumusan 16-17

4.2 Penutup 18

5.0 RUJUKAN 19

Lampiran 20-21

Nota:
*Definisi tajuk: definisi setiap perkataan dari tajuk kertas kerja yang diberikan
* Tajuk penuh kertas kerja: tajuk kertas kerja yang diberikan.

1
1.0 PENGENALAN

Islam

Islam membawa ajaran yang sempurna meliputi aspek akidah, syariah dan akhlak. Ketiga –tiga aspek ini
bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia dalam hal-hal yang berkaitan dengan hubungan Allah,
dan hubungan sesama makhluk. Hanya Allah sahaja yang mampu untuk membuat peraturan
sedemikian. Islam adalah ad dun yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia melalui rasul-
rasulnya. Nabi Muhammad Sallallahhualaihiwasallam adalah rasul terakhir yang membawa ajaran islam.
Firman Allah:

‫هّٰللا‬
‫ۗ اِنَّ الدِّ يْنَ عِ ْندَ ِ ااْل ِ ْساَل ُم‬
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. (Al-Imran, ayat 19)

Islam sebagai ad din bermaksud suatu cara hidup ang lengkap meliputi setiap aspek kehidupan manusia.
Ia tidak seperti ideologi lain yang menganggap agam sebagai perkara individu yang hanya berkaitan
dengan ibadah khusus semata –mata. Fahaman seperti ini di tolak oleh Allah Taala. Firman Allah:

َ‫َومَنْ َّي ْب َت ِغ َغ ْي َر ااْل ِ ْساَل ِم ِد ْي ًنا َفلَنْ ُّي ْق َبل َ ِم ْنهُۚ َوه َُو فِى ااْل ٰ خ َِر ِة مِنَ ا ْل ٰخسِ ِريْن‬

Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang
yang rugi. (Al-Imran, ayat 85).

Al quran dan sains

Al quran dan sains ialah al-quran (kitab suci agama Islam) sumber kamus dewan edisi ke-4. Al-Quran
atau Quran (bahasa Arab: ‫ القرآن‬al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-
Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril yang
sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat
dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam
tempoh 23 tahun.

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun, dan qiraah
bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun

rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a, qiraatan, quranan. Allah
SWT berfirman:

2
١٨﴿ ‫﴾ َفِإ َذا َق َرْأ َناهُ َفا َّت ِب ْع قُ ْرآ َن ُه‬١٧﴿ ‫﴾ِإنَّ َعلَ ْي َنا َج ْم َع ُه َوقُ ْرآ َن ُه‬

Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan


(membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah
bacaannya itu.”

(al-Qiyaamah: 17-18)

3
Sains dalam islam

Hubungan sains dan Islam adalah suatu hal kontroversi. Dalam dunia Islam, banyak mempercayai
bahawa sains moden pertama kali dikembangkan dalam dunia Islam daripada di Eropah dan negara
Barat, bahawa "semua kekayaan ilmu di dunia sebenarnya berpunca dari Tamadun Islam," dan apa
orang bergelar "kaedah saintifik", adalah sebenarnya "kaedah Islam."[1][2] Umat Islam sering memetik
ayat 239 dari Surah Al-Baqarah —- Dia yang mengajarmu apa yang kamu tidak ketahui. [3] —- dalam
sokongan pemandangan mereka bahawa al-Quran mempromosikan kemilikan ilmu baru.

Dalam percanggahan yang jelas, pihak yang lain bimbang yang dunia Islam "kekurangan kefahaman
saintifik yang mendalam," dan kesal bahawa, contohnya, dalam negara seperti Pakistan walaupun fizik
pelajar pasca siswazah telah mengaitkan gempa bumi dengan "dosa, kekurangan akhlak, terpesong dari
jalan Islam yang sebenarnya," sementara "hanya dua suara yang tenggelam yang menyokong
pandangan saintifik bahawa gempa bumi adalah suatu fenomenon asli tidak dikesan oleh aktiviti
manusia."[4]

Pengembangan pemikiran santifik dan ilmu telah menyebabkan berlainan reaksi di kalangan umat Islam.
Dalam dunia Islam kini, kebanyakan fokusnya pada hubungan Islam dan sains termasuk terjemahan
saintifik al-Quran (dan kadang-kadang Sunnah) telah menunjukkan bahawa sumber-sumber ini telah
membuat kenyataan terus mengenai sifat alam, pengembangan biologi dan fenomena lain kemudiannya
disahkan oleh kajian sains, dan bukti asal-usul kesucian al-Quran. Usaha ini telah dikritik oleh
sesetengah ahli sains dan ahli falsafah sebagai mengandungi kesalahan logik,[5] disebabkan tidak
saintifik, mungkin dibuktikan palsu dengan memuncakan teori saintifik.

4
2.0 PENYALAHGUNAAN DADAH

2.1 Definisi dadah

Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk merawat
atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan atau keruntuhan akhlak
pengguna apabila dimakan, diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan berlebihan atau tidak
mengikut had peraturan.

2.2 Definisi penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan dadah ialah pengunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya.
Dalam kata lain istilah yang sesuai digunakan pada hari ini ialah penyalahgunaan bahan atau dadah
yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah- dadah peransang, LSD dan
inhalan (bahan yang disedut). Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang
berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan
perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah /
bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu
kehidupan seharian” Penyalahgunaan dadah/bahan terlarang melibatkan pola songsang
penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian. Penagihan dadah
dikenali sebagai bergantung dengan dadah.Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu
memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini mula menunjukkan sifat-sifat
ketagih apabila penggunaannya dihentikan terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan
tempoh penggunaan yang lebih lama penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang
kawalan diri.Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti
mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli
dadah.Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan
wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara
sekali pun.Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku masalah dalam diri
atau masyarakat, sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah dan
meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

5
2.3 Definisi penggunaan dadah dalam bidang perubatan

Berdasarkan beberapa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia seperti perbincangan berkaitan ‘Gelatin dalam Ubat’ yang diputuskan dalam
Muzakarah kali ke-8 pada 24 hingga 25 September 1984 dan ‘Alkohol dalam Makanan,Minuman,
Pewangi dan Ubat-ubatan’ yang dibincangkan dalam Muzakarah Khas pada 14 hingga 16 Julai 2011,
bahan-bahan ubatan yang digunakan mestilah sesuai dengan kehendak Islam dan baik serta selamat
untuk pesakit.8.Contohnya, ia suci dan bukan daripada sumber yang najis atau bernajis kecuali dalam
keadaan terpaksa (darurat).Memenuhi hasrat pesakit muslim untuk mendapatkan bahan-bahan yang
halal adalah selaras dengan keperluan badan akreditasi fasiliti kesihatan seperti Malaysian Society for
Quality in Health (MSQH) dan Joint Commission International (JCI) – di bawah seksyen Patient & Family
Rights. Ia merupakan satu tuntutan fardu kifayah di pihak fasiliti kesihatan berkenan. Hanya penggunaan
gelatin yang halal sahaja diharuskan dalam penyediaan ubat-ubatan, melainkan dalam keadaan darurat,
namun ia hendaklah pada kadar yang diperlukan sahaja.

Penggunaan etanol (alkohol) dalam ubat dalaman (oral) dan luaran:

(i) Etanol yang diperoleh bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya
tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya
kerana ia racun dan boleh memudaratkan.
(ii) Ubat cecair yang mempunyai etanol dalam dos yang dipreskrib harus
(boleh) diminum.
(iii) Sediaan ubat-ubatan luaran/kosmetik/pewangi seperti krim, salap dan
cecair yang mengandungi etanol sebagai bahan pelarut tidak najis dan
diharuskan penggunaannya sekiranya etanol tersebut bukan diambil
melalui proses pembuatan arak.

e) Penggunaan ubat psiko-aktif seperti penenang, sedatif, hipnotik dan


anaestetik dan lain-lain diharuskan mengikut dos yang dipreskrib oleh
pengamal perubatan.

8 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2014, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Putrajaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, cet. 4, hlm. 94 dan
150.

6
2.4 Rumusan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan penyalahgunaan dadah haram kecuali untuk tujuan perubatan.
Maka jelaslah bahawa, dengan penyalah gunaan dadah ini dapat mendatangkan kemudaratan sehingga
membawa maut. Secara amnya, kemudaratan tidak patut dilakukan kepada diri sendiri atau orang lain
dan jangan pula melakukan sesuatu yang berguna kepada diri sendiri, tetapi mendatangkankemudaratan
kepada orang lain. memudaratkan diri adalah perkara yang dimurkai oleh Allah kerana tidak menghargai
pemberian Allah dengan baik.

7
3.1 RISIKO DALAM KALANGAN REMAJA

i. Sejarah ketagihan dalam kalangan keluarga

Remaja yang mempunyai sejarah ketagihan dalam kalangan keluarga. Perkara ini boleh menjadi risiko
terbesar bagi penglibatan remaja yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah di kalangan remaja
kerana kontak rapat sudah pun mempunyai penglibatan kepada gejala tersebut. Kelalaian
tanggungjawab kepada Allah juga salah satu asbab berlaku perkara begini.

ii. Tekanan perasaan atau gangguan mental

Remaja yang mengalami gangguan mental. Hal ini juga boleh membawa kepada penyalahgunaan
dadah. Pada mulanya individu hanya mengambil ubat untuk mengurangkan masalah dan gangguan
mental yang dihadapinya. Akhirnya, individu tersebut menjadi lebih tertarik untuk mengambil dadah atau
ubat yang dimakan untuk menghilangkan tekanan secara berterusan melebihi dos yang telah ditetapkan
oleh doktor. Kebiasaanya, berlaku kepada individu yang mengalami tekanan perasaan seperti keresahan
dan kurang pengisian rohani.

iii. Pengabaian anak oleh ibubapa

Perkara ini juga merupakan risiko yang menjadikan remaja terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Ibubapa yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan anak- anak mereka disebabkan kesibukan
kerja. Hal ini menyebabkan remaja kurang diberi perhatian dan juga kasih sayang. Oleh itu, setiap
perkara yang dilakukan oleh remaja tersebut tidak diketahui oleh ibubapanya. Selain itu, perpecahan
keluarga yang mencetuskan pengabaian remaja dan menambahkan lagi lingkungan remaja yang
bergantung kepada dadah untuk menenangkan diri daripada masalahnya. Penyalahgunaan dadah hanya
akan membawa banyak kemudaratan kepada diri penagih, keluarga, masyarakat dan negara.
Penyalahgunaan dadah akan menghancurkan keharmonian sesebuah keluarga. Jika ketua keluarga
terjebak kegiatan itu, ia akan menyebabkan isteri serta anak hilang tempat bergantung. dari segi segala
tanggung jawab akan diabaikan kerana tidak ketagihan dadah. Oleh itu, kita seharusnya mengambil
langkah awal untuk mencegah anak dan ahli keluarga daripada terbabit dengan penagihan dadah.
Mulakan dengan ahli keluarga sendiri terlebih dahulu kerana mereka adalah tanggungjawab yang perlu
diberikan keutamaan. Apabila berjaya memelihara ahli keluarga, barulah masyarakat secara amnya
terlindung daripada masalah dadah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah
adalah Maha Penyayang kepadamu." (Surah an-Nisa', ayat 29). Oleh demikian, marilah kita jalankan
8
peranan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga supaya tiada satu pun daripada ahli keluarga kita
terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

َ ‫ض َر َر َوالَ ضِ َر‬
‫ار‬ َ َ‫ال‬
Maksudnya: “Tiada kemudaratan (dalam Syariat Islam) dan tidak harus
mengenakan kemudaratan (tanpa hak)”
Riwayat Ahmad (22778) dan Ibn Majah (2340)

9
3.2 PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
i. Perasaan ingin tahu

Perasaan ingin tahu atau ingin mencuba menjadikan seseorang itu cenderung untuk terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk mengawal diri mereka
daripada terlibat dengan dadah. Golongan remaja merupakan golongan yang mudah untuk mempunyai
perasaan ini kerana mereka lebih cenderung untuk mengambil tahu atau mencuba sesuatu yang baru.
Menurut kajian AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan), melalui statistik pada bulan Januari hingga
Disember 2009, remaja yang berumur antara 20 hingga 24 tahun telah menunjukkan jumlah penagih
baru yang tertinggi iaitu seramai 7123 orang iaitu 45.3% merupakan penagih baru pada tahun tersebut.
Sebanyak 11.4% daripada mereka mengambil dadah disebabkan perasaan ingin tahu.

Remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini cenderung terhadap keseronokan. Keseronokan
tersebut juga sebab utama remaja ingin mencuba dadah. Sikap remaja yang terlalu suka kepada hiburan
dan kepuasan pada diri sendiri menjadikan mereka ingin mencuba dadah. Kesannya, remaja mula
ketagih dan menjadikan dadah sebgai medium utama untuk berseronok.

ii. Kurang didikan agama

Kurang didikan agama menjadi punca seseorang itu terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah.
Hal ini berlaku demikian kerana, ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka sehingga
anak-anak mereka terjerumus dalam kancah penagihan dadah. Para ibu bapa terlalu sibuk mencari
nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Secara tidak
langsung, masa yang perlu diluangkan dengan anak-anak menjadi terhad. Hal ini menjadikan anak-anak
tersebut dapat menikmati kebebasan dengan menluangkan masa mereka bersama masyarakat luar yang
tidak bertamadun. Oleh itu, kebebasan yang telah dikecapi itu membawa mereka ke jurang gejala sosial
yang keterlaluan dan seterusnya ke kancah penagihan najis dadah yang membawa ke arah penghinaan.

Ibu bapa yang kurang didikan agama juga menjadi asbab anak-anak mereka terjerumus dengan
penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana mereka tidak berupaya untuk memberi dan mengamalkan ajaran-
ajaran Islam yang sebenar kepada anak-anak mereka. Tambahan lagi, dunia yang serba moden
sekarang ini menyebabkan remaja tersebut terdedah dengan segala gejala sosial yang boleh
merosakkan akal fikiran mereka. Kurang didikan agama menyebabkan remaja melakukan perkara yang
dilarang oleh agama secara suka hati tanpa memikirkan hukum yang telah ditetapkan oleh agama.
Mereka tidak dapat membezakan perbuatan yang mebawa kepada dosa dan pahala. Pengetahuan
tentang dosa dan azab siksaan di neraka kurang didedahkan menyebabkan mereka tidak
mempedulikannya.
10
iii. Pengaruh Rakan Sebaya
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: muka surat 1272), rakan bermaksud sahabat, handai,
taulan dan teman. Pengaruh rakan sebaya juga memberi pengaruh yang kuat dalam proses
pembentukan akhlak seseorang. Ia memberi kesan terhadap pembinaan intelek, emosi dan sosial. Ini
juga merupakan salah satu faktor utama berlakunya penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.
Pengaruh rakan sebaya mampu mencorak sikap dan tingkah laku remaja lebih-lebih lagi mereka yang
telah tercicir dalam pelajaran dan terpaksa mengalami masalah keluarga. Hal ini kerana, kebanyakkan
masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, adalah penting bagi seorang
remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik kerana rakan yang baik akan mendorong remaja
untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran. Pemilihan rakan yang tidak baik
mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif, mereka juga akan memperkenalkan
remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus.

Remaja yang menginginkan penerimaan oleh rakan-rakan juga menyebabkan seorang remaja itu mula
terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana, remaja juga menginginkan pengaruh yang kuat
dan kuasa daripada rakan-rakan yang lebih berpengaruh dan menjadikan mereka diterima oleh rakan
sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang kuat menyebabkan seseorang individu tidak dapat melarikan diri
daripada terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah.

iv. Pengaruh kepada Kecantikan

Menurut kajian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pada Januari hingga September 2005 terdapat
seramai 686 orang penagih wanita di dalam negeri Sabah. Hal ini kerana, penglibatan golongan wanita
terhadap penyalahgunaan dadah bukan hanya semata ingin menikmati dadah tersebut manakala dalam
masa yang sama didorong oleh faktor lain seperti ingin menjaga kecantikan diri dan menguruskan badan
mereka.

Pengaruh kepada kecantikan ini menjadi asbab golongan wanita terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Hal ini kerana, mereka lebih cenderung untuk kelihatan cantik berbanding memikirkan kesan sampingan
pengambilan dadah tersebut. Cara pengambilan dadah yang dilakukan oleh golongan wanita adalah
melalui suntikan. Di dalam suntikan tersebut mengandungi bahan seperti dadah yang ramai tidak
ketahui. Oleh itu, setiap golongan perlulah mengambil inisiatif yang betul untuk kelihatan cantik seperti
menjaga pemakanan, menggunakan bahan-bahan yang telah disahkan selamat oleh pihak kesihatan
dan mengenalpasti segala bahan di dalam sesuatu produk itu adalah selamat untuk digunakan.

11
3.3 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
KESAN DADAH

Ketagihan yang melampaui akan menyebabkan pengambilan dadah yang konsisten jika individu tidak
mencukupi keperluan dadah mereka akan bertindak di luar kawalan sehingga boleh mencederakan
orang disekelilingnya tanpa sedar

Dadah merupakan bahan kimia yg dapat mengubah perasaan, daya persepsi,


fikiran dan tindakan yg waras.

i. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:


“Iaitu bahan kimia sama ada asli atau tiruan yang diperoleh daripada daun, getah atau pokok, apabila
dimasukkan ke dlm
tubuh secara dimakan, dihisap atau disuntik, boleh mengubah struktur atau fungsi tubuh”

ii.Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak – artikel,” Dadah: Senario sejagat yang membimbangkan”
“Dadah merupakan satu istilah khas kpd sejenis bahan yang mendatangkan kemudharatan kpd
kesihatan seseorang dr segi fizikal, rohani, tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Kesannya,
seseorang akan bergantung hidup kepada dadah

iii.. Gejala sosial dari segi penglibatan dadah merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang
melanda golongan remaja dan belia. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan globalisasi yang melanda di
seluruh dunia. Konsep dunia tanpa sempadan yang pada awalnya ditumpukan kepada perkembangan
ekonomi telah menular dalam hampir semua ruang lingkup kehidupan remaja dari pelbagai aspek
termasuk keselamatan terancam. Hal ini demikian jelas bahawa, kesan penyalahgunaan dadah terhadap
remaja akan menyebabkan keruntuhan akhlak dengan melakukan kes jenayah yang dapat meragut
nyawa. maka jelas di sini bahawa betapa pentingnya akhlak dalam diri seseorang bagi meningkatkan
kekuatan remaja untuk berada pada jalan yang benar. Keruntuhan akhlak kian berlaku kerana ketagihan
dadah boleh menyebabkan kes jenayah berlaku seperti rompak, mencuri, membunuh dan merogol
perbuatan ini kadangkala dilakukan kerana berada di bawah pengaruh dadah

iv.Mendapat penyakit berjangkit seperti HIV atau AIDS pada usia yang muda. Mereka tidak dapat
menjalanikehidupan seperti orang normal. Di samping itu, antara kesan daripada penyalah gunaan
dadah kepada remaja juga di mana mendapat penyakit berjangkit iaitu HIV di usia yang muda.
sebagaimana disebutkan di bawah

Firman Allah s.w.t:


12
Maksudnya: “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (al-Baqarah:
195)

Maksudnya: “wahai orang-orang yang beriman! Bahwa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan
berhala dan bertenung nasib adalahperbuatan keji dari perbuatan syaitan” (al-Maidah:90-91)

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, penyalahgunaan dadah adalah haram kecuali untuk tujuan
perubatan. maka jelaslah bahawa, dengan penyalahgunaan dadah ini dapat mendatangkan
kemudaratan sehingga membawa maut. Secara amnya, kemudaratan tidak patut dilakukan kepada diri
sendiri atau orang lain dan jangan pula melakukan sesuatu yang berguna kepada diri sendiri, tetapi
mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. memudaratkan diri adalah perkara yang dimurkai oleh
Allah kerana tidak menghargai pemberian Allah dengan baik.

13
3.4 CARA MENGATASINYA

i. Kempen Antidadah

Agensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatanya iaitu AADK telah ditubuhkan secara rasminya
pada 7 Februari, 1996. Misinya adalah untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman
dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas
daripada dadah.

Bidang tugas Agensi Antidadah Kebangsaan adalah seperti berikut:

Melaksanakan program pencegahan, melaksanakan program rawatan dan pemulihan, meningkatkan


sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara, meningkatkan kerjasama
serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah, memberi khidmat urusetia kepada
Majlis Dadah Kebangsaan.

Terdapat banyak kempen yang dilakukan oleh kerajaan mahupun masyarakat. Lebih-lebih lagi pada Hari
Peringatan Antidadah Kebangsaan.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika kempen antidadah ialah Sesi Live Bersama Ikon Antidadah,
Bicara Santai Nurani, Solidariti Anak Muda Bebas Dadah, Virtual Run Against Drug atau Pertandingan
Mereka Cipta Video Anti Dadah.

ii. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan
dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang
membawa impakpositif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang
boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula.

Manakala menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO,1946) pula mentakrifkan perkataan sihat dan
kesihatan sebagai:

“Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit.
Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif”.

14
Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu
matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk
mencapai matlamat ini. Sebagai contoh, menjaga pemakanan seharian. Mengamalkan pemakanan yang
seimbang adalah perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Ianya meliputi
pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Selain itu, bersenam atau beriadah juga menjadikan jantung semakin sihat dan dapat mengurangkan
risiko serangan jantung. Otot yang sihat juga menjamin fleksibiliti badan yang baik. Selain itu, kawalan
tekanan darah dan emosi juga menyumbang kepada kesihatan badan yang lebih baik. Semua hal ini
terjadi hasil daripada senaman yang dipraktikkan seharian. Hanya melakukan senaman di rumah dengan
teknik kitaran senaman adalah teknik yang berkesan dan menjimatkan masa. Malah, menetapkan target
untuk 10 ribu langkah sehari juga adalah cadangan yang baik untuk diamalkan.

Gaya hidup sihat menumpukan perhatian kepada kesihatan mental dan fizikal.
Minda yang sihat tidak berlaku dengan cara tidak sengaja. Ia perlu dirancang dan diiringi dengan
amalan-amalan yang menggalak perkembangan minda yang positif. Dengan aktiviti-aktiviti yang
membangun itu seperti bersukan atau meluangkan masa sebagai sukarelawan di rumah-rumah
kebajikan, membaca dan seterusnya, masa seseorang itu akan dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan yang
positif. Hal ini dapat mengelakkan dari terpengaruh dengan anasir-anasir tidak baik terutamanya dalam
penyalahgunaan dadah.

iii. Ibubapa yang prihatin

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapalah individu yang dapat membentuk peribadi anak-anak.

“Anak-anak umpama sehelai kain putih, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada
Yahudi, Majusi atau Nasrani”. (hadis riwayat dalam sahih muslim)

Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam membantu usaha
penyalahgunaan dadah. Langkah ini perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil lagi persis pepatah
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, bekas
Perdana Menteri Malaysia pernah berkata, “Teruskanlah pengukuhan peranan keluarga sebagai institusi
masyarakat yang lalu mengimpikan satu generasi bebas dadah”. Menurut kata-kata beliau, institusi
kekeluargaan perlulah diperkukuh dan program keluarga sakinah perlulah dilaksanakan pada setiap
keluarga. Hal ini adalah demikian kerana, keluarga yang berpecah belah merupakan punca anak-anak
mudah terjerumus ke dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah. Oleh sebab itu, ibu bapa
15
perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal
peribadi anak-anak bagi membantu kerajaan mencegah masalah penyalahgunaan dadah

16
4.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

4.1 Rumusan

Ketagihan adalah bersifat psikologi.Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar
disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.

Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk detoksifikasi, menghilangkan kesan dadah di dalam badan.Seterusnya, terapi
kelakuan dapat menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan dan juga sesi
kaunseling dapat memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih

Antara terapi penggantian dadah, memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan,
mengambil (methadone) ketagihan ubat penenang atau (nikotin) ketagihan rokok.

Dalam konteks psikologikal pula, penagih dadah berkemungkinan kurang keyakinan diri, berhalusinasi
dan berhadapan stigma serta persepsi negatif daripada masyarakat terhadap golongan penagih dadah.

Hubungan kekeluargaan juga berpotensi terjejas. Banyak akhbar melaporkan tindakan luar batas
penagih dadah seperti mengugut ahli keluarga dan mencuri. Malah, ada kes penagih dadah sanggup
membunuh ahli keluarga sendiri apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.

Gejala penyalahgunaan dadah ini sememangnya satu isu besar yang perlu ditangani segera. Walaupun
terdapat agensi ditubuhkan untuk membanteras aktiviti tidak sihat ini, tanggungjawab menangani
masalah ini sebenarnya harus dipikul setiap warga Malaysia.

Setiap lapisan masyarakat perlu sentiasa berganding bahu menghentikan gejala penyalahgunaan dadah.
Kempen dan program pemulihan dilaksanakan agensi berkenaan sangat bagus. Namun kerjasama dan
sokongan peringkat komuniti masyarakat setempat sangat diperlukan.

Kes penyalahgunaan dadah boleh berlaku dan bermula di mana-mana sahaja. Jadi, komuniti setempat
boleh memainkan peranan melaporkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah yang berlaku di
kawasan mereka.

Stigma negatif masyarakat terhadap golongan penagih dadah juga perlu diubah, terutama terhadap
bekas penagih yang sedang bergelut untuk kembali mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Sokongan masyarakat sekeliling sangat diperlukan golongan ini untuk sentiasa kekal positif dan
bersemangat menjauhi gejala penyalahgunaan dadah.
17
Masyarakat juga harus sedar gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh berlaku dalam
kalangan orang terdekat dan rapat. Kadangkala disebabkan perasaan malu dan takut untuk berhadapan
kecaman dan masyarakat, bantuan sepatutnya diberikan kepada penagih dadah ini seperti menghantar
mereka ke pusat pemulihan, diabaikan.

Oleh itu, usaha membanteras gejala penyalahgunaan dadah memerlukan bantuan setiap individu. Jika
terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi sesuatu keadaan, ia
boleh disalurkan kepada pihak berwajib seperti polis ataupun agensi bertanggungjawab untuk
membanteras penyalahgunaan dadah iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Diharapkan segala usaha yang dilakukan mampu mengatasi gejala penyalahgunaan dadah seterusnya
menjadikan Malaysia negara yang bebas dadah demi kemakmuran bersama.

18
4.2 Penutup

Dengan adanya usaha kolaboratif ini yang digerakkan secara bersepadu, Insyaallah, penularan
penyalahgunaan dadah dalam komuniti juga mampu dibendung daripada semakin parah.

Pengamalan norma baharu dalam membendung penularan wabak Covid-19 tidak akan menemui
kejayaan sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Begitu juga halnya
dengan permasalahan dadah. Kita perlu memutuskan rantaian aktiviti-aktiviti penyalahgunaan dadah.

Masyarakat perlu bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam memastikan bahawa persekitaran tempat
tinggal, institusi pendidikan, pusat latihan kemahiran dan tempat kerja bebas daripada sebarang masalah
berkaitan dadah.

Institusi pendidikan dan pusat latihan kemahiran sepatutnya menjadi medium terbaik bagi pembentukan
sahsiah dan pembangunan jati diri kerana sebahagian besar perkembangan individu berada di alam
pendidikan secara formal.

Murid dan pelajar seharusnya memanfaatkan tempoh masa ini untuk turut membangunkan kemahiran
kendiri seperti kemahiran asertif, kemahiran komunikasi dan kemahiran bersosial. Murid dan pelajar perlu
sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum bagi
mengelakkan terjebak dengan aktiviti pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah.

Persekitaran di tempat kerja pula haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif. Program-
program berkaitan kesedaran untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja seperti
program pendidikan pencegahan dadah perlu dilaksanakan secara berterusan.

Kerjasama ini akhirnya akan memberikan pulangan keuntungan kepada negara dan masyarakat. Negara
dapat menjimatkan kos untuk menangani permasalahan dadah dan seterusnya mewujudkan
persekitaran yang sihat serta selamat.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, penggunaan aplikasi dan teknologi baharu perlu
sentiasa diteroka dan digunakan untuk memantapkan usaha menangani permasalahan dadah. Mesej-
mesej kesedaran antidadah perlu dipergiatkan lagi menerusi media-media baharu bagi memperingati
masyarakat tentang ancaman bahaya dadah.

19
5.0 RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran
https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/gp-ubat-islam-printed.pdf
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2486-bayan-linnas-siri-ke-139-al-quran-kalamullah-yang-
mukjizat
https://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_dan_sains
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_pengguna:Ezza3006
https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html
https://www.adk.gov.my/hari-antidadah-kebangsaan-2021/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Agensi_Antidadah_Kebangsaan
http://group8dep6b.blogspot.com/2018/03/cara-mengatasi-penyalahgunaan-dadah.html?m=1
https://sihatologi.com/gaya-hidup-sihat/
https://www.adk.gov.my/en/public/drugs-statistics/
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: muka surat 1272)
http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/
https://www.ceriasihat.com/10-kesan-buruk-penyalahgunaan-dadah/
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/02/655152/masyarakat-berperanan-banteras-salah-
guna-dadah
20

LAMPIRAN
21

Anda mungkin juga menyukai