Anda di halaman 1dari 3

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.

w bersabda :
Siapakah antara kamu yang sedia menyingsing lengan?, Sesungguhnya syurga tidak
berpagar, ia - demi tuhan Ka'bah- cahaya yang berkedipan, daun Raihan yang melambai-
lambai, istana yang tersergah, sungai yang mengalir, buah yang ranum, isteri yang cantik,
perhiasan yang banyak, singgahsana yang kekal abadi di satu tempat tinggal yang aman,
buah-buahan dan sayur-sayuran, kebahagiaan dan kenikmatan dihiasi perhiasan yang
berkilau megah.
Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah s.a.w, kami sedia menyingsing lengan untuk
syurga?.
Nabi menjawab: Katakan Insya Allah.
Mereka menjawab: Insya allah.(Hadis riwayat Ibnu majah daripada Usamah in Zaid r.a)

Sekarang kita berada dalam bulan Ramadhan, ayuhlah kita menyingsing lengan, bersungguh-
sungguh, meninggalkan tempat tidur, membangunkan ahli keluarga, mengangkat panji-panji jihad
melawan nafsu dan keinginan kita. Sekarang kita berkerja keras untuk:

 1- Menunaikan solat lima waktu di masjid. Dalam pada itu kita mengingati bahawa sesiapa
yang solat empat puluh hari di masjid dan bertakbiratul ihram bersama imam, dia
memdapat kepastian pelepasan dari api neraka seperti yang disebut oleh al-hadis.
Ramadhan adalah peluang untuk kita merealisasikan perkara-perkara tersebut.
 2- Bersungguh-sungguh menghidupkan sunnah yang sering kita abaikan, seperti duduk di
masjid, berzikir kepada Allah, membaca al Quran, mengamalkan wirid pagi, petang dan
bersegera menghadiri Jumaat.
 3- Mengkhatam quran lebih dari sekali, sekali di rumah bersama keluarga, sekali di masjid,
mengulangi hafalan kalau ada bahagian yang dilupai. Kita hendaklah sentiasa ingat
bahawa pada hari akhirat dikatakan kepada ahli al Quran: Bacalah, dendangkanlah dan
tingkatkan diri sebagaimana kamu lakukannya di dunia. Kedudukan kamu ialah pada akhir
ayat yang kamu baca. Ketahuilah bahawa sesiapa yang tidak ada dalam perutnya sesuatu
daripada al Quran ia seperti rumah yang sudah roboh.
 4- Menjaga sembahyang terawih, bersegera ke masjid, rebutlah saf pertama dan jangan
kita beredar sehingga imam beredar serta bawalah besama-sama kita isteri dan anak-
anak jika ia tidak menyusahkan.
 4- Mengurangkan makan, minum, tidur, bercakap, mengawal lidah, jangan kita berpuasa
dari benda yang halal dan berbuka dengan benda yang haram, seperti mengumpat,
mencela, mengadu domba dan menyakiti orang lain. Suasana bulan Ramadhan paling
sesuai untuk melakukan ini semua di mana kita berpuasa pada waktu siang, qiam pada
malam hari, lidah kita basah dengan bacaan al Quran dan memenuhi seluruh lipatan jiwa,
syaitan terbelenggu, pintu syurga terbuka dan pintu neraka tertutup.
 5- Berlumba-lumba sesama ahli keluarga untuk melaksanakan ibadat dan merangkul
hadiah kejayaan. Jangan kita merahakkan isteri dengan memperbanyakkan makanan dan
kenduri. Ramadhan adalah bulan perlumbaan di medan lain, bukan bulan berjamu selera
dengan berbagai makanan dan minuman yang sedap-sedap.
 6- Marilah kita mengenang nasib orang fakir, miskin, anak yatim dan janda pada bulan
Ramadhan ini secara praktikal dengan bersegera mengunjugi mereka, memberi makanan
kepada mereka, berkongsi kesengsaraan mereka, melahirkan rasa persaudaraan
daripada kita. Di sana terdapat masih ramai lagi saudara-saudara kita yang tersiksa
ditimpa malang dimerata tempat diseluruh dunia Islam. Mereka mengharungi kepayahan
hidup, kezaliman dan penindasan yang perlu diberi perhatian.
 7- Bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dua ibu bapa, memenuhi permintaan mereka,
memastikan kerehatan mereka dan memperbanyakkan doa untuk orang yang telah mati di
kalangan mereka seperti firman Allah dalam surah al Isra' (24) yang bermaksud:
Katakanlah, wahai Tuhan ! Rahmatilah kedua (ibubapaku) sebagaimana mereka
memeliharaku pada waktu kecil.
Di samping itu kita menyambung silaturrahim, menghubungi saudara mara, bertanyakan
yang tiada, dan menziarahi yang sakit.
 8- Bulan Ramadhan wajar dijadikan peluang untuk memaafkan kesalahan, membuka
lembaran baru dan memperbaiki hubungan walaupun dengan orang yang pernah
melakukan perkara yang tidak baik terhadap kita. Sabda Rasulullah s.a.w:
Tidak dianggap orang menyambung silaturahim mereka yang menyambung hubungan
yang sudah ada, tetapi orang menyambung silaturahim sebenarnya ialah mereka
menyambung hubungan yang telah terputus. Hadis riwayat Bukhari.

Daripada Abi Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki berkata:


Wahai Rasulullah s.a.w !, aku ada saudara-mara yang aku mahu hubungkan, sedangkan
mereka memutuskan hubungan denganku, aku buat baik kepada mereka sedangkan
mereka buat jahat kepadaku dan aku bersopan dengan mereka sedangkan mereka
kurang ajar dengan ku?,
Rasulullah s.a.w menjawab: Kalaulah keadaan kamu seperti yang kamu ceritakan, maka
seolah-olah kamu memberi makan mereka bara api yang panas.

 9- Membiasakan diri dengan infaq/berbelanja walaupun sedikit. Ingatlah dengan sifat


Rasulullah s.a.w yang mana baginda adalah manusia paling pemurah dikalangan manusia
terutamanya pada bulan Ramadhan.
 10 -Bermuhasabah diri terhadap amalan yang lalu, terutama kecuaian kita dalam
melakukan ibadat dan dalam perkara-perkara berkaitan keimanan. Kita bertanya kepada
diri kita;
o 1- Adakah kita sentiasa melakukan taubat?
o 2- Adakah kita benar-benar takut pada Allah?
o 3- Adakah kita benar-benar bertawakal kepadanya?
o 4- Adakah kita melaksanakan hukumnya?

Sebagaimana kita memuhasabah diri dari aspek akhlak dan tingkahlaku:

o 5- Adakah kita menunaikan amanah?


o 6- Adakah kita menepati janji?
o 7- Adakah kita menerima keuzuran?
o 8- Adakah kita sentiasa bercakap benar?
o 9- Adakah kita segera membantu orang yang memerlukan?
o 10 - Adakah kita takut menyelamatkan orang yang malang dan membantu orang
yang dizalimi?
o 11- Adakah kita menunaikan hak orang lain? Kalau didapati seorang muslim
menyeleweng dari jalan yang lurus hendaklah kamu memperbetulkan
perjalanannya.
 11- Memperbanyakkan doa, rendah diri dan menunggu dipintu Allah dan mengetuk pintu-
pinti itu. "Doa diwaktu dinihari adalah panahan qadar". Berdoalah mudah mudahan Allah
tabaraka wataala membebaskan tawanan Islam, mengembalikan yang hilang dari
kalangan mereka dan menyelamatkan mereka dari malapetaka yang menimpa mereka.
 12- Berniat iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan.

Anda mungkin juga menyukai