Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirahmanirahim.

Kalau tidak kerana bintang,


Tak akan bulan kelihatan tinggi,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini

Datang bahtera dari medan,


Singgah sebentar dilaluan Kerai,
Salam perpaduan saya hulurkan,
Kepada warga dewan pembuka tirai

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif Dan Berpaksikan Keadilan, Saudara
Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya, para guru, rakan-rakan serta hadirin hadirat yang saya hormati
sekalian. Salam satu Malaysia diucapkan.

Junjungan rahmat dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana berkat rahmatnya dapat kita berhimpun di sini dalam
program eduit desa.

Berdirinya saya di sini, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
Kepentingan perbankan digital untuk masyarakat dan negara.

Hadirin hadirat sekalian,

Pada era globalisasi dunia tanpa sempadan,perbankan digital sangat penting kepada
masyarakat dan negara.Perbankan digital, kata yang tidak asing di telinga setiap masyarakat,
terutama para remaja yang senantiasa bergaul dengan mewahnya dunia yang berteknologi dan
praktis.Secara literal dan konseptual,saya mentakrifkan perbankan digital sebagai istilah untuk
semua bentuk transaksi kewangan dengan penggunaan teknologi.Ironisnya, perbankan digital
hanya dipandang sebelah mata malah diabaikan begitu sahaja. Yang menjadi persoalannya ialah
apakah kepentingan perbankan digital untuk masyarakat dan negara?. ..Oleh hal yang demikian
kepentingan perbankan internet, yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dan di
bugar demi kepentingan semua pihak.

Warga dewan yang dimuliakan,

Lontaran idea pertama kepentingan perbankan digital untuk masyarakat dan negara
dapat dilihat dari perspektif memudahkan akses kewangan.Tambahan pula, menurut firma
perunding global, Bain & Company, Kira-kira 55% daripada populasi dewasa Malaysia
masih kekurangan wang dan tidak mempunyai akaun bank. Ini termasuk individu yang
bekerja sendiri, peminjam kali pertama, pesara,mereka yang baru menyertai tenaga
kerja,orang yang kurang celik kewangan, di lokasi luar bandar, atau kelainan upaya.Hal
ini menggambarkan bahawa masih ramai populasi Malaysia yang mempunyai masalah
untuk mendapatkan maklumat kewangan yang dipercayai. Sebagai analoginya,akibat
kekurangan pengetahuan tentang perbankan digital menyebabkan ramai mangsa yang
terjebak penipuan.Tuntasnya,memudahkan akses kewangan merupakan kepentingan
perbankan digital untuk masyarakat dan negara.

Alah bisa tegal biasa. Hal ini merupakan batu loncatan bagi sektor ekonomi yang
semakin bertambah dan memacu perubahan ekonomi ke fasa pembangunan
seterusnya.

Sidang dewan yang budiman,

Lanjutan dari sokongan yang ada diatas, kepentingan perbankan digital dapat
dilihat pula dari segi melangkaui produk kewangan. Yeoh Xin Yi, ketua pengurusan
risiko kewangan KPMG Malaysia berkata,Kategori yang tidak diberi perkhidmatan dan
kurang diberi perkhidmatan daripada kumpulan B40 harus dimasukkan ke platform
perkhidmatan kewangan yang boleh membantu pengurusan aliran tunai mereka.Yang
paling nyata ialah dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perbankan digital ini juga
boleh meningkatkan gaya hidup kita.Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah sesetengah syarikat menawarkan perkhidmatan nasihat
kewangan dan pemantauan tabiat perbelanjaan tanpa harus membayar pakar
kewangan. Jelaslah bahawa melangkaui produk kewangan merupakan kepentingan
perbankan digital.

Warga dewan yang dikasihi.

Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Hadirin sekalian,Sudah terang lagi


bersuluh,perbankan digital mempunyai kepentingannya yang sangat besar untuk
masyarakat dan negara.

Setelah meneliti perbincangan di atas secara mendalam dan terperinci, mauduk


tentang kepentingan perbankan digital akan dibugar dari perspektif menjimatkan kos
operasi.Dalam konteks ini,proses manual institusi kewangan tradisional sebenarnya
menanggung kos buruh dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.Tambahan
pula,menurut Kajian oleh McKinsey menunjukkan, institusi kewangan di negara
yang sedang membangun boleh menjimatkan sehingga USD400 bilion setiap
tahun.Sebenarnya, perbankan digital yang bersifat automatik ini jauh lebih jimat
dan sistematik berbanding proses secara manual. Biar kita ambil contoh, pengguna
boleh membuat transaksi deposit secara atas talian yang mana tidak perlu
bersusah payah menguruskan transaksi deposit secara manual.Deduksinya
dapatlah disimpulkan bahawa menjimatkan kos operasi merupakan kepentingan
perbankan digital kepada masyarakat dan negara.

Sidang dewan yang dirahmati,

Kupasan dan huraian mengenai kepentingan perbankan digital untuk


masyarakat dan negara tidak harus ada titik noktahnya,maka sebagai meneruskan
kesinambungan kupasan,moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek perbankan
digital merangsang pelaburan hartanah di Malaysia.Hadirin sekalian, dalam kontek ini
elemen AI, API dan Fintech dapat mengenalpasti tabiat pelanggan dalam sektor
hartanah, produk yang ditawarkan juga boleh ditambah baik dan bersesuaian dengan
kuasa beli pelanggan.Sebagai contoh,pelanggan boleh menjelajah jenis-jenis
pelaburan hartanah dari semasa ke semasa serta membuat pelaburan secara langsung
melalui telefon pintar sahaja.Natijahnya,merangsang pelaburan hartanah di Malaysia
merupakan kepentingan perbankan digital untuk masyarakat dan negara.

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan.Jika semua pihak berganding


bahu ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni, insya allah perbankan digital
mampu digunakan secara meluas dan memberi impak besar kepada negara.Usaha
yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-sungguh bak kata mutiara genggam bara
api biar sampai jadi arang.Sebelum visi dan misi menjadi kabur, sewajarnya kita
melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan kepentingan perbankan digital
untuk masyarakat dan negara.

Hadirin sekalian,
Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Lain masa bersua kembali.

Sekian daripada saya,


Wabillahitaufik Walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai