Anda di halaman 1dari 3

Kelebihan perbankan digital kepada masyarakat dan negara

Bismillahirahmanirahim

Terbang di awan burung jentayu,


Kerana penat jatuh ke paya,
Tampillah tuan saya merayu,
Bersama amanat pidato saya.

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan
berintegriti,penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip al asr dan salam perjuangan kepada
rakan-rakan penuh kredibiliti.

Hadirin sekalian,

Berdirinya saya dipentas perdana ini bukan untuk mencari calon suami. Tetapi untuk hadirin
sekalian memahami dan mendekati mauduk pidato saya yang bertajuk “ kepentingan perbankan
digital kepada masyarakat dan negara”. Sebelum kata panjang berjela, izinkan saya mentakrif
maksud perbankan digital secara literal dan koseptual. Secara asasnya,bank digital adalah istilah
untuk semua bentuk transaksi kewangan dengan penggunaan teknologi. Pendek kata, segala operasi
bank yang sebelum ini dibuat secara fizikal, beroperasi dengan teknologi seperti Artificial Intelligence
atau (AI) untuk menjalankan tugas pemprosesan data. Kita masih memerlukan akaun bank untuk
membayar,menyimpan dan mengeluarkan wang. Perbezaannya adalah tugasan ini boleh dilakukan
secara dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih.

Sidang penonton yang penuh santun,

Dalam era pascaperindustrian yang serba mencabar akal kita, telah menjadikan teknologi
semakin canggih. Dengan adanya perbankan digital ini anda dapat menjimatkan masa berurusan .
Jika anda perasan, anda memerlukan slip gaji dan caruman KWSP untuk membuat pinjaman wang.
Tetapi dengan perbankan digital, anda hanya perlu pembayaran bil atau resit beli-belah sebagai satu
bentuk penilaian risiko kredit. Bukan hanya itu, jika anda mahu buka akaun bank di bank berdekatan,
masalah yang paling rumit adalah untuk mencari parkir. Anda perlu isi beberapa dokumen dan
sekurang-kurangnya menunggu satu jam untuk pihak bank menyediakan akaun anda. Dengan
perbankan digital semuanya mudah kerana anda hanya perlu memuatnaik gambar IC,membuat
pengesahan cap jari, dan proses akaun bank akan siap dalam masa 8 minit sahaja. Pelbagai aplikasi
yang telah diperkenalkan seperti Bank MUAMALAT, RHB bank dan AXIATA untuk memudahkan
urusan perbankan digital. Maka bulan kian terang, bayang kian jelas perbankan digital ini
memudahkan cara hidup masyarakat kerana semua hanya di hujung jari

Sidang dewan yang budiman,

Menurut firma perunding global, Bain & Company, kira-kira 55% daripada populasi
dewasa Malaysia masih kekurangan wang dan tidak mempunyai akaun bank. Ini termasuk
individu yang bekerja sendiri, peminjam kali pertama, pesara dan mereka yang baru menyertai
tenaga kerja; orang yang kurang celik kewangan, di lokasi luar bandar, atau kelainan upaya.
Maksudnya di sini, ramai yang duduk di luar bandar menghadapi masalah untuk mendapatkan
maklumat kewangan yang boleh dipercayai. Sebab itulah ramai juga yang terjebak dengan ah
long, kerana kurangnya pengetahuan tentang tempat yang lebih selamat dan terjamin untuk
buat pinjaman secara formal.

Dengan wujudnya perbankan digital, nasib golongan luar bandar ini lebih terbela dan
memudahkan urusan mereka untuk mendapatkan akses perkhidmatan kewangan formal.
Pendapat dari sesetengah pakar menunjukkan bahawa kemasukan kewangan melalui
perbankan digital boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Tenggara
sebanyak 6%. Ini bermaksud, sekiranya golongan yang kurang berkemampuan ini tahu tempat
yang boleh kembangkan pendapatan mereka, misalnya dengan cara melabur di platform yang
betul atau buat simpanan tetap, tanpa bersusah payah ke bandar. Jurang kewangan dan
ekonomi negara juga akan bertambah baik dan seimbang antara bandar dan luar bandar.

Hadirin yang saya muliakan,

Jika kita meninjau skop yang lebih luas, proses manual institusi kewangan tradisional
sebenarnya menanggung kos buruh dan kos penyelenggran yang tinggi. Kajian oleh McKinsey
menunjukkkan, institusi kewangan di negara sedanf membangun boleh menjimatkan sehingga
400billion USD setiap tahun. Perbankan digital yang bersifat automatic ini jauh menjimatkan
dan lebih sistematik berbanding proses mmanual. Secara tidak lansung, kesilapan juga dapat
dikurangkan dan orang ramai lebih yakiin jika hendak buat pelaburan yang banyak dalam
institusi. Misalnya, jika deposit sebanyak 4,2 trillion USD, tidak mungkin kita mahu mengangkut
guni duit pergi bank dan kira secara manual pakai mesin yang sedia ada. Melalui perbankan
digital, pengguna perlu membuat transaksi deposit secara atas talian dan jumlah deposit itu
boleh ditukarkan kepada pinjaman untuk lebih ramai orang.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Rangkumannya, semua pihak haruslah bekerjasama seperti bukit sama didaki lurah
sama dituruni untuk menggalakkan masyarakat menggunakan perbankan digital. Oleh itu,
masyarakat hendaklah menjadi pengguna yang bijak agar negara kita dapat berkembang
menjadi negara moden dimata dunia justeru kualiti masyarakat dapat ditingkatkan oleh sebab
taknologi yang kian meruncing akhir-akhir ini.

Sorotan dengan ini tamatlah pidato saya dengan salam penuh kasih. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai