Anda di halaman 1dari 3

Tunai atau tanpa tunai

Rakyat Malaysia mempunyai pilihan sama ada menggunakan transaksi tunai


atau tanpa tunai dalam rutin harian mereka termasuk untuk menikmati
hidangan.
Rakyat Malaysia mempunyai pilihan sama ada menggunakan transaksi tunai
atau tanpa tunai dalam rutin harian mereka termasuk untuk menikmati
hidangan.
Transaksi tanpa tunai - adakah ini menimbulkan kekecohan? Kenapa
perubahan kepada transaksi tanpa tunai adalah baik untuk negara kita.
Mengapa ia lebih efisien dan kos efektif?
Pesoalan lain yang timbul adakah Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk
menjadi masyarakat tanpa tunai berikutan tabiat rakyat di negara ini yang
masih suka dan lebih memilih untuk berbelanja menggunakan wang tunai dan
membuat pembayaran.
Tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa anjakan perubahan kepada
transaksi ‘tanpa tunai’ sebenarnya adalah baik untuk negara kita, apatah lagi
dengan hasrat untuk membangunkan Malaysia sebagai negara berstatus
pendapatan tinggi.
Adalah lebih efisien dan lebih kos efektif kerana kita tidak perlu lagi membawa
wang tunai atau pergi ke bank untuk menyimpan atau mengeluarkan wang.
Semua transaksi kini sudah boleh dibuat secara atas talian atau maya.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Manfaat utama sistem pembayaran secara digital ialah individu mempunyai
kebebasan untuk membuat transaksi pada bila-bila masa dalam sehari dan dari
sebarang lokasi.
Manfaat lain ialah ketka melancong di luar negara. Bayangkan dalam situasi di
mana anda berada di luar negara dan semua wang tunai anda baharu saja
dirompak serta semua barangan peribadi lain.
Anda terkandas tanpa sebarang wang. Apa perlu anda buat? Sudah tentu,
perkara pertama ialah pergi ke balai polis berdekatan dan membuat laporan
kejadian kecurian.
Berikutnya, jika ada pemegang kad debit atau kad kredit, anda perlu membuat
panggilan ke bank dan memberitahu mereka supaya membuat tindakan yang
perlu. Dan, kebanyakan syarikat kad kredit akan menyediakan anda kad baharu
dengan serta merta.
Oleh itu, boleh diperkatakan bahawa tanpa tunai ternyata memberikan banyak
faedah dan lebih memudahkan. Sudah tentu, wujud risiko sekiranya berbelanja
lebih daripada apa yang anda miliki.
Risiko lain ialah risiko kecurian identiti, perangkap e-mel, penipuan atas talian
dan penggodaman akaun, kesemua ini sudah pasti meningkat pada ketika kita
berkembang ke arah digitalisasi. Oleh yang demikian kita mestilah sentiasa
berhati-hati.
Menurut perangkaan Bank Negara, 833.9 juta transaksi dibuat menerusi
perbankan internet dari Januari ke November 2018, berbanding dengan 741.9
juta untuk keseluruhan 2017 dan 588.2 juta pada 2016.

Statistik menunjukkan penggunaan perbankan mudah alih juga meningkat


dalam tempoh 11 bulan pertama 2018, dengan mencatatkan 1.92 bilion
transaksi, berbanding dengan 1.05 bilion pada 2017 dan 526.6 juta pada 2016.
Jumlah pengeluaran wang tunai dari mesin juruwang automatik (ATM)
menurun kepada 718.3 juta dari Januari hingga November 2018 berbanding
763.9 juta bagi keseluruhan tahun 2017 dan 761.2 juta pada 2016.
Selain itu, kini sudah terdapat pusat pengajian tinggi yang menggunakan
transaksi tanpa tunai apabila membeli barangan di dalam kampus dengan
teknologi pembayaran mudah alih.
Pelajar boleh membayar hanya dengan mengimbas kod QR pada peranti
mudah alih apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan daripada
peniaga.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berdisiplin mengawal perbelanjaan
masing-masing terutama ketika transaksi tanpa tunai bagi memastikan
pengurusan kewangan mereka berjalan dengan lancar.
Kini, ada penyelesaian terhadap isu transaksi tanpa tunai. Pernah dengar
mengenai kad Merchantrade Money oleh Merchantrade Asia Sdn Bhd,
pengendali Perkhidmatan Kewangan Perniagaan terbesar di Malaysia.
Merchantrade Money ialah Kad Visa pra bayar pelbagai matawang yang
membolehkan pertukaran secara digital Ringgit Malaysia kepada pelbagai mata
wang lain.
Kad Merchantrade Money ini dengan saiz dompet RM10,000 dilancarkan pada
2018. Bermula dengan lima matawang, kini Merchantrade Money
menawarkan urus niaga dalam 20 mata wang antaranya dolar Amerika, dolar
Singapura, British Pound, dolar Australia, Rupiah Indonesia, Euro, Thai Baht,
Yen, Saudi Riyal, China Renminbi, dolar Hong Kong, Won Korea Selatan, Indian
Rupee yang kini menjadi tumpuan para pelancong.
Kad pelbagai matawang ini boleh digunakan di serata 46 juta kedai/peniaga
Visa di seluruh dunia di mana pengembara boleh mengeluarkan mata wang
asing di mana-mana mesin ATM automatik yang disokong oleh Visa dan
tertakluk kepada caj bank luar negara masing-masing.
Merchantrade Money menawarkan kemudahan pertukaran wang 24-jam
kepada pelanggan di serata dunia termasuk mereka yang sedang berada di luar
negara dan selain itu, perkhidmatan ini juga memperkenalkan gaya hidup baru
kepada pelanggan. Sekiranya kehabisan wang pengguna boleh menambah nilai
kad tersebut melalui pemindahan wang atas talian seperti Maybank2u, CIMB
Clicks, JomPay dan FPX.
Penggunaan kad itu mampu mengubah kelaziman mereka apabila bertukar
daripada konsep membawa wang tunai kepada konsep baru yang
menggunakan kaedah digital sepenuhnya.

Jadi tunai atau tanpa tunai.

Anda mungkin juga menyukai