Anda di halaman 1dari 3

10.

0 Cadangan untuk penambahbaikan Pendidikan Sains dan Teknologi di


Malaysia.

Pada zaman era kemodenan yang pesat kini, pendidikan sains telah didedahkan
kepada murid-murid seawal peringkat prasekolah agar kanak-kanak menjadi lebih
inovatif dan kreatif. Pada masa yang sama, guru-guru juga menghadapi pelbagai
cabaran dalam dunia pendidikan sains dan teknologi di Malaysia. Oleh itu, terdapat
beberapa cadangan untuk penambahbaikkan pendidikan Sains dan Teknologi di
Malaysia.

10.1 Menyemak semula hala tuju dan dasar pendidikan sains dan teknologi

Cadangan pertama penambahbaikkan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia


untuk meningkatkan minat murid terhadap sains dan teknikal adalah dengan
menyemak semula hala tuju dan dasar pendidikan sains dan teknologi. Ia dilakukan
dengan cara mendefinasikan semula dasar pendidikan sains dan teknikal serta
menyemak semula kurikulum sains. Menurut Phang (2010) yang menyatakan dalam
kajiannya bahawa pelajar menunjukkan mempunyai minat dan sikap positif terhadap
sains dan matematik tetapi masih lagi raguragu kemana hala tuju mereka dalam
bidang sains ini. Ini kerana kurikulum bagi matapelajaran Sains dianggap sukar untuk
dipelajari, pengaruh rakan sebaya dan ibu bapa yang tidak menyokng dalam dunia
sains menyebabkan mereka yang berminat dengan dunia sains tidak dapat
menyertainya.

Tambahan pula, terdapat anggapan yang menyatakan bahawa mereka yang menyertai
bidang sains mempunyai peluang yang kecil dalam bekerjaya. Justeru itu, tidak dapat
dinafikan bukanlah mudah untuk pelajar mendapat kelulusan bagi mata pelajaran
sains kerana ia merupakan salah satu matapelajaran yang amat sukar berbanding
matapelajaran yang lain. Melainkan bagi mereka yang benar-benar minat mendalami
dunia sains, amatlah mudah untuk mereka mendapat kelulusan dalam matapelajaran
tersebut. Oleh itu, dengan cara mendefinasikan semula dasar pendidikan sains dan
teknologi sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan minat murid terhadap
pendidikan sains dan teknologi.

10.2 Memantapkan lagi kemahiran melalui pendekatan pengajaran dan


pembelajaran, pentaksiran, prasarana dan latihan guru.
Selain daripada itu, cadangan kedua adalah dengan memantapkan lagi kemahiran
melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, prasarana dan latihan
guru atau staf. Perkara ini amat berkaitan dengan pernyataan Ayob (2012) yang
menyatakan bahawa punca kemerosotan penyertaan pelajar dalam pendidikan sains
dan teknologi adalah berpunca dari kalangan guru dan sekolah, silibus dan
peperiksaan. Hal ini kerana tenaga pengajar masih lagi menggunakan cara yang lama
dalam dunia pendidikan sains. Perkara ini perlulah diubah kerana harus menyedari
perubahan zaman iaitu perubahan gaya pembelajaran daripada pengajaran
berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Ketidaksepadanan antara
kurikulum dengan pelajar perlulah diubah. Tambahan pula, pelajar zaman sekarang
berada dalam zaman kemodenan. Oleh itu, mereka merupakan pelajar generasi dan
mempunyai idea-idea tersendiri hasil daripada mereka belajar melalui media Internet.
Mereka juga lebih berkemahiran dalam penggunaan alatan canggih.

Di samping itu, cadangan seterusnya untuk guru pendidikan sains adalah pihak
pentadiran haruslah menyediakan latihan kursus mengenai pengajaran sains bagi
menambahkan lagi pengetahun serta pengalaman kepada guru-guru. Hal ini dapat
dikaitkan dengan kajian dalam Najla Yuruk, 2011 yang menyatakan dalam kajiannya
jika guru memperoleh pengalaman mengajar sains dengan baik serta mengikuti
pelbagai program latihan yang disediakan, akan dapat memberi kesan yang positif
kepada keberkesanan diri guru tersebut. Tambahan pula menurut kajian Zurida Ismail
dan Hashimah Yunus, 2004 yang menyatakan bahawa guru-guru perlu memastikan
mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam mengajar subjek sains,
agar mereka lebih yakin untuk mengajar matapelajaran sains serta dapat
mendatangkan hasil keberhasilan sewaktu melakukan aktiviti semasa pengajaran dan
pembelajaran dalam dunia pendidikan sains.

10.3 Menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap

Cadangan untuk penambahbaikan pendidikan sains di Malaysia yang seterusnya


adalah pihak Kementerian Pelajaran Malaysian haruslah menyediakan kemudahan
infrastrukur yang lengkap kepada setiap sekolah. Kemudahan peralatan dan
perkakasan yang canggih akan memberi kesan kepada guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dapat dikaitkan dengan kajian yang telah
dilakukan (Angela dan Katrin, 2013) yang menyatakan kemudahan infrastruktur yang
lengkap tidak akan menjadi penghalang kepada kualiti pengajaran yang efektif dalam
subjek sains. Kemudahan infrastruktur dalam pendidikan sains juga amat diperlukan
kerana akan menjadikan guru lebih mahir dalam penggunaan teknlogi tersebut.
Menurut (Seraj Blacthford 2002) yang menyatakan guru masih mempunyai
pengetahuan dalam menyediakan keperluan mengajar tetapi guru masih lagi kurang
mahir dari segi kemahiran melaksanakan aktiviti pengajaran. Kemudahan
infrastruktur yang lengkap amat diperlukan kerana bersesuaian dengan pernyataan
(Zakiah, Azlina dan Yeo, 2011) yang menyatakan bahawa guru masih kurang
kemahiran mengendalikan alat bantuan mengajar serta pengurusan kawalan kelas
aktiviti sains dijalankan.

Rujukan

https://www.researchgate.net/publication/
260871374_Memacu_Pelan_Transformasi_Pendidikan_kearah_melahirkan_pelajar_c
emerlang_Sains_Teknologi_Kejuruteraan_dan_Matematik_STEM

Titik Rahayu, Syafrimen Syafril, Agus Pahrudin, Ibdal Satar, Kamisah Osman, Lilia
Halim & Nova Erlina Yaumas (2018). Mini Review. Solusi untuk Mempertingkatkan
Kualiti Guru dalam Pembelajaran STEM di Sekolah Menengah: Universiti
Kebangsaan Malaysia

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd
Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru
Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal Of Islamic And
Arabic Education 3(1): 59 – 74

Anda mungkin juga menyukai