Anda di halaman 1dari 12

lOMoARcPSD|19541315

Group 4-Laporan Pembentangan Materialisme

Philosophy and current issues (Universiti Teknologi MARA)

Studocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)
lOMoARcPSD|19541315

___________________________________________________________

CTU552 – FALSAFAH DAN ISU SEMASA

CS259 1A-GROUP 4

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

UiTM SHAH ALAM

MATERIALISME

PENSYARAH: USTAZAH FATIN ‘AQILAH BINTI HANAPIYAH

NAMA ID PELAJAR
DANISH HAIKAL BIN AMRAN 2020834646
AMIN SHAFIQ BIN SAHAROM 2020898194
DZUL ILHAM BIN DZULKIPLI 2020865754
MOHAMAD AL AMIN BIN JAINI 2020835024
HANIF NABIL BIN MOHD RASHID 2020819838
MUAZ SUFI HAMSYARI BIN AWASI 2020828074

NOVEMBER 2020

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

PENDAHULUAN

DEFINISI

Materialisme bermaksud kepercayaan yang meletakkan pemilikkan barang- barang material


atau kekayaan material melebihi apa-apa perkara yang lain seperti agama, kebijaksanaan, sosial
dan budaya. Ini sekaligus menunjukkan bahawa orang yang bersikap materialistik ini tidak
kisah akan perkara- perkara lain selain daripada harta dan kekayaan materialistik. (Kasser, The
high price of materialism, 2002). Mereka meyakini bahawa harta benda di atas dunia ini terlalu
penting bagi mereka sehinggakan mereka tidak boleh hidup tanpa harta yang banyak dan
mereka akan menjadi tertekan apabila harta yang dikumpulkan tidak dapat mencapaia
kehendak mereka. Kebanyakkan orang yang mempunyai fahaman materialstik ini akan
cenderung melakukan apa-apa perkara termasuk perkara yang negatif untuk mencapai
kehendak hati mereka dalam perkara materialisme ini. Mereka sanggup menggadai maruah
diri, keluarga dan negara. Hal ini banyak melibatkan rasuah dan sebagainya sebagai contoh.

SEJARAH PERKEMBANGAN MATERIALISME

Satu kajian yang dilakukan oleh Amerika Syarikat menunjukkan bahawa perubahan nilai di
negara tersebut selama 40 tahun menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang materialistik
meningkat dan bilangan pelajar yang berpemikiran sprirtual menurun. Ini hasil kajian daripada
250 000 mahasisawa pada tahun 1965-2005 di negara tersebut. Generasi muda lebih tertarik
kepada material berbanding dengan keperluan spiritual seperti keagamaan.Mereka merasakan
pencapaian harta dan kekayaan itu adalah perkara paling penting dalam hidup mereka melebihi
kepentingan ketenangan hidup, menjadi orang yang penting pada bidang yang dicebur,
membantu orang yang dalam kesusahan dan membangun keluarga (Dey, 2008). Hal ini dapat
dibuktikan apabila apabila kita lihat trend penggunaan telefon pintar dikalangan remaja, ramai
daripada mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli telefon pintar
terkemuka jenama iPhone kerana mereka merasakan telefon tersebut lebih penting untuk
menunjukkan status mereka di kalangan rakan-rakan. Mereka sanggup berlapar demi
memastikan telefon pintar yang dicita- citakan dapat kepada mereka. Perkara ini juga
menyaksikan bahawa ramai remaja yang sanggup ditipu oleh pembekal dari laman online

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

kerana terpedaya dengan harga murah. Mereka juga sanggup memakai telefon palsu asalkan
tampak bergaya di hadapan rakan-rakan mereka.

Oleh: Hanif Nabil

FAKTOR KEMUNCUNLAN MATERIALISME

Salah satu faktor kemunculan materialisme ialah disebabkan oleh keyakinan diri yang rendah.
Hal ini kerana menurut Park & John 2011), keyakinan diri yang rendah menyebabkan
seseorang cenderung untuk memperlihatkan sikap materialistik apabila mereka menggunakan
harta sebagai alat pengukur untuk mereka menunjukkan bahawa mereka mempunyai status
yang tinggi untuk mengubati kegelisahan diri.

Selain itu, materialisme juga berpunca daripada ibu bapa yang gagal memainkan peranan
mereka. Hal ini demikian nilai materialistik juga boleh diturunkan oleh ibu bapa kepada anak.
Ibu bapa yang fokus kepada mengumpul harta keduniaan tanpa menekankan hubungan antara
ahli keluarga mampu memberi tekanan kepada anak. Maka, anak tersebut akan berusaha
memenuhi kehendak materialistik ibu bapa dengan mengutamakan kebendaan (Chaplin &
John, 2010).

Dalam pada itu, faktor tekanan dari rakan-rakan juga turut menyebabkan sesorang bersikap
materialistik. Hal ini kerana selain ibu bapa, rakan juga mampu mempengaruhi sikap
seseorang. Seseorang yang mempunyai rakan yang bersikap materialistik akan merasa kurang
harga diri. Tambahan pula, jika rakan tersebut mempunyai harta yang banyak. Hal ini
menyebabkan seseorang tersebut ingin merasakan dirinya diterima rakan-rakan dan
menyebabkan keutamaan daripada menjaga hubungan antara rakan berubah kepada
menginginkan penerimaan sosial. Maka, seseorang tersebut mula untuk fokus kepada
mengumpulkan harta dengan matlamat yang salah. Hal ini jika berlarutan mampu memberi
tekanan yang berterusan (Chaplin & John, 2010).

Pengaruh media sosial juga menjadi punca kepada kemunculan materialisme. Media sosial
menjadi pengukur kepada kepopularan melalui bilangan suka. Hal ini menyebabkan seseorang
boleh tertekan dalam usaha untuk mendapatkan bilangan suka agar lebih dikenali ramai.
Tambahan pula, seseorang yang tidak menggunakan media sosial menunjukkan rasa harga diri
yang rendah kerana dianggap ketinggalan oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain.
Dalam pada masa yang sama lambakan iklan di media-media sosial mewujudkan situasi

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

gembar-gembur di mana masing-masing berusaha untuk mendapatkan barang yang diiklan


agar dianggap mengikut trend semasa (Neve & Trivedi, 2020).

Selain itu, tahap keagamaan seseorang yang rendah juga menjadi penyumbang kepada
kemunculan materialisme. Setiap agama melarang pengikutnya daripada mengejar harta
keduniaan yang berlebihan. Hal ini kerana ia bertentangan dengan prinsip yang diajar kerana
ia menggalakkan cemburu, kedekut dan tamak. Sikap materialistik ditentukan oleh tahap
keimanan seseorang terhadap mengamalkan ajaran agamanya. Malah, kajian juga
menunjukkan mereka yang tidak mempunyai pegangan agama lebih menunjukkan ciri-ciri
materialistik berbanding mereka yang mempunyai pegangan agama (Vincent & Othman,
2012).

Oleh: Amin Syafiq

CABARAN DAN ISU SEMASA MATERIALISME


Fenomena materialisme ini merupakan fenomena yang bukan sahaja berlaku pada kelompok
yang kecil, akan tetapi fenomena ini berlaku kepada seluruh dunia. Antara beberapa fenomena
yang terjadi ialah di Amerika Syarikat yang menunjukkan bagaimana perubahan nilai di negara
tersebut selama sekitar empat dekad terakhir. Sebuah penyelidikan telah dilakukan terhadap
hampir satu per empat juta mahasiswa baru dari tahun 1965 – 2005 dan mendapati bahawa nilai
materialistis makin meningkat sementara nilai spiritualistis makin menurun. Generasi muda
masa sekarang memandang bahawa sukses di dunia ini adalah penting dan semata-mata,
melampaui nilai penting seperti menjadi ahli di bidang yang digeluti, membantu orang lain
yang berada dalam kesusahan, dan membangunkan keluarga (Myers, 2010).

Memandang fenomena ini secara serius, yang menjadi isu di sini bukannya kerana fokuskan
dunia sahaja, tetapi ianya menjadi masalah apabila mengabaikan hal-hal yang lebih penting.
Dari sudut pandang pendidikan personaliti, generasi muda perlu diarahkan dalam memutuskan
tujuan hidupnya. Maka dari itu, kecondongan pada materialisme dapat kita nilai sebagai
masalah moral dan personaliti (Nucci et al., 2014).

Masalah-masalah yang berakar pada materialisme bukan sedikit dan menyentuh berbagai
bahagian kehidupan. Contohnya, kita sering mendengar berita tentang masalah korupsi yang
berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin dalam negara kita meskipun gaji sudah dibayar
dalam jumlah yang banyak. Wang dan harta benda memiliki nilai yang luar biasa kerana
memberikan pelbagai fungsi kepada pemiliknya. Dengan wang, pelbagai keperluan dapat
dipenuhi. Orang yang berharta atau berduit selalu mendapat tempat yang istimewa dalam

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

kalangan masyarakat dan setiap orang selalu inginkan dirinya berada di taraf social yang lebih
tinggi berbanding orang lain. Wang pun menjadi suatu parameter bagi mengukur kejayaan
seseorang itu dan dipandang sebagai kunci kebahagiaan dalam hidup

Secara tidak langsung, materialisme tidak lepas dari sistem sosial dan ekonomi yang tengah
berlangsung. Materialisme mempunyai perkaitan yang erat dengan konsumerisme (Dittmar,
2007), yang mana serupa dengan perilaku membeli barang-barang. Materialisme juga
berdampak buruk dengan menimbulkan persoalan ekonomi kerana seperti memaksa
peningkatan produksi barang-barang dan ianya juga membawa kepada eksploitasi sumber
daya. Materialisme juga ditandai oleh gaya hidup yang berlebih-lebihan sampai mewah.

Oleh: Danish

KESAN MATERIALISME
Materialisme banyak memberi kesan yang mendalam terhadap individu. Pelbagai kajian telah
membuktikan bahawa individu materialistik mengalami kesejahteraan berkurangan (Diener &
Seligman, 2004). Walaupun terdapat kajian menyeluruh mengenai akibat materialisme,
kebanyakannya telah dijalankan dalam konteks bukan kerja (Kasser, Vansteenkiste, & Deckop,
The ethical problems of a materialistic value , 2006). Walaupun pelbagai penjelasan teori telah
dilakukan untuk mengambil kira keputusan ini, rasional yang paling umum adalah bahawa
dalam usaha mereka memiliki bahan, individu materialistik jika dibandingkan kurang
memenuhi keperluan intrinsik yang positif sehingga menjejaskan kesejahteraan peribadi,
termasuk kecekapan, autonomi, dan keperluan yang berkaitan (Kashdan & Breen, 2007).

Tambahan pula, sifat materialisme memberi kesan terhadap kecekapan seseorang. Berkenaan
dengan kecekapan, individu yang lebih tinggi dalam nilai-nilai materialistik nampaknya lebih
prihatin dengan 'kesedaran diri awam', termasuk meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap
pendapat orang lain dan membuat perbandingan sosial (Schroeder & Dugal, 1995) .
Kebimbangan ini untuk penampilan seseorang kepada orang lain mengakibatkan kemungkinan
yang lebih tinggi bahawa individu akan membuat lebih negatif daripada perbandingan positif
(Kasser, The high price of materialism, 2002) dan seterusnya akan mempunyai harga diri yang
lebih rendah dan oleh itu gagal dalam memenuhi keperluan kecekapan (Kasser, Ryan,
Couchman, & Sheldon, 2004) .

Bukan itu sahaja, orang yang mengamalkan materialisme tidak dapat memuaskan keperluan
kendiri berbanding yang tidak mengamalkannya. Penjelasan yang menyeluruh dari perspektif
ini adalah bahawa disebabkan tekanan luar, materialis cenderung menghadapi kesukaran untuk

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

mewujudkan hubungan rapat dan mempercayai dengan orang lain. Individu materialistik
menyatakan kurang empati kepada orang lain, bertindak dengan lebih kompetitif, lebih
cenderung untuk melayan rakan-rakan dengan cara yang membantah, dan berasa lebih asing
daripada orang lain dalam masyarakat (Kasser, Ryan, Couchman, & Sheldon, 2004) .

Akhir sekali, materialisme membawa kepada usaha mencapai sesuatu objektif yang tidak
kondusif untuk kesejahteraan peribadi dalam kedua-dua konteks sama ada kerja dan bukan
kerja. Bagi materialis, kejayaan kewangan adalah aspirasi teras dan berpusat kepada struktur
nilai mereka (Grouzet, F. M. E., & Kasser, 2005). Kejayaan di tempat kerja sangat memainkan
peranan penting dalam pencapaian aspirasi ini kerana dalam kebanyakan organisasi kejayaan
membawa kepada gaji dan promosi yang lebih baik. Sementara itu, lebih banyak aspirasi
intrinsik seperti gabungan dan komuniti, yang boleh dipenuhi melalui kehidupan keluarga,
kurang berpusat kepada struktur nilai materialis (Grouzet, F. M. E., & Kasser, 2005).

Oleh: Muaz

Solusi Materialisme Dalam Kehidupan Manusia


Untuk mengurangi tingkat materialisme pada seseorang, para peneliti tersebut menyarankan
untuk mengurangi jumlah waktu yang dihabiskan di depan televisisyen. Namun, trend
menonton televisyen di mana-mana menunjukkan hanya sedikit yang mahu atau mampu
melakukan hal ini. Sebagai jalan alternatif, kata mereka, seseorang dapat memerangi
materialisme dengan menyadari apa yang mereka menonton dan efeknya, dan menahan
dorongan untuk berfantasi tentang gaya hidup makmur yang digambarkan di televisi. Dengan
kata lain, mengingatkan diri kita bahwa dunia pertelevisyen adalah penyelewengan.
Seterusnya, ini mungkin bukan cara yang menyenangkan untuk menonton televisyen karena
penonton cenderung memaksimalkan kenikmatan dengan berfantasi.

Cara untuk mengurangi tingkat materialisme dan memerangi materialisme tersebut di atas
ternyata kurang efektif, bahkan sulit untuk dilakukan. Namun lain halnya dengan Islam. Islam
telah menyediakan vaksin untuk mencegah dan cara yang mujarab untuk menyembuhkan
penyakit materialisme. Dalam Islam ada satu cara yang sangat efektif dan praktis untuk
mencegah dan mengubati materialisme, iaitu dengan cara mengingat mati.

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

Dari Abu Hurairah, dari Nabi saw, beliau berkata:

‫أَ ْكرثُِو ا رذ ْك ِر هَا رذرم اللَّذَّا رت‬

“Perbanyaklah mengingat hal yang akan memutuskan berbagai kenikmatan.” – yaitu maut.
(HR. Ashabus Sunan, dishahihkan Al-Albani dalam Al-Irwa’)
Salah satu efek positif dari mengingat mati adalah menyebabkan hati memiliki sikap qana’ah.
Barangsiapa banyak mengingat mati maka dia akan dimuliakan dengan tiga perkara: segera
bertaubat, hatinya qana’ah terhadap dunia, dan semangat beribadah. Sedangkan barangsiapa
yang melupakan mati, dia akan dibalas dengan tiga perkara: menunda-nunda taubat, hatinya
tidak qana’ah terhadap dunia, dan malas beribadah. Maka ingat-ingatlah kematian, sakaratul
maut, dan susah serta sakitnya, wahai orang yang tertipu dengan dunia!” (Abu Ali Ad-Daqqaq
rahimahullah). Menurut bahasa, qana’ah berarti merasa cukup. Sedangkan menurut istilah,
qana’ah berati merasa cukup dan menerima atas apa yang telah diberikan Allah swt, sehingga
mampu menjauhkan diri dari sikap tamak, dan sikap tidak puas yang berlebihan.

Selain itu, salah satu cara paling efektif menekan sifat materialistis adalah dengan mengajar
anak untuk bersedekah. Sesekali ajaklah anak berkunjung ke rumah orang tua, yayasan anak
yatim, atau sekadar pergi ke rumah tetangga yang kurang mampu. Biarkan ia melihat kenyataan
bahwa tidak semua orang berkehidupan yang senang dan mudah mendapatkan sesuatu
keinginannya. Kegiatan bersedekah diharapkan mampu membangunkan rasa empati diri pada
anak kita dan belajar untuk mengunakan duit dengan bijak. (Michele Borba, 2001),
menyarankan agar ibu bapa harus melatih anaknya dengan pengurusan kewangan melalui
bertabung. Kita boleh membeli tabung plastic atau dengan membuat sendiri mengunakan bekas
makanan sebagai langkah awal untuk mengajar anak kita menabung. Jikalau boleh, pilih lah
tabung yang kecil atau sederhana ukurannya ini kerana agar lebih cepat penuh. Ketika
menabung, maka anak kita mula belajar mengetahui nilai wang sebenar.

Kewujudan ibu bapa dan rakan-rakan menyokong supaya dapat meningkatkan harga diri
(Chaplin & John, 2010).Ibu bapa dan rakan-rakan adalah agen sosialisasi yang menyebarkan
sikap, matlamat, dan motif penggunaan untuk remaja.Sekiranya ibu bapa dan rakan adalah
sumbernyasokongan emosi dan kesejahteraan psikologi, maka ibu bapa dan rakan akan
mendorong harga diri remaja sehingga dia tidak melakukannya beralih kepada barang material
untuk membina persepsi diri yang positif. Harga diri positif / tinggi (Lan Nguyen Chaplin,
2007). Kecenderungan terhadap materialisme meningkat dari kecil hingga kecil awal remaja,

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

tetapi kemudian merosot menjadi remaja remaja lewat. Pemboleh ubah yang menjadi
perantaraannya adalah harga diri. Materialisme semakin merosot hampir dewasa kerana masa
individu mula mempunyai konsep kendiri lebih realistik dan mempunyai lebih banyak cara
berkesan (tidak bergantung pada bahan) untuk meningkatkan harga diri.

Oleh: Dzul Ilham

KESIMPULAN
Menurut (Kasser, The high price of materialism, 2002), kepercayaan meletakkan pemilikan
barangan atau kekayaan material melebihi perkara seperti agama,kebijaksaan,social dan
budaya merupakan definisi materialisme.Mereka yang mempunyai kepercayaan materialisme
ini cenderung untuk melakukan apa sahaja mahupun perkara negatif untuk mencapai kehendak
hati. (Neve & Trivedi, 2020)menjelaskan salah satu kompenen yang menyebabkan kemunculan
materialisme adalah pengaruh media sosial yang menjadikan pengukuran populariti seseorang
individu dipaksikan diatas bilangan suka (like) di sosial media.Hal ini menyebabkan individu
tersebut menghabiskan masa di media sosial mengejar populariti dunia.

Isu dan cabaran berkenaan kepercayaan materialisme yang menjadi bualan masyarakat ialah
apabila pemimpin negara sendiri yang lebih mementingkan wang daripada kesejahteraan
masyarakat.Kesan daripada ini,rakyat akan terikut dengan contoh yang diberikan oleh
pemimpin mereka sendiri yang akan membawa kepada kemerosotan kesejahteraan negara.

Bagi umat Islam,solusi kepada kepercayaan materialisme ini adalah mengingati bahawa mati
itu pasti.Apabila kita sedar semua harta yang dimiliki kita tidak kekal bahawa kita akan
cenderung untuk mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Oleh: Al Amin

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

Bibliography
Chaplin, L. N., & John, D. R. (2010). Interpersonal Influences on Adolescent Materialism: A New Look

at the Role of Parents and Peers. Journal of Consumer Psychology, 176-184.

Dey, A. &. (2008). Myers.

Diener, E., & Seligman, M. E. (2004). Beyond money: Toward an economy of well-being. Psychological

Science in the Public Interest, 1–31.

Dittmar.H. (2007). Consumer Culture,Identity and Well-Being.

Grouzet, F. M. E., F., & Kasser, T. (2005). The structure of goal contents across 15 cultures. Journal of

Personality and Social Psychology, 800–816.

Kashdan, T. B., & Breen, W. E. (2007). Materialism and diminished well-being: Experiential. Journal of

Social and Clinical Psychology, 521–539.

Kasser, T. (2002). The high price of materialism. (M. M. Cambridge, Interviewer)

Kasser, T., Ryan, R. M., Couchman, C. E., & Sheldon, K. M. (2004). Materialistic values: Their causes

and consequences. Psychology and consumer culture: The struggle for a good life in a

materialistic world, 11–28.

Kasser, T., Vansteenkiste, M., & Deckop, J. R. (2006). The ethical problems of a materialistic value .

Human resource management ethics, 283-306.

Lan Nguyen Chaplin, D. R. (2007). Growing up in a Material World: Age Differences in Materialism in

Children and Adolescents. Journal of Consumer Research.

Michele Borba, E. (2001). Building Moral Intellingence.

Myers, D. (2010). Psychology ninth Edition in Modules. Journal of Chemical Information and Modeling.

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

Neve, M., & Trivedi, R. (2020). Materialism and Media Usage: To Study The Role of Media in Increasing

Materialism Among Youth With Special Reference to Social Media Exposure. International

Journal of Advanced Science and Technology, 2431-2436.

Nucci, L. K. (2014). Handbook of Moral and Character Education.

Schroeder, J. E., & Dugal, S. S. (1995). Psychological correlates of the materialism construct. Journal of

Social Behavior and Personality, 243–253.

Vincent, B. E., & Othman, M. N. (2012). The Role of Religiosity in Family Communication and The

Development of Materialistic Values. African Journal of Business Management, 2412-2420.

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)


lOMoARcPSD|19541315

Downloaded by Aqil Namin (muhdaqil800@gmail.com)

Anda mungkin juga menyukai