Anda di halaman 1dari 2

KESAN HIJRAH NABI SAW KE MADINAH

Agama
Penubuhan Negara Islam: Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia
apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang
hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan
kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

Pertambahan Umat Islam: Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan
pekerjaan yang berkaitan dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut
keredaan Allah. Madinah dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat
penyebaran agama Islam. Pertumbuhan masyarakat Islam ini juga dapat mewujudkan sebuah
ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri
mereka.

Politik
Perubahan Dasar Politik: Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive
iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar
ini dilakukan setelah turunnya Surah al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan
dan bersabar.

Perubahan Kedudukan Nabi


 
Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda

menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah,

baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat

dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa bagindadi Mekah.


Sosioekonomi
Pembentukan Ummah: Semasa di Makkah masyarakat Jahiliah mengamalkan cara

hidup berkabilah sementara para peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah

menghapuskan nilai-nilai masyarakat Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni

berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan

tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidupberkabilah telah digantikan dengan

sistem sosial dalam bentuk Ummah.

Pembentukan Ekonomi: Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin


kukuh. Orang-orangMuhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah
merupakan kawasan yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk
perdagangan. Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat islam
telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam
menjadi lebih makmur dan stabil.

Anda mungkin juga menyukai