Anda di halaman 1dari 9

KETOKOHAN NABI

MUHAMMAD SAW

SEBAGAI PEMIMPIN
PEMIMPIN NEGARA

TEMPATAN
Ketokohan Nabi Muhammad SAW terserlah
apabila baginda berjaya merangka Piagam
Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di
dunia.Piagam ini merupakan contoh dalam sistem
pemerintahan dan perpaduan.

ANTARABANGSA
Baginda berjaya menghantar perwakilan dakwahnya
ke luar negara seperti ke Habsyah, Mesir
PEMIMPIN MASYARAKAT

Ketika di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi


Muhammad SAW menekankan aspek akhlak ,akidah
dan syariah.
Selepas berhijrah ke Madinah,Nabi Muhammad SAW
menekankan konsep syura atau perundingan, keadilan,
persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah.
Baginda menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.
Baginda juga berusaha menjadikan Islam sebagai satu
cara hidup dengan menerapkan nilai toleransi, hormat-
menghormati dan mengutamakan keadilan.
PEMBANGUNAN EKONOMI

PERDAGANGAN & HUBUNGAN LUAR


 Menggalakkan hubungan luar dengan semua negara.
 Kedudukan Madinah yang strategik iaitu laluan di antara
Yaman dan Syam menjadikan aktiviti pedagangan lebih
maju.Pedagang dari selatan turut menggunakan laluan ini.

PENGURUSAN TANAH
 Nabi Muhammad sendiri membangunkan ekonomi
dengan menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar
serta menebus semula tanah yang tergadai kepada kaum
Yahudi
SAMBUNGAN
PEMBANGUNAN EKONOMI

PERTANIAN
 Nabi Muhammad SAW menggalakkan masyarakat bekerja
keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian
berasaskan prinsip ekonomi Islam
PEMBANGUNAN PASAR SUQ AL-ANSAR
 Nabi Muhammad SAW mencadangkan agar Abdul
Rahman bin Auf (iaitu sahabat nabi yang terkaya dan
menyumbangkan kekayaannya untuk perkembangan
Islam) membangunkan sebuah tempat berjual beli bagi
membangunkan ekonomi umat Islam.
 Pasar Suq al-Ansar telah didirikan dan berjaya
membangunkan ekonomi umat Islam tanpa menyisihkan
pesaing mereka, iaitu orang Yahudi
PEMIMPIN TENTERA

Nabi Muhammad SAW pernah menjadi pemimpin


tentera yang berjaya berdasarkan konsep jihad. Satu unsur
yang sangat penting dalam jihad ialah kesungguhan dan
berdedikasi melaksanakan sesuatu usaha . Oleh itu, setiap
umat Islam digesa supaya berusaha bersungguh-sungguh
untuk menuntut ilmu , mempertahankan maruah diri dan
kesucian agama Islam.

Dalam Islam, peperangan tidak diizinkan melainkan


setelah orang Islam diancam, demi mempertahankan agama,
umat dan negara. Hal ini bagi menjaga kesucian agama dan
kesejahteraan manusia sejagat.
PEMIMPIN TENTERA

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengetuai siri


peperangan menentang musuh Islam, seperti Perang Badar,
Perang Uhud dan Perang Khandak. Ketika berperang,
baginda menunjukkan sifat kepimpinan dan akhlak yang
mulia. Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati dan
memusnahkan tumbuhan atau tanam-tanaman.

Nabi Muhammad SAW juga mendengar pandangan


orang lain dalam mengatur strategi peperangan.
PEMBUKAAN KOTA
MEKAH

Semasa Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berada


di Madinah dan ingin membuka semula kota Makkah, baginda
telah mengatur strategi yang berkesan dengan membahagi
pasukannya kepada beberapa pemimpin tentera.

Hasilnya kota Makkah berjaya


dikuasai oleh umat Islam. Makkah terus
berkembang maju dan menjadi kota suci
umat Islam sehingga kini

Pembukaan semula kota Makkah


KESIMPULANNYA

Keagungan Nabi Muhammad SAW sebagai


pemimpin negara dan masyarakat yang telah berjaya
membawa negara Islam Madinah mencapai kesejahteraan.

Piagam Madinah banyak memberi impak dalam


mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan
kehidupan yang aman antara kaum. Baginda bukan sahaja
menumpukan hal akidah, malahan hal ehwal kehidupan
duniawi.

Kita harus mencontohi akhlak mulia baginda dalam


menjalani kehidupan seharian. Kepimpinan baginda perlu
dijadikan teladan bagi memantapkan jadi diri.

Anda mungkin juga menyukai