Anda di halaman 1dari 42

JUJ 103: Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer

Bab 3: Teori Pembelajaran Kendiri


Kami Memimpin We Lead

KELAS WEBEX 3
28/11/2020
10.00 AM

DR. MOHD. ASYRAF MANSOR


asyrafman@usm.my
Ext: 3935 Kami Memimpin We Lead
PENGENALAN
Pelajar PPPJJ USM secara majori1nya ialah professional dan
memiliki kerjaya. 👮🧑💻🧕👩⚕
❤ Jadi, bagaimanakah proses pembelajaran pelajar di luar
webex dan kursus intensif?

Kami Memimpin We Lead


PEMBELAJARAN KENDIRI

• Pembelajaran: Aktiviti belajar yang dilakukan oleh


seseorang individu untuk mendapatkan
pengetahuan, memperolehi kemahiran atau
membina sikapnya di dalam sesuatu perkara.

• Kendiri: Singkatan kata 'kendali' dan 'sendiri’.

• Gabungan dua perkataan ini dalam 'pembelajaran


kendiri' bermakna aktiviti belajar yang dilakukan
sendiri oleh pelajar tanpa pertolongan langsung
daripada seorang guru.
Kami Memimpin We Lead
PEMBELAJARAN KENDIRI

• Paul (1990) dalam buku “Open Learning and Open


Management” menjelaskan konsep 'independent learner'
bukanlah suatu yang mutlak, cuma satu gambaran yang
menunjukkan pelajar lebih berdikari atau 'self sufficient'
pada akhir rancangan pengajian berbanding dengan
ketika mula-mula masuk.

• Melibatkan transformasi pada nilai-nilai peribadi, sikap


dan juga penguasaan kemahiran-kemahiran seperti
pengurusan masa, kemahiran belajar, mengenal pasti
masalah, pemikiran kritis dan kemahiran mencari dan
menggunakan bahan-bahan perpustakaan.

• Tait (1990) telah memberikan definisi belajar sebagai suatu


proses dalaman yang dikawal oleh pelajar yang
melibatkan keseluruhan dirinya.

Kami Memimpin We Lead


KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PELAJAR KENDIRI

Mengenal dan menilai diri.


INFOGRAPHIC
Merancang masa,
OPTION
sumber dan tugas-tugas.

Pencarian di perpustakaan
dan sumber rujukan.

Mendisiplinkan diri, membaca,


menulis, mendengar,
mengambil dan membuat nota.
Komunikasi berkesan dan
menguasai teknik
menghadapi peperiksaan.

Mengawal emosi.

Kami Memimpin We Lead


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KENDIRI

Kebaikan pengaruh
pelajar lain tidak dapat
dirasakan sebagaimana
dalam pembelajaran
Guru dan pelajar terpisah berkelompok.
secara fizikal.
Memerlukan motivasi yang
Komunikasi dilakukan tinggi kerana pemilihan “pace”
dengan pertolongan media. pembelajaran adalah inisiatif
sendiri.
Terpisah daripada pelajar- Pelajar melakukan aktiviti
pelajar lain. secara kendiri tanpa
dibantu oleh guru atau
pelajar lain secara
bersemuka.

Kami Memimpin We Lead


GANGGUAN PEMBELAJARAN KENDIRI

Gangguan kepada pembelajaran


Faktor fizikal dan psikologi yang mengganggu
pembelajaran, bukan yang menyekat
pembelajaran.

Kami Memimpin We Lead


GANGGUAN PEMBELAJARAN KENDIRI

• Konflik peribadi biasanya sukar dikawal oleh individu


yang terlibat kerana ia melihat banyak perasaan seperti
marah, kecewa dan dendam yang membuatkan fikiran
seseorang itu terganggu.

• Gangguan pembelajaran juga berlaku jika hubungan


anda dengan guru atau rakan tidak baik atau kerana guru
gagal berkomunikasi dengan baik dengan pelajar.

Kami Memimpin We Lead


GANGGUAN PEMBELAJARAN KENDIRI

o Faktor fizikal dan kontekstual cuma bertindak sebagai


gangguan sahaja bukan penghalang.

o Tanggungjawab yang banyak dan berat selalunya


menyempit ruang waktu untuk seseorang itu belajar
dan mengganggu ketenteraman jiwa dan ketenangan
fikiran.

o Misalnya, gangguan dan keadaan sekeliling yang


disebutkan di atas itu dapat meningkatkan halangan
peribadi, iaitu halangan yang timbul walaupun
seseorang pelajar itu bermotivasi dan berada dalam
keadaan yang kondusif kepada pembelajaran.

Kami Memimpin We Lead


HALANGAN PEMBELAJARAN KENDIRI

Terdapat banyak faktor yang menyekat atau menghalang


pembelajaran tetapi faktor-faktor peribadi adalah yang paling
utama.

Faktor-faktor peribadi ini boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu:

ü Masalah konseptual atau pre-existing knowledge.

ü Masalah yang berkaitan dengan emosi.

Kami Memimpin We Lead


HALANGAN PEMBELAJARAN KENDIRI

HALANGAN PERTAMA:
Masalah konseptual atau
pre-exis(ng knowledge.

Kami Memimpin We Lead


MEKANISME PENARIKAN

'Mekanisme penarikan' ini banyak, yang nyata sekali


ialah menarik diri secara fizikal di mana murid itu tidak
datang lagi ke kelas atau dalam sistem PJJ ini anda
menarik diri dari pengajian atau menghilangkan diri
begitu sahaja tanpa berita.

Kami Memimpin We Lead


MEKANISME PENARIKAN DIRI

MENGELAK-
PEMBATASAN PENGOTORISME
KENYATAAN

Mengelamun, kurang
Mengasingkan perha:an, merupakan
fahaman lama Murid akan tanda mekanisme
dengan fahaman membuat petikan- penarikan diri. Murid
baru dengan tidak petikan secara ini selalunya memberi
membiarkan idea- berlebih-lebih dan tumpuan kepada
idea ini berinteraksi menyanjung otoriti- perkara yang dapat
tetapi boleh merujuk otoriti tertentu menyokong fahaman
kepada idea-idea itu untuk menyokong dahulu dan Sdak
pada situasi yang fahamannya. mempedulikan apa
berbeza. yang bertentangan
dengan itu.

Kami Memimpin We Lead


TIADA PEMBELAJARAN

‘Tiada pembelajaran’ adalah suatu fenomena di mana


apabila ada pertentangan di antara bahan baru
dengan yang telah sedia difahami maka murid akan
menilai perkara baru itu dalam konteks fahaman
lama.

Kami Memimpin We Lead


PRASANGKA

Prasangka yang sedia ada adalah suatu kepercayaan


yang telah dipegang dengan kukuh, sering kali
berasaskan pengetahuan yang terhad, tetapi kita rasa
;dak perlu memeriksa dengan lebih teli;, barangkali
kerana kita takut kalau-kalau perkara yang dipegang
selama ini ;dak betul setelah diselidiki dan kita
terpaksa meninggalkan pegangan lama itu.

Untuk menerima sesuatu fahaman baru secara objek;f


dan adil kita perlu hilangkan prasangka lebih dulu, dan
sedia menerima yang baru jika yang baru itu lebih baik.

Kami Memimpin We Lead


PENGALAMAN LEPAS

q Penghalang pembelajaran yang ketiga, iaitu terikat dengan


kebiasaan atau amalan yang lepas sebagai suatu adat.

q Biasanya seseorang pelajar itu mempunyai corak atau cara


tradisional yang tersendiri dalam melakukan sesuatu atau
fahamannya tentang sesuatu.

q Mengikut Knowls (1990) pengalaman lepas juga


mempunyai kesan negatif.

q Semasa pengalaman kita bertambah, kita cenderung


mencetuskan tabiat mental, berpihak, dan tanggapan awal
yang mendorong kita menutup fikiran kepada idea-idea
baru, persepsi baru dan berfikir cara lain.

Kami Memimpin We Lead


HALANGAN PEMBELAJARAN KENDIRI

HALANGAN KEDUA:
Masalah yang berkaitan
dengan emosi.

Kami Memimpin We Lead


EMOSI/PERASAAN

q Halangan pembelajaran boleh juga disebabkan oleh emosi.

q Halangan pembelajaran yang disebabkan oleh emosi mungkin


timbul daripada takut kepada kegagalan, takut gagal dalam
kalangan kawan-kawan lain atau gurunya atau pada pandangan
dirinya sendiri yang menyebabkan seorang pelajar berasa malu
dan tertekan.

q Keduanya ia boleh disebabkan oleh keengganan menggunakan


teknik belajar.

q Mereka takut untuk berinteraksi dengan seseorang yang terlalu


serius, terlalu kritikal dan akademik dalam pendekatan, takut
kalau-kalau mereka dianggap sebagai bodoh.
Kami Memimpin We Lead
EMOSI/PERASAAN

q Mereka tidak bersedia untuk menghadapi permasalahan atau konsep,


imaginasi atau melakukan eksperimen atau mencuba sesuatu yang baru yang
agak berlainan.

q Perasaan seperti ini mungkin timbul dari pengalaman pembelajaran yang


lalu, di sekolah atau di rumah, yang tidak disenangi.

q Misalnya, seorang pelajar itu akan serahkan kerjanya apabila diminta oleh
guru, keadaan ini mungkin mengkondisikan dirinya sampai dewasa di mana
dia akan buat kerja atau belajar apabila disuruh atau diminta.

q Pembelajaran itu telah mengkondisikan diri pelajar sampai dewasa.

q Contoh yang baik barangkali, ada segelintir orang yang tak mahu cuba
teknologi dalam pencarian maklumat untuk tugasan walaupun ini menjamin
lebih cepat dan senang.

Kami Memimpin We Lead


EMOSI/PERASAAN

§ Halangan yang ke>ga adalah disebabkan oleh seseorang itu terlalu


memandang rendah tentang kebolehan dirinya.

§ Pelajar seper> ini gagal melihat sumber-sumber yang boleh membantu


dirinya sama ada pada dirinya sendiri atau di sekelilingnya; dia gagal menilai
keupayaan kedua-dua sumber terutama sekali dirinya sendiri.

§ Halangan seterusnya ialah apabila seseorang itu takut kepada keadaan yang
>ada kepas>an. Pelajar ini >dak suka pada risiko.

§ Oleh itu mereka >dak mahu menerokai apa yang mereka tak tahu.

§ Ketakutan ini membawa mereka kepada polarisasi yang lebih sehingga


kepada yang bertentangan; mereka melihat sesuatu dalam bentuk hitam dan
puBh; kebaikan atau kejahatan.

Kami Memimpin We Lead


Kami Memimpin We Lead
EMOSI/PERASAAN

Ø Perkara ini dapat diimbangi melalui beberapa teknik,


misalnya dengan cara meletakkan pendapat anda itu secara
sederhana dan membiarkan audience menilai idea itu, atau
dengan mengambil pendekatan lain, umpamanya, anda
akan tetap mengatakan perkara yang hak dengan ikhlas
walaupun tidak disenangi oleh orang-orang yang
mendengar kerana anda yakin perkara itu baik untuk
orang-orang itu dan anda sendiri.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego

Para pelajar terutamanya dalam kumpulan menggunakan


mekanisme ini untuk menjaga imej dirinya.

Selain itu, kita juga tidak terlepas daripada menggunakan


pertahanan ego bagi menjaga kesedaran kita tentang
keseimbangan psikologi, untuk mengelakkan tekanan mental,
mengekalkan sifat zahir kepada diri sendiri atau orang lain
apabila berhadapan dengan kekecewaan, perselisihan atau
kesedihan.

Terdapat 8 jenis tindak-tanduk pertahanan ego yang sering


dilakukan oleh para pelajar.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego

01 Fantasi

02 Kompensasi

03 Identifikasi

04 Projeksi

05 Rasionalisasi

06 Represi

07 Sublimasi

08 Displacement
Kami Memimpin We Lead
Mekanisme Pertahanan Ego 1: FANTASI

Fantasi
• Bukan setakat mengelamun malah cuba
lari dari kenyataan ke dalam satu khayalan
walaupun dirinya hadir dalam kumpulan.
• Dengan cara ini peserta mencari kepuasan
alternatif.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego 2: KOMPENSASI

Kompensasi
• Pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti
lain untuk mengisi kekurangan.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego 3: IDENTIFIKASI

Identifikasi
• Mengidentitikan dengan orang lain yang
lebih berjaya dan bersembunyi di sebalik
kebolehan orang lain sedangkan dia
sendiri tidak berusaha.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego 4: PROJEKSI

Projeksi
• Membuat projeksi kelemahan diri kepada
orang lain.
• Seringkali berlaku dalam bentuk kritikan
yang mana seseorang itu meletakkan
kesalahan diri sendiri pada orang lain.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego 5: RASIONALISASI

Rasionalisasi
• Memberikan alasan yang baik dan
spontan untuk memberi justifikasi kepada
perkara-perkara yang hendak dilakukan
dan percayai.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego 6: REPRESI

Represi
• Memilih dan meninggalkan secara selekFf
mengikut tahap keminatan dan kebosanan
berkaiatan dengan sesuatu idea atau isu.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego 7: SUBLIMASI

Sublimasi
• Suatu kelegaan di mana kekecewaan
disalurkan kepada aktiviti dalam
kumpulan. Ia dijalankan bagi memastikan
pelajar mengelak aktiviti bukan
kegemaran.

Kami Memimpin We Lead


Mekanisme Pertahanan Ego 8: DISPLACEMENT

Displacement
• Kekecewaan dipindahkan daripada objek
penyebab dan meletakkannya di atas
orang lain. Misalnya, seorang guru apabila
dimarah oleh pengetua, maka guru
terbabit melepaskan kemarahan kepada
pelajar atau isteri/suami di rumah.

Kami Memimpin We Lead


SOALAN 1

Pilih aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran kendiri.

i. Membaca
ii. Membuat nota
iii. Menghadiri kelas sidang video
iv. Menjalani kelas amali di makmal
v. Mengulangkaji

A. i, ii, iii dan v


B. ii dan iv
C. ii, iii dan v
D. i, ii dan v
E. iii, iv dan v

Kami Memimpin We Lead


SOALAN 2

Berikut ini merupakan mekanisme-mekanisme utama


dalam pertahanan ego, KECUALI

A. Fantasi
B. Projeksi
C. Kompensasi
D. Transformasi
E. Displacement

Kami Memimpin We Lead


SOALAN 3

Apakah yang contoh penarikan diri dalam aspek tindakan


“Pengotoritinisme”?

A. Mengelamun dan kurang memberi perhatian dalam


pembelajaran.
B. Mengasingkan fahaman lama dengan fahaman baru dengan
tidak membiarkan idea-idea ini berinteraksi.
C. Memberikan tumpuan kepada perkara yang menyokong
fahaman dahulu dan tidak mempedulikan yang bertentangan dengan
itu.
D. Membuat petikan secara berlebih-lebihan dan menyanjung
otoriti tertentu untuk menyokong fahamannya.
E. Bersaing secara tidak sihat bagi memastikan fahamannya
difahami secara menyeluruh.

Kami Memimpin We Lead


SOALAN 4

Faktor-faktor halangan peribadi dalam pembelajaran kendiri boleh dikelaskan


pada:

i. Masalah konseptual
ii. Masalah pre-exisBng knowledge
iii. Masalah emosi
iv. Masalah fizikal

A. i dan iv
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iii
D. i, ii dan iv
E. Semua di atas.

Kami Memimpin We Lead


SOALAN 5

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan luahan hati seorang pelajar Pendidikan Jarak Jauh semasa
kursus intensif. Hubungkaitkan impak perkara tersebut kepada pembelajaran kendiri
pelajar tersebut?

A. Pembelajaran mengalami gangguan disebabkan bunyi bising tersebut.


B. Pelajar tersebut tidak mengalami perubahan dalam pembelajaran.
C. Pembelajaran akan terhalang ekoran bunyi bising tersebut.
D. Pembelajaran menjadi lebih sistematik.
E. Pelajar tersebut akan mengalami mekanisme penarikan diri.
Kami Memimpin We Lead
SOALAN 6

Pilih pernyataan yang SALAH berkenaan faktor perasaan (emosi)


sebagai penyekat pembelajaran.

A. Perasaan takut akan lebih tinggi pada waktu peperiksaan.


B. Perasaan takut kerap timbul dalam latihan pergerakan
motor.
C. Perasaan ini timbul kerana mempunyai konsep diri yang
negatif.
D. Perasaan takut tahap yang rendah perlu untuk
keberterusan usaha.
E. Pelajar rasa takut kalau-kalau dirinya tidak boleh
menangani keperluan-keperluan pembelajaran yang dikenakan
dari luar.

Kami Memimpin We Lead


SOALAN 7

Kami Memimpin We Lead


SOALAN 8

Kami Memimpin We Lead


TERIMA KASIH

Kami Memimpin We Lead


Kami Memimpin We Lead

Anda mungkin juga menyukai