Anda di halaman 1dari 6

4.

0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan


menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu
kaedah dan teknik tertentu digunakan. Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi
merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek
kajian yang tertentu. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan
lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian tentang proses kajian. Metodologi kajian ini meliputi 3 metode kajian iaitu :

4.1 : Cara mendapatkan responden

Responden terdiri daripada sekumpulan populasi seperti sekumpulan pelajar,


agensi kerajaan, guru, dan lain-lain di sesuatu tempat. Dalam menjalankan kajian ini
pengkaji telah menggunakan persampelan tidak rawak bertujuan. Persampelan tidak
rawak bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang
mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan
pengetahuan dan tujuan khusus. Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenalpasti jenis-
jenis pilihan platfom pembelian dalam talian yang dipercayai oleh warga sekolah
SMK Pending yang berumur 17 tahun ke atas, maka pengkaji hanya akan memilih
subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya ini sahaja. Selain itu, pengkaji
juga memilih dua orang warga sekolah SMK Pending yang ada dan telah
menggunakan pembelian dalam talian untuk menjadi informan kaedah temu bual.
Hanya golongan ini sahaja akan dipilih menjadi responden dan informan kajian
pengkaji.

Kepentingan persampelan adalah boleh memastikan kesimpulan yang dibuat


daripada sampel benar-benar mewakili pandangan atau persepsi sejumlah populasi.
Sampel yang diambil oleh pengkaji perlu mengikut kesesuaian, keperluan, dan
kemudahan. Dalam kajian ini, sampel untuk menjawab borang soal selidik adalah
terdiri daripada 30 orang warga SMK Pending yang pernah menggunakan platform
pembelian dalam talian. Selain itu, dua orang warga sekolah SMK Pending juga
dijadikan informan temu bual.
4.2: Cara mendapatkan maklumat

Terdapat dua cara pengkaji mendapatkan data dalam menjalankan kajian ini iaitu
Data Primer dan Data Sekunder. Data Primer dan Data Sekunder merupakan sumber-
sumber data informasi yang dikumpulkan untuk menjadi dasar kesimpulan dari
sebuah penelitian. Meskipun pada hakikatnya pengertian keduanya sama-sama
merupakan sumber data, namun berbeza cara memperolehnya.

4.2.1: Data Primer

Data primer adalah sumber data penelitian yang diperoleh secara langsung dari
sumber aslinya yang berupa wawancara, pendapat dari individu atau kelompok
(orang) mahupun hasil observasi dari suatu objek, kejadian atau hasil pengujian
(benda). Kelebihan dari data primer adalah data lebih mencerminkan kebenaran
berdasarkan dengan apa yang dilihat dan didengar langsung oleh peneliti sehingga
unsur-unsur kebohongan dari sumber yang fenomenal dapat dihindari. Kekurangan
dari data primer adalah menjadikan waktu yang relatif lama serta belanjaan yang
dikeluarkan relatif cukup besar.

Dalam menjalankan kajian ini, data primer diperoleh melalui banyak kaedah
seperti soal selidik dan temu bual. Borang soal selidik yang dibuat untuk
mengenalpast jenis-jenis pilihan platform pembelian dalam talian yang dipercayai
oleh warga sekolah SMK Pending dan faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan
terhadap penggunaan platform pembelian dalam talian dalam kalangan warga sekolah
SMK Pending. Selain itu, maklumat juga diperoleh melalui kaedah temu bual dengan
soalan-soalan temubual yang telah disediakan oleh pengkaji sebelum melaksanakan
kajian digunakan untuk mengenalpasti jenis-jenis pilihan platform pembelian dalam
talian yang dipercayai oleh warga sekolah SMK Pending dan faktor-faktor yang
mempengaruhi kepercayaan terhadap penggunaan platform pembelian dalam talian
dalam kalangan warga sekolah SMK Pending.

4.2.1.1: Soal Selidik dalam bentuk Google Form

Google Form merupakan satu alternatif yang disediakan oleh syarikat Google.Inc
untuk memudahkan pengguna Google dalam melakukan penyelidikan melalui cara
soal selidik. Google Forms merupakan salah satu aplikasi yang disertakan bersama
Google Drive dan merupakan borang maya yang membolehkan kita mendapatkan
maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden yang telah kita tetapkan.
Kita boleh membina borang soal selidik menggunakan Google Forms dan
disebarluaskan menggunakan peranti dan gajet terkini. Pengguna kita boleh
memasukkan maklumat yang dikehendaki dan menghantar kepada kita dengan hanya
menggunakan peranti telefon pintar dan tablet. Kaedah ini membolehkan data-data
diperoleh secara terus daripada responden. Dalam kajian ini, Pengkaji telah
menggunakan borang soal selidik secara maya ini sebagai instrumen kajian.
Instrumen ini hanya memerlukan gajet untuk mengisi soal selidik tersebut. Selain itu,
data–data daripada responden juga boleh didapati dengan lebih cepat serta
menjimatkan masa serta perbelanjaan. Selepas penghasilan Google Form, pautan
(link) pada Form perlu dibina terlebih dahulu supaya mudah anda kongsikan pada
sebarang pelantar sebaran seperti media sosial Fecebook, Email, Whatsapp, Telegram
dan akan dihantar kepada warga sekolah SMK Pending yang pernah membeli secara
dalam talian untuk mendapatkan maklum balas mengenai jenis-jenis pilihan platform
pembelian dalam talian yang dipercayai oleh mereka dan faktor-faktor yang
mempengaruhi kepercayaan terhadap penggunaan platform pembelian dalam talian.
Soalan bersifat tertutup dan berstandard agar responden dapat memilih salah satu
jawapan yang disenaraikan. Soalan soal selidik disusun secara sistematik supaya
mudah difahami dan tidak mengelirukan responden. Soalan yang dikemukakan dalam
borang soal selidik ialah merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala likert 2
bagi Bahagian B dan skala likert 3 bagi Bahagian C seperti berikut:

Skala Point
Skala Point
Ya 1 Setuju 1

Tidak 2 Kurang setuju 2


Tidak Setuju 3
Skala likert 2 Skala likert 3

Soalan dalam Google Form terdiri daripada 3 bahagian iaitu:

Bahagian Persoalan Kajian Bilangan item

A Data demografi responden. 3


B Jenis-jenis apliksi platform pembelian dalam talian 7
yang digunakan oleh warga sekolah SMK Pending.

C Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan 6


terhadap pembelian dalam talian dalam kalangan
warga sekolah SMK Pending

4.2.1.2: Borang Temu Bual

Melalui kaedah temu bual, pengkaji akan menemu bual 3 orang warga sekolah
SMK Pending untuk mengetahui jenis-jenis pilihan platform pembelian atas talian
yang dipercayai oleh warga sekolah SMK Pending. Selain itu, temu bual juga
dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan terhadap
penggunaan platform pembelian dalam talian dalam kalangan warga sekolah SMK
Pending. Pengkaji telah menggunakan soalan tidak berstruktur dalam menjalankan
temu bual. Bukan itu sahaja, pengkaji juga telah mencatat semua perkara yang telah
dinyatakan oleh penemu bual. Setiap sesi temu bual mengambil masa lebih kurang 25
minit. Soalan yang dikemukakan dalam borang temu bual untuk temu bual adalah
seperti berikut :

Bil Soalan

1 Apakah jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang pernah anda guna
untuk membuat pembelian dalam talian?

2 Apakah jenis-jenis pilihan platform pembelian dalam talian yang anda tidak
pernah guna untuk membuat pembelian dalam talian?

3 Apakah sebab anda mempercayai sesebuah aplikasi pembelian dalam talian?

4.2.3: Data Sekunder

Pengertian Data sekunder adalah sumber data penelitian yang diperoleh melalui
media perantara atau secara tidak langsung. Pengumpulan data yang digunakan dalam
kajian ini adalah dengan merujuk kepada sumber kepustakaan, buku rujukan dan
bahan ilmiah yang lain, Kamus Dewan Bahasa, bahan bacaan penyelidikan, dan
kajian-kajian lepas penyelidik. Selain itu data sekunder juga diperoleh daripada
laman-laman web seperti laman web rasmi kerajaan, laman web rasmi Majlis
Perbandaran Kuching Selatan, hasil karya penulis, buku, suratkhabar atas talian dan
majalah . Selain itu, gambar-gambar dan peta-peta yang berkaitan dengan lokasi
kajian turut diperoleh daripada Google Maps dan gambar-gambar yang sedia ada di
Google image.

Dengan kata lain, peneliti membolehkan pengumpulan data dengan cara


berkunjung ke perpustakaan, pusat kajian, pusat arkib atau membaca banyak buku
yang berhubungan dengan penelitiannya. Kelebihan dari data sekunder adalah waktu
dan belanjaan yang dibolehkan untuk penelitian untuk mengklasifikasi permasalahan
dan mengevaluasi data, relatif lebih sedikit dibandingkan dengan pengumpulan data
primer. Kekurangan dari data sekunder adalah jika sumber data terjadi kesalahan atau
sudah tidak relevan dapat mempengaruhi hasil penelitian.

4.3: Memproses dan mempersembahkan data

Apabila semua data primer daripada Google Form yang diedarkan kepada
responden telah dikumpul oleh pengkaji, data dan maklumat dalam Google Form akan
dianalisi secara automatik oleh Google Form kerana ia mempunyai pangkalan data
yang tersendiri untuk menguruskan data. Namun, pengkaji hanya akan memilih data
dianalisi dalam bentuk kekerapan dan peratus sahaja.

Data yang diperoleh dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka, tahap
analisis dicapai. Skor tinggi dalam bentuk kekerapan dan peratus menandakan bahawa
responden bersetuju dengan item yang dikemukakan. Huraian dalam bentuk pendapat
majoriti [ paling dominan/paling tinggi/ramai dan minoriti/paling sedikit/paling
kurang] responden akan digunakan bagi menganalisis data yang telah dikumpul.
Seterusnya, data-data tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta dan graf
bar. Pada masa yang sama, untuk mengukuhkan pandangan berhubung dengan isu
yang dikemukakan, hasil soalan temu bual yang dilakukan oleh penyelidik akan
memperkukuh pandangan responden berhubung dengan isu kepercayaan terhadap
penggunaan platform pembelian atas talian. Akhirnya pengkaji juga menggunakan
kaedah deskriptif untuk menganalisis data daripada soalan selidik dan penilaian ujian
untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
kekerapan dan peratusan dan ditukar dalam bentuk grafik seperti Jadual, graf bar dan
carta pai.

4.4: Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kaedah kajian ini adalah untuk mengkaji


persampelan ,reka bentuk kajian, instrumen kajian, cara analisis kajian dan prosedur
kajian yang berkaitan dengan borang soal selidik dan borang temu bual untuk
menjalankan kajian ini. Oleh sebab itu, pengkaji perlu membuat persediaan yang
secukupnya dalam mengkaji kajian ini dan mempunyai masa yang secukupnya untuk
menjalankan kajian ini agar kajian ini dapat dihasilkan dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai