Anda di halaman 1dari 12

PENILAIAN BERTERUSAN

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

OKTOBER 2022 - FEBRUARI 2023

TUGASAN 1

NAMA : EMMANUEL SOMINDING

NO. MATRIK : BC22110007

FAKULTI : AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF

KOD KURSUS : CT10103

TAJUK KURSUS : TEORI DAN METOD PENYELIDIKAN SENI

ARAHAN : SEMUA KOMPONEN DALAM PENILAIAN BERTERUSAN


INI PERLU DIJAWAB

1
Perkataan Falsafah berasal daripada dua perkataan dalam dalam bahasa Greek
Kuno "philosophia". "Philos" bermakna 'cinta' dan "sophia" bermakna
kebijaksanaan ,yang akhirnya membawa maksud 'cintakan kebijaksanaan'. Definisi
falsafah secara amnya merupakan pengkajian umu yang merujuk kepada asas mengenai
hakikat sesuatu realiti,kejadian atau kewujudan,ilmu pengetahuan,nilai,akal,minda dan
bahasa. Terdapat beberapa definisi falsafah secara spesifik. Pertamanya ialah, falsafah
adalah pemikiran secara sistematik,kritikal dan rasional tentang hakikat asas teori
kewujudan,justifikasi sesuatu kepercayaan,dan stika, falsafah moral atau teori nilai.
Selain itu, falsafah merupakan disiplin akademik yang menerangkan secara jelas tentang
kepentingan sesuatu kepercayaan. Seterusnya, falsafah adalah pengkajian masalah
asa,penting,abstrak dan secara umu.Masalah tersebut termasuk mengkaji hakikat
kewujudan,ilmu,moral dan tujuan kehidupan manusia. Selain daripada itu, falsafah juga
adalah bidang ilmu yang menyiasat kebenaran sesuatu konsep melalui penghujahan
rasional yang meneliti dari sudut andaian,implikasi dan perkaitanya. Ia dilakukan
menerusi pengkajian khas tentang sumber dan batasan ilmu,prinsip dan asa
penghakiman moral, hakikat dan struktur realiti dan hubungan di antara bahasa dan
realiti.
Penyelidikan Kuantitatif adalah kajian yang berkaitan dengan memperolehi dan
menganalisis data dengan cara yang boleh diterima dan depertimbangkan. Jenis kajian
ini memberikan penyelidik satu cara untuk menghasilkan statistik daripada data atau
maklumat yang dtelah dikumpulkan. Data kuantitatif diperoleh apabila pembolehubah
tertakluk kepada proses pengukuran . Pengukuran pembolehubah melibatkan pemberian
nilai berangka kepada setiap contoh pembolehubah yang diperhatikan dan ini
membawa, seterusnya, kepada dua jenis data. Data kategori yang juga disebut data
frekuensi menggunakan nombor untuk mengukur pembolehubah diskret dengan cara
yang paling mudah, dengan mengira pemerhatian dalam beberapa kategori minat. Oleh
itu, data ini terdiri daripada integer yang juga nombor bulat yang mewakili kejadian
berbeza yang diperhatikan. Lazimnya, ia diperoleh daripada pengukuran pembolehubah
diskret.Sebaliknya, Pengukuran data biasanya diperoleh daripada kejadian
pembolehubah berterusan. Setiap item data yang mungkin terdiri sama ada daripada
integer atau nilai perpuluhan dalam kes ini mewakili kedudukan pada skala ukuran yang
diandaikan sepadan dengan magnitud pembolehubah.

2
Terdapat banyak kaedah penyelidikan kuantitatif. Antaranya ialah, soal selidik. Persoalan
kajian atau objektif kajian haruslah boleh diukur secara mutlak tanpa kekaburan atau
elemen subjektif. Sebagai contoh, mengenal pasti kekerapan penggunaan
Facebook,Instagram atau Whatsapp dalam kalangan pelajar. Kekerapan ini boleh diukur
secara mutlak. Contohnya,kita bagi seseorang itu pilih berapa kali 1,2,3,4 atau 5 kali.
Lalu orang yang disoal itu akan memilih numbor yang lebih spesifik berapa kali mereka
telah menggunakan Facebook,Instagram atau Whatsapp dalam sehari,seminggu atau
sebulan. Jika orang itu memilih jawapannya 3 kali maka,3 kali ialah jawapannya. Ia
tidak seperti kajian kuantitatif yang memerlukan orang itu untuk mengagak.Ini adalah
persoalan yang lebih kepada kearah kuantitatif kerana persoalannya lebih tertujukan
kearah yang lebih spesifik dan juga mutlak. Persoalan kajian atau objek kajian juga
boleh mengandungi keperluan untuk menggunakan analisis statistik.
Contohnya,menentukan pertalian antara jantina dan kekerapan penggunaan Facebook.
Pertalian ataupun “relation/correlations’,perlu dikaji menggunakan analisis statistik
bukan sekadar penilaian kasar. Maka dengan itu persoalan harus dipilih dengan betul
jika kita hendak membuat kajian kuantitatif.Maklumat haruslah mutlak dan boleh diukur.
Selain daripada itu,Kaedah peneyelidikan kuantitatif menggunakan eskperimen. Uji kaji
merupaka bentuk penelitian dimana orang yang membuat eksperimen dengan segaja
memberi layanan kepada responden. Setelah itu dia akan mencatatkan reaksi subjek
dan kemudian melihat hubungan antara layanan yang diberikan dan reaksi yang muncul
daripada responden. Penyelidik kuantitati akan menjalankan eksperiment kepada
respoden yang ramai untuk mencatatkan data melalui majority.Setelah itu dia akan
membentangkan maklumat dalam bentuk graf atau jadual.Dan yang paling penting
adalh menggunakan angka atau nombor supaya penerima data lebih mudah untuk
memahami data tersebut.
Terdapat beberapa ciri-ciri penyelidikan kuantitatif. Antara ciri utama kajian kuantitatif
adalah,data berbentuk angka. Penyelidikan kuantitatif tertumpu kepada koleksi dan
analisis data berbentuk angka. Jenis data ini adalah sama seperti data diskrit iaitu data
dari hasi menghitung dan juga data kontinum iaitu data hasil daripada pengukuran.
Contohnya, kajian mengenai populasi rakyat Malaysia yang telah di jangkiti Covid19.Kita
dapat melihat berapa orang yang telah dijangkiti dalam sehari.Kita juga dapat melihat
berapa yang telah kehilangan nyawa akibat jangkitan Covid19. Itu adalah data yang

3
berbentuk angka yang dapat diukur dan dihitung dan kita dapat mengetahui jumlahnya
yang spesifik dan tidak seperti teragak-agak. Selian itu, ciri penyelidikan kuantitatif yang
utama ialah Analisis statistic. Statistik deskriptif merupakan aktiviti penghimpunanan dan
peringkasan data yang membuat data itu lebih bermakna,nudah dipahami dan mudah
dibac oleh pengguna data.Statistik deskriptif hanya menmberikan gambaran umu
tentang karekteristik objek yang diteliti. Cara pembentangan data statistic biasanya
dalam bentuk diagram atau jadual. Analisis statistic terdiri daripada nilai
mean,median,maksimum,minimum,dan standard deviation. Analisis statistic memiliki
tujuan untuk menggambarkan data berdasarkan hasil yang didapati dari jawapan
responden.
Terdapat banyak kepentingan penyelidikan kuantitatif. Penyelidakan amat penting dari
segi kehidupan seharian kita,pelajar,segi ekonomi,perniagaan. Tujuan penyelidikan
kuantitatif adalah untuk memperoleh pengetahuan dan pemahaman yang mendalam
tentang dunia social. Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif untuk memerhati dan
menganalisis situasi atau peristiwa yang mempengaruhi orang.Penyelidik kuantitatif
menghasilkan data dalam bentuk yang jelas seperti melalui statistic dan nombor. Dari
segi pelajar pula,Penyelidikan pendidikan selalu bergantung kepada motodologi
kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif dalam pendidikan menyediakan data yang yang
dalam bentuk nombor atau angka yang boleh membuktikan atau menyangkal sesuatu
teori,dan pentadbir boleh berkongsi keputusan berdasarkan nombor dengan sekolah dan
daerah lain dengan mudah. Seterusnya,dari segi kehidupan seharian kita. Data
kuantitatif ini adalh data yang boleh diukur dan dihitung,ia menggunakan nombor dan
statistic untuk memerhati atau menganalisis tingkah laku manusia dan
masyarakat.Selain itu,dari segi ekonomi.Menggunakan kaedah kuantitatif membantu
membuat penyelidikan yang lebih tepat dan cekap tentang isu ekonomi yang kompleks
serta saling bergantung. Tujuannya adalah,untuk membuat keputusan dan meramalkan
arah aliran masa depan aspek danproses ekonomi. Selain itu,dari segi perniagaan.
Penyelidikan kuantitatif memberi usahawan keupayaan untuk mengumpul data dengam
jumlah yang besar dengan cepat dan cekap.
Falsafah penyelidikan kuantitatif membawa maksud membuat pengkajian
sesuatu subjek yang memerlukan data yang spesifik dan mutlak.Mendapatkan data yang
lengkap dan tepat dan kuantitatif biasanya akan membentangkan data dalam bentuk

4
angka atau nombor supaya orang yang meneri data itu mudah untuk memahami dan
menerima data itu. Pada pendapat saya,falsafah boleh mempengaruhi seseorang
penyelidik kuantitatif.Falsafah ini adalah pemikiran secara kritikal dan rasional tentang
sesuatu kepercayaan atau cara gaya kehidupan manusia. Maka,bagi penyilidik kuantitatif
akan lebih cenderung untuk mengumpul data daripada banyak orang untuk
mendapatkan jawapan yang tepat dan mudah untuk difahami.Contohnya,penyelidik
ingin menyelidik tentang kehidupan atau cara-gaya masyarakat yang tertentu.
Penyelidik tersebut akan menyoal selidik orang sebanyak mana yang mampu mengikut
populasi untuk mengumpulkan data dan membentangkan data dalam bentuk angka atau
nombor supaya kelihatan lebih jelas,mudah difahami,padat dan lengkap.Semua ini
adalah demi untuk membuktikan suatu kepercayaan atau ingin mencari tahu cara-gaya
kekehidupan manusia di suatu tempat.Oleh itu,falsafah amatlah mempengaruhi seorang
penyelidik kuantitatif .
Contoh kajian kuantitatif Soal selidik. Saiz sample adalah elemen yang penting dalam
melaksankan penyelidikan ini. Saiz sample merujuk kepada berapa banyak orang yang
kita soal selidik. Dalam kaedah kajian kuantitatif,saiz sample haruslah sebanyak iaitu
mengikut pupulasi sesuatu tempat itu. Saiz sample juga merujuk kepada bilangan
responden yang akan menjawab instrument kajian kita. Saiz sample bergantung kepada
jumlah populasi . Contohnya,di UMS ada 15,000 orang pelajar,dan kajian anda hanya
melibatkan 50 orang pelajar,itu dianggap terlalu kecil. Dalam internet ada menunjukkan
cara untuk mengira berapa orang yang diperlukan untuk melengkapkan kajian tersebut.
http://www.raosoft.com/samplesize.html ini adalah link yang boleh dirujuk untuk
pengiraan jumlah orang yang diperlukan. Mengikut pengiraan yang digunakan dalam
link itu ,untuk populasi 15,000,anda hanya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 375
responden. Tetapi jumlah responden yang harus didapatkan tidak lah mutlak.Anda
hanya harus memastikan jumlah responden tidak terlalu sedikit dan jumlah yang
memadai. Persampelan ataupun proses memilih responden juga mempunyai kaedahnya
tersendiri.Kaedah persampelan merujuk kepada cara kita mendapatkan sampel atau
responden .Kajian kuantitatif adalah lebih kearah persampelan rawak atau persampelan
bertingkat. Kalau ‘Rawak’ ,contohnya dalam UMS ada 20,000 orang pelajar dan kita
ambil mana-mana 300 pelajar daripada pelbagai fakulti untuk disoal selidik.Penyelidik
akan mengumpulkan semua pelajar sehingga mendapat jumlah 300 orang pelajar. Jika

5
‘bertingkat’ pula, penyelidik akan ambil 30 orang pelajar daripada setiap fakulti yang ada
di UMS sehinggga mendapat jumlah orang yang cukup untuk melengkapi penyelidikan
tersebut.
Kajian Kualitatif pula merupakan satu kajian penyelidikan di mana pengkaji atau
penyelidik bergantung kepada pandangan responden. Penyelidik akan menanyakan
soalan yang luas dan umum dan dia akan mengumpulkan data dalam bentuk perkataan
atau teks yang didapati hasil temu bual dengan responden.Penyelidik akan menjelaskan
dan menganalisa perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk tema-tema serta
menjalankan persoalan dalam bentuk sebjektif.Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan
ini adalah kajian kes.Ini adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap sesuatu
kesatuan system,sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat
oleh tempat,waktu atau ikatan.Kajian kes dilakukan untuk mengumpul atau menyatukan
data ,mendapatkan makna dan mendapatkan pemahaman daripada satu kes.
Contoh penyelidikan kualitatif adalah, penyelidik yang ingin menyelidik satu kumpulan
etnik. Contohnya,etnik Dusun Tamparuli.Penyelidik tersebut haruslah betul-betul pergi
ke tempat yang dia hendak selidik itu ataupun harus berada di tempat kajian yang
sebenarnya. Penyelidik itu juga haruslah tinggal di tempat itu dalam masa yang
panjang.Sekurang-kurangnya beberapa bulan atau tahun.Dengan cara itu penyelidik
dapat mengumpul data secukupnya. Selain itu,contoh yang lain adalah, penyelidik yang
mengkaji pengalaman orang lain. Penyelidik akan mencari tahu bagaimanakah
seseorang itu memikirkan pengalamannya.Penyelidik juga akan mendapatkan maklumat
tentang bagaimanakan orang itu mengalami pengalamannya dalam keadaan sedar.
Contohnya,menyelidik tentang orang yang mempunyai pengalaman dirompak.Tentunya
semasa kejadian individu tersebut berasa sangat takut dan cemas.Itulah maklumat yang
diinginkan oleh penyelidik.Bagaimanakah orang itu mengalami pengalamannya dalam
keadaan sedar. Contoh soalan yang akan dikemukan adalah seperti, “Apakah perasaan
anda ketika itu?”, “Apakah tindakan yang anda lakukan semasa rompakan itu
berlaku?” , “Adakah perompak itu telah mencederakan kamu?”, “Apakah tindakan yang
anda lakukan setelah dirompak?” dan lain-lain. Setelah mendapat semua jawapan
daripada responden maka penyelidik akan mengumpul dan menganalisis data.
Terdapat banyak ciri-ciri penyelidikan kualitatif.Antaranya ialah instrument bergantung
kepada kuasa pemerhatian penyelidik bukan alat pengukur.Ini merujuk kepada

6
penyelidikan kualitatif melibatkan cara penyelidik itu sendiri untuk mendapatkan
maklumat.Dia tidak menggunakan apa-apa alat pengukur kerana maklumat yang
diperlukan adalah lebih kepada holistic dan semula jadi.Selain itu,ciri penyelidikan
kualitatif adalah penekanan kepada kualiti.Penyelidikan kualitatif tidak seperti
penyelidikan kuantitatif yang mememerlukan respondan yang sangat banyak untuk
mendapatkan maklumat.Seterusnya, responden atau sampel haruslah puposif dan
bukan secara rawak.Maksudnya,penyelidik akan mencari orang yang lebih
berpengetahuan atau berpengalaman supaya dapat maklumat yang lebih mendalam dan
lebih tepat.Tida seperti penyelidikan kuantitatif yang boleh mendaptkan responden
secara rawak.Selain itu,dapat membina teori asas atau dasar.Dengan maklumat yang
penyelidik dapat daripada orang yang berpengalaman,ia dapat mewujudkan satu teori
dasar yang kukuh dan boleh dirujuk sehingga ke masa hadapan.Selain daripada
itu,Rekabentuk penyelidikan dibuat mengikut kemajuan penyelidikan.Selain itu,asubjek
kajian haruslah membantu dalm interpretasi. Maksudnya jika ada perkataan yang sukar
difahami kerana ia adalah dalam bahasa mereka tersendiri.Orang yang di temubual
haruslah memberi kerjasama dengan menjelaskan dengan teliti dengan menggunakan
bahasa yang lebih mudah untuk difahami. Seterusnya iaitu menggunakan celikakal dan
untuitif.Maksudnya kebolehan untuk membuat andaian untuk mendapatkan sesuatu
data yang lebih mendalam.
Kepentingan penyelidikan kualitatif adalah dapat membantu pengkaji untuk menjalankan
analisis yang lebih mendalam.Kerana data kualitatif yang dikumpul tersebut adalha
berkaitan dengan orang yang ditemubual ataupun berkaitan dengan subjek.Selain
itu,penyelidik juga cenderung untuk menyiasat responden dan dapat mengumpulkan
data atau maklumat melalui pertanyaan atau soalan-soalan yang sesuai. Dengan ini
dapat memudahkan penyelidik untuk membuat kesimpulan diakhir kajiannya. Selain
itu,kepentingan penyelidikan kualitatif adalah,dapat membantu para penyelidik dalam
penyelidikan pasaran untuk memahami apa yang difikirkan oleh pelanggan mereka.
Dengan menggunakan data kualitatif boleh menggambarkan tentang sebab-sebab
mengapa pelanggan tersebut membeli produk mereka.Oleh itu,penyelidikan kualitatif
dapat membantu penyelidikan pasaran untuk membuat kesimpulan tentang data yang
telah dikumpulkan secar sistematik. Selain daripada itu kepentingan penyelidikan
kualitatif adalah dapat membantu penyelidik kaya dengan data.Disebabkan dengan data

7
yang dikumpulkan itu boleh dikgunakan untuk menjalankan penyelidikan pada masa
akan datang. Bukan itu sahaja,kaedah kualitatif juga adalah bebas untuk
mengumpulkan data kualitatif dengan mengajukan soalan terbuka dengan
respondentersebut juga bebas untuk menyatakan pendapat mereka.Oleh itu keadaan ini
boleh sangat membantu para penyelidik mengumpulkan data atau maklumat yang leboh
banyak.
Falsafah penyelidikan kualitatif ini lebih tertuju kepada Sosial
Konstruktivisme.Maksud falsafah penyelidikan kualitatif adalah seseorang individu atau
pun seseorang penyelidik yang ingin tahu atau ingin cuba memahami tempat di mana ia
hidup. Bukan sahaja di tempat sendiri malah ada penyelidik atau pun individu yang ingin
tahu atau cuba memahami tempat orang lain.Falsafah penyelidikan kualitatif juga
bermaksud mengembangkan makna subjektif berkenaan pengalaman
seseorang.Seorang penyelidik yang menyelidik seseorang yang berpengalaman dan
bertanyakan perbagai soa;an kepada responden itu dan penyelidik itu mengumpul data
daripada jawapan responden. Pengkaji juga mengenal pasti pandangan yang
kompleks.Maksudnya penyelidik akan meminta pandangan daripada subjek dan pengkaji
akan mengenalpasti pandangan-pandangan tersebut dan dikumpulkan menjadi sutu
data yang lengkap. Ia juga bergantung kepada pandangan peserta kajian berkenaan
situasi yang dikaji.Responden boleh memberi pandangan yang bebas.Selain itu,dapat
mentafsirkan fikiran orang lain berkenaan dunia ini.Setiap orang mempunyai pemikiran
yang berbeza.Maka tugas penyelidik yang ingin membuat penyelidikan adalah untuk
mentafsirkan apa yang mereka fikirkan tentang sesuatu perkara ini atau apa mereka
fikir tentang suatu tempat ini atau apa yang mereka rasakan jika berhadapan dengan
situasi ini dan lain-lain.
Pada pendapat saya falsafah ini sememangnya boleh mempengaruhi seorang penyelidik
kualitatif kerana perasaan atau sikap ingin tahu dalam diri penyelidik itu sangat
tinggi.Apabila penyelidik mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi contohnya dia
ingin memahami budaya atau etnik di suatu tempat ini. Penyelidik akan lebih cenderung
untuk bersosial dengan orang tempatan di situ. Bahkan penyelidik itu sanggup tinggal di
tempat yang dia hendak menyelidik itu selama berbulan-bulan bahkan ada yang sampai
bertahun hanya untuk memahami tempat itu.Dari segi pandangan responden pula
penyelidik kualitatif biasanya peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan.Manakala

8
responden pula biasanya adalah pembeli atau pun pelanggan-pelanggan.Peniaga akan
lebih cenderung untuk bersoal jawab dengan pelanggannya . Itu adalah cara penyelidik
kualitatif atau peniaga menyumpul data dan dapat mengetahui mengapa mereka
membeli produk mereka,dapat tahu apakah pengalaman yang dilalui selepas
menggunakan produk mereka,dapat mengetahu adakah produk itu sesuai untuknya dan
lain-lain.Ia juga bergantung kepada pandangan responden.Jika responden itu berkata
bahawa produk itu tidak sesuai baginya maka itulah data yang dimasukkan dalam
kumpulan data penyelidik itu.Responden bebas untuk mengemukakan pandangan
mereka tersendiri.
Terdapat banyak jenis penyelidikan kuantitatif dan metodologi yang di gunakan.
Contohnya, Etnografi.Kaedah yang digunakan adalah penyelidik harus tinggal di
kawasan kajian.Penyelididk akan mengumpul data sumber pertama dan data
pemerhatian.Cara peyelidik kualitatif mengumpulkan data ialah melalui temu bual
bersama dengan orang-orang yang ada di tempat yang diselidiki.Biasanya peyelidik akan
membuat temu bual dengan orang tempatan di sana ataupu orang yang memang sudah
lama tinggal di tempat itu.Selain itu,penyelidik mengumpul data menggunakan kaedah
pemerhatian.Contohnya,penyelidik memerhati budaya-budaya orang
tempatan,memerhati rutin harian masyarakat tempatan,memerhati cara masyarakat
tempatan berkomunikasi.Jika ada sebarang majlis contohnya perayaan,perkahwinan dan
lain-lain penyelidik juga akan mengikuti majlis tersebut untuk mengumpul data tentang
budaya mereka ketika ada majlis.BAhkan jika ada berlakunya pergaduhan diantara jiran
atau keluaraga di tempat itu.Penyelidik akan mencari tahu punca pergaduhan mereka
itu untuk dijadikan kumpulan maklumat. Setelah mendapat data yang cukup maka
penyelidik akan membuat laporan.Penyilidik akan membuat penggambaran data.Dia
juga akan menganalisis semua data yang deperoleh dalam masa yang panjang.Jikalau
adalah data yang sukar difahami,penyelidik harus meminta bantuan respoden untuk
mengintrepretasikan data itu supaya menjadi suatu data yang mudah dan boleh
difahami oleh semua orang. Selain itu,antara jenis penyelidikan kualitatif adalah
Phenomenology. Kaedah Phenomenology ini digunakan oleh penyelidik yang ingin
mengkaji pengalaman orang. Penyelidik mengkaji bagaimana seseorang itu atau individu
itu memikirkan pengalamannya.Penyelidik mengkaji bagaimanakah seseorang itu atau
individu itu mengalami pengalamannya dalam keadaan sedar. Antara kaedah yang

9
digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat adalah
dengan melalui pemerhatian. Contohnya penyelidik ingin menyelidik seorang yang
pernah mengalami tekanan jiwa.Penyelidik akan memerhati dahulu gerak-geri ataupun
perlakuan individu tersebut sama ada dia masih waras atau tidak. Memerhati sama ada
individu tersebut mampu bertindak dengan sewajarnya atau tidak.Memerhati sama ada
individu tersebut betul-betul sihat atau tidak. Semua pemerhatian ini penyelidik dapat
mengumpul data-data yang penting dan bermakna. Selain itu,penyelidik juga
menggunakan kaedah interviewing di mana penyelidik akan menanyakan soalan kepada
subjek ataupun responden. Contohnya,seperti penyelidik yang ingin menyelidik orang
yang pernah mengalami tekanan jiwa. Penyelidik akan mengemukakan soalan seperti
“Apakah perasaan anda ketika mengalami tekanan jiwa?”, “Bagaimanakah cara anda
menangani masalah tersebut?” , “Adakah anda telah menyakiti atau mencederakan diri
sendiri ketika menghadapi tekanan jiwa?” , “Apakah perasaan anda ketika anda semakin
beransur pulih daripada tekanan jiwa?” dan lain-lain. Selain daripada itu,kaedah yang
digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan data adalah daripada merujuk “Diaries”
atau penulisan yang ditulis oleh orang yang pernah mengalami tekanan jiwa. Data boleh
didapati daripada penulisan itu jika subjek tersebut ada menulis tentang
pengalamannya. Data yang dikumpul oleh penyelidik adalah data-data yang utama dan
juga data yang boleh diperhatikan oleh penyelidik. Setelah penyelidik mendapat semua
data,maka penyelidik tersebut akan membuat laporan. Penyilidik akan membuat
penggambaran data.Dia juga akan menganalisis semua data yang deperoleh dalam
masa yang panjang.Jikalau adalah data yang sukar difahami,penyelidik harus meminta
bantuan respoden untuk mengintrepretasikan data itu supaya menjadi suatu data yang
mudah dan boleh difahami oleh semua orang.
Rumusan bagi topik ini adalah Falsafah ialah satu disiplin ilmiah mengusahakan
kebenaran umum dan asas melalui pengamatan dan penyelesaian masalah yang
berdasar dan umum tentang persoalan seperti keberadaan,pengetahuan,nilai,akal,fikiran
dan bahasa. Berfalsafah bermaksud memikir sesuatu dengan sangat mendalam. Ciri-ciri
berfikiran falsafah adalah Radikal yang bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak
pemikiran yang ketuntasan.Kedua,Sistematik iaitu berfikiran sistematik ialah berfikir
logik. Ketiga,Sejagat.Sejagat bermaksud umum.Corak emikiran ini tidak terbatas pada
bahagian-bahagian tertentu,tetapi jawapan keseluruhan bagi sesuatu persoalan. Selain

10
itu,Penyelidikan Kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif adalah penyelidikan yang
menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan
dan analisis data Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian
dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik
terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau
mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.
Pembentangan data bagi penyelidikan kuantitatif ini biasanya menggunakan kaedah
nombor atau angka untuk memudahkan penerima data. Falsafah penyelidikan bagi
Kuantitatif adalah positivsme.Kaedah pengumpulan data bagi penyelidikan kuantitatif
adalah berdasarkan contoh dan soalan soal selidik.Motodologi bagi penyelidikan
kuantitatif adalah berdasarkan contoh dan survey atau soal selidik. Penyelidikan
kuantitatif juga memerlukan orang atau responden yang banyak supaya dapat
melengkapkan penyelidikan tersebut. Seterusnya poin yang utama adalah Penyelidikan
Kualitatif. Penyelidik kualitatif adalah prosedur pendidikan yang menghasilkan gambaran
data yang boleh diamati. Data daripada penyelidakan kualitatif tidak dapat diukur oleh
alat pengukur saintifik kerana data boleh didapati melalui pemerhatian penyelidik itu
sendiri. Penyelidikan kualitatif ini biasanya hanya menumpukan kepada subjek yang
berpengalaman dan tidak seacara rawak seperti penyelidikan kuantitatif. Contoh
metodologi penyelidikan kualitatif adalah Etnografi yang menggunakan kaedah pengkaji
tinggal di kawasan kajian. Kedua ialah Phenomenology yang menggunakan kaedah
pemerhatian, interviewing dan merujuk kepada tulisan-tulisan lama ataupun “diaries”
subjek. Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif mempunya kaedah dan cara
yang agak berbeza namun keduanya digunakan oleh para penyelidik untuk
mendapatkan data dan membentangkan data itu kepada penerima data iaitu kita
semua.Maka Penyelidikan Kuantitatif dan juga Penyelidakan Kualitatif adalah sangat
penting bagi kita sekarang untuk memperoleh maklumat semasa dunia ini.

Rujukan:-
Apakah Penyelidikan Kuantitatif? https://ms.history-hub.com/apakah-penyelidikan-
kuantitatif (30/11/2022)

11
Chuah Kee Man [ Panduan Mudah Kaedah Kajian Kuantitatif] https://youtu.be/seVfXo-
DyJg (30/11/2022)

UITM [MEMAHAMI ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF DALAM PENELITIAN ILMIAH]


https://accounting.binus.ac.id/2021/08/10/__trashed-2/ (30/11/2022)

Mengapa penyelidikan kuantitatif penting https://ms.myubi.tv/1185-why-is-quantitative-


research-important (30/11/2022)

Apa itu Falsafah? https://tahutuai.com/apa-itu-falsafah/ (30/11/2022)

ABIE HADI & UMIE LEEILA [TUTORIAL ANALISIS DATA PENELITIAN EKSPERIMEN |
DUNIA ILMU] https://h2dy.wordpress.com/2009/02/23/tutorial-analisis-data-penelitian-
eksperimen/ (30/11/2022)

Apa itu kajian kualitatif? https://www.slideshare.net/rashidahawang3/apa-itu-kajian-


kualitatif (30/11/2022)

ANAS BIN SURAYANAS BIN SURAY [Penyelidikan kualitatif]


https://www.slideshare.net/sifatpgsr/penyelidikan-kualitatif (30/11/2022)

KELEBIHAN KAEDAH KUALITATIF DAN KAEDAH KUANTITATIF DALAM PENYELIDIKAN


https://wakelet.com/wake/DZJNuH6U4gJunnjSmKV5F (30/11/2022)

Wikipedia [Falsafah] https://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah (30/11/2022)

Prof Dr. Low Kok On,UMS [Nota 2 Kuantitatif,Nota 3 Kualitatif Dan Nota 4 Mixed
Methods] (30/11/2022)

12

Anda mungkin juga menyukai