Dua orang rasul( utusan) yang di hantar ke perkampungan Antaqiya itu adalah di kalangan
pengikut Nabi Isa AS. Penduduk kampong tersebut telah menolak ajakan dakwah mereka
berdua kepada mengtauhidkan Allah. Penduduk kampong tersebut telah menyakiti mereka
berdua. Kedua-dua utusan itu telah di sebat dan di penjarakan oleh penduduk di sana..
Maka datanglah pula utusan yang ketiga yang dikatakan bernama Sam`un . Ia menemui
pembesar-pembesar kampoung tersebut dan memujuk mereka agar membebaskan dua
orang rakannya yang di utuskan itu. Utusan yang ketiga ini memujuk dan memberikan
hadiah kepada pembesar-pembesar tersebut.
Setelah mereka keluar dari penjara, mereka bertiga mengubah pendekatan dakwah
kepada bentuk perubatan. Mereka dapat menyembuhkan beberapa penyakit pelik dan sulit
seperti sopak, kusta dan menghidupkan orang yang telah mati sehingga beberapa lama.
Salah seorang darinya yang telahpulih sakitnya ialah anak Habib An Najjar. Itulah yang
menyebabkan ia beriman kepada tiga utusan tersebut. Setelah itu, ia belajar dari tiga
utusan tersebut.
Setelah beberapa lama, penduduk kampung itu telah menyakiti utusan-utusan itu. Semua
yang beriman telah di lanyak perutnya sehingga terburai mati keluar segala isi perutnya.
Kisah mereka ini juga dikenali sebagai Habib An Najjar atau di sebut juga sebagai Kisah
Sohibu Yassin.
AYAT 13
HURAIAN
Satu pendekatan dakwah dan pendidikan yang mudah di fahami oleh semua lapisan
manusia ialah dengan jalan bercerita cerita-cerita yang benar. Melalui jalan cerita juga,
manusia dapat menghiburkan diri dan memahami pengajaran yang terdapat di dalamnya
dengan cara yang lebih indah,ringan dan menyeronokkan. Cerita juga dapat meringankan
ketegangan tekanan jiwa kepada pendakwah yang sentiasa di uji dengan tekanan-tekanan
hidup yang berat dari musuh-musuh Allah. Allah menjadikan pula orang-orang yang
memusuhi pendakwah-pendakwah lebih berkuasa dan berpengaruh.
Di sini Allah mengajakkan nabinya menceritakan satu kisah menyeru kaumnya satu kisah
penduduk suatu negeri zaman dahulu yang di namakan Antakiya, terletak di sham, yang
menolak kedatangan utusan-utusan rasul kepada mereka.
AYAT 14
TAFSIR
14. Allah SAW menceritakan bahawa ia telah mengutuskan dua orang rasul(utusan) kepada
penduduk di suatu perkampungan yang di nyatakan oleh ahli-ahli tafsir sebagai yang
terletak di Syam.menurut ahli tafsir lagi, dua orang utusan ini adalah di kalangan pengikut
Nabi Isa AS yang di sebut al hawariyyun. Nabi Isa telah menghantar mereka untuk
berdakwah di kampong tersebut.setelah seketika tidak beberapa lama berdakwah di
kampong tersebut dengan penuh gigih dan sabar, kedua-dua utusan itu telah di tangkap,di
sebat dan di penjarakan oleh penduduk tersebut. Maka nabi Isa menghantar pula utusan
yang ketiga yang dikatakan bernama Sam`un, Maka utusan ketiga ini mengambil
pendekatan yang lebih lembut. Ia dapat menemui pembesar kampong tersebut dan
memujuk mereka agar membebaskan dua utusan yang di seksa di dalam penjara itu.
Akhirnya kedua utusan itu di bebaskan. Maka mereka bertiga berbincang untuk menjadikan
bidang rawatan sebagai pendekatan dakwah yang baru. Setiap kali mereka berkhidmat
kepada masyarakat, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah pembawa utusan dari
nabi Isa .
AYAT 15
15. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah yang
Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka".
HURAIAN
Ayat ini menerangkan tentang mereka berdalih untuk menolak dakwah utusan-utusan
tersebut dengan menyama tarafkan utusan-utusan itu sebagai manusia yang sama seperti
mereka.
Sesuatu itu dikatakan pemikiran yang dangkal kerana hanyalah mengukur sesuatu
berdasarkan luaran, tidak memerhatikan wujudnya perbezaan yang berbagai-bagai yang
meskipun tersembunyi tetapi sebenarnya adalah mampu menghasilkan atau menimbulkan –
keistimewaan lantaran kelainan yang terdapat padanya.
Di samping itu, sifat sombong golongan ini yang berpunca dari cucukan syaitan bahawa
mereka adalah orang-orang yang hebat juga turut memainkan peranan kepada munculnya
sifat tidak meneliti sesuatu itu benar atau salah dan memukul rata semua perkara itu
sama. Itulah sebab penolakan mereka kepada dakwah.
Seseorang yang cerdik akan berfikir samakah manusia pilihan tuhan dengan mereka yang
bergelombang dengan dosa akibat mengejar keduniaan semata-mata. Tentulah ada
perbezaan yang jauh antara orang-orang mulia yang berada di dalam sempadan-sempadan
Tuhan dengan orang-orang yang bebas berada dalam kelemasan nafsu syahwat.
AYAT 16
HURAIAN
Jawapan yang di berikan oleh utusan-utusan tersebut yang menyerahkan urusan itu kepada
Allah, tidak memandai-mandai dan mereka-reka cerita adalah ukuran kejujuran mereka.
Tidak memutar belitkan cerita adalah sifat bersih suci yang sepatutnya menjadi ukuran
yang paling jelas antara ahli risalah dan ahli nafsu.
HURAIAN
Walaupun utusan-utusan itu tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati dan
keinginanan masyarakatnya, mereka tetap memberikan keterangan yang menunjukkan
mereka terus berusaha dan menjalankan tugas sekadar yang mampu, mereka tidak
memandai-mandai atau temberang kepada masyarakat tersebut.
Sikap berterus terang dan berpada-pada dengan kepandaian yang ada ini menjadi sifat
yang perlu menghiasi diri pendakwah dalam menyatakan kebenaran.
AYAT 18
HURAIAN
Allah SWt menceritakan kepada kita di sini sifat golongan yang menolak dakwah, mereka
bukan sahaja tidak mahu menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai kebenaran
ajakan utusan itu, malahan mereka lebih keras menolak utusan-utusan itu dalam bentuk
mempersenda-sendakan golongan yang menyeru: "Sesungguhnya kami bernasib malang dan
menjadi celaka kerana dakwah kamu yang menyekat kebebasan kami, maka kamu mestilah
berhenti dari menasihati kami. Kalau tidak , niscaya kami akan merajam kamu dan kamu
pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami".
Demikianlah sifat manusia terkutuk yang menolak kebenaran di sepanjang zaman, mereka
tidak boleh bersabar dan berfikir dengan waras bila berdepan dengan sesuatu nasihat yang
tidak menepati dengan selera mereka. Maklum sajalah , mereka ini adalah golongan yang
sentiasa di ampu-ampu, di puji-puji dan di lambung-lambung dengan belaian nafsu oleh
pengikut-pengikut mereka yang juga sombong dan keji. Lantaran itu mereka tidak pandai
lagi menimbang sesuatu itu benar atau salah berdasarkan akal yang sempurna.apa yang
mereka tahu ialah menggunakan apa-apa bentuk keganasan dan kekejaman yang ada di
tangan mereka sebagai jawapan kepada mana-mana sahaja manusia yang
menganggahinya.
Demikianlah berliku-liku sifatnya jalan dakwah yang akan di lalui oleh setiap pendakwah di
jalan Allah. Akan menerima ugutan dan ancaman berupa penderitaan yang pedih di dunia
ini.
Utusan-utusan ini cuba memperingatkan kembali mereka agar mereka dapat menggunakan
akal fikiran yang waras dan membezakan keadaan mereka sebelum tiba utusan tersebut
dan selepasnya. Tentulah dengan kedatangan utusan ini, sekiranya mereka mahu menjadi
celik berakal, mereka akan dapat melakukannya. Tetapi malangnya kerana sifat angkuh
dan sombong yang melampau-lampaulah, mereka melihat kebenaran itu menyekat
kebebasan mereka.
HURAIAN
Di katakan lelaki ini di kenali sebagai Habib al najjar atau Sohibu Yassin . ia tidak
mempunyai apa-apa pengaruh dalam masyarakatnya. Dia hanyalah seorang tukang kayu
yang sangat rendah kedudukannya dalam masyarakat tersebut tetapi ia telah beriman
kerana melihat kebenaran Utusan tersebut setelah anaknya sembuh di rawat oleh utusan-
utusan tersebut. Walaupun kedudukannya dalam masyarakat tersebut amat rendah, tetapi
cinta dan kasihnya kepada mereka amat tinggi kerana mereka itu semuanya adalah kaum
keluarganya. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Ia menyeru kaumnya” Hai kaumku,
ikutilah utusan-utusan itu".
1) Allah bersumpah dengan alquran dimana dengan alquran hati dan fizikal manusia hidup, Individu
jadi baik, Masyarakat jadi baik
Sebelum adanya alquran, masayarakat jahiliya hidup dalam keadaan yang jahil arak zina, bunuh bayi
dan sebagainya.
2) Al quran penuh dgn hikmah
-susunan Bahasanya , Allah tidak menjadikan alquran itu bengkang bengkok, quran lurus untuk
memberi peringatan azab Allah yang pedih
-memberi khabar gembira kepada orang yang beriman yang melakukan amal soleh iaitu ganjaran
syurga.
- apa sahaja peraturan yang ada dalam alquran adalah perkara yang mendatangkan kebaikan.
3) nabi diutuskan oleh Allah, apa sahaja yang nabi cakap itu semuanya wahyu Allah, begitu juga
dengan rasul
4) islam itu luas, satu dunia, semua jenis bangsa boleh memeluknya dan sesuai untuk memeluknya
Islam itu rata, jika kita susah, Allah mudahkan seperti jika sakit, boleh solat sambal baring, jika
musaffir boleh solat jamak
5) quran diturunkan oleh Allah yang bersifat perkasa yang mampu mencipta apa saja yang tak
mampu dicipta oleh hambanya. Manusia boleh cipta sebesar kapal terbang tapi manusia tkleh cipta
sekecil nyamuk. Allah tidak berhajat pada ciptaannya tapi semua makhluk berhajat pada ciptaanya.
6) fungsialquran yang paling besar adalah quran diturunkan supaya manusia beri peringatan kepada
orang lain dgn alquran.
Wajib untuk kita Sebelum beri peringatan kepada org, wajib faham satu persatu dahulu apa yang
ada dalam alquran
7) telah pasti azab Allah dan ketapan Allah kepada kebanyakan mereka yang tidak beriman.
8) orang disiksa