Anda di halaman 1dari 2

TARIKH AKTIVITI REMARK TINDAKAN

LAPORAN AKTIVITI HARIAN/ LOGBOOK

23/08/202 PEMANTAUAN KE LSF PAYA SEPAYANG 1. Melawat kawasan tanaman padi di Paya Sepayang
2 bersama Ketua Unit Operasi Ladang En Nor Zaidi
Bin Zainul dan juga peserta SMART SBB.
2. Berjumpa dan berbincang bersama peserta SMART
SBB tentang masalah-masalah yang dihadapi pada
musim ini.
3. Antara masalah-masalah yang terdapat di kawasan
ini adalah :
 Masalah penyalahgunaan benih padi.Ada
setengah petani yang menggunakan benih
padi yang tidak disyorkan dari pihak
BERNAS contohnya benih padi Aerob.
 Mereka menggunakan benih padi tanpa
mengetahui cara-cara penggunaan yang
betul.
 Masalah kawalan perosak dan penyakit
juga banyak di kawasan ini seperti
kesing,bena perang,reput perang seludang.
 Rumput juga menjadi satu masalah bagi
petani di kawasan ini.Hampir setiap blok
mempunyai masalah pertumbuhan rumput
yang banyak.
 Masalah padi angin juga terdapat di
setengah plot petani.
 7.2 hektar menggunakan varieti padi Aerob
di kawasan Blok D.
4. Kebersihan di kawasan ini juga tidak
memuaskan.Para petani terlalu mengambil mudah
tentang penjagaan kebersihan setiap blok.
24/8/2022 PEMANTAUAN KE BLOK A PAYA SEPAYANG 1. Melawat ke plot tanaman yang disyakki terkena
serangan penyakit bakteria.
2. Pemantauan dihadiri bersama team task force
Bahagian Biosekuriti Tanaman Jabatan Pertanian
Kuantan,Pahang.Turut dihadiri Ketua Unit Operasi
Ladang BERNAS En Nor Zaidi Bin Zainul dan juga
peserta SMART SBB.
3. Tujuan pemantauan adalah utuk mengambil
sampel padi yang terkena serangan untuk dibawa
ke makmal atas tujuan pengesahan yang tepat.
4. Ketua Bahagian Biosekuriti Tanaman En Helmi
Faizal juga sempat memberi penerangan tentang
penyakit bakteria ini dan juga tentang cara
pengawalan bakteria kepada peserta supaya
peserta lebih memahami teknik untuk musim
tanaman akan datang.
5. Petani juga diberi penerangan tentang penggunaan
racun semburan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai