Anda di halaman 1dari 10

Akademika 91(1), 2021: 109-118

https://doi.org/10.17576/akad-2021-9101-09

Tabarruj dan Fesyen Pakaian Muslimah pada Zaman Kini


Tabarruj and Muslimah’s Clothing Fashion at this Present
Nozira Salleh

ABSTRAK

Pada zaman kini, fesyen pakaian wanita secara umumnya dan Muslimah secara khususnya sangat hebat melanda
masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, kemunculan para pereka fesyen yang menghidangkan pelbagai gaya, warna,
fesyen pakaian dan perhiasan yang tentunya memikat hati para wanita. Dalam fenomena ini, etika pakaian Islam
dan tabarruj tentunya diketepikan secara sengaja atau tidak sengaja oleh sebahagian Muslimah kerana keghairahan
mereka dalam mengejar fesyen ‘up-to-date’. Ini bermakna, aspek pakaian patuh Syariah dan isu tabarruj merupakan
perkara yang dianggap agak remeh dan kurang penting kepada masyarakat Islam. Walaupun demikian, seharusnya isu
ini tidak kekang daripada perbincangan umum kerana ia pada hakikatnya melibatkan hal ehwal Muslimah, yang mana
ia bukan sahaja meliputi aspek pakaian dan personaliti, tetapi ia juga merangkumi tingkah laku dan maruah para
wanita yang tentunya memberi kesan yang besar kepada nilai-nilai masyarakat. Oleh itu, artikel ini cuba menerokai
fenomena pakaian Muslimah yang terkini di Malaysia dan isu-isu tabarruj secara ilmiah dan kritis. Di samping
itu, etika pakaian yang disarankan dalam Islam juga diutarakan kepada para Muslimah. Kajian ini menggunakan
kaedah kajian kepustakaan sahaja dengan menganalisis buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain lagi. Hasil kajian
mendapati pakaian Muslimah pada zaman kini dilihat bukan lagi satu keperluan untuk menutup aurat semata-mata,
tetapi juga untuk berfesyen. Fesyen pakaian dan perhiasan Muslimah yang pelbagai gaya dan rekaan, kadang kala
mengheret mereka kepada ketidakpatuhan etika pakaian Syariat dan pada masa yang sama, mereka terjerumus ke
dalam budaya tabarruj.

Kata kunci: Tabarruj; pakaian; fesyen; Muslimah; perhiasan

ABSTRACT
Nowadays, the women’s fashion generally and Muslim women particularly struck impressively to community in Malaysia.
Additionally, the appearance of fashion designers serving a variety of styles, colors, fashion clothes and jewels that
attract of the women. In this phenomenon, ethics of Islamic clothing and tabarruj are deliberately or accidentally
marginalized by some Muslims because of their passion in pursuing ‘up-to-date’ fashion. This means that the aspects of
Shariah-compliant and tabarruj issues are considered to be quite trivial and less important to the Muslim community.
However, this issue should not be limited to the general discussion because it actually related to the Muslim affairs,
which not only focuses the aspects of clothing and personality, but also includes the behavior and dignity of women
which has a tremendous impact on community values. Therefore, this article attempts to explore the latest phenomenon
of Muslim women in Malaysia and tabarruj issues scientifically and critically. In addition, the ethics of Islamic clothing
is recommended to the Muslim women. This study uses literature study only by analyzing books, magazines and others.
The findings show that the clothing of Muslim women in modern times is no longer a requirement to cover aurat only,
but also more on fashion. The fashion and design of Muslimah clothes and jewelry, sometimes putting them to the non-
compliance of the Syariat’s dressing of ethics and at the same time, they fall into tabarruj way.

Keywords: Tabarruj; cloth; fashion; Muslimah; jewelry

PENDAHULUAN perhiasan dan solekan anggota badan sebagai asas


penampilan diri (Syafiza & Fadhlan 2015). Semua
Setiap wanita telah dikurniakan oleh Allah naluri kriteria tersebut menjadi salah satu penentu kepada
untuk sentiasa kelihatan cantik dan menawan dalam pemilihan pakaian mereka di samping faktor-faktor
setiap penampilan diri. Oleh sebab itu, wanita lain seperti jenama, tanggapan, tempat, pangkat dan
sentiasa sinonim dengan perkataan fesyen, gaya, lain-lain lagi. Justeru itu, ia tidaklah menghairankan
pakaian dan perhiasan atau terdapat juga kajian yang apabila perkembangan fesyen pakaian wanita
meletakkannya kepada tiga kriteria iaitu pakaian, sangat hebat di pasaran berbanding dengan lelaki.
Tabarruj dan Fesyen Pakaian Muslimah pada Zaman Kini 110

Perkembangan fesyen pakaian dan perhiasan wanita bermaksud, tabarruj adalah pertunjukan perhiasan
juga semakin cepat terutama apabila disokong oleh dan apa saja yang dengannya syahwat kaum lelaki
perkembangan pelbagai teknologi media sama ada tertarik (Ibn Manzur, 1990). Al-Qurtubi (t.th)
dalam bentuk percetakan mahupun elektronik, ianya menjelaskan bahawa makna tabarruj secara bahasa
secara langsung telah mempengaruhi pakaian dan adalah perbuatan menyingkap dan menampakkan
penampilan para wanita secara umumnya dan para diri sehingga terlihat pandangan mata. Contohnya,
Muslimah secara khususnya (Muhammad Abdul buruj musyayyadah (benteng tinggi yang kokoh),
Aziz 2009). Kepelbagaian fesyen ini telah memberi atau buruj sama’ (bintang langit). Kedua-dua contoh
ruang kepada para Muslimah untuk mencuba ini menunjukkan bahawa tiada penghalang apa pun
suatu pakaian yang baru, bermula daripada hijab yang menutupinya.
sehinggalah kepada sepatu. Sebenarnya, keberanian Kemudian, tabarruj menurut istilah pula ialah
Muslimah dalam percubaan pelbagai fesyen perbuatan seorang wanita yang memperlihatkan
ini adalah satu usaha mereka untuk memenuhi keindahan tubuhnya kepada lelaki yang
‘keperluan peredaran zaman’ yang mana mereka bukan mahramnya, yang mana syariat telah
percaya ia adalah satu bentuk pakaian yang ‘up to mewajibkannya untuk ditutupi. Selain itu,
date’ atau seiring dengan peredaran zaman dan juga Abir (2009) mendefinisikan berhias sebagai
memenuhi keinginan mereka untuk memenuhi ‘gaya mempercantikkan dan memperindahkan dengan
pakaian yang popular’ atau dipanggil juga berbusana memberi tambahan pada bentuk asalnya. Ibn Manzur
ala Hijabers yang stylish dan moden (Khairun Nisa (1990) mendefinisikannya sebagai perempuan
2017). Senario perkembangan dan tuntutan fesyen yang mendedahkan perhiasan dan kecantikkannya
seperti ini telah memunculkan pertunjukkan fesyen kepada lelaki yang ajnabi. Imam Bukhari (2002)
di Malaysia yang dikenali sebagai ‘Islamic Fashion mendefinisikan tabarruj sebagai satu perbuatan
Festival’ (Rashidah et al. 2016). yang memperlihatkan kecantikan atau keindahan
Rentetan daripada kepelbagaian perkembangan diri seorang wanita (Abir, 2009). Ia juga difahami
fesyen dan keghairahan para Muslimah memenuhi sebagai sikap wanita yang memperlihatkan
cara berpakaian yang popular dan terkini, maka perhiasannya, kecantikkan tubuh badannya kepada
terdapat di kalangan para Muslimah kini berfesyen orang lain sebagaimana yang dilakukan wanita pada
tanpa menjaga etika pemakaian cara Islam yang zaman jahiliyah sebelum Islam (Al-Sidqy 1994). Ia
betul dan adakalanya mereka berpakaian dan bertepatan dengan ayat ke 33, surah al-Ahzab yang
berhias keterlaluan atau juga berbusana yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendedahkan
berlebih-lebihan sehingga boleh disifatkannya diri seperti orang-orang jahiliah zaman dahulu…” Di
sebagai bertabarruj (Achyar et al. 2017). Sebagai samping itu, tabarruj adalah perbuatan berhias atau
contohnya, terdapat segelintir Muslimah yang berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang
memakai tudung tetapi berbaju ketat dan berseluar Muslimah sehingga menarik perhatian (Abdullah
ketat, atau memakai pakaian berkilau-kilau dan Jarullah 2005). Dalam erti kata lain, tabarruj juga
memakai perhiasan yang keterlaluan sehingga bererti membuka dan memperlihatkan bahagian-
menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Justeru, bahagian tubuh yang mengundang nafsu seperti
etika berpakaian dalam kalangan wanita terutama kedua lengan, betis, dada, leher dan wajah.
para Muslimah perlu ditekankan kerana segala Menurut al-Maududi (1984), terdapat tiga
bentuk dan cara berpakaian menurut Islam telah pengertian tabarruj iaitu, tindakan memperlihatkan
diterangkan dalam al-Quran dan Hadis secara jelas. kecantikan wajahnya dan tubuhnya dan ia
mengundang nafsu lelaki yang bukan mahramnya.
Kedua, wanita yang memperlihatkan keindahan
DEFINISI TABARRUJ pakaian dan perhiasan kepada bukan mahramnya.
Ketiga, memperlihatkan dirinya melalui cara
Tabarruj menurut bahasa, diambil daripada berjalan, bentuk badan dan kesombongan mereka.
perkataan bahasa Arab yang bermaksud berhias. Sayid Sabiq (1993) menyatakan bahawa tabarruj
Dalam Kamus al-Miftah (2008), tabarruj bermaksud ialah seseorang wanita itu keluar daripada
menghias diri. Kemudian, berhias menurut Kamus kesopanannya, menampakkan bahagian-bahagian
Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) bermaksud tubuh yang boleh menimbulkan fitnah atau dengan
berdandan diri dengan pakaian yang cantik. Dalam sengaja memperlihatkan perhiasan-perhiasan yang
Lisan al- ‘Arab, “at -tabarruju: Izhharuz zinati dipakainya untuk tatapan umum (Ayunni, Nor &
wa ma yustad’a bihi syahwatu ar-rijali”, yang
111 Akademika 91(1)

Mohd. Anuar 2018). Begitu juga al-Syaukani (2007) Umumnya, para Muslimah zaman kini adalah
mendefinisikan tabarruj sebagai perbuatan seorang antara wanita yang berani menggunakan pelbagai
wanita yang sengaja menampakkan sebahagian fesyen pakaian dan perhiasan yang berada di
daripada perhiasan dan kecantikkannya yang wajib pasaran. Pakaian bukan lagi dilihat sebagai sesuatu
ditutupinya kerana ia mampu mengundang nafsu yang menutup aurat semata-mata, tetapi ia juga
syahwat lelaki. Kemudian Abdul Karim Zaidan sebagai satu elemen fesyen yang melambangkan
(2012) menyatakan bahawa tabarruj atau berhias ‘up to date’ dan status diri. Sememangnya perlu
bermaksud wanita memperagakan perhiasan dan diakui bahawa fesyen pakaian wanita Muslimah
kecantikkannya untuk menarik perhatian kaum kini adalah sangat hebat sehingga wujudnya istilah
lelaki dan merangsang keinginan mereka. Berhias ‘industri fesyen wanita Muslimah’ dan ‘busana
untuk suami adalah dibolehkan dan tidak dikira Muslimah’. Ini kerana terdapat beribu-ribu jenis dan
sebagai tabarruj manakala berhias apabila keluar gaya tudung, kain, baju, seluar, skirt, baju kurung,
dari rumah bukan bertujuan untuk suami adalah jubah, kasut, barang kemas, beg dan lain-lain lagi di
tabarruj. pasaran. Tambahan lagi, setiap jenis tersebut ditandai
Berdasarkan semua takrifan tersebut, tabarruj dengan jenama yang pelbagai dan disasarkan
merujuk kepada cara atau perbuatan dalam kepada pelanggan yang berbeza seperti ada pakaian
berpakaian dan berhias yang keterlaluan sehingga untuk orang dewasa, remaja dan juga kanak-
menarik perhatian orang yang melihatnya. Dengan kanak. Hal ini secara tak langsung menyebabkan
kata lain, tabarruj adalah wanita yang memperagakan para Muslimah sama ada yang dewasa atau remaja
kecantikan seluruh badan, pakaian dan perhiasan menggunakan pakaian dan perhiasan dengan gaya
yang dipakai, berjalan dengan lenggang lenggok moden yang pelbagai seperti ada gaya hipster, gaya
yang mempesonakan di hadapan khalayak ramai ranggi, gaya mewah, dan lain-lain lagi. Justeru,
bagi menarik perhatian. tidak hairanlah terdapat pelbagai fesyen busana
Muslimah yang tampak ranggi, berwarna-warni,
up-to-date dan glamor di mana-mana sahaja. Ada
FENOMENA PAKAIAN MUSLIMAH yang memilih untuk memakai jubah dan bertudung
PADA ZAMAN KINI labuh, berjubah moden dan bertudung singkat atau
berselendang sahaja, berbaju kurung dan bertudung
Pakaian wanita zaman kini adalah pelbagai sama labuh, berbaju kurung dan bertudung singkat atau
ada daripada sudut fesyen, warna-warni, corak, berselendang, berseluar, berkemeja dan bertudung
jenis dan lain-lain lagi. Ia melanda bukan sahaja atau berselendang, berseluar jeans, berbaju labuh
kaum wanita yang berada di bandar tetapi juga di dan berselendang, berbaju kurung dengan sarat
kampung. Ini bermakna, semua wanita di Malaysia hiasan manik eksklusif serta bermacam-macam
ini secara khususnya sedang dihadapkan dengan lagi (Rashidah et al. 2016). Kepelbagaian gaya dan
satu fenomena fesyen pakaian yang sangat hebat pemakaian tersebut menunjukkan fesyen busana
berbanding pada zaman lalu. Keadaan ini berlaku Muslimah di Malaysia sememangnya memiliki
kerana wujudnya ‘gaya pakaian yang popular’, sambutan yang tersendiri demi memenuhi keinginan
yang mana ia telah dipromosikan dengan pelbagai mereka untuk ‘bergaya penuh ketrampilan’ (Siti
medium seperti televisyen, akhbar, majalah, laman Sarah & Mohd. Nawi 2018). Daripada sudut ilmu
sesawang dan lain-lain lagi. Di samping itu, kaedah psikologi, situasi sedemikian juga boleh disifatkan
pembelian pakaian dan perhiasan bukan lagi terhad sebagai salah satu kaedah wanita memperolehi
di alam fizikal (beli secara langsung di kedai) tetapi kesejahteraan emosi dan kepuasan hidup mereka
ia juga boleh dibeli di alam maya secara talian. (Siti Marziah, Nor Bay’ah & Nasrudin 2017).
Keadaan sebegini banyak digemari oleh masyarakat Kemudian, terdapat juga beberapa fesyen
Malaysia secara umumnya kerana bilangan wanita yang ditonjolkan oleh segelintir Muslimah yang
yang berkerjaya semakin meningkat dari tahun ghairah berfesyen atau boleh juga dikatakan mereka
ke tahun di Malaysia di mana mereka kekurangan menyalahgunakan kebebasan dan kepelbagaian
masa yang mencukupi untuk membeli secara fizikal. fesyen yang ada di pasaran sehingga menimbulkan
Justeru, mereka lebih gemar membeli secara maya beberapa trend dan gaya yang tersendiri dalam
kerana ia lebih cepat, pantas dan menjimatkan masa pemakaian mereka. Pertama, terdapat Muslimah
serta wang (Ade Nur Istiani 2015; Siti Marziah, Nor yang menutup kepala atau berhijab dengan elok,
Bay’ah & Nasrudin 2017). tetapi berbaju ketat dan berseluar ketat (legging)
Tabarruj dan Fesyen Pakaian Muslimah pada Zaman Kini 112

atau berkain nipis dan ketat. Kedua, terdapat juga memenuhi ciri-ciri yang telah digaris panduankan
Muslimah yang bertudung elok sehingga menutupi oleh syarak.
dada, tetapi memakai pula baju kurung atau jubah Ini bermakna, elemen warna yang terang,
yang ketat dan nipis sehingga menampakkan susuk bentuk pakaian yang jarang dan menampakkan
badan. Ketiga, ada segelintir Muslimah yang bentuk badan, fabrik yang melekat pada tubuh,
mengenakan hijab yang sangat pendek sehingga tujuan berpakaian untuk menarik perhatian serta
mendedahkan pada bahagian dadanya, atau memakai mendapat pujian, adalah antara perkara-perkara
hijab sehingga menampakkan sanggol yang besar yang seharusnya setiap Muslimah peka dan jauhi
dan tinggi di kepalanya. Keempat, terdapat juga dalam pemilihan pakaian dan perhiasan agar
Muslimah yang memakai make-up dan bergincu tidak terjerumus ke dalam budaya tabarruj dan
tebal serta berkilau yang tentunya menarik minat ketidakpatuhan kepada etika pemakaian Islam yang
orang lain melihatnya, walaupun dia memakai sebenar. Ia dapat difahami dengan baik apabila
pakaian yang elok dalam menutup auratnya. Syaikh Uwaidah (1996) menyifatkan tabarruj
Kelima, terdapat juga para Muslimah yang memakai sebagai salah satu lambang dan ciri-ciri kebodohan
perhiasan seperti gelang, cincin, brooch yang amat dan kemunduran yang tidak seharusnya dilakukan
berkilau dan agak banyak bilangannya sehingga oleh para Muslimah. Justeru itu, para Muslimah
menarik orang yang melihatnya. Keenam, ada hendaklah berhati-hati dalam berhias dan memilih
segelintir Muslimah yang menggunakan wangian pakaian agar tidak terjerumus ke lembah tabarruj
yang kuat baunya sehingga menusuk hidung mereka yang dilarang.
yang berada di sekelilingnya. Ketujuh, terdapat
Muslimah yang mengenakan baju dan perhiasan
yang mempunyai lambang yang tidak elok seperti FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
gambar salib, tengkorak, taring dan kuku binatang MUSLIMAH BERTABARRUJ
buas serta gambar-gambar yang mengerikan.
Fenomena fesyen pemakaian yang dibincangkan Pada zaman kini, pelbagai fesyen pakaian dan
ini adalah gambaran sebenar yang ditonjolkan perhiasan telah diperkenalkan dan direka bagi menarik
oleh para Muslimah di Malaysia. Namun minat para wanita untuk memilikinya. Kepelbagaian
persoalannya; adakah fesyen yang ditonjolkan fesyen tersebut sememangnya mendapat sambutan
oleh para Muslimah tersebut menepati tuntutan yang baik daripada para wanita khususnya, yang
syariat? Adakah mereka cuba mematuhi pemakaian mana mereka sentiasa inginkan kelainan dalam
patuh Syariat? Keragaman dan kepelbagaian berpakaian pada setiap masa. Hal ini juga berlaku
fesyen yang ditampilkan di pasaran kadang kala kepada Muslimah yang sentiasa inginkan fesyen
mengandungi unsur-unsur tabarruj yang keterlaluan dan gaya pakaian yang terkini, atau dengan kata
dan kemudiannya, menyimpang daripada etika lain, pakaian yang menutupi aurat tetapi masih lagi
pemakaian yang ditetapkan oleh Islam. Ni’mat Sidqi mengikuti peredaran zaman. Kecenderungan dan
(1983) mengatakan bahawa bersolek dan berhias keghairahan dalam mengejar tuntutan pakaian up-
wanita pada hari ini telah melebihi daripada maksud to-date, adakalanya menimbulkan cara pemakaian
tabarruj. Betapa banyak jubah dan baju kurung atau fesyen yang agak pelik daripada kelazimannya
moden yang terlalu ketat dan memperlihatkan seperti timbulnya fesyen Muslimah hipster, gipsi
bentuk dan bahagian-bahagian tubuh secara jelas. dan sebagainya lagi. Walaupun pemakaian tersebut
Ada juga yang mempunyai motif-motif yang melambangkan kemodenan, namun adakalanya ia
keterlaluan daripada segi hiasan yang bergemerlapan juga mendorong seseorang Muslimah bertabarruj
dan warna yang terlalu terang, ada juga yang terlalu dan tersasar daripada etika pemakaian yang telah
nipis dan jarang sehingga memperlihatkan apa yang digarispanduankan oleh Islam.
sepatutnya disembunyikan. Walaupun pakaian yang Wanita itu diciptakan Allah dengan kecantikkan
dipakai itu dinamakan jubah, baju kurung atau yang istimewa dan tersendiri. Kecantikan tersebut
tudung, selagimana ia tidak patuh kepada etika mampu menarik perhatian orang yang melihatnya,
pemakaian, maka ia tidak dibenarkan oleh Allah. khususnya para lelaki. Dalam hal ini, terdapat
Harus difahami bahawa bukan semua yang bernama sesetengah wanita yang suka menunjuk-nunjuk dan
jubah atau baju kurung atau tudung itu adalah patuh seterusnya mendapatkan pujian dengan kecantikkan
syariah, malah apa jua pakaian dan apa jua namanya yang mereka miliki. Oleh sebab itu, sesetengah
sama ada baju kurung, baju Punjabi, seluar panjang Muslimah cuba menonjolkan diri mereka dengan
dan sebagainya adalah harus dipakai sekiranya ia memperagakan pakaian dan perhiasan yang
113 Akademika 91(1)

pelbagai jenis dan warna bagi menampakkan lagi bahawa bilangan majalah yang berkaitan dengan
kecantikkan diri yang dimiliki, serta pada masa hijab semakin bertambah dari tahun ke tahun.
yang sama meraih sedikit pujian daripada apa yang Paparan-paparan pelbagai fesyen dan gaya pakaian
dipakai. Contohnya, ada Muslimah yang bermake- daripada pelbagai negara sama ada Amerika, Korea,
up tebal dan gincu yang berkilau serta mengenakan Jepun atau Perancis telah memberi kejutan budaya
pakaian yang berwarna terang dan menampakkan buat para Muslimah sehingga kadang-kala mereka
susuk badan bagi menonjolkan kecantikkannya dan terpana dan tersasar sehingga mengikuti budaya
pada masa yang sama, menarik perhatian orang fesyen yang bertentangan dengan Islam (Yuszaidy
lain yang melihatnya. Pemakaian sebegini sudah & Muammar 2015).
tentunya merupakan perbuatan yang salah di sisi Faktor-faktor tersebut dilihat sebagai pendorong
agama kerana ia mengandungi unsur tabarruj dan utama kepada sebahagian Muslimah untuk
terkeluar daripada syarat-syarat pemakaian dalam bertabarruj dan juga melanggar etika pemakaian
Islam. dalam Islam secara sengaja atau tidak sengaja.
Faktor seterusnya yang menyebabkan Fesyen yang keterlaluan, berdandan, bersolek
sesetengah Muslimah terdorong kepada tabarruj dan memperlihatkan perhiasan adalah perbuatan
adalah disebabkan kerana kejahilan dalam ilmu yang dilakukan oleh segelintir Muslimah dan ia
agama dan kurangnya pemahaman terhadap sebenarnya termasuk dalam perkara maksiat secara
pengertian asal pakaian Muslimah itu sendiri. terang-terangan dan sekaligus ia menyerupai wanita-
Memandangkan fesyen pakaian dan perhiasan wanita kafir serta boleh menimbulkan pelbagai
yang pelbagai di pasaran, adakalanya sesetengah fitnah.
Muslimah tidak menitikberatkan sangat tentang
hal ehwal aurat dalam pemilihan pakaiannya,
malah ada sebahagian wanita yang menganggap KESAN TABARRUJ KEPADA MUSLIMAH
bahawa menutup aurat itu adalah memakai tudung
atau menutup rambut sahaja. Oleh sebab itu, dapat Islam tidak pernah melarang para Muslimah untuk
dilihat situasi pemakaian yang pelik dan tidak patuh berfesyen, berpakaian cantik dan berhias kerana
syariah dalam masyarakat seperti ada segelintir Islam sendiri merupakan agama yang menekankan
Muslimah yang memakai baju t-shirt yang berlengan kebersihan dan kecantikan sama ada secara zahir atau
pendek dan sendat tetapi bertudung, ada pula yang batin. Namun, Islam menetapkan bahawa Muslimah
bertudung dan memakai baju yang elok tetapi yang ingin berhias perlulah menyesuaikannya
berseluar atau berskirt ketat atau pendek, ada juga dengan tempat dan keadaan yang diiizinkan oleh
yang memakai baju yang elok tetapi bertudung yang syarak sahaja. Dengan kata lain, mereka perlu
sangat pendek, ada yang bertudung tetapi memakai memilih pakaian yang memenuhi syarat menutup
kebaya yang terbelah kainnya, ada yang bertudung aurat dan tidak berlebih-lebihan sehingga timbul
tetapi amat longgar sehingga menampakkan jambul perasaan yang tidak baik dalam dirinya (Siti
dan hujung rambutnya dan lain-lain lagi. Situasi Sarah & Mohd. Nawi 2018). Oleh sebab itu, Islam
pemakaian ini berlaku di kalangan para Muslimah menghalang budaya tabarruj berlaku di kalangan
kerana kekurangan ilmu agama Islam yang cukup para Muslimah. Ini kerana, ia mengundang banyak
dan juga kurang penghayatan terhadap ilmu agama kesan negatif kepada masyarakat apabila para
yang telah diperolehi. Muslimah mengagungkan budaya ini.
Kemudian, faktor Revolusi Industri 4.0 iaitu Bersolek keterlaluan, mempamerkan kecantikan
revolusi terkini yang menyajikan perkembangan diri melalui pakaian yang pelbagai gaya dan rekaan
pesat teknologi maklumat dan komunikasi serta berhias secara berlebih-lebihan yang banyak
(ICT) yang canggih dengan perluasan pelbagai dilakukan oleh para Muslimah sekarang, tidak lain
medium penyebaran seperti televisyen dan radio dan tidak bukan ia hanyalah boleh dikategorikan
serta penggunaan internet dalam menyampaikan sebagai salah satu maksiat yang boleh menimbulkan
maklumat dengan cepat dan mudah (Ahmad & pelbagai fitnah. Contohnya, apabila melihat seseorang
Mohd. Nor Shahizan 2011; Siti & Naimah 2019). Muslimah itu memakai barang kemas yang banyak
Hal ini menyebabkan para Muslimah secara di tangan dan jari, kemudian disusuli pula dengan
khususnya mudah terpengaruh dengan ledakan loceng yang berbunyi di tangan atau kaki, lazimnya
informasi tersebut terutamanya berkaitan hal ehwal ia akan menarik perhatian sehingga akan ada suara-
haya hidup, termasuk juga fesyen pakaian terkini. suara sumbang yang mengatakan Muslimah tersebut
Tambahan lagi, Zulkifli dan Fatin (2013) menyatakan memakai barang kemas tiruan atau sebagainya.
Tabarruj dan Fesyen Pakaian Muslimah pada Zaman Kini 114

Dan keadaan sebegini, sememangnya Islam tidak kehidupan mereka, nescaya nilai-nilai tersebut
benarkan kerana ia juga akan turut mengundang akan lenyap. Ini bermakna, nilai-nilai Muslimah
banyak lagi kesan negatif lain seperti menimbulkan Melayu sejati yang selama ini dibanggakan akan
permusuhan atau pertelingkahan dan memutus luntur dengan sendirinya (Yuszaidy & Muammar
hubungan silaturrahim. Di samping itu, pemakaian 2015). Begitu juga Achyar et al. (2017) menyatakan
barangan kemas yang terlalu banyak seperti bahawa Muslimah yang menjaga kesopanan dalam
gelang, cincin dan rantai juga boleh mengancam setiap penampilan diri mereka, maka kejahatan
keselamatan sipemakai tersebut seperti kes bunuh, dan keburukan akan jauh daripada hidup mereka.
ragut dan rompak sebagaimana yang telah berlaku Justeru, Islam sememangnya menggalakkan para
di Pasir Puteh, Kelantan. Berdasarkan keratan Muslimah bersederhana dalam setiap penampilan
akhbar pada 27 September 2014, jam 2 petang, diri dan berpakaian agar dirinya dapat dibezakan
seorang peragut sanggup memotong tangan seorang daripada wanita bukan Islam, dan pada masa yang
wanita kerana ingin mendapatkan gelangnya. Ini sama dirinya sentiasa terpelihara daripada perkara-
bermakna bahawa perbuatan sedemikian telah perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan
mencarik tujuan berhias yang sepatutnya untuk agamanya (Rashidah et al. 2016; Dasima Sidek et
memperolehi kebaikan sahaja. Justeru itu, Islam al. 2018).
melarang sesuatu itu dilakukan secara berlebihan
agar tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini, malah
berhias itu seharusnya mencapai kebaikannya TABARRUJ YANG DIBENARKAN DAN
dalam membentuk kehidupan yang lebih harmoni ETIKA BERPAKAIAN DALAM ISLAM
(Muhammad Arif & Muhammad Haikal 2020)
Di samping itu, budaya tabarruj yang sering Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi
dilakukan oleh para Muslimah mengandungi Muhammad SAW. telah mengangkat martabat
semangat yang tidak baik kerana ia menjauhkan wanita dan mengubah corak, bentuk kehidupan
diri daripada roh Islam. Wanita tersebut dapat dan nilai para Muslimah melebihi wanita daripada
diumpamakan seperti tidak mempunyai rasa malu agama-agama lain. Oleh sebab itu, bentuk, gaya
lagi kepada Allah dan dengan demikian, dia juga dan corak pakaian turut dibezakan kerana bentuk
seolah-olah tidak takut padaNya. Kemudian, tabarruj zahir melambangkan apa yang ada di dalam hati dan
juga dapat membuka seluas-luasnya pintu riak, jiwa mereka. Antara perkara yang amat ditekankan
takabbur dan sombong kepada sipemakai tersebut. ialah para Muslimah tidak boleh menyerupai wanita
Hal ini disebabkan setiap Muslimah tersebut akan jahiliyyah daripada aspek bentuk pakaian, perhiasan
saling berebut untuk menunjuk perhiasan diri dan dan gaya berpakaian. Wanita Muslimah mempunyai
kecantikan diri masing-masing dengan pelbagai ciri-cirinya yang tersendiri termasuklah cara
gaya dan fesyen. Ianya berlaku secara langsung dan berpakaian (Ahmad Fauzi 2016) yang didasarkan
tidak langsung apabila merasai diri lebih cantik dan kepada fitrah kewanitaan dan penghayatan cara
anggung daripada orang lain (Muhammad Abdul hidup Islam sepenuhnya (Nur Hafilah, Asmak &
Aziz 2000). Ini bermakna, budaya tabarruj amat Nurul 2018), dan hal tersebut dikenali sebagai jati
membahayakan para Muslimah tidak kira sama ada diri Muslimah (Safitri 2016).
muda atau pun tua. Setiap wanita secara semulajadinya ingin
Oleh yang demikian, para Muslimah seharusnya sentiasa kelihatan cantik. Islam tidak pernah
berhati-hati dalam berpakaian dan berhias bagi menentang keinginan semulajadi ini, tetapi Islam
mengelakkan diri daripada terdedah kepada mengawal dan mengaturnya dengan baik agar
pelbagai maksiat, fitnah dan kehinaan, sebagaimana maruah para wanita terpelihara dengan baik. Allah
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa SWT berfirman;
yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan,
Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup auratmu
di akhirat nanti” (Riwayat Abu Daud). Tambahan dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian berupa
lagi, pada lazimnya para Muslimah juga dikenali takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah
sebagai wanita yang penuh suci, bermaruah, penuh daripada tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya
kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
hormat, rendah diri, sopan santun, ayu, lemah bersyukur).
lembut dan sederhana dalam setiap penampilan
(Surah al-Araf: 26)
(Afzalur Rahman 1994; Siti Sarah & Mohd. Nawi
2018). Sekiranya amalan tabarruj diamalkan dalam
115 Akademika 91(1)
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumahmu serta janganlah wanita dan membangun kemuliaannya untuk
kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang kesejahteraan masyarakat, Islam menggariskan
Jahiliyah pada zaman dahulu.
beberapa panduan yang perlu dipatuhi atas tujuan
(Surah al-Ahzab:33) untuk memelihara darjat seorang wanita.
Panduan yang pertama ialah, pakaian yang
dan janganlah mereka menampakkan perhiasan tubuh mereka,
kecuali yang (biasa) nampak dari padanya…
dipakai oleh para Muslimah itu mestilah menutup
aurat. Seorang Muslimah itu perlu menggunakan
(Surah al-Nur:31)
pakaian yang menutup auratnya apabila mereka
melangkah keluar daripada rumah iaitu menutup
Perkataan perhiasan dalam ayat di atas merujuk
seluruh tubuh badannya kecuali telapak tangan
kepada pakaian yang baik, perhiasan dan segala
dan wajahnya (Al-Sabuni, 2007). Pakaian yang
sesuatu yang diguna oleh wanita untuk berhias sama
mendedahkan aurat mampu menarik perhatian para
ada di kepala, wajah atau pun bahagian anggota
lelaki bukan mahram, mengundang pelbagai fitnah
yang lain. Menurut al-Qaradhawi (2007), apa yang
jika tidak menjaga kemuliaannya dan adakalanya
dimaksudkan perhiasan perempuan dalam ayat
boleh terjerumus kepada perkara maksiat. Ia
tersebut ialah apa sahaja yang dipakai sebagai hiasan
tergambar dalam hadis Nabi SAW sebagaimana
dan untuk mencantikkan tubuh, sama ada berbentuk
berikut;
ciptaan asal seperti wajah, rambut, potongan tubuh
ataupun buatan manusia seperti pakaian, perhiasan, Dalam riwayat Aisyah r.a, bahawasanya Asma binti
alat solek dan sebagainya lagi. Dengan kata lain, Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah SAW dengan
perhiasan tersebut merujuk kepada perhiasan yang pakaian yang tipis, lantas Rasulullah SAW berpaling
digunakan oleh wanita untuk berhias, selain dari asal darinya dan berkata; sesungguhnya jika seorang wanita
penciptaannya (tubuhnya). Contohnya perhiasan sudah mencapai usia haid (akil baligh) anggota badannya
telinga (anting-anting), perhiasan leher (kalung atau tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini, Baginda
rantai leher), perhiasan dada (belahan dadanya dan mengtisyaratkan ke mukanya dan kedua-dua tapak
perhiasan kaki (betis dan gelang kaki) (Fatimah tangannya.”
2013). (Hadis riwayat Abu Daud, no.4104).
Islam adalah agama yang mempunyai cara
hidup yang amat lengkap dan pastinya sempurna Panduan ini terangkum juga dalam pemakaian
dalam menyediakan panduan melengkapi setiap tudung yang mana para Muslimah perlu mematuhi
sudut kehidupan manusia termasuk juga cara syarat-syarat tertentu seperti ia mesti menutupi dada
berpakaian. Justeru, sudah tentu standard pakaian dan tidak memakainya dengan fesyen yang salah. Ia
yang diletakkan ini tidak membebankan, bahkan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Nur
amat bertepatan dengan fitrah, logik akal dan (24:31) yang mafhumnya “dan hendaklah mereka
keupayaan manusia. Oleh itu, Islam tidak pernah menutup belahan leher bajunya dengan tudung
menetapkan pakaian tertentu bagi para Muslimah, kepala mereka.”
asalkan pakaian tersebut menutup aurat dan tidak Panduan pakaian yang kedua buat setiap
menimbulkan sebarang fitnah, maka ia telah Muslimah ialah mereka perlu memakai pakaian
memadai. Antara hikmah disebalik tidak ada yang tidak nipis atau berpakaian tebal dan longgar.
pakaian khusus yang ditetapkan buat Muslimah Seorang Muslimah itu perlu memakai pakaian yang
ialah kerana Islam meraikan fitrah wanita yang tidak ketat dan tidak nipis ketika keluar daripada
suka akan kecantikan dan perhiasan, maka mereka rumahnya bagi mengelakkan mereka memaparkan
boleh menyalurkan idea kreatif dan inovasi bentuk tubuhnya dan warna kulitnya terhadap
mereka pada pakaian yang hendak dipakai, asalkan bukan mahramnya. Ia bertepatan dengan apa yang
mematuhi panduan pakaian yang telah ditetapkan terkandung dalam hadis Nabi SAW iaitu;
(Khairun Nisa 2017; Dasima Sidek et al. 2018).
“Ada dua golongan penghuni neraka yang belum aku lihat;
Walau bagaimanapun, Khairun Nisa (2017) juga
pertama orang yang membawa cemeti bagaikan ekor lembu
menyatakan dalam keilmuan Islam, pakaian dan yang mereka gunakan untuk memukul orang lain dan yang
tatacara berpakaian yang mengikut lunas-lunas kedua, para wanita yang berpakaian namun auratnya terlihat,
agama dinamakan hijab, dan Ahmad Fauzi (2016) yang memikat hati lelaki dan berjalan lenggang-lenggok,
menambah panggilan tersebut sebagai hijab syar’i. rambut mereka dibuat seperti punuk unta yang gila. Mereka
tidak dapat masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga,
Malah, pada lazimnya ia dikenali juga sebagai jilbab padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.”
(Safitri 2016). Bagi menjaga kemaslahatan seorang
(Hadis riwayat Imam Muslim,no.3971).
Tabarruj dan Fesyen Pakaian Muslimah pada Zaman Kini 116
Usamah bin Zaid pernah berkata: Rasulullah pernah memberiku Hal seperti ini telah ditetapkan dalam Islam sebagai
baju Quthbiyah yang tebal, merupakan baju yang dihadiahkan perbuatan yang haram kerana ia boleh mengundang
oleh Dihyah al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan
pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku: Mengapa kamu tidak
kearah penzinaan dan kerosakkan (Afzalur
mengenakan baju Quthbiyah? Aku menjawab: Aku pakaikan Rahman,1994; Siti Sarah & Mohd. Nawi, 2018). Ia
baju itu pada isteriku. Nabi lalu bersabda: “Perintahkan ia seiring dengan hadis Nabi SAW iaitu;
agar mengenakan baju dalam dibalik Quthbiyah itu kerana aku
khuatir baju itu masih boleh menggambarkan bentuk tulangnya. “Apabila wanita memakai wangian kemudian lalu di
(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi) hadapan suatu kaum supaya mereka dapat mencium
harumnya, maka ia dianggap berzina.”
Panduan ini bermakna bahawa pakaian yang (Hadis riwayat Abu Daud, no. 4173).
mematuhi Syariat; fabriknya adalah tebal, tidak
melekap pada badan, longgar dan menutup aurat Begitu juga dengan penggunaan ‘make-up’ yang
dengan sempurna, malah ia sangat praktikal untuk tebal dan berwarna-warni pada wajah, seharusnya ia
digunakan sebagai pakaian harian. Di Malaysia, dielakkan kerana ia termasuk dalam perkara yang
terdapat pakaian tradisi Melayu iaitu baju kebaya boleh menggoda lelaki.
pendek atau labuh yang sememangnya dipakai ketat Panduan pakaian yang seterusnya buat
dipinggang, dan ini jelas tidak menepati syarak. Muslimah ialah menggunakan pakaian yang tidak
Menurut al-Qaradhawi (2007), Islam mengharamkan bertasyabbuh atau menyerupai pakaian lelaki sesuai
pakaian sedemikian sehingga nampak bentuk badan dengan sifat dan fizikalnya yang mencerminkan
terutama pada buah dada, pinggang dan sebagainya kelembutan. Allah SWT melarang hambanya itu
yang boleh menimbulkan fitnah. bertasayabbuh dalam berpakaian. Contohnya,
Panduan pakaian yang seterusnya ialah pakaian terdapat segelintir Muslimah yang memakai pakaian
dan perhiasan itu hendaklah tidak sampai menarik seakan lelaki seperti berseluar pendek lelaki dan
perhatian orang di sekeliling. Ia bermaksud bahawa berseluar jeans lelaki. Panduan ini seiring dengan
seseorang Muslimah itu hendaklah tidak memakai hadis Rasulullah melaknat mereka yang menyerupai
pakaian yang mempunyai gambar-gambar yang pakaian wanita atau sebaliknya.
pelik sehingga mengundang tarikan kepada mereka
yang melihatnya, tidak memakai pakaian yang Dari Abu Hurairah berkata: “Rasulullah melaknat lelaki
berwarna terang sehingga menarik perhatian orang yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai
lain kepadanya dan tidak memakai perhiasan yang pakaian lelaki.”
keterlaluan sehingga memikat pandangan orang lain (Hadis riwayat Abu Daud, no.4098)
kepada dirinya (Rashidah et al. 2016). Sekiranya
terdapat seorang Muslimah mengenakan pakaian Sebagaimana berbezanya fizikal lelaki dan
yang menutupi seluruh tubuhnya dengan elok, perempuan, maka pakaian yang mereka gunakan
sedangkan pakaiannya mempunyai perhiasan yang juga sudah tentu berbeza. Ini disebabkan kerana
berlebih-lebihan atau dia bersolek yang keterlaluan tidak semua pakaian lelaki itu dapat menutup aurat
sehingga mampu menarik perhatian orang lain, maka perempuan dengan sempurna dan pada pakaian
pakaian tersebut tidak bererti lagi. Secara mudahnya, juga, ia menjadi alat pembeza yang jelas antara
ia dapat dijelaskan bahawa setiap Muslimah itu lelaki dan perempuan. Di samping itu, Islam juga
seharusnya mengenakan pakaian yang hiasannya telah menetapkan bahawa umat Islam tidak boleh
tidak ketara, hiasan aksesori pada badannya seperti bertasyabbuh kepada orang kafir dalam ibadah atau
gelang dan cincin yang minimum dan pilihan warna sebagainya. Ini bermaksud bahawa para Muslimah
yang tidak terlalu menonjol apabila dipakai, malah juga tidak dibenarkan menyerupai pakaian dan cara
nampak lebih sopan apabila dipandang oleh orang berpakaian sebagaimana wanita-wanita kafir demi
lain. membezakan antara mereka. Rasulullah bersabda:
Panduan ketiga buat para Muslimah dalam hal “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia
ehwal pemakaian ialah mereka tidak seharusnya termasuk dalam kaum tersebut.” (Hadis riwayat
menggunakan wangi-wangian dengan kadar yang Abu Daud, no. 4031). Contohnya pakaian berwarna
banyak. Pada zaman sekarang, wangi-wangian kuning yang menyamai warna pakaian Sami
tersebut boleh dirujuk sebagai perfume, bedak, Buddha dan salib yang dipakai oleh penganut agama
deodorant dan apa sahaja yang boleh memberi Kristian.
wangian yang baik dan kuat sehingga memukau Kemudian, panduan yang boleh dijadikan
sesiapa yang menghidunya (Rashidah et al., 2016). pedoman buat para Muslimah khususnya ialah
117 Akademika 91(1)

memelihara adab sebagai seorang wanita Islam yang solehah”. Maka sebagai seorang Muslimah
terutamanya ketika berurusan dengan lelaki. perlulah mematuhi aspek-aspek berpakaian dan
Semasa berurusan, seseorang Muslimah perlu berhias yang telah digariskan oleh syariat agar
tidak menggunakan nada suara yang menggoda kehormatan diri sentiasa terpelihara.
dan memberahikan, elakkan daripada melakukan
gerakan yang manja dan seksi, malah berjalanlah
dengan sopan dan tertib. Walaupun perbuatan PENGHARGAAN
tersebut tidak menampakkan hubungan dengan
tabarruj secara langsung, tetapi pada hakikatnya, ia Kami merakamkan setinggi penghargaan kepada
dikategorikan sebagai perbuatan yang mendedahkan PTS-2014-069 yang telah membiayai kajian ini.
aurat dan setiap perbuatan yang mendedahkan aurat
adalah tabarruj (Al-Qardhawi 1995; Dasima Sidek RUJUKAN
et al. 2018).
Kesimpulannya, panduan berpakaian dan Abdullah bin Jarullah. 2005. Hak dan Kewajipan
berpenampilan buat para Muslimah yang telah Muslimah. Jakarta: Pustaka Imam Syafei
ditetapkan oleh Islam adalah untuk kebaikan Abir Ayyub al-Hilwi. 2009. The Beauty of Woman: Cantik
dan kemaslahatan mereka bagi mengelakkan Mata di Allah Anggun di Hadapan
difitnah dan dikaitkan dengan sebarang unsur Manusia. Jakarta: Duha Khazanah.
maksiat. Pakaian yang dipakai oleh Muslimah Achyar Zein, Ardiansyah & Firmansyah. 2017. Konsep
seharusnya tidak melebihi objektif perhiasan, tetapi tabarruj dalam hadis: studi tentang
kualitas dan pemahaman hadis mengenai adab berpakaian
lebih mengutamakan untuk menjaga aurat demi
bagi wanita. Journal of Hadith Studies 1(2):60-74
memenuhi objektif Syariat, yang mana ia sekaligus Ade Nur Istiani. 2015. Konstruksi makna hijab fashion
dapat mencapai standard pakaian takwa (Ahmad bagi Moslem fashion blogger. Jurnal
Fauzi 2016). Kajian Komunikasi 3(1): 48-55
Afzalur Rahman. 1994. Ensiklopedia Sirah. Peranan
Wanita Islam. Jil.V. Kuala Lumpur: Dewan
KESIMPULAN Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Fauzi. 2016. Pakaian wanita Muslimah dalam
Tuntutan berpakaian yang baik dalam Islam perspektif hukum Islam. Jurnal Ekonomi
sebenarnya mempunyai hubungan yang erat dengan Syariah 1(1):41-58.
ibadat. Dalam Islam, pakaian mempunyai nilai Ahmad Munawar Ismail & Mohd. Nor Shahizan Ali.
pahala dan dosa. Sekiranya seseorang Muslimah 2011. Media penyiaran: Implikasinya
itu mengenakan pakaian yang patuh Syariat dan dalam pembentukkan akhlak penuntut-penuntut Melayu
di Sekolah Menegah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal
memakainya kerana Allah, sudah tentu dia mendapat
Akademika 81(3): 3-8.
ganjaran pahala daripada Allah, dan begitulah Ayunni Karim, Nor Naemah Abdul Rahim & Mohd.
sebaliknya. Di samping itu, Islam juga berpandangan Anuar Ramli. 2018. Penglibatan wanita
bahawa memakai pakaian bukanlah semata- sebagai subjek pengiklanan menururt perspektif hukum
mata bertujuan untuk mengelakkan diri daripada Islam. Online Journal of Research in Islamic Studies
kepanasan, kesejukkan dan mempercantikkan diri, 5(2):1-15.
tetapi ia juga dilakukan sebagai salah satu bentuk Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari al-
rasa syukur kepada Allah atas pelbagai kurniaanNya. Jufi.2002. Al-Jami’ al-Sohih. Beirut: Dar Tuq
Larangan Allah berkaitan tabarruj juga bertujuan al-Najah.
untuk mengelakkan mereka daripada tergolong ke Dasima Sidek, Roslan Ab Rahman, Khiral Anuar Daud,
Mohd. Borhanuddin Zakaria, Abdul
dalam wanita jahiliah sebagaimana yang disebutkan
Qahhar Ibrahim & Noorsafuan Che Noh. 2018.
dalam al-Quran, dan sebagaimana yang disebutkan Kepentingan memberi salam dan etika berpakaian
oleh para ulama sebagai sifat ‘wanita jahiliah moden’. menurut Islam. Jurnal Bitara 1(3): 84-97.
Pada masa yang sama, kepentingan Islam melarang Fatimah Hj. Omar. 2013. Tabarruj Penghalang Bau
sedemikian juga adalah untuk mengangkat martabat Syurga. Selangor: Pustaka Ilmuan.
mereka sebagai sebaik-baik perhiasan dan ciptaan Hasbi al-Sidqy. 1994. Tafsir al-Nur. Jakarta: Bulan
Allah sepertimana sebuah hadis yang diriwayatkan Bintang.
oleh Imam Muslim, Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad Ibn Manzur. 1990. Lisan al-Arab. Jil.9. Beirut: Dar Sadir.
dan Baihaqi yang bermaksud: “Dunia ini adalah Khairun Nisa. 2017. Trend fashion hijab terhadap konsep
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita diri Hijabers komunitas hijab Medan.
Jurnal Interaksi 1(1): 105-117.
Tabarruj dan Fesyen Pakaian Muslimah pada Zaman Kini 118

Al-Maududi, Abu alA’la.1984. Al-hijab dan Status Siti Masayu Rosliah Abdul Rasyid & Naimah Samat.
Wanita Islam. Bandung: Risalah. 2019. Peranan dan pelaksanaan ICT dalam
Muhammad Arif Yahya & Muhammad Haikal Mohd. memperkasakan usahawan wanita luar bandar
Hedzir.2020. Pendekatan terhadap bukan Muslim di Malaysia. Akademika 89(3): 75-88.
dalam gerakan dakwah di Malaysia: perbincangan Siti Marziah Zakaria, Nor Bayiah Ab. Kadir & Nasrudin
Hadith-hadith berkaitan. Jurnal Akademika. 90 (3): Subhi. 2017. Selarikah makna kepuasan hidup
163-171. daripada perspektif wanita pertengahan usia bekerjaya
Muhammad Abdul Aziz al-Musnid. 2000. Indahnya di Hulu Langat dengan perspektif Islam. Akademika
Berhias. Jakarta: Darul Haq. 87 (2): 119-131.
Muhammad Abdul Aziz Amru. 2009. Pakaian dan Syafiza Shafei & Fadhlan Mohd. Othman. 2015. Garis
Perhiasan dalam Syariat Islam. Kuala Panduan bagi pendakwah wanita di
Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd. televisyen dalam aspek penampilan berdasarkan al-
Ni’mat Sidqi. 1983. Bersolek (tabarruj). Kuala Lumpur: Quran. Islamiyyat 37 (1): 56-67.
Dewan Pustaka Fajar. Uwaidah, Kamil Muhammad. 1996. Al-Jami’ fi fiqhi al-
Nurhafilah Musa, Asmak Husin & Nurul Akma Sheikh Nisa’. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyah.
Muhd. Amin. 2018. Semakan dasar wanita Kelantan: Yuszaidy Mohd. Yusoff & Muammar Ghaddafi Hanafia.
penambahbaikan pelaksanaan ke arah mencapai 2015. Impak media baharu terhadap
matlamat pembangunan mapan. Akademika 88 (3): sistem nilai Masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal
137-150. Komunikasi 3 (2): 33-46.
Al-Qaradhawi, Yusuf. 1995. Fatwa Masa Kini. Jil. 5&6. Zulkifli Abd. Latiff &Fatin Nur Sofia Zainol Alam. 2013.
Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. The roles of media in influencing
Bhd. women wearing hijab: an analysis. Journal of Image
Al-Qaradhawi, Yusuf. 2007. Halal dan Haram dalam & Graphics 1(1): 5-54.
Islam. Terj. Muammal Himidy. Surabaya:
Bone Pustaka.
Al-Qurtubi. t.th. Tafsir al-Qurtubi. Jil.12.t.tp.:t.pt. Nozira binti Salleh (corresponding author)
Rashidah Othman, Siti Norlina Muhammad, Farahwahida Pusat Kajian Usuluddin & Falsafah
Mohd. Yusof & Muhammad Amin Wan Harun. 2016. Fakulti Pengajian Islam
Fesyen wanita menurut perspektif Islam dan kesannya Universiti Kebangsaan Malaysia,
terhadap kesejahteraan fizikal, spiritual. Sains 43600 Bangi
Humanika 8 (3):65-71. Selangor
Al-Sabuni, Muhammad Ali. 2007. Tafsir Ayat Ahkam min Malaysia
al-Quran. Jil.2. Qaherah: Dar al-Sabuni. Email: aziera@ukm.edu.my
Safitri Yulikhah. 2016. Jilbab antara kesalehan dan
fenomena sosial. Jurnal Ilmu Dakwah 36(1): 96-117.
Sayid Sabiq. 1993. Fiqih Sunah. Bandung: al-Ma’rif Received: 2 November 2020
Al-Syaukani, Muhammad bin Ali. 2007. Fathul Qadir. Accepted: 22 February 2021
Jakarta: Pustaka Azam.
Siti Sarah Zainal Abidi & Mohd. Nawi Ismail. 2018.
Busana Muslimah menurut perspektif al-Quran
dan al-Hadith. Jurnal Insaniah: Online Journal of
Language, Communication and Humanities 1(2): 60-
71.

Anda mungkin juga menyukai