Anda di halaman 1dari 13

Sektor

Kutipan (Collection)
BIL TARIKH TAJUK DAN KANDUNGAN BERITA AKHBAR GAMBAR
1 3 Februari PEKERJA AFSB MAUT DIHEMPAP LORI SAMPAH Berita
2015 Bentong, Pahang, 12.30 tengahari Harian
Selasa Abu Hasan Esmi,38, maut dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dan
disahkan meninggal dunia akibat parah kepala dan anggota badan. Rakan sekerja yang
lain cedera ringan. "Lori berkenaan dipercayai baharu saja selesai mengutip sampah di
sekitar FELDA Mempaga namun sebaik tiba di lokasi kejadian,kenderaan yang dipandu
Abd Razak dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan."Pada masa
sama, sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang berada di belakang lori itu mahu
memotong kenderaan berkenaan namun gagal berbuat demikian sebelum kedua-
duanya bergesel," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, ia
mengakibatkan lori berkenaan terbabas ke kiri jalan lalu terbalik dan menghempap https://www.bharian.com.my/node/33074
mangsa sebelum orang ramai yang menyaksikan kejadian segera menghubungi pihak
berkuasa untuk meminta bantuan.


2 13 Julai PELAJAR MAUT DILANGGAR LORI SAMPAH Utusan
2016 LDP, KL sekitar 5.10petang
Mangsa, Mohd Haziq Hamsani, 17 maut di tempat kejadian akibat cedera parah di
kepala. Rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggang dihimpit dan
dilanggar sebuah lori sampah


http://www.utusan.com.my/berita/nahas-
bencana/pelajar-maut-dilanggar-lori-
sampah-1.353320

3 20 AJAL DILANGGAR LORI SAMPAH Harian


September Plaza Tol Subang, PJ, 11 pagi Metro
2016 Mangsa, Mohd Syahmi Mohd Shafee, 28, meninggal dunia di tempat kejadian selepas
diseret di bawah lori.
Mangsa dilanggar oleh sebuah lori sampah dan lori berkenaan tidak menghentikan
kenderaanya selepas kemalangan dan menyebabkan mangsa terseret


https://www.hmetro.com.my/node/16788
4
4 12 Oktober SEMBILAN CEDERA BAS LANGGAR LORI SAMPAH Harian
2016 Bintangor, Kuching malam Metro
Siasatan awal mendapati lori sampah itu berhenti di tepi jalan untuk menunggu tiga
pekerja memunggah sampah dari tong sampah ke dalam lori apabila ia dirempuh.


https://www.hmetro.com.my/node/17371
6
5 30 Oktober PELAJAR MAUT REMPUH LORI SAMPAH Harian
2016 Marang, Terengganu 10.20 malam Metro
Mangsa, Afiq Asyraf Noor Hafizin, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Lela Segara yang juga anak kepada anggota Bahagian Trafik IPD Marang meninggal
dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC135
ditunggangnya merempuh bahagian kanan belakang lori sampah kira-kira jam 10.20
malam. Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Yamaha
135LC dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Kuala Terengganu. Bagaimanapun,
sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang
kawalan sebelum melanggar belakang lori sampah yang berhenti untuk memungut
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20
sampah. 16/10/178090/pelajar-maut-rempuh-lori-
sampah

6 19 MAUT KETIKA URUS SAMPAH


Disember Seorang pekerja Alam Flora warga Myanmar maut dirempuh lori sampah dipandu http://www2.bharian.com.my/node/2253
2016 rakannya yang sedang mengundur di sebuah pangsapuri di Cheras pagi tadi. 01
Mangsa yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Nurul Amin Abdul Kajur, meninggal dunia di
tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas diseret kenderaan itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten
Komisioner Nadzri Hussain, berkata kejadian pada jam 8.20 pagi itu berlaku ketika
mangsa sedang memasukkan sampah ke dalam lori berkenaan."Ketika itu pemandu
mengundur menghala ke rumah sampah dan mangsa pula berada di belakang lori
untuk memasukkan sampah ke dalam lori."Selepas lori itu sampai di hadapan rumah
sampah dan pemandunya sudah menekan brek, kenderaan itu tetap meluncur
disebabkan keadaan jalan curam sebelum merempuh dan menyeret mangsa,"
katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Nadzri berkata, ketika kejadian terdapat dua
lagi pekerja lain di situ yang sedang memunggah sampah untuk dimasukkan ke dalam
lori. Katanya, polis akan mengambil keterangan pemandu dan dua pekerja terbabit bagi
membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan
1987," katanya.
7 08 Januari 1 MAUT, 1 CEDERA DIHEMPAP PINTU HIDRAULIK LORI SAMPAH Berita
2017 Landfill Bukit Tagar, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor sekitar jam 7.50 pagi. Harian
Ahad Ketika melakukan tugas mengeluarkan sampah dari bahagian belakang lori berkenaan,
seorang pekerja AFSB maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dihempap
pintu hidraulik sebuah lori sampah di tapak pelupusan sampah. Bagaimanapun, pintu
hidraulik yang bersambung pada bahagian belakang badan lori berkenaan tercabut

sebelum menghempap kedua-dua pekerja terbabit. Mangsa disahkan meninggal di https://www.bharian.com.my/node/23175
tempat kejadian. 2
8 15 Januari WANITA MAUT, DUA CEDERA LORI SAMPAH TERBALIK
2017 Sungai Buloh, 2.30petang
Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera apabila lori sampah dinaiki mereka
terbabas dan terbalik di Jalan Meru, Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam petang tadi.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, salah seorang daripada tiga penumpangnya,
Fatimah Abdul Hamid, 28, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada
https://www.bharian.com.my/node/23499
kenderaan terbabit.
5

9 2 Mei 2017 6 CEDERA LORI SAMPAH REMPUH KEDAI Berita


Kulai, Langkawi. Enam kakitangan syarikat pengurusan sisa pepejal E-Idaman Sdn Bhd Harian
(E-Idaman) cedera ringan selepas lori sampah dinaiki merempuh bangunan kedai
terbengkalai di persimpangan Jalan Trimula, dekat 4ecan Kuah, di sini, malam tadi.
Dalam nahas jam 7.30 malam itu, lori berkenaan dipercayai mengalami masalah brek
ketika menuruni bukit dan semua mangsa dikejarkan ke Hospital Langkawi (HL) oleh
ambulans untuk rawatan lanjut
https://www.bharian.com.my/node/27804
0
10 10 Februari 3 LORI KEMALANGAN, PEMANDU SWM PARAH Utusan
2018 Kulai, Johor sekitar 12.20 tghari.
Dalam kejadian tersebut, pekerja berkenaan yang memandu lori SWCorp tersepit di
tempat duduknya selepas lori sampah yang dipandunya bertembung dengan dua lori
lain. Kemalangan tersebut melibatkan lori SWCorp, lori pasir dan lori membawa
muatan kayu.


http://www.utusan.com.my/berita/nasion
al/3-lori-kemalangan-pemandu-swcorp-
parah-1.606554

11 7 Jun 2018 AJAL PEMUNGUT SAMPAH Harian
Khamis Pantai Chenang, Langkawi, 9.35am Metro
Mangsa, M Vanarajan, 49, dari Taman Sungai Raya, Kuah di sini, dilaporkan mati di
tempat kejadian akibat parah di kepala.Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu lori
bersama dua pekerja termasuk mangsa sedang membersihkan kawasan Pantai
Chenang. Sejurus tiba di tempat kejadian mangsa yang dipercayai berdiri di atas
pemijak kaki sisi kiri lori terjatuh ke pantai selepas pemijak itu patah. “Selepas
terjatuh, mangsa gagal mengelak menyebabkan kepalanya digilis tayar belakang

sebelah kiri lori. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 18/06/347184/ajal-pemungut-sampah

12 28 JUN MURID MAUT DILANGGAR LORI SAMPAH Harian


2018 Seksyen 27, Shah Alam sekitar 1.35pm Metro
Khamis Mangsa Nor Syazrina Damia Mohd Nazrul, 9 tahun, cuba menyeberangi jalan, semasa
melintas, mangsa bergesel lalu terjatuh ke bawah lori sampah berkenaan. Pemandu
lori menghentikan kenderaanya dan mangsa cuba bangun, namun lori mengundur
menyebabkan mangsa digilis tayar kenderaan terbabit. Pemandu lori telah melarikan
diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20
18/06/352751/murid-maut-dilanggar-lori-
sampah
13 04 OGOS MURID 8 TAHUN MAUT DIGILIS LORI SAMPAH Utusan
2018 Jalan Kampung Padang Balang, Sentul, KL sekitar 2.30pm
Sabtu Mangsa Mohammad Haekal Rizal Abdullah mengalami kecederaan parah di bahagian
kepala dan maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian, lori sampah yg dipandu oleh seorang lelaki berumur 53 tahun telah
berlanggar dengan basikal mangsa yang datang dr arah bertentangan. Akibat
pelanggaran, mangsa terjatuh dan digilis lori tersebut.
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. bencana/murid-8-tahun-maut-digilis-lori-
Lori yang terlibat WWN 6810 sampah-1.722985 – 1_722985
14 05 Ogos LELAKI TERBUNUH KERETA DILANGGAR LORI SAMPAH Astro http://www.astroawani.com/berita-
2018 Jalan Kota Tinggi, Kluang, Johor sekitar 11 pagi. Awani malaysia/lelaki-terbunuh-kereta-dilanggar-
Ahad Seorang lelaki maut, tiga cedera dan dua lagi terselamat. Kejadian dipercayai berlaku lori-sampah-182271

apabila lori membawa muatan sampah itu hilang kawalan sebelum melanggar kereta
yang dipandu mangsa dari arah bertentangan. Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad
Azmi Hassan, 27, dari Taman Mewah Indah, Klang, Selangor maut di tempat kejadian
selepas cedera parah. Tiga lagi mangsa yang merupakan penumpang kereta dipandu
Mohamad Azmi sekadar cedera dan telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk
rawatan manakala dua lagi mangsa pula yang masing-masing merupakan pemandu lori
sampah dan sayur terselamat.
Pelanggaran itu kemudian turut menyebabkan sebuah lori sayur terbabas ke tepi jalan
kerana dipercayai hendak mengelak kedua-dua kenderaan terbabit.

15 18 LELAKI MAUT MOTOSIKAL BERGESEL DENGAN LORI SAMPAH UTUSAN


September Jalan Meru Tambahan, Klang, 8.50pagi
2018 Mangsa, Reemey Rosman, 41 meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di
bahagian perut dan kepala.
Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss
dalam perjalanan ke Meru dari Puncak Alam. “Bagaimanapun, setibanya di lokasi
kejadian, mangsa telah bergesel dengan sebuah lori sampah dari arah yang sama.

Akibat daripada pelanggaran, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. “Manakala, http://www.utusan.com.my/berita/nahas-
pemandu lori tersebut telah melarikan diri sebaik kemalangan tersebut. Buat masa ini, bencana/lelaki-maut-motosikal-bergesel-
kita sedang mengenal pasti pemandu lori sampah tersebut yang dipercayai milik dengan-lori-sampah-1.527877
sebuah syarikat swasta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kes disiasat mengikut
Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
16 09 PEKERJA SYARIKAT PEMBERSIHAN MAUT KEMALANGAN KOSMO
OKTOBER Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah sekitar 9.40 pagi
2018 Mangsa Mohamad Amran Mohd Salleh, 40 maut dalam perjalanan ke Hospital Bahiyah.
Selasa Lori syarikat pembersihan itu merempuh sebuah lori lain yang diletakkan di tepi jalan di
Jalan Kuala Kedah. Mangsa yang duduk di tempat penumpang cedera parah di muka,
tangan dan perut, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang cedera yang boleh
dirawat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. http://www.kosmo.com.my/negara/pekerj
a-syarikat-pembersihan-maut-kemalangan-
1.764028
17 09 LORI SAMPAH BERGERAK SENDIRI DAN LANGGAR PELANCONG Careta.m
November bersebelahan Perigi Hang Lipo di Bandar Hilir. y
2018 Gong Jinge, 59-tahun dari Hunan, China maut di lokasi pada jam 8.50 am. Beliau baharu
Jumaat tiba di Melaka bersama sekumpulan pelancong lain. Menurut siasatan, pemandu lori
sampah yang berusia 38-tahun itu meletakan kenderaan tersebut di laluan itu sebelum
turun untuk menunggu rakan-rakannya mengumpul sampah di kawasan berkenaan.
Lori sampah itu kemudian bergerak sendiri dan melanggar Jinge sebelum ia terus https://careta.my/article/kemalangan-
maut-lori-sampah-di-melaka-bergerak-
melanggar kereta dan bas pelancong yang diparkir di laluan yang sama.
sendiri-dan-langgar-pelancong
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

18 14 PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR LORI Kosmo http://www.kosmo.com.my/negara/penun


November Lebuh raya MRR2 menghala ke Cheras, sekitar 3.30petang. ggang-motosikal-maut-dilanggar-lori-
2018 Mangsa, Herman Mardja, 63, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan 1.786970
Rabu parah. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai
menunggang motosikal secara mencelah-celah di antara kenderaan di lebuh raya
berkenaan. “Semasa kemalangan terjadi, mangsa cuba untuk mengelak sebuah
kenderaan namun terjatuh yang menyebabkan sebuah lori sampah jenis Isuzu yang
berada di kanan mangsa tidak sempat mengelak dan memperlahankan kenderaan.
“Ekoran daripada itu, lori berkenaan telah terlanggar badan mangsa yang seterusnya
menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi
kejadian,” katanya dalam satu kejadian di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
19 19 South Korea, Malaysian works as garbage collector Harian
November Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, yang bertarung nyawa selepas separuh badan dari pangkal Metro
2018 paha ke bawah hancur dikisar mesin pengisar sampah di sebuah kilang kitar semula di
Samseong, Seoul, Korea Selatan. Menceritakan tragedi itu, Shahir berkata, rakannya
yang berasal dari Pulau Pinang tiba di Korea Selatan pada September lalu untuk bercuti
sebelum mereka mengambil keputusan bekerja di sebuah kilang. “Kami baru bekerja
sebulan di kilang berkenaan. Isnin lalu kira-kira jam 3 petang, mesin pengisar sampah
tersangkut menyebabkan Daniel Arif terpaksa mengorek sampah yang melekat di
mesin bagi membolehkan ia beroperasi semula. “Ketika kejadian, mesin sudah ditutup
dan Daniel Arif diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedang
berusaha memperbaikinya. “Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin

berkenaan ‘berjalan’ sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh https://www.hmetro.com.my/utama/2018
menyebabkan separuh badan Daniel Arif dikisar dari paha hingga ke kaki,” katanya. /11/397550/doakan-daniel-arif
Katanya, menyedari kejadian itu, penyelia di kilang terus berlari dan menekan suis
kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan.
“Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksa mengambil masa lebih dua
jam untuk memotong kaki Daniel Arif sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu,
dia berada dalam keadaan separa sedar,” katanya.

20 8 Februari Pekerja kutip sampah maut ketika bertugas Berita


2019 KUCHING: Seorang pekerja syarikat kutip sampah maut dipercayai dirempuh kereta Harian
ketika bertugas di Jalan Ong Tiang Swee, di sini, pagi tadi. Mayat Hamka Su’ud, 48,
ditemui tersangkut di antara tiang telefon dengan bumbung sebuah pondok selepas
tercampak dipercayai akibat dilanggar kereta jenis Proton Waja yang dikatakan
dipandu laju. “Setiba di lokasi, anggota bomba mendapati mayat mangsa masih
tersangkut di antara tiang telefon dengan pondok di tepi jalan. “Berdasarkan keadaan
mayat, mangsa dipercayai tercampak dari jarak beberapa meter selepas dirempuh
kereta,” katanya. Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di Taman
Dusun Indah, Jalan Sejijak, di sini, sedang menjalankan tugas mengutip sampah di
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2
sepanjang jalan terbabit.
019/02/528598/pekerja-kutip-sampah-
maut-ketika-bertugas
21 30 March Dua cedera treler rempuh lori sampah Berita
2019 RAWANG: Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer Harian
439.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah selatan, dekat sini, petang
tadi. Dalam kemalangan pada jam 3.40 petang itu, mangsa dikenal pasti sebagai
Mohammad Nor Syafiq, 25, dan Ravindran, 35, masing-masing pemandu lori sampah
dan treler. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor,
Superintendan Azman Shari’at, berkata hasil siasatan mendapati treler itu hilang
kawalan sebelum merempuh belakang lori berkenaan yang rosak di lorong kecemasan.
“Akibat kemalangan itu, pemandu lori sampah dan treler itu cedera dan dihantar ke

Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya. “Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) https://www.bharian.com.my/berita/kes/2
Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 019/03/547160/dua-cedera-treler-
rempuh-lori-sampah

22 04 Jun Penunggang motosikal maut langgar lori sampah Utusan


2019
JELEBU - Seorang kakitangan Lembaga Getah Malaysia maut selepas motosikal
ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori sampah di Kilometer 49,
Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul
2.30 petang itu, Mohd. Fairuz Fazli Mohd. Ibrahim, 42, dari Taman Serting Jaya, Bahau
disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketika
kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM dikatakan dalam perjalanan
dari arah pekan Kuala Klawang ke rumahnya di Taman Serting Jaya. Apabila tiba di
lokasi kemalangan, dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya yang memasuki
laluan bertentangan lalu melanggar bahagian depan lori jenis Mitsubishi milik syarikat https://www.utusan.com.my/berita/nahas
SWM Environment Berhad. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan -bencana/penunggang-motosikal-maut-
Jalan (APJ) 1987. langgar-lori-sampah-1.913110
23 Diterbitkan Enam maut, 38 cedera dalam kemalangan di China Astro
02 Julai Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan 38 orang cedera dalam kemalangan Awani
2019 membabitkan tiga kenderaan di sebuah jambatan di wilayah Inner Mongolia, Beijing.
Dalam kejadian 4.40 petang waktu tempatan itu, sebuah treler gagal memotong
sebuah bas sebelum bertembung dengan lori sampah.


http://www.astroawani.com/video-
dunia/enam-maut-38-cedera-dalam-
kemalangan-di-china-482319
24 18 Julai Pemuda temui ajal bersama buku agama, al-Quran Sinar
2019 Harian
BALING - Seorang pemuda maut dalam kejadian kemalangan membabitkan motosikal
dengan sebuah lori pengangkut sampah, di Jalan Baling-Weng berhampiran Sekolah
Kebangsaan Penghulu Abu Bakar hari ini. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa,
Muhammad Yaakub Abu Bakar, 23, yang menunggang motosikal ditemui maut
bersama sebuah buku agama dan senaskah al-Quran. Ketua Balai Bomba dan
Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya
dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima
panggilan jam 10.45 pagi dan sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati tersepit di bawah
https://www.sinarharian.com.my/article/38601/BERITA/Trage
lori berkenaan. "Anggota bertugas menggunakan beg udara bagi mengangkat lori dan di/Remaja-temui-ajal-bersama-buku-agama-al-Quran
menyelamat mangsa. Pihak bomba mengambil masa selama 15 minit untuk selamatkan
mangsa tersepit," katanya.

Sektor Pembersihan (Cleansing)


BIL TARIKH TAJUK DAN KANDUNGAN BERITA AKHBAR GAMBAR
1 14 April PEMOTONG RUMPUT MAUT TERKENA TAYAR LORI TERCABUT https://www.mstar.com.my/lokal/semas
2012 Kinabatangan, Sabah a/2012/04/14/pemotong-rumput-maut-
Seorang pemotong rumput maut apabila terkena sebuah tayar yang tercabut dari lori terkena-tayar-lori-
treler di Jalan Sukau dekat sini, Jumaat. tercabut/#R8OYHc0MTQm0Wvh4.99

Mangsa yang berusia 48 tahun adalah seorang daripada beberapa pekerja kontrak yang
melakukan kerja memotong rumput di tepi jalan berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mangsa mati
ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan pada pukul 6 petang akibat
kecederaan parah di kepala.
2 21 Mac DUA PEKERJA KONTRAKTOR POTONG RUMPUT MAUT DIREMPUH VAN Sinar http://www.sinarharian.com.my/semasa
2013 Kota Tinggi, Johor Harian /2-pekerja-kontraktor-potong-rumput-
Difahamkan, dalam kejadian itu mangsa Mohd Yusok Mohamad, 61, peneroka dari maut-dirempuh-van-1.141693
Felda Semenchu dan rakannya Jamri Ahmad Badri, 45, dipercayai diseret kira-kira 15
meter oleh van tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor
Rasid ketika mengesahkan kejadian berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua
kenderaan iaitu sebuah kenderaan empat roda dan van. Menurutnya, kejadian kira-kira
jam 4.45 petang itu dipercayai berlaku apabila van yang dipandu dari arah Petronas
menuju ke arah Desaru itu terbabas lalu melanggar mangsa yang berada di belakang
kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di bahu jalan. "Ekoran itu, van tersebut
yang turut melanggar belakang kenderaan empat roda itu telah menyebabkan
kenderaan tersebut bergerak masuk ke jalan raya.
3 20 Oktober PEKERJA PEMBERSIHAN MAUT DILANGGAR LORI Utusan http://www.utusan.com.my/berita/wilaya
2018 Klang, kira kira 10 pagi h/selangor/pekerja-pembersihan-maut-
Seorang pekerja pembersihan meninggal dunia selepas dilanggar sebuah lori ketika dilanggar-lori-1.540346
sedang membersihkan kawasan sebuah surau di Pelabuhan Utara, di sini pagi
ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Wan Chek Pin, 70, meninggal
dunia semasa dirawat di Hospital.

4 11 Februari PEKERJA PEMBERSIHAN MAUT JATUH JAMBATAN SINAR http://www.sinarharian.com.my/edisi/utar


2018 Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, sekitar 11 malam. HARIAN a/pekerja-pembersihan-maut-jatuh-
Ahad Mangsa Rosli Saludin, 39 bersama seorang lagi rakannya dikatakan sedang mencabut jambatan-1.797102

rumput di tengah jalan (lorong kanan) berhampiran pembahagi lebuh raya
berhampiran susur Plaza Tol Bandar Cassia/ Jambatan sebelum dirempuh sebuah
kereta yang dipandu seorang lelaki. Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke bawah
jambatan lebuh raya dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.
Rakannya pula patah kaki. Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang papan tanda
atau kon dipasang ketika kerja-kerja pembersihan dibuat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lain-lain sektor tapi berkaitan


BIL TARIKH TAJUK DAN KANDUNGAN BERITA AKHBAR GAMBAR
1 17 April Dua Pekerja Kontrak Pembersihan Maut Hidu Gas Beracun MStar
2017 Pasar raya Angsana Mall, Ipoh, awal pagi Isnin https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/
Isnin Dua orang mangsa, Mohamad Ilaala Che Aziz, 27 dan Mohamad Nur Syafiq Mohamad 2017/04/17/pekerja-kontrak-maut

Naser, 27 meninggal di tempat kejadian.
Kedua-dua pekerja kontrak maut akibat terhidu gas ketika melakukan kerja
pembersihan, membersihkan saliran kecil loji Indah Water Konsortium SB. Saluran
bawah tanah loji IWK.
"Didapati seorang mangsa telah masuk dahulu ke dalam saluran itu yang dianggarkan
sedalam 20 kaki (enam meter) dengan cara menggelongsor ke bawah. Kemudian dia
terus menjerit sesak nafas dan seorang lagi mangsa masuk ke dalam untuk memberi
bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

2 11 Ogos PEKERJA WARGA INDONESIA MAUT TERJATUH DALAM TANGKI KUMBAHAN UTUSAN http://www.utusan.com.my/berita/nahas-
2018 Tangki kumbahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, Johor, sekitar 12 bencana/pekerja-warga-indonesia-maut-
tengahari. terjatuh-dalam-tangki-kumbahan-
Mangsa, Abdul Basit, 32, yang tidak mememakai sebarang alat keselamatan disyaki 1.727117#ixzz5YaijpSYk
terhidu gas ammonia dan methane ketika masuk seorang diri ke dalam saluran tangki
septik sedalam 10 meter bagi kerja melakukan penyelenggaraan tangki kumbahan.
“Sebelum tidak sedarkan diri, mangsa sempat meminta bantuan namun dua rakan
sekerjanya yang cuba membantu gagal berbuat demikian kerana mereka juga hampir
pengsan selepas terhidu gas tersebut ketika cuba membawa mangsa keluar dari tangki
berkenaan. “Seorang lagi pekerja iaitu pemandu lori penyelenggaran dan pembersihan
tersebut terus minta bantuan daripada polis bantuan lapangan terbang berkenaan,”.
Dua rakan mangsa iaitu Nazri Yasin, 40, yang merupakan rakyat tempatan dan Sutrisno,
44, warga Indonesia juga tidak sedarkan diri.

3 29 Dua pekerja maut bersihkan tangki Harian https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20


Disember DUA pekerja warga Nepal maut ketika melakukan kerja pembersihan tangki berudara Metro 18/12/406994/dua-pekerja-maut-
2018 bersihkan-tangki
bagi pemasangan loji rawatan sisa air buangan di sebuah kilang pembuatan plastik di
Jalan Parit Yaani, Yong Peng, kelmarin. Kedua-dua mangsa berusia 21 dan 23 tahun itu
disahkan meninggal dunia ketika di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu
Pahat selepas mengalami sesak nafas dan pengsan di dalam tangki itu. Beliau berkata,
kedua-dua mangsa yang baru sebulan bekerja di syarikat itu memasuki tangki
berkenaan."Pada 9.30 pagi, mangsa pertama berusia 21 tahun keluar dari tangki itu
disebabkan mengalami kesesakkan nafas. Mangsa kedua berusia 23 tahun kemudian
menawarkan diri untuk memasuki ruang terkurung iaitu tangki berukuran tiga meter
tinggi dan 2.3 meter lebar dengan melalui lubang masuk 0.6 meter lebar di bahagian
atas tangki itu. Beliau berkata mangsa kedua didapati pengsan di dalam tangki itu
mengakibatkan mangsa pertama memasuki tangki semula untuk memberikan bantuan,
namun turut pengsan. Rakan mangsa kemudian meminta bantuan rakan-rakan lain
untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa di dalam tangki itu. "Enam orang pekerja
yang membantu mengeluarkan mangsa juga tidak berjaya dan mengadu sesak nafas.
"Dua mangsa dan enam rakannya dikejarkan ke HSNI Batu Pahat bagi mendapatkan
rawatan sebelum mangsa kedua meninggal pada 10.45 pagi kelmarin dan mangsa
pertama pada 4.45 petang hari sama," katanya.
Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati bacaan gas hidrogen sulfat
direkod pada 3.7 bahagian per juta (PPM), selain kehadiran sebatian organik.
"Pihak majikan juga didapati gagal mengamalkan tata amalan selamat bekerja di ruang
terkurung," katanya. JKKP Johor mengeluarkan notis larangan ke atas kegagalan pihak
majikan mengadakan prosedur memasuki ruang terkurung. "Satu notis pembaikan
kerana tidak mengadakan penaksiran risiko (HIRARC) bagi kerja pembersihan tangki loji
rawatan air. "Satu notis pembaikan kerana tidak melakukan latihan mencukupi
berkaitan kerja-kerja di ruang terkurung juga diberikan," katanya. Katanya, tindakan
perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di
bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerajaan (1994) ke atas pihak yang
bertanggungjawab. "JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku
terutama membabitkan pekerja, orang awam mahupun harta benda.

Last updated: 24 Julai 2019

Anda mungkin juga menyukai