Anda di halaman 1dari 1

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa
1
manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api kemarahan.

Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki
2
dan pendapatan kepada para petani.

3 Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan kegembiraan kepada nelayan.

Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi
4 mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi seorang anak tempatan.

Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara dan penderitaan mangsa
5 perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan
menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.

Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan
6
bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN
i. Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
ii. Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
iii. Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
iv. Menghargai jasa perwira-perwira negara.
v. Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang menghargainya.

BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat enam rangkap
3. Baris-baris ayat dan rima akhir
• Rangkap 1 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
• Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abca
• Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abccc
• Rangkap 4 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb
• Rangkap 5 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
• Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI


1. Simile NILAI DAN PENGAJARAN BUAT
Contoh: kepada hujan bagai tetamu SENDIRI
2. Personifikasi
Contoh: ikan-ikan yang riang
3. Metafora
Contoh: darah kesetiaan
4. Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh : kepadamu pejuang negara
5. Aliterasi - pengulangan konsonan k
Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum

Anda mungkin juga menyukai