Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Faizul

Adat Menuntut Ilmu. Semakin Diburu,


Semakin Tidak Tahu.

PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat sendiri.

Bahan 1

Disiplin merupakan kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dari aspek keagamaan, etika sosial
mahupun dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah, disiplin menjadi satu peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik akan mencerminkan tahap disiplin
sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka.
Dengan adanya disiplin, murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Penerapan nilai murni dalam
diri murid pula memberikan persepsi positif dalam kalangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Malah, murid
yang berdisiplin kelihatan berkeperibadian tinggi dan berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti yang baik
lazimnya bersedia untuk belajar. Disiplin juga dapat mengawal murid daripada melakukan perkara-perkara negatif. Murid
akan dikawal daripada merosakkan harta benda sekolah dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Disiplin Perisai Kawalan Diri” oleh Izani Hj. Daud,
Wadah Siswa, Januari 2013.

Bahan 2

Amat sukar untuk menanam disiplin yang tinggi dalam diri seseorang murid. Namun begitu, sekiranya murid tersebut telah
dididik dan diasuh oleh ibu bapa dengan disiplin yang tinggi, tidak mustahil murid tersebut mampu mencipta kejayaan dalam
akademik. Masyarakat juga perlulah cakna dengan situasi bagi mewujudkan sesebuah negara yang bertamadun dan
melahirkan masyarakat yang mampu mencorak masa depan negara yang baik. Tidak cukup dengan itu, disiplin turut dapat
memupuk jati diri yang ampuh dalam diri murid. Disiplin mengajar murid supaya tegas dengan prinsip dan nilai moral yang
ada pada diri. Sebagai contohnya, murid hendaklah berdisiplin supaya mereka menjadi seorang yang rajin, tekun,
berkeyakinan tinggi dan gemar menyahut cabaran. Hal ini jelas menunjukkan disiplin merupakan kunci kejayaan bagi setiap
murid yang sentiasa berusaha dalam kehidupan mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Disiplin Kunci Kejayaan” oleh Ayuni Jamil, usimnews.weebly.com.

i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menyahut cabaran. [2 markah]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan disiplin dalam diri seseorang. [3 markah]

iii. Seseorang yang berdisiplin akan sentiasa berketerampilan baik. Namun begitu, terdapat segelintir murid yang tidak
mahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pada pendapat anda, apakah punca seseorang tidak mahu mengikut peraturan? [4 markah]

iv. Amran ialah rakah sekuliah di universiti anda. Dia kelihatan sangat murung dan pada suatu ketika dia terpengaruh
dengan gejala negatif. Amran semakin tidak mempunyai hala tuju dalam pembelajarannya dan hampir dibuang dari
universiti.

Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu Amran untuk menangani masalahnya? [4 markah]

~2~
Adat Menuntut Ilmu. Semakin Diburu,
Semakin Tidak Tahu.

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat sendiri.

Bahan 1

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting untuk semua orang. Hal ini dikatakan demikian kerana kita memerlukan
tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan penjagaan pemakanan
dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan berkhasiat
merupakan suatu perkara yang tidak penting.
Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan kita teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang
sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah
kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sika tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita
perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengamalkan diet yang seimbang. Namun begitu, ada dalam
kalangan kita yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan di dalam tin.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Makanan Seimbang & Berkhasiat” oleh Faishah Ramlee,
Fokus, Januari 2008.

Bahan 2

Pemakanan sihat perlu diberikan penekanan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Perkara ini
adalah untuk membantu menguatkan sistem imunisasi badan. Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF) menyatakan bahawa tumpuan serius perlu diberikan kepada kemerosotan status pemakanan kanak-kanak ketika
pandemik global COVID-19 melanda kerana kebergantungan mereka terhadap golongan dewasa.
Langkah pertama yang wajar diberikan perhatian adalah dengan membantu kanak-kanak memahami kepentingan
memilih makanan berkhasiat. Ibu bapa bukan sekadar berperanan untuk menyediakan hidangan sihat kepada anak, tetapi
perlu menerangkan manfaat dan khasiat di sebalik makanan yang dihidangkan. Kita digalakkan mengambil sayur-sayuran.
Sudah pasti sayur dan buah yang mengandungi vitamin serta mineral penting dan perlu dititikberatkan selain pengambilan
hidangan karbohidrat seperti nasi dan mi serta protein seperti lauk-pauk. Ketika ini, ibu bapa perlu memastikan anak makan
sayur dan buah dengan secukupnya bagi meningkatkan tahap imuniti mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Diet Sayur, Buah-buahan Benteng Awal, Anak Atasi COVID-19” oleh Intan Farhana Abdul Rani,
www.bharian.com.my, 27 Oktober 2020.

i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud tahap imuniti. [2 markah]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan pengambilan makanan berkhasiat. [3 markah]

iii. Disebabkan oleh kesibukan bekerja, seseorang gemar mengambil makanan segera. Keadaan ini boleh mengakibatkan
kesihatannya terjejas.

Pada pendapat anda, apakah kesan pengambilan makanan segera? [4 markah]

iv. Hayati ialah rakan anda yang berazam untuk menguruskan badan. Malangnya, dia tidak dapat mengawal tabiat
pemakanannya.

Sebagai rakan yang baik, cadangkan langkah yang boleh dilakukan oleh rakan anda. [4 markah]

~3~
Adat Menuntut Ilmu. Semakin Diburu,
Semakin Tidak Tahu.

NOTA TAMBAHAN :

~4~

Anda mungkin juga menyukai