Anda di halaman 1dari 17

1 KERAJAAN ALAM MELAYU

1.1 KONSEP ALAM MELAYU

PENGENALAN

 Alam Melayu merupakan kawasan yang meliputi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara
benua Asia.
 Pada mulanya, gugusan tanah luas terbentang yang menghubungkan kawasan dataran dengan kepulauan ini dikenali
sebagai Pentas Sunda.
 Konsep Alam Melayu ini boleh dilihat dari sudut geografi, bahasa, dan budaya.

GEOGRAFI

 Tokoh-tokoh tempatan dan luar negara memberi pelbagai pendapat berkaitan aspek geografi Alam Melayu.
 Pendapat mereka menjadi rujukan dalam perbincangan tentang konsep Alam Melayu

TOKOH KONSEP ALAM MELAYU

Profesor Emeritus Dato’ Alam Melayu meliputi kawasan dari


Dr. Nik Hassan Shuhaimi Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New
Nik Abdul Rahman Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan
(Ahli Arkeologi) Pasifik sampai ke Taiwan.

Abdul Hadi Haji Alam Melayu merupakan suatu lingkungan


Hassan. geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu
(Ahli Akademik) hingga selatan Thailand.

Profesor Emeritus Tan Sri Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam,


Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail
Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra,
Hussein, (Ahli Bahasa
Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Filipina.
dan Budayawan)

Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu


Alfred Russel hingga Tenasserim dan Kepulauan Nocobar,
Wallace Filipina, dan Kepulauan Solomon hingga Papua
(Sarjana Barat) New Guinea.

Profesor Dr. Ding Choo


Ming Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang
(Pengkaji Manuskrip luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei,
Melayu) Singapura, selatan Thailand dan Filipina.
BAHASA
 Konsep Alam Melayu boleh dilihat dari aspek penggunaan bahasa serumpun yang dikaitkan dengan bahasa
Melayu.
 Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di
Alam Melayu.
 Pandangan tokoh bahasa berkaitan dengan bahasa di Alam Melayu adalah seperti berikut:

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar


(Tokoh Bahasa)
 Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan
dengan bahasa etnik peribumi.
 Persamaan ini boleh dikenal pasti melalui kata-kata
tertentu
 Apabila membuat perbandingan bahasa-bahasa serumpun
ini, terdapat pertalian kekeluargaan bahasa-bahasa ini
BAHASA DI dengan bahasa Melayu.
ALAM
MELAYU
Sultan Takdir Alisjahbana
(Tokoh Bahasa)
 Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam
Melayu sejak awal Masihi lagi.
 Sifat orang Melayu yang gemar belayar telah
mengembangkan lagi bahasa Melayu ke Alam Melayu.
 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari
membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu.

 Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh ini, kita boleh merumuskan bahawa di Alam Melayu adalah serumpun dan
mempunyai persamaan bunyi sebutannya.

Bahasa
Bahasa Jawa Bahasa Melayu Tagalog Melanau Kadazandusun
Melayu
(Indonesia) (Brunei) (Filipina) (Sibu, Sarawak) (Sabah)
(Malaysia)

Empat Papat Ampat Apat Pat Apat


Lima Limo Lima Lima Limah Limo

PRAKTIS SKIL

1. Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa .


2. Siapakah tokoh yang menjelaskan pendapat berikut?

Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai


Perkaitan dengan bahasa etnik peribumi.

3. Apakah negara Alam Melayu yang serumpun dengan negara Malaysia?


BUDAYA

 Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi aspek-aspek yang berikut:

ASPEK-ASPEK

(a)
(f)
Bahasa dan
Kepercayaan
tulisan

(b) (e)
Persuratan Kesenian

(d)
(c)
Struktur
Adat
sosial

 Menurut Dato’ A. Aziz Deraman, budaya di Alam Melayu ini telah berkembang maju sejak
awal lagi.
 Hal ini dapat dilihat dengan kemunculan beberapa kemahiran tertentu dalam bidang
kesenian.
a) Kemahiran pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri.
b) Kedua-dua kemahiran ini merupakan ciptaan asli di Alam Melayu.
c) Nilai-nilai serumpun wujud dalam masyarakat Alam Melayu terutamanya
gotong-royong.
d) Kemahiran dalam seni persembahan seperti wayang kulit di Kelantan dan
Pulau Jawa.
 Alam Melayu merupakan kawasan yang memiliki kebudayaan serumpun.
 Hal ini dibuktikan dengan wujudnya persamaan budaya dalam kalangan penduduk Alam
Melayu.

RUMUSAN

 Masyarakat Alam Melayu mempunyai persamaan bahasa dan budaya.


 Kini, ikatan keserumpunan bahasa dan budaya masih kuat dalam kalangan penduduk di Alam Melayu walaupun
penduduk Alam Melayu dibahagikan kepada beberapa buah negara.
 Keadaan ini dapat memupuk kesedaran bahawa kita adalah serumpun di Alam Melayu.

PRAKTIS SKIL

1. Apakah aspek-aspek budaya serumpun?


(a) .
(b) .
(c) .
1.2 KEWUJUDAN KERAJAAN DI ALAM MELAYU

PENGENALAN

 Sejak abad pertama lagi, kerajaan Alam Melayu telah wujud.


 Kerajaan ini bermula daripada petempatan kecil yang berkembang menjadi pelabuhan.
 Pelabuhan ini seterusnya berkembang menjadi kerajaan.
 Antara kerajaan tersebut termasuklah Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga
Nagara.

Kerajaan-kerajaan awal Alam Melayu

 Kerajaan-kerajaan yang muncul di Alam Melayu adalah seperti berikut:

Kerajaan Lokasi Masa Pusat Kerajaan


Kerajaan Funan Lembah Sungai Mekong Abad pertama Vyadhapura
Selatan dan tengah
Kerajaan Champa Abad kedua Indrapura
Vietnam
Kerajaan Kedah Sungai Mas dan Sungai Sungai Mas dan Pangkalan
Abad kelima
Tua Bujang Bujang
Kerajaan Gangga Pantai Barat bahagian
Abad keenam Pangkalan
Nagara tengah Tanah Melayu
Lembah Sungai Musi,
Kerajaan Srivijaya Abad ketujuh Palembang
Sumatera
Kerajaan Angkor Lembah Sungai Mekong Abad kesembilan Harihalaya
Kerajaan Lembah Sungai Brantas
Abad ke-13 Kota Trowulan
Majapahit Jawa Timur

KEPENTINGAN

 Pembentukan kerajaan sejak abad pertama membuktikan bahawa Alam Melayu juga mempunyai kerajaan yang
sezaman dengan tamadun lain.
 Kerajaan ini telah berjaya membina kegemilangan yang agung.
 Alam Melayu mempunyai warisan kerajaan yang agung seperti tamadun lain di dunia.
1.2 KERAJAAN ALAM MELAYU YANG MASYHUR

PENGENALAN

 Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Nagara merupakan antara kerajaan Alam Melayu
yang masyhur.
 Kemasyhuran kerajaan-kerajaan ini dapat dilihat dalam aspek pemerintahan, ekonomi, agama, dan kemunculan
pelabuhan.

KERAJAAN YANG MASYHUR


Kerajaan Funan Kerajaan Champa
Pengasasan

 Kerajaan Champa diasaskan oleh Chu-Lien pada


 Kerajaan Funan diasaskan oleh seorang Brahmin yang
tahun 192 M.
bernama, Kaundinya.
 Pusat pentadbirannya terletak di Indrapura.
 Beliau berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di
 Champa sering menghadapi serangan dari Dai Viet.
Sungai Mekong dan membentuk kerajaan Funan.
 Chu-Lien telah Berjaya membebaskan Champa
 Pusat pentadbirannya terletak di Vyadhapura.
daripada pengaruh China.

Kemasyhuran
 Kerajaan Funan masyhur semasa pemerintahan Fan
Shih-Man.  Kerajaan Champa mula mengalami zaman
 Beliau telah meluaskan empayar Funan ke Sungai kemasyhuran semasa pemerintahan Che Bong Nga.
Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur.  Beliau telah Berjaya mengatasi ancaman Dai Viet.
 Kemudian, beliau menguasai selatan Myanmar dan  Beliau meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai
Segenting Kra. Viet dan berjaya membunuh Raja Tran Due Tong,
 Kejayaan beliau menguasai wilayah ini membolehkan pemerintah Dai Viet.
Funan menguasai jalan perdagangan utama antara  Pada tahun 1369, pemerintahan beliau mendapat
timur dengan barat. pengiktirafan daripada Dinasti Ming.
 Kesannya, pada abad ketiga Funan menjadi pusat
perdagangan utama di Alam Melayu.
Kemerosotan

 Kerajaan Champa mulai merosot apabila


pemerintahnya, Indravarman meninggal dunia pada
 Rudravarman merupakan raja Funan yang terakhir. tahun 1441.
 Kerajaan Funan telah merosot akibat serangan  Keadaaan ini memberi peluang kepada Dai Viet untuk
kerajaan Chenia yang terletak di utara Funan. melancarkan beberapa serangan ke atas Champa.
 Pada tahun 1471, Champa ditawan oleh Dai Viet.

PRAKTIS SKIL
1. Di manakah pusat pentadbiran kerajaan Funan?
.
2. Apakah punca kemerosotan kerajaan Funan?
.
3. Siapakah yang menawan Champa pada tahun 1471?
Pengasasan
 Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 M.
 Pusat pentadbirannya: Palembang .
 Memperkukuh kerajaan Srivijaya dengan menakluk kawasan
sekitarnya seperti Bangka dan Tamma.

Kemasyhuran
 Pada zaman pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad
kelapan, Srivijaya telah berjaya menakluk Sumatera, selatan
Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra.
 Penaklukan ini membolehkan Srivijaya:
- Menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat
SRIVIJAYA Sunda.
- Menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu
 Srivijaya juga terkenal sebagai pusat pengajian agama Buddha.

Kemerosotan
 Pada tahun 1025, Srivijaya telah diserang oleh tentera Chola dari
selatan India.
 Serangan tersebut menyebabkan Srivijaya menjadi lemah.

Pengasasan
 Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla.
 Beliau Berjaya menyatukan wilayah di Lembah Sungai Mekong.
 Pusat pentadbirannya: Hariharalaya

Kemasyhuran
 Semasa pemerintahan Suryavarman II, empayar Angkor diperluas
ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar.
KERAJAAN  Beliau Berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai
YANG Viet.
 Beliau mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang
MASYHUR ANGKOR tempatan dengan pedagang luar.
 Usaha Suryavarman II telah diteruskan oleh Jayavarman VII.
 Beliau telah meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam.
 Beliau membina Angkor Thom dan mendirikan 102 buah hospital.

Kemerosotan
 Kerajaan Angkor mulai menjadi lemah selepas kematian
Jayavarman VII.
 Serangan Siam, tahun 1594 telah melemahkan kerajaan Angkor.
Angkor.
Pengasasan
 Raden Vijaya telah Berjaya mengasaskan kerajaan Majapahit
dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa
pada tahun 1294.
 Pusat kerajaan: Kota Trowulan.

Kemasyhuran
 Apabila Patih Gajah Mada dilantik sebagai Perdana Menteri oleh
pemerintah Tribuana Tunggadewi, Majapahit mulai menjadi
masyhur.
MAJAPAHIT  Patih Gajah Mada telah berjaya mengembalikan keamanan dan
keselamatan kerajaan Majapahit.
 Beliau mula meluaskan tanah jajajhan Majapahit
 Antara tanah jajahan yang ditakuti termasuklah Timur Pulau Jawa,
pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau
Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi, dan Kepulauan
Maluku.
 Kejayaan ini menjadikan Majapahit sebagai sebuah pusat
perdagangan pada abad ke-14.

Kemerosotan
 Kerajaan Majapahit mulai merosot apabila Patih Gajah Mada
meninggal dunia.
• Serangan kerajaan Demak pada tahun 1478.
KERAJAAN YANG MAHSYUR

Kerajaan Kedah Tua Kerajaan Gangga Nagara


Pengasasan
 Kerajaan Kedah Tua bermula dengan penglibatan
masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan  Menurut kajian arkeologi, kerajaan Gangga Nagara telah
kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di muncul pada abad keenam.
Sungai Mas.
 Namun, kerajaan ini telah berperanan sebagai pusat
 Pada peringkat awal, pusat kerajaan Kedah Tua Pelabuhan sejak abad kelima lagi.
terletak di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
 Pendapat tentang pengasasan Kerajaan Gangga Nagara:
 Kewujudan kerajaan Kedah Tua ini diperkukuhkan  Menurut sumber tradisi, pengasas kerajaan Gangga
dengan catatan golongan agama dan pedagang dari Nagara ialah Raja Ganji Sarjuna.
China, India dan Arab-Parsi.  Terdapat pendapat lain yang menyatakan kerajaan
 Sumber China menamakan kerajaan Kedah Tua Gangga Negara ini dibuka oleh Raja Khmer dari
sebagai Chieh Ch’a. Kemboja.
 Sumber India merujuk kerajaan Kedah Tua sebagai
 Pada peringkat awal, kerajaan ini berpusat di Pangkalan.
Kataha.
 Sumber dari Arab pula merujuk kerajaan Kedah
Tua sebagai Kalah-bar.

Kemasyhuran
 Kerajaan Kedah Tua menjadi masyhur kerana  Pada abad kesembilan, kerajaan Gangga Nagara mula
kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah menjadi masyhur.
Bujang.  Sejaka abad kelima, kerajaan Gangga Nagara sering
 Lembah Bujang menjadi tumpuan pedagang dari dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil
timur dan barat. bumi seperti emas dan bijih timah.
 Mereka menjalankan kegiatan perdagangan dengan  Pada tahun 850 M, kerajaan Gangga Nagara berjaya
penduduk tempatan dan pedagang luar yang lain. mempertahankan kedaulatannya daripada serangan
 Kerajaan Kedah Tua juga menjadi pusat keagamaan kerajaan Srivijaya.
agama Buddha.
Kemerosotan

 Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua menyebabkan


kerajaan Srivijaya menguasai Kedah Tua.
 Pada tahun 1025, kerajaan Gangga Nagara diserang oleh
 Kerajaan Kedah Tua diserang oleh tentera Chola dari tentera Chola dari India.
selatan India pada tahun1025.
 Serangan ini telah memusnahkan Pelabuhan Gangga
 Serangan tersebut telah melemahkan kegiatan Nagara.
perdagangan di Kedah Tua.
 Kerajaan Gangga Nagara mulai merosot selepas serangan
 Pada abad ketujuh, Kedah Tua mula mengalami tersebut.
perubahan pemerintahan apabila munculnya
pengasasan Kesultanan Kedah yang memulakan
kerajaan baharu di Kedah.

PRAKTIS SKIL

1. Di manakah pusat kerajaan awal Kedah Tua?


2. Mengapakah kerajaan Gangga Nagara mulai merosot selepas tahun 1025?

1.4 KERAJAAN ALAM MELAYU DAN KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

PENGENALAN

1. Kerajaan Alam Melayu muncul sezaman dengan kerajaan-kerajaan luar yang lain.
2. Hal ini dapat membuktikan bahawa kerajaan Alam Melayu telah membangun dan maju standing dengan
kerajaan-kerajaan luar.
3. Kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik dengan kerajaan ini.

KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

Abad Huraian
Kerajaan Funan sezaman dengan empayar Rom, empayar Parsi, empayar Kushan dan Dinasti
Pertama
Han.
Kerajaan Champa, Angkor, dan Srivijaya sezaman dengan kerajaan Abbasiyah, empayar
Kesembilan
Byzantine, Dinasti Tang dan kerajaan Chola.
Kerajaan Champa, Angkor, dan Majapahit sezaman dengan empayar Mongol, kerajaan Turki
Ke-14
Uthmaniyah dan Kesultanan Delhi.

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Jalan perdagangan Alam Melayu dengan kerajaan luar dari abad pertama hingga abad ke-15

PRAKTIS SKIL
1. Nyatakan empayar atau dinasti yang sezaman dengan kerajaan Funan.

HUBUNGAN KEAGAMAAN

1. Kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan dengan kerajaan luar.


2. Hubungan tersebut telah mendorong penyebaran agama Hindu-Buddha dan Islam di Alam Melayu.
3. Penyebaran agama tersebut telah mempengaruhi kehidupan masyarakat kerajaan Alam Melayu dalam pelbagai aspek
seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya.

 Melalui golongan Brahmin


Agama Hindu  Melalui golongan tentera
 Melalaui peranan pedagang

 Pemerintah empayar Maurya, iaitu Asoka


CARA telah menghantar sami-sami Buddha untuk
PENYEBARAN Agama Buddha
menyebarkan agama Buddha ke Alam
AGAMA DI Melayu.
ALAM MELAYU

 Melalui peranan pemerintah


Agama Islam  Melalui pendakwah
 Melalaui peranan para pedagang islam

4. Sikap keterbukaan penduduk Alam Melayu telah mendorong perkembangan agama Hindu-Buddha dan Islam di
Alam Melayu.
5. Sebahagian daripada penduduk Alam Melayu menganuti agama Hindu dan Buddha.
6. Setelah pertapakan agama islam di Alam Melayu, agama ini dianuti oleh sebahagian besar penduduk tempatan.

PRAKTIS SKIL

1. Bagaimanakah cara penyebaran agama Hindu?

2. Mengapakah Asoka menghantar sami ke Alam Melayu?


HUBUNGAN DIPLOMATIK

1. Hubungan diplomatik merupakan hubungan politik antara dua kerajaan.


2. Pemerintah kerajaan Alam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan di China dan India
untuk :
(a) Mengukuhkan kedudukannya
(b) Mengembangkan aktiviti perdagangan

HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN CHINA

Kerajaan Funan menghantar utusan ke China pada abad ketiga


untuk meminta bantuan tentera bagi menentang Dai Viet.

Kerajaan Champa menghantar utusan ke China pada abad


ketiga untuk memulihkan hubungan setelah berperang dengan
sekutu China, iaitu Dai Viet.

Kerajaan Kedah Tua menghantar utusan ke China pada abad


ketujuh untuk mengukuhkan hubungan persahabatan.
CHINA
Kerajaan Srivijaya menghantar utusan ke China pada abad
ketujuh untuk mendapatkan pengiktirafan dan mengukuhkan
hubungan persahabatan dan perdagangan.

Kerajaan Angkor menghantar utusan ke China pada abad ke-12


untuk mengukuhkan hubungan persahabatan dan perdagangan.

Kerajaan Majapahit menghantar utusan ke China pada abad


ke-14 untuk menjalin hubungan persahabatan.

PRAKTIS SKIL

1. Nyatakan dua negara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan India.


(a)

(b)

2. Mengapakah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan India?
HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN INDIA

Kerajaan Alam
Melayu Hubungan Kerajaan Alam Melayu dengan India

FUNAN Funan menghantar utusan ke India pada abad ketiga untuk


mengukuhkan hubungan perdagangan dan keagamaan.

SRIVIJAYA Srivijaya menghantar utusan ke India pada abad kesembilan


untuk mengukuhkan hubungan persahabaatn dan keagamaan.

MAJAPAHIT Majapahit menghantar utusan ke India pada abad ke-14 untuk


mengeratkan hubungan persahabatan.

ANGKOR
Angkor menhantar utusan ke India pada abad ke-12 untuk
mengeratkan hubungan persahabatan.

Hubungan diplomatik yang terjalin antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar menunjukkan usaha
persahabatan yang cuba diwujudkan antara kerajaan.

PRAKTIS SKIL

1. Nyatakan dua negara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan India.

(a) .
(b) .

2. Apakah hubungan yang ingin dijalinkan oleh kerajaan Majapahit dan kerajaan Angkor dengan kerajaan India?

3. Apakah hubungan kerajaan Funan dan Srivijaya dengan kerajaan India?

.
SOALAN SUBJEKTIF

1. Nyatakan konsep Alam Melayu berdasarkan tokoh-tokoh berikut.

a)
 Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan
Shuhaimi Nik Abdul Rahman

b)

 Abdul Hadi Haji Hassan

c)

 Alfred Russel Wallace

d)

 Profesor Emeritus Dato ’Dr. Asmah Haji


Omar
2. Senaraikan kerajaan Alam Melayu yang masyhur.

(a)

(b)
KERAJAAN ALAM
MELAYU YANG (c)
MASYHUR
(d)

(e)

(f)

3. Nyatakan kemasyhuran kerajaan Kedah Tua

BUKU TEKS GURU

(a)

(d) (b)
Kemasyhuran
kerajaan
Kedah Tua

(c)
BUKU RUJUKANkerajaan
4. Padankan berikut dengan pengasas kerajaan Alam Melayu. LAMAN SESAWANG

Funan Jayavarman II

Champa Raden Vijaya

Srivijaya Raja Ganji Sarjuna

Angkor Kaundinya

Majapahit Dapunta Hyang Sri Jayanasa

Gangga Nagara Chu-Lien

5. Senaraikan kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu pada abad kesembilan.

Kerajaan Luar
yangsezaman dengan
Alam Melayu pada
abad ke-9
6. Lengkapkan petikan berikut mengenai kerajaan Alam Melayu.

Hasil bumi Sosiobudaya India Perdagangan Hindu

Kerajaan Alam Melayu menjalankan hubungan (a) dengan kerajaan luar.

Kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta kekayaan (b) yang

mendorong pemerintah kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar mendorong penyebaran

agama (c) , Buddha dan Islam. Penyebaran agama tersebut telah mempengaruhi

pelbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan (d)

.Kerajaan Alam Melayu mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan (e)

bertujuan mengukuhkan kedudukan dan membuka jalan perdagangan.

7. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah mengenai kerajaan Alam
Melayu yang masyhur.

a) Kerajaan Funan memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Vet.

b) Champa menghantar utusan kepada China untuk menjalinkan hubungan persahabatan.

c) Srivijaya menjalinkan hubungan dengan China mengukuhkan hubungan perdagangan.

d) Majapahit menjalin hubungan dengan India untuk memohon bantuan ketenteraan dan
memperkukuhkan hubungan perdagangan.

e) Angkor menjalinkan hubungan dengan China untuk menewaskan Dai Viet.

f) Kedah Tua tidak menjalin hubungan dengan China.


SOALAN OBJEKTIF

1. Kebanyakan tokoh mengemukakan pandangan yang


hampir sama dari aspek geografi Alam Melayu.
Antara berikut, yang manakah kawasan 6. Antara berikut, yang mankah kerajaan Melayu yang
merangkumi Alam Melayu? sezaman dengan empayar Rom?

I Indonesia A Funan
II Brunei B Srivijaya
III China C Angkor
IV India D Champa
A I dan II
B I dan IV 7. Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan
C II dan III luar mendorong penyebaran agama Islam. Antara
D III dan IV berikut, yang manakah cara penyebaran agama
Islam di Alam Melayu?
2. Konsep Alam Melayu juga boleh dilihat dari aspek
penggunaan bahasa serumpun. Apakah bahasa yang I Pedagang
dipertuturkan di Alam Melayu? II Pemerintah
III Peranan Asoka
A Jawa C Austronesia IV Brahmin
B Melayu D Melayu kuno A I dan II
B I dan IV
3. Konsep Alam Melayu secara umum boleh dilihat C II dan III
dari sudut geografi, bahasa dan . D III dan IV

A Kepulauan 8. Apakah peranan Asoka dalam penyebaran agama


B Gugusan Buddha di Alam Melayu?
C Kawasan
D Budaya A Membina tiang asoka
B Membina kuil Buddha
4. Antara berikut, yang manakah berkaitan C Menghantar sami Buddha ke Alam Melayu
kemasyhuran kerajaan Kedah Tua? D Menjalin hubungan perdagangan dengan
Alam Melayu
I Kekayaan hasil bumi
II Pusat perdagangan utama Alam Melayu 9. Pada pandangan anda, apakah ikhtibar daripada
III Lembah bujang terkenal dengan kepesatan hubungan diplomatik kerajaan Alam Melayu
aktiviti perdagangan dengan kerajaan luar? KBAT
IV Menjadi pusat keagamaan agama Buddha
A I dan II A Toleransi
B I dan IV B Kerjasama
C II dan III C Kegigihan
D III dan IV D Sifat keterbukaan
5. Apakah sumbangan Patih Gajah Mada terhadap 10. Mengapakah kerajaan Srivijaya menjalinkan
kemasyhuran kerajaan Majapahit? hubungan dengan kerajaan India?
A Meluaskan jajahan ke luar Alam Melayu I Mendapatkan barang mewah
B Mengatasi ancaman musuh II Memperkukuh hubungan perdagangan
C Mendapatkan pengiktirafan daripada Dinasti III Mengukuhkan hubungan persahabatan
Ming IV Mengeratkan hubungan keagamaan
D Mengembalikan keamanan dan keselamatan A I dan II
Majapahit. B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Anda mungkin juga menyukai