Anda di halaman 1dari 2

MEMBEDAH SADUKA BAGAI KATA KARYA HASSAN JAIDIN

Oleh Yuliamin Sahirursah Yusop

BAGAI KATA

Bagai tinta
coret cinta
pasti bait
elok kait.

Bagai rindu
penuh sendu
ingin kata
mekar lata.

Bagai rusuh
depan musuh
klise singkir
tanpa mungkir.

HASSAN JAIDIN
Kg. Pantai Sipitang.
2 Jun 2018.

Pandangan Pertama
Apabila melihat karya saduka Bagai Kata karya Hassan Jaidin, saya melihatnya dari tiga sisi iaitu
sebagai penulis (pengkarya), sebagai penikmat (pembaca) dan sebagai pencari (penilai). 
Setiap sisi ada kaedah untuk memahami karya. Kaedah karya (idea, ilham), kaedah penikmat
(keperluan, kehendak, kepuasan) dan mentaliti standard (format, mesej, bahasa, diksi dan lain-lain).
Daripada sisi tersebut didapati saduka Bagai Kata memiliki lapisan makna yg mampu diangkat tinggi
kerana karya itu sendiri mampu berdiri sendiri. Diriannya teguh. Lalu ditemukan sebagaimana di atas
iaitu falsafah (pegangan), rohani (semangat) dan jasmani (tindakan). Begitu adanya.

Pencerahan
Berdasarkan saduka Bagai Kata (BK) oleh Hassan Jaidin lapisan makna yang ditemui ialah makna
manusia (M), makna masyarakat (rakyat)(R) dan makna negara (N). Ketiga-tiga makna (MRN)
meskipun berlainan konteksnya iaitu manusia (individu), rakyat (sekumpulan) dan negara (kesatuan
rakyat dan pemerintah) diperkuat oleh kesatuan makna dengan nilai atau ciri yang sama. Ketiga-tiga
makna ini pula mempunyai kesatuan kesan yang sama dan kukuh. Pada akhirnya membawa kepada
nasionalis.

Nasionalis dalam BK bagi saya ialah memiliki diksi-diksi (petunjuk) diakui bernilai patriot iaitu cinta,
rindu dan musuh. Baik M, R atau N, cinta, rindu dan musuh itu adalah sesuatu yang biasa untuk
menunjukkan persifatan mereka. Sebagai contoh, M cintanya pada insan lain, diikuti rindu, kemudian
bersifat melindungi kekasihnya daripada musuh. Begitu R dan N.

Untuk memastikan MRN itu benar-benar senada dengan cinta, rindu dan musuh sehingga BK benar-
benar nasionalis kita akan melihat konsep kenegaraan itu sendiri dari sudut falsafah, rohani dan
jasmani.
Falsafah
Falsafah jika dapat dipermudahkan adalah pegangan (dari sudut makna M) atau peraturan (sudut R)
yang jadi panduan keterusan hidup. Bagi N, falsafah kenegaraan biasanya kita kenali sebagai
perlembagaan. Perlembangan ditulis dan dimaktubkan menjadi pancang dirian negara. R1 BK
memberikan gambaran sewajarnya mengenai perkara ini. R1B1-B2 diperturun undang-undang dan
peraturan untuk membina negara lebih baik dan berdaulat. Demi mengambil kira daulat itu maka
R1B3-B4 mesti terperinci, utuh dan saling berkait. Dengan kata lain dari fasal demi fasal seterusnya
sub-subnya.

Rohani
Apabila sebuah negara memiliki perlembagaan, ia hendaklah diamalkan dan dituruti oleh R.
Menjadikan negara aman, makmur dan bahagia. Maka semua itu perlukan kekuatan dalaman iaitu
rohani setiap M untuk menghayati maksud perlembagaan yang melibatkan kepatuhan dan kesetiaan.
R2B1-B2 menunjukkan similarisasi makna kepatuhan dan kepatuhan sehingga andai melanggar
peraturan atau perlembagaan menyebabkan rasa bersalah. Dalam konteks M yang bercinta, rindu
adalah kecamuk jiwa sehingga derita dalam dirinya menyebabkan R2B2. Maka konteks kepatuhan
dan kesetiaan tersebut seboleh-bolehnya diterapkan kepada seluruh R sebagaimana R2B3-B4.

Adakah B4 semakna itu menyokong R2B1-B3? Isunya diksi ‘lata’ sungguhpun ‘mekar’ menyokong
R2B1-B3. Pengertian lata yang diambil ialah menjalar dan sisi marhaen (taraf terkebawah dalam
piramid pemerintahan). Maka menggambarkan keteguhan mekar itu adalah kebijaksanaan penyair
memilih ‘lata’ itu sendiri. Ini kerana ‘mekar’ telah meliputi promosi penyampaian (sebagaimana
fungsi media dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan). Sedang ‘mekar juga merangkum kepada
golongan terkebawah. Dengan kata lain ‘lata’ dari golongan atas sehingga ke bawah (partisan).
Justeru, R2B4 secara menyeluruh memperkuat R2B1-B3 tanpa seorang rakyat pun lolos memenuhi
R2B1-B2.

Jasmani
Sebuah N yang berpelembagaan telah terbina, R memiliki patriotisme yang tinggi, tinggal lagi untuk
membuktikannya. M yang bercinta akan membuktikan cintanya melalui tindakan. Tindakan ini adalah
perbuatan jasmani. Apa yang perlu dibuktikan bukan sahaja ketaatan (telah dipenuhi dalam R2),
malah melibatkan maruah. Biasanya, kekasih akan melindunginya daripada musuh. Pembuktian
jasmani terungkap teguh dalam R3B1-B2. ‘Rusuh’ menggambarkan perbuatan tidak kiralah dengan
mulut, tangan atau senjata menunjukkan betapa tekad dan beraninya menghadapi R3B2. Perbuatan
berani itu semestinya semua sepakat dilakukan oleh M lain juga R3B3 untuk membuktikan taat setia
(baiah sebagai warganegara) R3B4. R3 jelasnya mengungkapkan keberanian mempertahankan negara
bagi memenuhi janji (ikran Rukun Negara) demi kedaulatan negara.

Demikian, Saduka BK bukan sekadar menunjukkan tinta. Tajuk BK itu sendiri adalah bukti MRN
menterjemahkan fasafah, rohani dan jasmani dalam kehidupan. Justeru Saduka BK ini berdiri tegap
secara utuhnya sebagai karya yang penuh filsafat, dorongan dan panduan bagi seorang nasionalis.

#bedahsadukabagaikatahassanjaidin_sudutpandangyuliaminsahirursah

Anda mungkin juga menyukai