Anda di halaman 1dari 5

MASA PERKARA

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk


Ketibaan VIP Jamaluddin Bin Ropa (Ketua UMNO Bahagian
Pandan).

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t


dan Salam Keluarga Malaysia.

*(Baca senarai nama kehadiran)

Selamat datang ke Majlis Ramah Mesra Keluarga


KEMAS Parlimen Pandan Bersama UMNO
Bahagian Pandan.

Untuk pengetahuan para hadirin sekalian majlis ini


diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara warga KEMAS
Parlimen Pandan dan UMNO Bahagian Pandan.

Majlis merakamkan setinggi-tingi penghargaan di


atas kehadiran Yang Berbahagia Datuk Jamaluddin

Bin Ropa. Ketua UMNO Bahagian Pandan kerana


sudi memeriahkan majlis pada petang ini.
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang
ini, dijemput Tuan Haji Kamalrozaman Bin
Ismail untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
Bacaan Doa segala hormat mempersilakan.

………………..BACAAN DOA………………

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis


mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik


Mahathir Bin Mohamad, Pegawai KEMAS
Ucapan kata aluan DAERAH HULU LANGAT untuk menyampaikan
kata aluan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

…………………UCAPAN PKD……………….

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Encik Mahathir Bin Mohamad atas ucapan sebentar
tadi.

Besar langit ditepi busut,


Di atas papan batang jerami,
Besar hajat kami menjemput,
Tiba masanya bicara perasmi.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya


Ucapan Perasmian
menjemput Yang Berbahagia Datuk Jamaluddin
Bin Ropa, Ketua UMNO Bahagian Pandan, untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Ramah Mesra KEMAS Parlimen Pandan
Bersama Umno Bahagian Pandan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

………………UCAPAN PERASMI…………….

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia


Datuk Jamaluddin Bin Ropa atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian dijemput untuk


menikamati hidangan yang telah disediakan.

- Shawl kreatif
(12 peserta dan pilih 3 terbaik)
- Ikatan pelikat paling kreatif
(12 peserta dan pilih 3 terbaik)
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
hadiah. Dengan ini majlis menjemput Yang
Berbahagia Datuk Jamaluddin Bin Ropa diiringi
Encik Mahathir Bin Mohamad untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang. Majlis mempersilakan.

Penyampaian Hadiah

Sebagai tanda penghargaan,

Dengan ini berakhirlah Majlis Ramah Mesra


Keluarga KEMAS Parlimen Pandan Bersama
UMNO Bahagian Pandan. Sekali lagi majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
hadirin di atas kesudian untuk bersama-sama
menjayakan majlis pada petang ini.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa dengan rendah


hati memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya
terdapat sebarang kekurangan dalam pengendalian
program pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Allah yang buruk itu dari kami sendiri.

Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai