Anda di halaman 1dari 3

Modul 6.

1_Aktiviti 1: Merungkai DSKP

Aktiviti 1: Merungkai DSKP

Mengenal Pasti ‘The Big Idea’


Kenal pasti SK, SP, Tahap Prestasi dalam DSKP bagi beberapa mata pelajaran.
Tentukan mata pelajaran yang akan menjadi ‘tuan rumah’.

Tuliskan ‘The Big Idea’ dalam bentuk ayat.

contoh :
MENU SIHAT INSPIRASI GAYA HIDUPKU

Sediakan catatan yang perlu untuk penerangan lanjut tentang apa yang
murid perlu TAHU dan boleh LAKUKAN dengan melengkapkan Toolkit
M6.1-A1: Senarai Semak Standard.

1
Mengenal Pasti Pengetahuan dan Kemahiran
Senaraikan kata nama, kenyataan kata nama dan kata sifat yang terdapat
dalam DSKP:

Kelas makanan
Gizi makanan seimbang
Kalori makanan
 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai kelas makanan.
 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai gizi seimbang.
 Menganggar kalori makanan yang diambil dalam setiap hidangan
 merancang satu gizi seimbang
 Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi seimbang, senaman dan gaya
hidup yang sihat dalam mengekalkan kesihatan badan.

Huraikan dalam perkataan atau beberapa “bullet”, apakah murid perlu TAHU.

 Kelas makanan
 Jenis makanan dalam setiap kelas makanan
 Kalori makanan
 Mengira kalori makanan

Senaraikan kata kerja dan frasa kata kerja yang telah dikenal pasti dalam DSKP.

 Menghuraikan
 Berkomunikasi
 Menganggarkan
 Merancang
 Membuat Kajian
 Mewajarkan

Huraikan dalam ayat atau beberapa “bullet”, apakah yang dijangkakan


murid DAPAT LAKUKAN

 Murid dapat menyatakan kelas makanan


 Murid memberi contoh makanan dalam setiap kelas makanan
 Mengira kalori makanan
 Merancang gizi seimbang
 Mewajarkan kepentingan gizi seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat
dalam mengekalkan kesihatan badan.

2
Menulis Soalan Pencetus Idea
Soalan Pencetus Idea (SPI) yang bersifat terbuka (open-ended)
merangkumi standard kandungan.Tuliskan Soalan Pencetus Idea (SPI)
berasaskan ciri-ciri berikut:
o SPI mencetuskan soalan terhadap kerangka konseptual standard
dengan mensasarkan komponen khusus standard tersebut.
o Ciri-ciri SPI:
▪ Provokatif dan menimbulkan pelbagai hujah / pendapat / pandangan
▪ Tiada jawapan YA atau TIDAK
▪ Direka bentuk sebagai panduan ke arah memahami ‘The Big idea’
▪ Bertujuan mendalami kefahaman murid
▪ Direka bentuk untuk mencetus soalan-soalan lain
untuk meningkatkan kefahaman terhadap standard
▪ Memberi fokus terhadap elemen yang terdapat dalam standard
▪ Murid perlu memahami soalan
▪ Bersifat konseptual dan menyentuh standard kandungan
▪ Menggunakan istilah yang umum
▪ Autentik
Soalan-soalan Pencetus Idea:

1. RBT : Bagaimanakah cara yang kita boleh lakukan bagi memupuk minat murid untuk merasa
seronok untuk membawa bekal ke sekolah?
2. RBT: Apakah bahan yang jimat dan sesuai digunakan untuk menghasilkan pembungkusan
makanan?
3. RBT : bagaimanakah reka bentuk pembunkusan makanan yang wajar dihasilkan supaya kualiti
makanan bekal tahan lama?
4. RBT :Selaku pereka bentuk, apakah langkah yang perlu dilakukan sebelum kita menghasilkan
reka bentuk pembungkusan makanan?
5. Sains : Bagaimana untuk mengatasi masalah obesiti di kalangn pelajar sekolah?
6. Sains : Adakah menu gizi seimbang dgn menggunakan bekas suku suku separuh dapat
mengatasi masalah pelajar yg mengalami masalah obesiti
7. Sains : Bekas makanan suku suku separuh yang mana yang lebih memenuhi kriteria gizi
seimbang pelajar ?
8. Math : Cadangkan 'portion' pemakanan sihat untuk mengatasi masalah obesiti.
9. Math : Bagaimanakan konsep suku suku separuh mampu memberi kesan kepada pengambilan
gizi yg seimbang kepada pelajar?
10. BI ; Apakah cara yang pelajar boleh lakukan untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan
sihat tanpa memudaratkan diri?
11. BI: Adakah masalah obesiti dikalangan murid-murid hanya disebabkan oleh makanan tidak
seimbang?
12. PSV : adakah logo memainkan peranan yang penting pada pembungkusan?

Anda mungkin juga menyukai