Anda di halaman 1dari 1

Mengapa kita menjadi gemuk?

Punca-punca obesiti

Kegemukan=obesiti

Mengapa=sebab=punca

Sekarang, Malaysia mempunyai masalah kesihatan obesiti. Apabila berat badan menjadi terlebih, badan
pun berpenyakit dan tidak sihat. Masalah obesiti kanak-kanak dan orang dewasa sangat serious.
Mengapakah masalah kegemukan berlaku pada orang Malaysia? Terdapat beberapa punca obesiti.

Banyak orang suka makan di KFC, Pizza hut dan Mcdonald. Mereka makan ayam goreng, burger daging,
kentang goreng dan piza. Makanan-makanan ini tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini ada banyak
minyak dan Lemak kerana di goreng. Jika selalu di makan, kita akan menjadi gemuk. Jika banyak di
makan, kita akan menjadi gemuk.

Cristiano Ronaldo tidak suka minum Cola kerana minuman itu manis dan banyak gula. Minum terlalu
banyak minuman yang mempunyai gula boleh menjadikan kita gemuk. Kita perlu kurang minum
minuman ringan atau jus manis. Kita perlu banyak minum air putih.

Selain itu, banyak orang suka menonton televisyen dan bermain komputer apabila ada masa di rumah.
Banyak orang tidak mahu bersukan, berlari, berjalan dan bermain bola di taman permainan. Mereka
suka menggunakan kereta untuk pergi ke kedai dan tidak mahu berjalan atau berbasikal. Akhirnya,
mereka menjadi gemuk dan mempunyai masalah obesiti.

Kesimpulannya, mencegah lebih baik dari merawat, jadi kita perlu melihat dengan serius masalah
obesiti. Jangan tunggu sehingga obesiti menjadi jarum dalam daging.

Anda mungkin juga menyukai