Anda di halaman 1dari 9

ISU-ISU SOLAT BERJEMAAH

1. Isu Ikhtilaf Hukum Solat Fardu Berjemaah


Masih ramai dari kalangan masyarakat Islam yang keliru terhadap hukum solat fardu
secara berjemaah serta memandang remeh terhadap kepentingan solat berjemaah. Hal ini
disebabkan pengetahuan yang masih kabur dan kurang jelas terhadap kepentingan dan
tuntutan solat berjemaah dalam Islam. Selain itu, terdapat juga perbincangan mengenai
ikhtilaf hukum solat secara berjemaah yang dibincangkan ulama’ mazhab Syafie supaya
sunnah berjemaah itu dapat dihayati dan dimakmurkan dalam kehidupan masyarakat Islam.
Terdapat tiga perbezaan hukum solat berjemaah dalam mazhab Syafie iaitu:

1.1 Fardhu ‘Ain


Terdapat pendapat dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa solat berjemaah
hukumnya fardhu ain iaitu segala sesuatu yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu tetapi
ianya bukanlah syarat sah solat. Dalam erti kata yang lain, solat berseorangan hukumnya
harus dan sah tetapi dia tetap berdosa kerana tidak solat secara berjemaah. Dasar pendapat ini
adalah daripada dalil berikut:

1. Dalil al-Quran:

‫َأسلِ َحَت ُه ْم‬ ِ ‫الصالَة َف ْلت ُقم طَآِئَفةُ ِّمْنهم َّمع‬ ِ ‫وِإ َذا ُك‬
ْ ‫ك َوليَاْ ُخ ُذوا‬
َ َ ُْ ْ َ َ ‫نت في ِه ْم فََأقَ ْم‬
َّ ‫ت هَلُ ْم‬ َ َ
‫ِ ِئ‬ ‫ِئ‬ ِ
َ ‫صلُّوا َم َع‬
‫ك‬ َ ُ‫صلُّوا َف ْلي‬ ْ ٌ‫فَِإ َذا َس َج ُدوا َف ْليَ ُكونُوا من َو َرآ ُك ْم َولْتَْأت طَآ َفة‬
َ ُ‫ُأخَرى مَلْ ي‬
‫َأسلِ َحتِ ُك ْم‬
ْ ‫ين َك َف ُروا لَ ْو َت ْغ ُفلُو َن َع ْن‬
ِ َّ ِ ‫ولْيْأخ ُذوا ِح ْذرهم و‬
َ ‫َأسل َحَت ُه ْم َو َّد الذ‬
ْ َ َُْ ُ ََ
‫اح َعلَْي ُك ْم ِإن َكا َن بِ ُك ْم َأ ًذى ِّمن‬ ِ ِ ِِ
َ َ‫َو َْأمت َعت ُك ْم َفيَميلُو َن َعلَْي ُك ْم َمْيلَةً َواح َد ًة َوالَ ُجن‬
ِ ِ ‫َّمطَ ِر َأو ُكنتم َّمرضى َأن تَضعوا َأسلِحت ُكم وخ ُذوا ِح ْذر ُكم ِإ َّن اهلل‬
َ ‫َأع َّد ل ْل َكاف ِر‬
‫ين‬ َ َ ْ َ ُ َ ْ ََ ْ ُ َ ّ ْ ُ ْ

‫َع َذابًا ُّم ِهينًا‬


Terjemahan: Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka
(sahabatmu), lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka,
maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan
menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu)
sujud (telah menyempurnakan seraka'at), maka hendaklah mereka pindah
dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang
golongan yang kedua yang belum bersolat, lalu bersolatlah mereka
denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siaga dan menyandang senjata.
Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta
bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada
dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu
kesusahan karena hujan atau kerana kamu memang sakit; dan siap-
sedialahlah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang
menghinakan bagi orangorang kafir itu. (al-Nisa’, 4:102)

Ayat di atas menyatakan betapa pentingnya solat berjemaah dalam keadaan


peperangan dan cara pelaksanaannya. Ulama’ mengambil ayat ini sebagai dalil kefarduan
solat berjemaah dengan cara al-awla iaitu mengi’tibarkan bahawa dalam keadaan peperangan
juga diwajibkan solat berjemaah apatah lagi semasa dalam keadaan aman. Namun menurut
perbincangan, ayat ini hanya berada dalam konteks pengajaran kaedah solat dalam keadaan
peperangan dan ia bukanlah menjadi dalil kepada hokum wajub fardu ain kepada solat
berjemaah.

2. Dalil hadis:

‫ول َما ِم ْن ثَاَل ثٍَة يِف‬


ُ ‫صلَّى اللًّهُ ّعلّْي ِه َو َسلَّ َم َي ُق‬ ِ ُ ‫ال مَسِ عت رس‬ ِ
ّ ‫ول اللَّه‬ ُ َ ُ ْ َ َ‫َع ْن َأيِب الد َّْر َداء ق‬
‫استَ ْح َوذَ ّعلّْي ِه ْم الشَّيطَا ُن َف َعلَْي ُك ْم‬ ِ ٍ
ْ ‫َق ْريَة َواَل بَ ْد ٍو اَل ُت َق ُام في ِه ْم الصَّاَل ةُ إاَّل قَ ْد‬
ِ ‫الذْئب الْ َق‬ ‫بِاجْلَ َم َ ِ ِإمَّن‬
‫اصيَة‬ ُ ِّ ‫اعة فَ َا يَْأ ُك ُل‬
Maksudnya: Tidaklah ada tiga orang dalam satu perkampungan atau
pedalaman tidak ditegakkan pada mereka solat, kecuali Syaitan akan
menguasainya. Berjemaahlah kalian, karena serigala hanya memangsa
kambing yang sendirian. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan Nasaei)
Hadis ini menjadi perbincangan dalam bab perpaduan dan berada dalam jemaah.
Ulama’ berselisih pendapat sama ada hadis ini merujuk kepada jemaah dalam solat atau pun
jemaah dalam pimpinan.

1.2 Fardhu Kifayah

Menurut al-Nawawi dan beberapa tokoh ulama’ lain dalam mazhab Syafie menegaskan
bahawa solat berjemaah hukumnya adalah fardhu kifayah iaitu kewajipan yang mesti
dilaksanakan oleh mukallaf tertentu. Solat fardu secara berjemaah wajib dilaksanakan di
tempat-tempat yang boleh menampakkan syiar jemaah seperti di masjid, surau atau musolla
namun, sekiranya semua bersepakat untuk solat berjemaah di rumah masing-masing juga
dibolehkan dan tidak akan menggugurkan kewajipan solat berjemaah tersebut kerana ia
merupakan fardu kifayah. Berkata Imam Khatib al-Syirbini: “Hukum solat jemaah ialah
fardhu kifayah pada solat-solat maktubah (solat wajib lima waktu) ke atas lelaki merdeka
yang bermukim menurut pandangan yang muktamad di sisi Imam Nawawi”.

Hal ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W:

ِ ِ ٍ ‫ٍ يِف‬ ِ
ْ ‫الصالةُ ِإالَّ قد‬
‫استَ ْح َو َذ َعلَْي ِه ُم‬ َّ ‫يهم‬ ٍ
ُ ‫َما من ثَالثَة َق ْريَة َوالَ بَ ْدو ال ُت َق ُام ف‬
ِ ‫الذْئب ِمن الغَن ِم ال َق‬ ‫ َف َعلَي ُكم بِاجلم َ ِ ِإ‬،‫الشَّْيطَا ُن‬
َ‫اصيَة‬ َ ُ ِّ ‫ فَ مَّنَا يْأ ُك ُل‬.‫اعة‬ ََ ْ

Maksudnya: “Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada


di sebuah kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat
(berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Maka hendaklah
kamu berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan)
yang jauh (terpencil daripada kumpulannya).” [Riwayat Abu Daud
(547).Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]

1.3 Sunat Muakkad


Hal ini adalah pendapat al-Rafie dan Imam Mawardi dalam kitab mereka. Pengertian
sunat muakkad di sini adalah bermaksud sunat yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW
secara berterusan. Sunat muakkad juga boleh bermaksud perkara-perkara yang digalakkan
serta makruh jika ditinggalkan. Pendapat ini juga dikongsi sebagai pendapat bagi mazhab
Hanafi dan Maliki dari tanah Sham dan Iraq. Dalil-dalil yang digunakan adalah:

1. Dalil hadis:

‫اع ِة‬ َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ ِ َ ‫َأن رس‬ ِ ِ


َ ‫صاَل ةُ اجْلَ َم‬
َ ‫ال‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن َعْبد اللَّه بْ ِن عُ َمَر‬
ِ ِ
َ ‫صاَل َة الْ َف ِّذ ب َسْب ٍع َوع ْش ِر‬
‫ين َد َر َجة‬ َ ‫ض ُل‬
ُ ‫َت ْف‬
Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar ra, katanya; sesungguhnya
baginda Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sembahyang berjamaah itu
lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh
darjat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa terdapat ganjaran melebihi solat berseorangan bagi solat
berjemaah iaitu dikenali sebagai afdhal. Konsep mufadhalah ini tidak akan berlaku sekiranya
salah satu perkara yang dibandingkan itu adalah tidak sahih atau berdosa. Oleh itu, solat
berjemaah hukumnya adalah sunat muakkad.

Akhirnya, di sisi mazhab Syafie, hukum solat berjemaah mengikut pandangan yang
muktamad dalam mazhab ialah fardhu kifayah. Ianya wajib dilakukan untuk menzahirkan
syi’ar Islam di dalam sesebuah qariah atau kampung. Berkata Imam Al-Isnawi: “Para ulama’

yang menyatakan hukumnya adalah fardhu kifayah berdasarkan hadis nabi “ ‫ِة‬ ‫ص اَل‬ ِ ْ‫َأف‬
َ ‫ض ُل م ْن‬
َ

‫( ”الْ َفذ‬lebih utama daripada solat bersendirian) iaitu yang dimaksudkan dalam ayat ‘sesiapa
yang solat berseorangan’ adalah kerana gugurnya kewajipan fardhu kifayah ke atasnya

dengan perbuatan (solat berjemaah) ahli kariah yang lain. Dan berdasarkan hadis “‫َم ا ِم ْن‬

‫( ”ثَاَل ثَ ٍة‬mana-mana kumpulan yang jumlahnya tiga orang), mereka mengatakan hadis ini

menunjukkan hukum solat berjemaah adalah fadhu kifayah kerana tujuan berjemaah itu ialah
untuk menzahirkan syi’ar agama, dan hal itu dapat dicapai dengan perbuatan sebahagian
daripada mereka (ahli kariah)”.

Justeru itu, wajib dilaksanakan solat berjemaah sekurang-kurangnya di sebuah masjid


dalam sesuatu qariah atau kampung kerana hal tersebut telah mencapai matlamat
untuk menzahirkan syi’ar agama di kariah tersebut. Adapun sekiranya solat berjemaah telah
didirikan oleh sebahagian penduduk qariah di sebuah masjid (sekurang-kurangnya), maka hal
itu sudah memadai untuk mengangkat kewajipan fardhu kifayah dan menggugurkan dosa
sekalian penduduk qariah.

2. Isu Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah di Masjid atau Surau


Semenjak negara kita diuji dengan pandemik Covid-19, pelbagai isu telah wujud
termasuklah isu solat berjemaah di masjid atau surau bagi orang yang beragama Islam.
Disebabkan wabak Covid-19 ini, pihak kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah
bagi mengekang penularan wabak penyakit berjangkit ini. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan perbincangan berkala dengan pihak-pihak
berkuasa agama negeri, bagi menyusun dan menetapkan garis panduan serta SOP Masjid dan
Surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung dan penjarakan fizikal
dengan kadar 1 meter semasa pelaksanaan solat berjemaah di antara para jemaah.
Seperti yang umum mengetahui, wabak Covid-19 ini merupakan suatu penyakit
berjangkit yang baharu, yang dikenalpasti kemunculannya pada penghujung tahun 2019. Oleh
yang demikian, isu ini termasuk dalam perkara nawazil (kejadian-kejadian semasa yang
berlaku), yang mana tidak terdapat sebarang nas yang khusus dan spesifik berkenaan
tabiatnya. Walau bagaimanapun, memandangkan Covid-19 ini termasuk dalam kategori
penyakit berjangkit, maka para ulama kontemporari mengaitkan ia dengan penyakit-penyakit
berjangkit yang pernah muncul dalam sejarah Islam seperti penyakit taun, penyakit kusta, dan
juga penyakit sopak. Maka, antara petunjuk oleh Syarak dalam mencegah penularan penyakit
berjangkit ini adalah menjauhkan diri dari pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.
Terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan kepada hal ini. Antaranya berdasarkan
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
‫اَألس ِد‬ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫َوفَّر م َن الْ َم ْج ُذوم َك َما تَفُّر م َن‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu melarikan diri dari pesakit kusta


sebagaimana kamu melarikan diri dari singa.”(Riwayat al-Bukhari)

Para ulama hadis ketika mensyarahkan hadis ini mengemukakan beberapa pandangan
iaitu, yang pertama, sebahagian ulama’ tidak bersependapat dengan hadis ini atas alasan ia
bercanggah dengan petunjuk Nabi SAW. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

ٍ ‫ َأخ َذ بِي ِد رج ٍل جَم ز‬:‫ول اللَّه صلَّى اللَّه عليه وسلّم‬


‫وم فَ َْأد َخلَ َها َم َعهُ يِف‬ َّ
َ ‫َأن َر ُس‬
ُْ ُ َ َ َ َ
‫ال ُك ْل ثَِقةَ بِاللَّ ِه َوَت َو ُّكالً َعلَى اللَّ ِه‬
َ َ‫ص َع ِة مُثَّ ق‬
ْ ‫الْ َق‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah memegang tangan


seorang lelaki yang dijangkiti penyakit kusta lalu mengajak lelaki tersebut
makan bersama Baginda, kemudian Baginda bersabda: ‘’Makanlah kamu
dalam keadaan tsiqah (percaya) dengan Allah serta bertawakkal kepada
Allah.” (Riwayat Ibn Majah)

Seterusnya, pendapat kedua pula, sebahagian ulama’ menyatakan bahawa Rasulullah


SAW telah memberi arahan untuk seseorang itu melarikan diri dari mereka yang dijangkiti
penyakit kusta, serta mengambil langkah berjaga-jaga dari makan dan minum bersamanya.
Maka tidak boleh bagi seseorang yang telah mengetahui hal tersebut melainkan dia perlu
melarikan diri dari orang yang dijangkiti kusta. Para ulama ini berhujah dengan sebuah
riwayat daripada al-Zuhri bahawasanya Umar Ibn al-Khattab R.A pernah berkata kepada
Mu‘aiqib (Ibn Abi Fatimah al-Dausi) R.A yang dijangkiti penyakit kusta dengan katanya:

‫اجلِس ِميِّن َقْي َد َر ْمح‬


ْ

Maksudnya: “Duduklah dengan jarak panjangnya lembing dari aku.”

Manakala terdapat sebuah riwayat lagi daripada Kharijah bin Zaid beliau berkata:
‫ريك بِِه‬ ِ ‫مِم‬ َ َ‫ندهُ ُم َعْي ِقيب ق‬
َ ‫ َواميُ اللَّه لَو َغ‬،‫يك‬
َ ‫ال ُك ْل َّا يَل‬ َ ‫َكا َن عُ َمر إ َذا َأتى بِالطَّ َع ِام َو ِع‬
ِ َ‫مابِك ما جلَس ِميِّن علَى أدىن ِمن ق‬
‫يد َر ْم ٍح‬ َ َ َ َ َ َ
Maksudnya: “Umar dahulu apabila dihidangkan makanan kepadanya dalam
keadaan di sisi beliau ada Mu’aiqib, beliau berkata: “Makanlah dari
hidangan yang berhampiran dengan kamu. Demi Allah sekiranya yang
menghidap penyakit ini adalah orang lain selain kamu, nescaya aku tidak akan
benarkan dia duduk berhampiranku kurang dari jarak panjangnya lembing.”

Maka jelas daripada hadis ini bahawa Rasulullah SAW tidak berbai‘ah sebagaimana
kebiasaan Baginda iaitu berjabat tangan, namun memadai dengan pemakluman lisan sahaja
apabila melibatkan seseorang yang dijangkiti penyakit kusta. Selain itu, sebahagian ulama
mengandaikan bahawa jarak panjang lembing yang disebutkan dalam hadis tersebut lebih
kurang 1 meter atau lebih.

Secara umumnya, terdapat dua pendapat utama yang disebutkan oleh para fuqaha’
mengenai hukum merapatkan saf semasa solat berjemaah. Pendapat pertama ialah hukum
merapatkan saf adalah wajib dan perbuatan tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah
adalah haram hukumnya serta menyebabkan pelakunya mendapat dosa. Meskipun begitu,
para ulama yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan, meskipun tidak merapatkan saf
merupakan perbuatan haram yang berdosa, namun solat yang dilakukan oleh mereka adalah
sah dan tidak perlu diulangi.

Pendapat kedua pula merupakan pandangan yang dipegang oleh jumhur ulama’ iaitu
hukum merapatkan saf adalah sunat muakkad. Mereka berhujah berdasarkan beberapa hadis,
antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda:

َّ ‫ف ِم ْن ُح ْس ِن‬
‫الصالَة‬ َّ َ‫الصالَِة فَِإ َّن ِإقَ َامة‬
ِّ ‫الص‬ َّ ‫ف يِف‬
َّ ‫الص‬
َّ ‫يموا‬ِ
ُ ‫َوَأق‬
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu meluruskan saf di dalam solat. Kerana
sesungguhnya meluruskan saf itu termasuk sebahagian dari kecantikan solat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Jelas daripada hadis di atas bahawa meluruskan saf adalah termasuk dalam mahasin al-
solat (kecantikan solat) dan tidak termasuk dalam kategori syarat sah solat mahupun rukunnya.
Para ulama ini juga berpendapat bahawa kata perintah di dalam hadis-hadis yang menyuruh
untuk meluruskan dan merapatkan saf merujuk kepada hukum mustahab, dan tidak merujuk
kepada hukum wajib. Di samping itu, kumpulan ulama’ bagi pendapat kedua ini berpendapat
bahawa hukum tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah adalah makruh dan pelakunya
tidak berdosa. Namun, dalam masa yang sama mereka terlepas ganjaran dan kebaikan yang
besar sekiranya meninggalkannya.

Seterusnya, terdapat beberapa tokoh ulama’ dan badan berautoriti agama dunia
memberikan pendapat masing-masing berkenaan hokum menjarakkan saf bagi mengekang
penularan Covid-19 ini. Antaranya ialah Fadhilah Al-Syeikh Dr. Sa’d bin Nasir Al-Syatri, iaitu
seorang Anggota Jawatankuasa Kibar al-Ulama Arab Saudi. Beliau mengulaskan berkenaan
tindakan pihak pengurusan al-Haramain dalam mengambil langkah pencegahan dengan cara
menjarakkan diri antara jemaah semasa solat berjemaah. Beliau berkata: “Mengambil langkah-
langkah pencegahan demi memelihara nyawa serta memberhentikan penularan penyakit
termasuk sebahagian daripada ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla”.

Selain itu, Fadhilah Al-Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Dedew juga berkata, “Sekiranya
ditakuti perbuatan merapatkan saf itu akan mendatangkan mudarat, maka wajib untuk
meninggalkannya kerana ia merupakan perkara sunat yang membawa kepada mudarat
sekiranya ia dilakukan (iaitu boleh menyebabkan penularan penyakit berjangkit). Bahkan
sekiranya ia wajib (merapatkan saf) sekalipun, namun boleh mendatangkan mudarat, maka
nescaya kewajipan tersebut akan gugur disebabkan mudarat yang dijangka akan berlaku dan
(juga mudarat) yang telah berlaku”.

Di samping itu, fatwa badan-badan berautoriti dunia seperti Dar al-Ifta’ al-Misriyyah
menegaskan bahawa tidak ada halangan terhadap penjarakan fizikal yang berlaku antara
mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah dengan kadar 1 meter atau lebih dari setiap
sudut. Ini bertujuan untuk mengelakkan wabak serta langkah pencegahan dari penularan
penyakit berjangkit. Solat berjemaah dalam bentuk seperti ini adalah sah, dan sama sekali tidak
terkeluar dari objektif merapatkan saf. Dari sudut para jemaah masih selari (kedudukannya)
dalam satu saf yang sama, yang mana mereka tidak mendahului (terkehadapan) antara satu
sama lain di dalam saf. Begitu juga ketika Fatwa al-Lajnah al-Da’imah, Arab Saudi ditanya
berkenaan dengan hokum menjarakkan saf semasa solat berjemaah dengan jarak 1 meter
sebagai langkah mengekang penularan wabak, lalu mereka menjawab, “Tidak ada halangan
pada perkara tersebut.”

Oleh yang demikian, semenjak berlakunya kes pandemik di serata dunia ini, para ulama
mula berijtihad berkenaan dengan hukum-hakam tatkala mendapat maklumat yang lebih
meluas dan mendalam yang terkait dengan isu Covid-19. Setelah sekian lama hal ini berlaku
sehingga kes Covid-19 di Malaysia kini juga semakin meningkat dan membimbangkan. Maka,
pendapat yang dikemukakan oleh ulama sewajarnya diambil kira dan dipertimbangkan
mengikut realiti semasa.

Anda mungkin juga menyukai