Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang:

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali


sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod,
adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual
dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah ditembak
jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia berdekatan Torez di wilayah yang ditakluk
kumpulan pemisah, Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan
dengan Rusia[5] . Pesawat telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara
buatan Rusia, Buk 9M83, pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak
kapal dalam pesawat tersebut maut.[6]
Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh
oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata
semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).[7][8]
Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira
empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga
merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang
terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370
yang melibatkan 227 penumpang.

Faktor:
“Mahkamah memutuskan bahawa MH17 ditembak jatuh melalui tembakan
peluru berpandu BUK dari sebuah padang dekat Pervomaisk, yang
membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal,” kata Hakim Hendrik
Steenhuis.

Semua 298 penumpang dan kru terbunuh apabila pesawat Boeing 777
yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu terkena
tembakan di timur Ukraine oleh apa yang dikatakan pendakwa raya
sebagai peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh  Russia.

Kesan:
PETALING JAYA: Insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS)
Penerbangan MH17 diakui memberi impak terutama dari segi emosi kepada
kakitangan syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Ketua Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata bagi


memastikan emosi kakitangan yang terjejas tidak memberi kesan kepada
tugasan harian, pihaknya mengambil inisiatif dengan turun padang
menghampiri mereka.

"Kita (MAS) pergi ke setiap jabatan dan bahagian untuk bertanya khabar
dengan kakitangan selain beri penerangan kepada mereka tentang insiden itu
serta keadaan syarikat secara amnya," kata Najmuddin kepada pemberita
selepas majlis bacaan Yassin, tahlil dan solat hajat untuk memperingati
mangsa tragedi MH17 di sini, hari ini.
Majlis yang diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra itu dihadiri kira-kira
500 kakitangan MAS dari pelbagai jabatan selain orang awam.

Sumber:
https://youtu.be/mNZ3ZnRMt10

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/08/2787/
mh17-beri-kesan-kepada-emosi-kakitangan-mas

https://www.astroawani.com/berita-dunia/mh17-mahkamah-
putuskan-kes-belanda-ukraine-terhadap-rusia-diterima-403623

Anda mungkin juga menyukai