Anda di halaman 1dari 2

Pembaziran air

mereka sering melakukan pembaziran terhadap air dan telah menjadi masalah krisis bekalan air di
sesetengah negeri. Antara contoh pembaziran air adalah seperti tidak menutup paip air selepas
digunakan. penggunaan sistem siram perenjis atau sprinkler yang salah. Kebiasaannya, sprinkler
digunakan untuk menyiram kawasan berumput seperti padang. Hal ini disebabkan oleh sistem ini
yang tidak dilaraskan dengan baik mengikut keperluan rumput di samping tempoh siraman yang
tidak terkawal.Setelah pemerhatian dilakukan, didapati kebanyakan air banyak digunakan untuk
tujuan pembersihan dan menyiram bunga sahaja. Oleh itu,alat penuaian air hujan telah
diperkenalkan untuk mendapatkan sumber air yang baru bagi menggantikan air paip justeru dapat
mengelakkan pembaziran.

Banjir

Kesannya, apabila sistem penuaian air hujan ini tidak wujud,kemungkinan air dari sistem saliran
perparitan mengambil masa yang lama untuk mengalirkan air hingga mengakibatkan mudah terjadi
banjir dan air bertakung menjadi busuk. Ini menjadi lebih buruk apabila berlaku kelemahan dalam
penyelenggaraan sistem perparitan yang tidak sempurna.

Skop kajian

i. Merekabentuk alat penuaian air hujan dimana air hujan daripada bumbung akan
disalurkan ke paip dan melalui penapis untuk mengasingkan bendasing.
ii. Alat penuaian air hujan ini dibina di kawasan perumahan dengan menggunakan kaedah
penuaian atas bumbung
iii. Menganalisis rekaan tersebut dengan menggunakan kaedah analitik.

kaedah penyelidikan analitik ia adalah satu bentuk kajian yang melibatkan kemahiran seperti
pemikiran kritikal dan penilaian fakta dan maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan yang
sedang dijalankan. Idea ini adalah untuk mencari unsur-unsur utama di sebalik topik yang sedang
dianalisis untuk memahami secara mendalam.

Literature

Kaedah penuaian air hujan bertujuan untuk menapis air hujan yang terkumpul supaya boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pengairan tanaman, mencuci kereta dan sebagainya.

a) Pemilihan saiz tangki (mengikut kepada kapasiti setiap kediaman dimana saiz tangki yang
besar meningkatkan lagi kuantiti penerimaan air hujan secara keseluruhannya)

b) Perletakkan tangki ini memerlukan kawasan yang rata bergantung kepada keluasan
kediaman dan jenis kediaman yang dibina

c) Bergantung kepada kesesuaian kediaman tersebut dan perlu mengambil kira tekanan yang
dihasilkan pada sistem penuaian
Data analisis

1. Reka bentuk penuaian air hujan

Analisis data merujuk kepada penghasilan produk bersama dengan ciri reka bentuk dan kefungsian
produk. Dalam mencapai objektif ini secara fizikal produk boleh disasarkan.

2. Mengenal pasti kuantiti sisa air yang boleh ditahan oleh penuaian air hujan.

Daripada jadual dapatan eksperimen, grafkan kuantiti pembaziran air terhadap bulan bulanan.
Daripada data tersebut, kuantiti pembaziran air boleh diperolehi

Kesimpulan

Kesimpulannya, penuaian air hujan mempunyai pelbagai faedah dan kegunaan. Walau
bagaimanapun, sistem penuaian dan penapisan perlu beroperasi dan diselenggara untuk
memastikan kualiti air. Air juga perlu disucikan dan ditapis untuk digunakan. Jadi mengumpul air
hujan adalah kos efektif dan alternatif terbaik kepada kekurangan air di seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai