Anda di halaman 1dari 7

NAMA: MOHAMAD AIDIL AIMAN BIN ALIAS

NO. MATRIK: C21A1785


NAMA PENSYARAH: EN. YUHANIS BIN IBRAHIM
SUBJEK: SCF1013 SEJARAH SENI LUKIS MALAYSIA
FINAL TASK
Arahan : Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.
Instruction : Answer only FOUR (4) questions.

1) Pergerakan seni lukis barat sering memainkan peranan penting dalam


mempengaruhi stail seni lukis moden Malaysia.

Western art movement has impacted the modern Malaysian Art styles and
characters.

Two Standing Figures, Pago Pago series (oil on canvas, 1968)

Berdasarkan Karya Two Standing Figures oleh Seniman tempatan Latif Mohidin huraikan
tiga (3) elemen yang memperlihatkan pengaruh stail seni lukis barat didalam karya diatas.
Based on the work of Two Standing Figures by Local Artist Latif Mohidin describes
three (3) elements that show the influence of western art Style in the above artwork.

(25 markah/ marks)


2) Huraikan tiga (3) faktor penting yang mempengaruhi perkembangan awal sejarah seni
lukis Malaysia.

Elaborate three (3) important factors that influence the early development of
Malaysian Art History.
(25 markah/ marks)

3) Kumpulan Wednesday Art Group merupakan salah satu perkumpulan seni lukis yang
signifikan dalam sejarah perkembangan seni lukis moden Malaysia.

Huraikan prinsip asas yang anjurkan oleh kumpulan Wednesday Art Group serta pelukis yang
terlibat.

Elaborate the principles advocated by Wednesday Art Group and artist involved.

(25 markah/ marks)

4) Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 memainkan peranan penting dalam membuka arah
baru seni lukis Malaysia dengan dasar-dasarnya yang menjurus kepada pembentukan identiti
nasional.

National Cultural Congress 1971 policy marks the vital contribution regarding the
new direction of Malaysian Art in the development of national identity.

Huraikan tiga (3) konsep penting yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan berdasarkan
kongres tersebut.
Elaborate three (3) significant concepts of National Cultural Congress Policy.

(25 markah/ mark)


5) Lanjutan daripada dasar-dasar Kongres Kebudayaan Kebangsaan rujukan terhadap estetika
seni Islam dan seni tradisi mula mempengaruhi perkembangan seni lukis Malaysia.

In continuation to National Cultural Congress 1971 Policy, the Islamic Arts aesthetics
and traditional Art have sparked and influenced the development of Malaysian Art.

umpan, (oil on canvas, 1959)

Jelaskan dua (2) pengaruh seni Islam dan tradisi dalam karya Umpan (1959) oleh seniman
tempatan syed ahmad Jamal diatas.

Briefly explain two (2) influences of Islamic Art and Traditional Art in the artwork
Umpan (1959) by local artist Syed Ahmad Jamal above.
(25 markah/ marks)
6) Jelaskan pengertian konsep moden dalam konteks sejarah seni lukis Malaysia beserta
Tiga (3) karya seniman tempatan yang signifikan.

Explain the meaning of modern concept in the context of Malaysian Art history with
Three (3) significant artworks by local artist.

(25 markah/ marks)


JAWAPAN:

SOALAN 1: Berdasarkan Karya Two Standing Figures oleh Seniman tempatan Latif
Mohidin huraikan tiga (3) elemen yang memperlihatkan pengaruh stail seni lukis
barat didalam karya diatas.

Latiff Mohidin merupakan seorang artis seni yang berpengaruh stail seni lukis
barat. Dalam karya Latiff Mohidin bertajuk, Two Standing Figures (1968) ini telah
menggambarkan imej yang abstrak. Bagi penulis, mungkin imej-imej yang digambarkan
itu mewakili imej figura dua orang manusia. Walau bagaimanapun imej figura yang
digambarkan itu telah dipermudahkan atau digayakan oleh Latiff Mohidin. Ia hanya
mengambil bentuk-bentuk yang ringkas, terutama melibatkan rupa dan bentuk
figura.Terdapat tiga elemen yang memperlihatkan pengaruh stail seni lukis barat didalam
karya diatas.

Salah satu elemen yang digunakan oleh beliau adalah Konsep abstrak dalam
pengolahan imej memberikan nilai estetika yang tinggi. Setiap garisan yang dipaparkan itu
dapat memberikan tafsiran makna yang mendalam. Estetika dari segi prinsipnya
mempunyai kaitan dengan pelbagai perkara khususnya yang merujuk kepada teori seperti
falsafah, psikologi dan sosiologi.Estetika dalam konteks ini bermaksud ‘sains tentang
keindahan’, suatu refleksi berbentuk falsafah tentang sifat-sifat keindahan. Sebagai disiplin
falsafah, estetik adalah suatu usaha untuk memahami pengalaman yang kita lalui dan
konsep yang kita sering gunakan apabila memperkatakan sesuatu objek yang kita rasakan
menarik pandangan penglihatan kita bukan kerana tujuan lain tetapi kerana apa yang ada
pada objek itu sendiri. Jelaslah elemen ini sangat memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan sesuatu karya.

Seterusnya beliau juga menggunakan elemen seperti Warna-warna alam semula


jadi yang kaya dengan unsur-unsur mitos itu dapat diungkapkan dengan begitu baik dalam
kebanyakkan karyanya. Warna-warnanya yang begitu klasik dan alami yang
dicampurkannya itu dapat menimbulkan suasana damai dan menyenangkan.Sebagai
contohnya karya Two Standing Figures dengan warna-warna coklat dan kemerah-merahan
yang disapukan itu. Warna merah yang digunakan itu cukup mendominasi warna latar. Ia
memberikan kesan psikologi kepada penghayat seni seperti emosi yang melihatnya.
Warna- warna ini juga adalah hasil ekspresif dalaman diri dan perasaan pelukis sendiri.

Selain itu juga beliau turut menggunakan elemen rupa dan bentuk. Ini juga ada
hubungan dengan pengalaman pelukis terhadap masyarakat dan budaya persekitarannya.
Ini bersesuaian kerana menurut pandangan Abdul Latiff Mohidin sendiri yang mengatakan
bahawa apa-apa yang dilukis itu adalah manifestasi seseorang pengkarya itu sendiri.Setiap
pelukis atau pengkarya akan mengolah kembali pengalaman itu melalui deria rasa dan
sentuh mereka. Pengkarya yang bijak dapat menyembunyikan nilai-nilai itu dalam
karyanya.Kadang-kadang apa yang dilukis itu tidak menyampaikan maksudnya yang
sebenarnya.Jelaslah elemen ini sangat penting untuk setiap pengkarya bagi mengolah
sesebuah karya dengan berkesan.

Kesimpulannya, jelaslah elemen-elemen yang dikemukakan ini sangat penting


untuk setiap pengkarya untuk menghasilkan sesuatu karya dengan lebih menarik dan
efektif agar menjadi harga di masa akan datang.
JAWAPAN:

SOALAN 5: Jelaskan dua (2) pengaruh seni Islam dan tradisi dalam karya Umpan
(1959) oleh seniman tempatan syed ahmad Jamal diatas.

Karya berjudul Umpan diiktiraf sebagai karya agung oleh sejarawan dan pengkritik
seni tempatan dan luar negara. Berbeza dengan Mandi Laut, lengkungan dibuat lebih
agresif, dramatik dan aksi burung yang dihadirkan separuh telus, seolah-olah berada di
permukaan air bergelombang. Ini dikatakan satu penemuan yang drastik kerana unsur-
unsur bentuk dan latar belakang telah hilang sepenuhnya dan hilang dari pandangan.

Kehadiran unsur tersebut dapat dirasai secara emosi dan aura tenaga dapat
diserlahkan dengan mudah tanpa sebarang persoalan. Dalam karya seni Umpan, Syed
Ahmad Jamal lebih memberi perhatian dan mengutamakan lengkok pada lukisan.

Bentuk-bentuk itu dibengkokkan dan melengkung untuk menggambarkan aksi


atau situasi yang lebih agresif. Gaya ini membezakan dirinya dengan artis barat seperti
Jackson Pollock dan Mark Rothko yang menolak sepenuhnya penggunaan bentuk dan
banyak bermain dengan warna.

Anda mungkin juga menyukai