Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT
PENGHARGAAN i
ISI KANDUNGAN ii
PENGENALAN 1
TAFSIRAN AYAT 10 SURAH AL-JUMUAH 2
KONSEP EKONOMI ISLAM 2
PERANAN AL-QURAN DAN AL-SUNAH DALAM EKONOMI ISLAM 3
JUAL BELI 3
SYARIKAT/ RAKAN KONGSI 4
ZAKAT 4-5
RIBA 5
PENUTUP 6
RUJUKAN iii

i
PENGENALAN

Islam merupakan agama terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
S.A.W untuk disampaikan kepada semua umat manusia dan Islam satu-satunya agama
yang benar di sisi Allah. Kehidupan umat Islam ini wajib berpandukan dua sumber utama
iaitu Al-Quran dan Al-Sunah. Semua ini dapat dibuktikan dengan firman Allah yang berbunyi

}ِ‫ َو ُس َّن َة َن ِب ِّيه‬،ِ ‫اب هَّللا‬ ِ ‫ت ِف ْي ُك ْم َأمْ َري‬


َ ‫ ِك َت‬:‫ َلنْ َتضِ لُّ ْوا َما َت َم َّس ْك ُت ْم ِب ِه َما‬،‫ْن‬ ْ ‫{ َت‬
ُ ‫رك‬

[Hadis Riwayat Imam Malik]

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat
selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya
(Sunnah Nabi SAW).”

Seterusnya, Al-Quran dan Al-Sunah ini mempunyai autoriti yang sama penting kerana
kedua-duanya membincangkan tentang isi kandungan Islam yang merangkumi segala
aspek termasuk politik,sosial dan ekonomi.

1
TAFSIRAN AYAT 10 SURAH AL-JUMUAH

Riwayat Imam Ibnu Abu Hatim, iaitu telah diriwayatkan pula dari sebahagian ulama
Salaf bahawa beliau pernah mengatakan, "Barang siapa yang melakukan jual beli
pada hari Jumaat sesudah menunaikan solat Jumaat, maka Allah S.W.T akan
memberkati jual belinya sebanyak tujuh puluh kali, kerana ada firman Allah S.W.T
yang mengatakan: 'Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di
muka bumi; dan carilah karunia Allah' (Al-Jumu'ah: 10) Adapun firman Allah S.W.T
dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung. (Al-Jumu'ah: 10)
Yakni di saat kamu melakukan transaksi jual beli dan saat menerima dan memberi,
banyakkanlah kamu mengingat Allah, dan janganlah kamu disibukkan dengan
urusan duniamu hingga kamu melupakan hal yang bermanfaat bagimu di negeri
akhirat nanti”

Berdasarkan tafsiran ayat ini dapat dirumuskan bahawa wajib ke atas kita untuk
mendahulukan perintah serta suruhan Allah S.W.T seperti solat Jumaat. Setelah selesai
mengerjakan perkara fardhu ini barulah kita mulakan kembali hal-hal dunia seperti
melaksanakan jual beli, mencari rezeki dan kembali bekerja. Pada masa yang sama, kita
hendaklah banyak mengingati Allah dalam semua keadaan. Nescaya, orang yang
mempraktikkan perkara ini akan memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T di dunia dan di
akhirat.

KONSEP EKONOMI ISLAM

Pembangunan ekonomi Islam berbeza dengan teori ekonomi komunis mahupun sistem
ekonomi kapitalis. Hal ini kerana ekonomi Islam bersifat material dan spiritual iaitu meliputi
pembangunan dalam segala aspek seperti akhlak, kerohanian dan fizikal atau kebendaan
serta tidak memfokuskan kebendaan dan persekitaran fizikal sahaja. Malah, fokus atau
tumpuan utama pembangunan ekonomi dalam Islam ialah kebangkitan manusia itu sendiri
dalam menerajui kemajuan agama Islam. Menurut Majlis Agama Islam Selangor (2015),
ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang mengimbangi antara keperluan kebendaan
dan keperluan rohani yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis. Semua ekonomi yang
diguna pakai oleh umat Islam haruslah selari dengan syariah Islam serta berteraskan Al-
Quran dan Al-Sunah.

2
PERANAN AL-QURAN & AL-SUNAH DALAM EKONOMI ISLAM
Al-Quran dan Al-Sunah merupakan panduan utama bagi ekonomi Islam. Al-Quran
bermaksud kalam Allah dan merupakan satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang
diturunkan oleh Allah S.W.T melalui perantaraan malaikat Jibril. Manakala, Al-Sunah pula
mendukung makna percakapan, perbuatan atau pengakuan ataupun akhlak, sifat-sifat
kejadian,sirah sebelum dan selepas Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi rasul. Kedua-
dua sumber rujukan ini menerangkan segala aspek dalam kehidupan Islam termasuk
ekonomi. Berikut merupakan beberapa contoh ekonomi yang diharuskan dan diharamkan
dalam Islam.

JUAL BELI

Perkataan atau istilah jual beli dalam bab fiqh Islam ialah ‘al-baik ‘ yang mendukung makna
dari segi bahasa, menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain sama ada harta atau bukan
harta. Manakala jual beli dari sudut istilah bermaksud pertukaran harta mengikut cara
tertentu, atau memindah milik sesuatu benda dengan akad pertukaran, atau memiliki
sesuatu dengan pertukaran mengikut cara tertentu.Cara khusus ini ialah apabila adanya
penjual dan pembeli yang berakad dengan sighah (ucapan ijab dan kabul) ke atas barang
dan harga jualan tersebut. Setiap perkara ini haruslah menepati syarat-syaratnya bagi
memastikan jual beli yang dilaksanakan sah di sisi Allah. Seterusnya, Rasulullah S.A.W
bersabda :

Daripada Abu Burdah r.a berkata : Rasulullah S.A.W ditanya : Apakah pekerjaan yang
paling baik atau paling mulia? Baginda S.A.W menjawab: Kerja seseorang itu dengan
tenaganya sendiri dan setiap jual beli itu adalah dibenarkan (dan mendapat kebaikan).
[Hadis riwayat Hakim]

Kesimpulan dari hadis di atas jual beli dihalalkan oleh Allah serta urusan jual beli memberi
kebaikan kepada setiap individu, masyarakat, agama serta negara. Hal ini kerana jual beli
mampu menegakkan keadilan dan keseimbangan dalam ekonomi apabila kita
melaksanakan jual beli sudah tentu kita tidak mengambil hak orang lain secara batil tetapi
melalui persetujuan atau akad yang sah.

3
SYARIKAT/RAKAN KONGSI

‘As-Syarikah’ atau ‘musyarakah’ atau ‘syarikat’ ialah satu konsep perkongsian atau wujud
hak bagi dua pihak atau lebih secara umum atau menyeluruh dalam satu perniagaan.
Syarikat dari pandangan Ulama’ Maliki,(1990) ialah izin kedua pihak yang bersyarikat bagi
pengurusan harta milik mereka dan setiap pihak mempunyai hak dalam pengurusan.
Daripada firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa ayat 12 yang berbunyi :

ِ ۚ ُ‫ٱلثل‬
‫ث‬ ُّ ‫ش َر َك ۤا ُء فِی‬
ُ ۡ‫َفهُم‬
yang bermaksud “maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama
banyak lelaki dan perempuan), terbukti di sini bahawa dibolehkan konsep perkongsian harta
ini. Ijmak ulama’ pula bersepakat tentang harusnya perkongsian dalam perniagaan atau
dikenali sebagai syarikat ini tetapi mengikut mazhab Syafi’e hanya syarikat al-inan yang
dibenarkan dalam perniagaan. Syarikat inan ialah harta daripada dua belah pihak dengan
mempunyai hak mengusahakannya dan keuntungan atau kerugian dibahagi antara mereka
berdua. Namun terdapat syarat ke atas kerja atau perniagaan yang dilaksanakan, harta, dua
pihak yang berakad syarikat dan sighah ( ijab dan qabul) yang perlu dipertimbangkan
sebelum atau semasa melakukan syarikat ini. Berdasarkan hadis Riwayat Al-Tirmizi,

Dari Abu Said r.a berkata: "Peniaga adalah orang yang benar dan amanah adalah bersama
dengan para nabi, sahabat, dan para syuhada." , dapat disimpulkan bahawa mereka yang
berniaga dengan jujur dan Amanah akan dikumpulkan bersama para nabi,para sahabat dan
ahli syuhada di akhirat nanti.Di samping itu, kesan syarikat kepada kehidupan di dunia ialah
dapat mengaut keuntungan dengan jumlah besar kerana dimulakan dengan modal yang
besar melalui penggabungan harta dua pihak.

ZAKAT

Pengertian zakat dari sudut istilah syarak ialah satu nama bagi mengambil sesuatu tertentu
iaitu harta tertentu mengikut ciri-cirinya yang tertentu bagi kumpulan manusia tertentu. Zakat
merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam, sudah tentu hukum mengeluarkan zakat
wajib dan diberi pahala orang yang melaksanakannya dan kafir bagi orang yang
mengingkarinya. Buktinya Allah berfirman dalam Surah Al- Baqarah ayat 43 ,

َّ ‫َوَأقِيمُو ْا ٱل‬
َّ ‫ص َل ٰو َة َو َءا ُتو ْا‬
‫ٱلز َك ٰو َة‬
yang membawa maksud “dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat”.
Jelaslah disini bahawa amalan lain tidak berguna jika fardhu zakat dan solat tidak

4
ditunaikan. Zakat yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah zakat fitrah iaitu zakat yang wajib
dikeluarkan selepas berakhir Ramadan. Seterusnya, Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa bersedekah dengan
separuh biji kurma dari hasil usaha yang baik, dan Allah tidak menerima kecuali (amalan)
yang baik, maka Allah menerimanya dengan tangan kanan-Nya, kemudian
mengembangkannya untuk pelakunya sebagaimana seorang di antara kamu memelihara
kuda peliharaannya sehingga (ia membiak dengan banyak) seperti bukit."

[Hadis riwayat Bukhari]

Kesimpulan daripada hadis ini, zakat atau bersedekah dapat mengembangkan ekonomi
ummah kerana Allah mengembangkan dan menambahkan harta orang bersedekah atau
berzakat.

RIBA

Riba ditakrifkan sebagai sebarang bentuk penambahan nilai ke atas sesuatu barangan
(ribawi) atau pinjaman akibat penangguhan tempoh bayaran. Riba mencakupi (riba buyu’)
iaitu riba yang wujud daripada jual beli barangan ribawi serta (riba duyun) yang merupakan
riba apabila berhutang. Berdasarkan firman Allah S.W.T iaitu :

ۖ ٰ ۡ ‫ِين َءا َم ُنو ْا اَل َت ۡأ ُكلُو ْا ٱلرِّ َب ٰ ٓو ْا َأ‬


{‫ُّض َع َف ٗة َوٱ َّتقُو ْا ٱهَّلل َ َل َعلَّ ُكمۡ ُت ۡفلِحُون‬
َ ‫ض ٰ َع ٗفا م‬ َ ‫} ٰ َٓيَأ ُّي َها ٱلَّذ‬
[Surah Al-Imran, 3: 130]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan
berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

dapat disimpulkan bahawa memberi atau memakan riba ini haram dan dilarang dalam Islam
dan Allah mengingatkan kita untuk sentiasa bertakwa kepada Allah agar kita sentiasa
menjadi orang yang beruntung. Barangsiapa yang ingin menjadi mukmin yang bertakwa,
maka mereka perlu menjauhkan diri sepenuhnya daripada amalan riba. Kesan daripada
perbuatan riba ialah hilangnya keberkatan Allah S.W.T terhadap harta yang dimiliki dan riba
lebih berat daripada 36 kali zina betapa rib aini dilaknat oleh Allah S.W.T.

5
PENUTUP

Konklusinya, agama Islam merupakan agama yang syumul atau bersifat menyeluruh yang
merangkumi segala aspek termasuk ekonomi. Panduan atau sumber rujukan utamanya
ialah Al-Quran dan Al-Sunah. Jelaslah disini Al-Quran dan Al-Sunah merungkaikan segala
keperluan atau persoalan tentang kehidupan umat Islam termasuklah bidang ekonomi ini
sendiri. Seterusnya, bagi memelihara akidah kita sebagai umat Islam kita wajarlah
berpegang kepada ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah dalam menerajui bidang ekonomi.Oleh
itu, wajib ke atas kita untuk menjaga serta memperjuangkan ekonomi Islam sehingga
mampu mengawal ekonomi dunia.

6
RUJUKAN

Al-Ustaz ‘Abdul Hamid Hakim, Syarif Zaini Daud, Noraine Abu. (2006). Pelajaran Feqah Al-
Mu’in Al-Mubin: Jilid 3 & 4. Al-Hidayah Publishers.

Muhammad Zahari Bin Awang Mat, Muhammad Tarmizi Bin Abdullah. (2017). Buku Teks Al-
Syariah Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

(n.d.). KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN. Retrieved September 30,
2022, from http://repo.uum.edu.my/id/eprint/386/1/Ahmad_Shamsul_Dato'_Abd_Aziz.pdf

Prof. Doktor Muhammad, Muhammad Yusuf Ma, Muhammad Harun Zain. (2009). Fiqh
Imam Syafi’I : Jilid 2. Berlian Publication Sdn.Bhd.

Riba. (n.d.). Wikipedia. Retrieved September 30, 2022, from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Riba

Tafsir Surat Al-Jumu'ah ayat 10. (n.d.). Learn Quran Tafsir. Retrieved September 30, 2022,
from https://tafsir.learn-quran.co/id/surat-62-al-jumu'ah/ayat-10

View of Pemikiran Ekonomi Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (n.d.). Ejournal - Um. Retrieved
September 30, 2022, from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/5394/3175

Zaharuddin Abd Rahman.(2009). Wang, Anda & Islam : Halal dan Haram Dalam Kewangan
dan Perbankan. True Wealth Sdn.Bhd.

iii

Anda mungkin juga menyukai