Anda di halaman 1dari 9

SCCA1023-I1-283410-283482

PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI

SEMESTER
APRIL 2021

PUSAT PEMBELAJARAN
UUM KUALA LUMPUR

TAJUK TUGASAN
TEORI KOMUNIKASI KEPIMPINAN & KEPENGIKUTAN DALAM
MEMBENTUK USAHAWAN BERJAYA

DISEDIAKAN UNTUK
DR NAN ZAKIAH MEGAT IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH
ICHA PUSPA SARI BINTI ARFAH (283410)
MUHAMMAD RAZIF BIN AHMAD (283482)

TARIKH SERAHAN
26 NOVEMBER 2021
SCCA1023-I1-283410-283482

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ......................................................................................................... 1
2.0 KEPENTINGAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN DALAM PEMBENTUKAN
PERIBADI USAHAWAN .......................................................................................... 1
3.0 TEORI KOMUNIKASI KEPENGIKUTAN PENTING UNTUK MEMBENTUK
SEBUAH KUMPULAN USAHAWAN YANG BERJAYA....................................... 3
4.0 RUMUSAN ................................................................................................................ 5
5.0 RUJUKAN ................................................................................................................. 6

i
SCCA1023-I1-283410-283482

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini kita sering mendengar bahawa komunikasi dan


kepengikutan menjadi satu tonggak kejayaan bagi sesebuah organisasi
mencapai matlamatnya. Melalui penulisan Hackman dan Johnson (2004),
komunikasi kepemimpinan merupakan salah satu cara untuk memperbaiki
cara berkomunikasi antara pengurusan dan pekerja dalam sesebuah
organisasi mahupun perniagaan bagi memastikan kelancaran proses seharian
untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Kejayaan organisasi ini
bergantung kepada penyampaian maklumat dan arahan yang jelas bagi
meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi itu hasil daripada
keberkesanan interaksi antara pekerja dalaman dengan pihak pengurusan
ataupun dengan pihak luar khususnya. Disini jelas dikatakan bahawa
kehidupan sesuatu organisasi ditentukan oleh komunikasi kepimpinan dan
kepengikutan agar sesebuah organisasi dapat memastikan kelancaran dalam
semua aspek pengoperasian dapat dicapai.

2.0 KEPENTINGAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN DALAM PEMBENTUKAN


PERIBADI USAHAWAN

Sejak kebelakangan ini, kepimpinan keusahawanan telah menjadi


fenomena baru dalam pengurusan perniagaan yang perlu dibincangkan.
Sehubungan itu dalam perbincangan ini, kepentingan kepimpinan dalam
keusahawanan ditekankan dengan beberapa konsep kepimpinan
keusahawanan dalam kerangka teori. Komunikasi kepimpinan dalam
pembentukan peribadi usahawan merupakan tunjang penting bagi sesebuah
kejayaan setiap usahawan. Merujuk kepada Devito (1997) ianya merupakan
sekumpulan individu yang berstruktur dan berkomunikasi dalam melaksanakan
operasi harian dalam sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat dan
sasaran yang telah digariskan. Pencapaian yang cemerlang ini tidak dapat
dibentuk oleh seseorang usahawan sekiranya kegagalan komunikasi yang baik
serta jelas dalam tugasan sehari – hari yang dilaksanakan. Proses ini
melibatkan pemimpin atau usahawan dalam mempengaruhi, memberi
panduan dan memotivasikan bagi mencapai matlamat kejayaan sesebuah
perniagaan.

1
Selain daripada itu, telah dinyatakan melalui Mohd.Yusof (1988) mengenai
sikap – sikap seorang pemimpin yang berjaya iaitu dengan memberi peluang
kepada pekerja dalam organisasi mahupun perniagaan yang dijalankan untuk
mengeluarkan pandangan mereka. Selain itu juga pempimpin tersebut harus
menjadi pendengar yang baik bagi setiap permasalahan pekerja dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan memberi tunjuk ajar dan
penyelesaian yang terbaik kepada organisasi. Respon dan pemberian idea
serta cadangan dalam kumpulan perlu didengar ketika melalui proses
membuat keputusan atas setiap permasalahan dan disitu dapat dilihat bahawa
kredibiliti seorang pemimpin atau usahawan itu dengan menghormati
pandangan dan komunikasi yang diberikan mampu memberi kesan yang positif
kepada ekosistem dalam organisasi tersebut disamping mewujudkan motivasi
dan kepuasan dalam kalangan pekerja. Hal ini akan dapat menaikkan
semangat dan daya kreativiti pekerja kerana mereka beranggapan bahawa
pandangan mereka didengari dan diberi perhatian oleh pengurusan.

Jesteru, terdapat juga perpatah mengatakan “A good leader is also a good


follower” bermaksud “Pemimpin yang baik adalah pengikut yang baik” hal ini
juga dapat menunjukan bahawa pemimpin perlu memahami apa sahaja
keterbasanya sekaligus mempunyai keinginan untuk mendengar serta
menerima pandangan daripada pengikutnya. Oleh yang demikian, komunikasi
kepimpinan dan kepengikutan saling berkait rapat antara sama sama lain bagi
melancarkan sesebuah organisasi mahupun kehidupan seharian memberi
impak yang posiitif pada akhirnya

Menurut Ariffin, Z, & Ismail, S. H. S. (2020), komunikasi interpersonal ini


sangat penting dalam setiap organisasi yang mana teori ini menunjukkan
elemen paling asas dalam proses komunikasi yang berlaku seperti
penyampaian maklumat yang diberikan, cara penyampaian, saluran yang
digunakan untuk membawa mesej kepada penerima masih digunapakai
sehingga kini. Jesteru sesuai dikatakan bahawa teori komunikasi kepimpinan
dalam pembentukan peribadi usahawan sekaligus akan menjadikan mereka
sebagai seorang usahawan yang berjaya sama ada dalam perniagaan
mahupun pengurusan sumber manusia dan komunikiasi dalam organisasi.

2
SCCA1023-I1-283410-283482
Apabila dikatakan mengenai kepimpinan itu mempengaruhi kejayaan
sesebuah organisasi dan usahawan ianya dapat dikaitkan dengan kredibiliti,
idea dan cara bekerja bersama dengan pekerja dalam organisasi tersebut.
Menurut teori kepimpinan (Path Goal Theory) oleh Robert House menyatakan
gaya kerja seorang pemimpin sebaiknya dapat memberikan motivasi kepada
pekerja bawahan mereka. Arahan yang disampaikan dengan jelas dan spesifik
dapat membantu pekerja mendapat pemahaman awal dan jelas mengenai
arahan yang diberikan. Dengan ini, setiap target yang disasarkan akan jadi
lebih mudah jika keseluruhan organisasi memahami matlamat dan hala tuju
yang telah digariskan.

Sebagai seorang pemimpin atau usahawan harus mempunyai beberapa


sikap yang berkualiti yang mana penting dalam memastikan perniagaan atau
organisasi yang dipimpin itu mencapai target yang disasarkan. Antara sifat
yang penting yang ditekankan oleh Mohd Yusof (1998) dalam menentukan
kejayaan sesebuah perniagaan atau organisasi adalah memberi peluang
kepada pekerja untuk menyuarakan pandangan dan pendapat dalam
perbincangan. Komunikasi ini sangat penting kepada sesuatu pernigaan
kerana pengalaman yang dilalui oleh pekerja dalam memasarkan produk dan
perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan itu sedikit sebanyak dapat
membantu dalam menambahbaik proses dan kualiti produk serta
perkhidmatan yang ditawarkan. Ini kerana mereka adalah orang yang sering
berhadapan dengan pelanggan dan memahami keperluan pelanggan yang
ada. Dengan adanya budaya seperti ini akan membantu dalam membentuk
peribadi seorang pemimpin atau usahawan yang lebih berkarisma dan
diplomatik dalam menggerakkan organisasi atau sesebuah perniagaan
tersebut.

3.0 TEORI KOMUNIKASI KEPENGIKUTAN PENTING UNTUK MEMBENTUK


SEBUAH KUMPULAN USAHAWAN YANG BERJAYA

Kelley (1992), menyatakan kepengikutan sekumpulan manusia yang


faham apa yang perlu dibuat berdasarkan penyampaian maklumat yang
diberikan oleh pihak atasan bagi menjelaskan mengenai sasaran atau

3
matlamat yang telah digariskan oleh Pengurusan ataupun pegawai atasan
mereka. Antara prinsip dan sikap yang perlu dijadikan budaya dan amalan
sesebuah perniagaan, khususnya dalam kalangan usahawan adalah mampu
memotivasikan pekerja atau pengikut dalam sesebuah organisasi tersebut.
Dengan adanya haluan kerjaya yang jelas dan mampu memotivasikan pekerja
yang ada mampu mencorakkan sesebuah organiasi ke arah mencapai hala
tuju yang disasarkan.

Dalam abad ke-21 ini, hubungan eksklusif antara dua darjat diantara
pengikut dan pemimpin ini mesti diubah kepada hubungan dinamik yang lebih
inklusif dan kolaboratif. Pendekatan yang kini menjadi ikutan ramai adalah
dengan menjaga hubungan antara pemimpin dengan pekerja bagi memastikan
keharmonian sesebuah perniagaan dalam operasi seharian itu berjalan
dengan baik. Sekalipun pengikut tidak mempunyai autoriti atau punca kuasa,
namun mereka sebenarnya mempunyai pengaruh yang kuat untuk menjadi
ejen perubahan dalam menentukan arah tuju organisasi. Dalam dunia
perniagaan ini, kayu ukur kepada kejayaan seorang usahawan adalah apabila
keupayaan sesebuah perniagaan itu menembusi pasaran luar dan pendapatan
bersih yang tinggi dicapai setiap bulan. Oleh itu, untuk memastikan pengukuran
itu dapat dicapai dengan baik amatlah ditekankan agar budaya kerja dalam
organisasi itu perlu diperbetulkan untuk memastikan kualiti kerja dapat
diberikan dengan baik kepada organisasi dan juga pelanggan luar.

Melalui petikan buku Barbara Kellerman “Fellowship- How Followers are


creating change and changing leaders’ menyatakan mengenai kepentingan
pemberian latihan dan pendidikan kepengikutan yang khusus bagi
meningkatkan kompetensi dan komunikasi yang lebih berkesan bagi setiap
pekerja yang ada disamping dapat membantu dalam mendidik sikap
keusahawanan yang efektif sama ada di peringkat pemimpin ataupun pekerja
bawahannya. Melalui pengaruh atau budaya yang diterapkan dan menjadikan
pemimpin yang mereka segani itu menjadi role model dalam kehidupan
mereka.

4
SCCA1023-I1-283410-283482
Beberapa pendekatan yang lain ditekankan untuk memastikan
seseorang individu menjadi usahawan yang berjaya salah satunya adalah
dengan mencari ilmu dan mentor sangat penting dalam proses menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Ianya adalah senjata untuk mendapatkan
ilmu dan pengalaman yang dapat membantu dalam mencorakkan kejayaan
sesebuah perniagaan dan pembentukan sahsiah diri seorang usahawan dalam
menjadi pemimpin mahupun individu yang berkaliber.

4.0 RUMUSAN

“You cannot be a leader and ask other people to follow you unless you know
how to follow, too.” (Sam Rayburn, Speaker Dewan Perwakilan
AmerikaSyarikat) maka dapat disimpulkan bahawa kepimpinan ini sangat
penting dalam mencorakkan sesebuah organisasi mahupun perniagaan
sekaligus memberi impak kepada pembangunan dalam diri seorang usahawan.
Pendekatan yang holistik sangat diperlukan bagi memastikan sikap kepimpinan
dalam usahawan menjadi aspek terpenting dalam menerajui sesebuah
perniagaan mahupun organisasi.

5
5.0 RUJUKAN

Hackman, M. Z., & Johnson, C. E. (2004). Leadership Communication Perspective.


USA. Washington DC: World Bank.

Peters, K., & Haslam, A. (2018). To Be a Good Leader, Start By Being a Good
Follower. Harvard Business Review, 1-2.

Suppiah, S. M., Ahmad, M. K., & Niruba, H. (2020). Komunikasi Kepimpinan


Mahathir Mohamad dari Perspektif Agama Hindu. Jurnal Komunikasi:
Malaysian Journal of Communication, 36(4).

DeVito, J. A., O'Rourke, S., & O'Neill, L. (2000). Human communication. New York:
Longman.

Sari, A. W. (2016). Pentingnya Ketrampilan Mendengar dalam Menciptakan


Komunikasi yang Efektif. EduTech: Jurnal Ilmu Pendidikan dan Ilmu
Sosial, 2(1)

Ariffin, Z., & Ismail, S. H. S. (2020). Komunikasi interpersonal dalam pengurusan


organisasi menurut perspektif Islam: satu analisis di kumpulan jaminan
perniagaan telekom Malaysia berhad. Asian Journal of Applied Communication
(AJAC), 6(1).

Anda mungkin juga menyukai