Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG 42700 BANTING SELANGOR


[Nombor Pendaftaran: SEL 0.7.0]
No tel : 0331877744
“ILMU PANDUAN HIDUP”

TEKS UCAPAN
PROGRAM AWAL REMAJA :

GURU BESAR ( PN ROSNAH BT SHAFIE)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, selamat pagi dan salam 1 Malaysia.

Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis

Yang Berbahagia, Tn Hj Amad Saidi , Nazir Masjid Al-Ehsan.

Yang Berbahagia, En Sharil bin Pakir, YDP PIBG SK Sungai Lang.

Yang Berusaha, Tn Hj Jasmi bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati, Pn. Hjh Masita bt Manap , Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid,

Pn. Rozitah Misbahun, Penolong Kanan Kokurikulum,

AJK PIBG, guru-guru serta murid sekelian.


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG 42700 BANTING SELANGOR
[Nombor Pendaftaran: SEL 0.7.0]
No tel : 0331877744
“ILMU PANDUAN HIDUP”

Alhamdulillah, Program Awal Remaja : Akhlak Terpuji, Indahnya

Peribadi “ akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dan

sokongan PIBG SK Sungai Lang dengan kerjasama pihak Masjid Al-

Ehsan. Semua murid tahap 2 dijemput menyertai program ini. Terima

kasih diucapkan kepada barisan pentadbir yang telah merestui program

ini dilaksanakan. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah

jemputan kita nanti, En Mohd Fairuz bin Abu daanbarisan jawatan kuasa

pelaksana, semua guru, dan semua peserta yang terlibat.

Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan aktiviti tahunan

anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta pihak sekolah sebagai

persediaan awal murid-murid SK Sungai Lang sebelum melangkah atau

mengharungi alam remaja yang mungkin akan terasa asing dan penuh

cabaran. Masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja

merupakan waktu yang mencabar.

Program ini juga bertujuan agar murid-murid dapat mempersiapkan diri

dan minda serta menimba pengetahuan dan bersedia terhadap

perubahan yang bakal dialami sekiranya telah sampai ke tahap tersebut


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG 42700 BANTING SELANGOR
[Nombor Pendaftaran: SEL 0.7.0]
No tel : 0331877744
“ILMU PANDUAN HIDUP”

agar tidak tersalah langkah dan terjerumus dalam gejala yang tidak

sihat. Pengetahuan berkaitan alam remaja akan memberi kefahaman

secara mendalam kepada murid-murid tentang akil baligh yang akan

mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.

Program akil baligh tahap dua adalah program khas kepada murid-

murid bagi persediaan meniti usia remaja atau baligh. Program ini

sangat penting sebagai panduan dan penambah baikan ilmu murid²

kepada pengetahuan yang berlandaskan ilmu agama yang sebenar.

Justeru, program ini sangat bersesuaian bagi murid sekolah yang bakal

melangkah ke peringkat menengah dan sebagai panduan umum bagi

yang baharu menuju alam baligh.

Akhir kata, dengan kerjasama kita pada kali ini dapat mengeratkan

lagi sarana institusi pendidikan dan agama bagi melahirkan insan yang

terbaik. Diharapkan Program akil baligh sangat diperlukan bagi anak-

anak bagi mereka mendapat pendedahan awal ketika menuju alam

remaja.Semoga usaha murni ini memberi manfaat. Kepada murid²


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG 42700 BANTING SELANGOR
[Nombor Pendaftaran: SEL 0.7.0]
No tel : 0331877744
“ILMU PANDUAN HIDUP”

sekolah Kebangsaan Sungai Lang seterusnya melahirkan insan yang

mulia.

Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam........

Anda mungkin juga menyukai