Anda di halaman 1dari 9

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JTW 104 PENGANTAR PENGURUSAN

TUGASAN
MUHAMMED HILME BIN MAT
NAMA
HASSAN
NO. MATRIK JG/10908/19
NO. KP 950323-03-5953
PUSAT WILAYAH KOTA BHARU
DISEDIAKAN DR. NASINA MAT DESA
UNTUK
tugasan104@gmail.com
EMEL

**Mohon gunakan cover tugasan ini sahaja untuk tugasan anda (gantian peperiksaan akhir).

1
SOALAN 1: Mini Kes

Encik Sulaiman ialah seorang ketua pegawai eksekutif untuk Syarikat Maju Jaya Bhd.

Syarikatnya merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan kopi. Kopi berjenama

Good Taste ialah kopi yang sangat enak dan terkenal di seluruh Malaysia. Bagi

menyelia jabatan pengeluaran kopi Good Taste, Encik Sulaiman telah menubuhkan

beberapa unit seperti Unit Pengeluaran serbuk kopi arabica, Unit Pengeluaran serbuk

kopi robusta dan Unit Pengeluaran campuran kedua-dua biji kopi (Arabica dan

Robusta).

1. Nyatakan corak penjabatan organisasi yang sesuai dengan kes di atas.

JAWAPAN :

Carta Organisasi Penjabatan Corak Produk

PENGURUS BESAR

Encik Sulaiman

PENGURUS
PENGURUS UNIT PENGELUARAN
UNIT PENGELUARAN (KOPI ROBUSTA) PENGURUS
(KOPI ARABICA) UNIT PENGELUARAN
2 (KOPI ARABICA &
ROBUSTA)
2. Bincangkan DUA (2) kebaikan dan DUA (2) keburukan menggunakan penjabatan

seperti yang dinyatakan oleh anda dalam soalan (1).

JAWAPAN :

Bagi organisasi yang mengeluarkan pelbagai jenis barang-barang seperti susu nutrigen,

air berkarbonat, dutch lady , kopi dan sebagainya biasanya akan mewujudkan

penjabatanan berdasarkan produk-produk tersebut. Setiap keluaran produk mempunyai

pengurus yang bertanggungjawab dalam unit yang berkaitan untuk mengawasi setiap

pergerakan aktiviti. Pengurus dan pekerja dapat mengembangkan pengalaman dan

kepakaran dengan aktiviti-aktiviti penghasilan sesuatu produk.

Prestasi setiap pekerja juga lebih senang untuk dinilai berdasarkan jumlah pengeluaran

produk dalam setiap unit jabatan. Proses penghasilan sesuatu produk juga lebih cepat

dan berkesan namun ia melibatkan kos yang tinggi untuk membeli dan menyelenggara

mesin-mesin dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk.

Penjabatan ini adalah berdasarkan kepada produk-produk dan kerja pekerja-pekerja

dalam unit-unit yang berbeza, masing masing dengan tanggungjawab untuk

menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Sesebuah organisasi yang

mengamalkan penjabatan jenis output seperti ini mempunyai beberapa kebaikan dan

keburukan dalam setiap sudut.

3
Penjabatan ini adalah berdasarkan kepada produk-produk dan kerja pekerja-pekerja

dalam unit-unit yang berbeza, masing-masing dengan tangungjawab untuk

menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Berdasarkan jawapan Rajah diatas,

setiap jabatan mewakili satu jenis output atau pengeluaran organisasi. Sesebuah

organisasi yang mengamalkan penjabatan jenis output seperti ini mempunyai beberapa

kelebihan.

Salah satu kelebihan yang utama adalah ia membolehkan pengurus dan pekerja

mengembangkan pengalaman dan kepakaran mereka yang berkaitan dengan aktiviti

keseluruhan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Selain daripada itu, struktur

jabatan berdasarkan produk membolehkan pengurusan menilai prestasi kerja bagi

setiap unit kerja. Seterusnya, mudah untuk menangani perubahan dan masalah dalam

proses pengeluaran produk.

Namun demikian, penjabatan produk juga mempunyai beberapa keburukan. Pengurus-

pengurus mungkin memberi tumpuan kepada produk mereka sehingga mengabaikan

aspek lain dalam organisasi. Kos pentadbiran mungkin juga meningkat kerana setiap

produk mempunyai pakar-pakar bidang fungsiannya sendiri. Di samping itu juga,

pekerja bimbang mereka mahir dalam keluaran tertentu sahaja.

4
SOALAN 2

Terangkan KESEMUA hierarki yang terdapat dalam Hierarki Keperluan Maslow dengan

menggunakan contoh diri anda sendiri.

JAWAPAN:

Teori Hirarki Keperluan Maslow:

Menurut Lewis et al. (2001), model hierarki keperluan adalah model yang paling

terkenal untuk motivasi. Menurut hierarki keperluan, seseorang individu itu mempunyai

lima keperluan asas iaitu fisiologi, keselamatan, sosial, harga diri dan penghargaan diri.

Keperluan fisiologi dan keselamatan adalah keperluan tahap yang paling rendah yang

boleh dipenuhi secara luaran, sementara keperluan sosial, keperluan penghormatan

dan keperluan kesempurnaan diri adalah tahap atas keperluan yang boleh dipenuhi

secara dalaman.

Tahap pertama adalah keperluan fisiologi. Keperluan ini wujud pada tahap terendah

hierarki. Contoh keperluan ini adalah keperluan untuk makanan, air, udara dan tidur.

Organisasi boleh membantu individu memenuhi keperluan ini dengan menyediakan

pendapatan yang mencukupi untuk mendapatkan makanan, tempat tinggal dan

persekitaran kerja yang selesa. Manusia akan memberi tumpuan untuk memenuhi

keperluan ini sebelum memenuhi keperluan di tahap yang seterusnya.

5
Melalui keperluan ini, Pengarah Negeri (BSN) perlu membayar gaji yang berpatutan

kepada pekerja kerana melaluinya sekurang-kurangnya pekerjanya dapat

menggunakannya untuk membeli makanan, menyewa tempat tinggal dan membeli

pakaian. Selain itu pemberian komisen juga boleh diadakan.

Tahap kedua adalah keperluan keselamatan. Keperluan ini berkait rapat untuk

memperolehi persekitaran fizikal dan emosi yang selamat. Contoh keperluan ini adalah

rangkaian dalam pekerjaan, insurans kesihatan dan pelan persaraan yang digunakan

untuk memenuhi keperluan keselamatan pekerja.

Berhubung dengan keperluan keselamatan, Pengarah Negeri (BSN) perlu memastikan

setiap pekerjanya supaya dilindungi oleh  insurans dan mereka diberi kemudahan

perubatan percuma. Melalui tindakan ini pekerja akan merasa terjamin dalam

menjalankan kerja mereka.

Tahap ketiga adalah keperluan sosial. Selepas fisiologi dan keselamatan keperluan

telah dipenuh, keperluan sosial akan menjadi sumber utama motivasi kepada orang

ramai. Keperluan ini termasuk keinginan manusia terhadap persahabatan, kerjasama

antara satu sama lain dan tolong menolong dalam jabatan masing masing. Satu contoh

keperluan sosial adalah apabila seorang pekerja menjalankan persahabatan di tempat

kerja dan merasakan sebahagian daripada organisasi.

6
Melalui keperluan ini Pegarah Negeri (BSN) menggalakkan pekerjanya bekerja

berpasukan supaya mereka dapat mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.

Hubungan yang erat menjamin kualiti kerja dan pencapai matlamat.

Tahap keempat adalah keperluan Esteem (penghormatan diri). Keperluan di peringkat

ini termasuk keperluan untuk status dan pengiktirafan. Keperluan ini dapat dipenuhi

melalui kejayaan. Keperluan diri dipenuhi apabila seseorang itu diberikan pengiktirafan

dan penghormatan oleh orang lain. Sebagai contoh, organisasi boleh membantu dalam

memenuhi keperluan ini melalui promosi atau menyediakan stesen kerja yang luas

kepada pekerja. Orang yang memerlukan pengiktirafan, mahu diterima oleh orang

ramai atas kebolehan mereka dan mahu dikenali sebagai orang yang berkemampuan

dan cekap.

Pengarah Negeri (BSN) juga perlu menyediakan peluang-peluang kenaikan pangkat

kepada pekerja yang cemerlang dan berwibawa. Selain itu, beliau juga boleh memberi

anugerah kepada pekerja yang berprestasi tinggi supaya pekerja- pekerja yang lain

lebih bermotivasi dan bersemangat jati diri yang tinggi dalam diri.

Tahap kelima adalah Pencapaian Hasrat Diri. Keperluan ini adalah pada tahap yang

tertinggi dalam hierarki. Keperluan ini bermakna seseorang menilai pencapaian tinggi

berdasarkan potensi diri dengan menggunakan kemampuan dan minat yang maksimum

dalam melaksanakan tugas di dalam persekitaran. Sebagai contoh, satu tugas yang

7
mencabar boleh membantu memuaskan seseorang kearah pencapaian keperluan

penghargaan diri.

Pengarah Negeri (BSN) juga perlu menggalakkan pekerjanya untuk menambahkan

kemahiran dan pembangunan diri seperti melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi dan melantik mereka ke jawatan yang lebih tinggi.

8
Rujukan

Stephen, P. R & Mary, C. (2012). Management Global Edition (Eleventh Edition)

Montana, P. & Charnov, B. (1993). Management: A Streamlined Course for Student and

Bussiness People, (Hauppauge, New York: Barron’s Bussiness Review Series, 1993).

Frederic, W. T. (1919). The Principles of Scientific Management: Harper & Brothers

Publishers New York & London 1919.

Anda mungkin juga menyukai