Anda di halaman 1dari 10

DIPLOMA IN MANAGEMENT (DIM)

SEMESTER SEPTEMBER/ 2021

BDPB2103

INTRODUCTORY HUMAN RESOURCES


MANAGEMENT
KANDUNGAN

1. PENGENALAN 2

2. LATAR BELAKANG 2
2.1 Visi Dan Misi 2-3

3. PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN 3


3.1 Analisis Organisasi 3
3.2 Analisis Kerja 4
3.3 Analisis Individu 5

4. MASALAH LATIHAN DAN PEMBANGUNAN 5-6

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 6
5.1 Pemerhatian Berterusan 7
5.2 Penyiasatan 7
5.3 Penganalisian Data 7

6. RUMUSAN 8

7. RUJUKAN 9

1
1. PENGENALAN

William R. Tracey, dalam "Glosarium Sumber Manusia, mentakrifkan Sumber


Manusia sebagai: "Orang yang pekerja dan mengendalikan organisasi," berbanding
dengan sumber kewangan dan material organisasi. Tidak mungkin sesebuah
organisasi boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau
mengendalikannya. Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam
pengurusan yang mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu
juga, ia menumpukan terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada
pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan kepada
keperluan luaran pelanggan. Pengurusan sumber manusia merupakan aspek penting
dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci kepada
kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga
berbanding dengan sumber lain dalam organisasi.

2. LATAR BELAKANG

Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) ditubuhkan pada tahun 1963 di Petaling
Jaya, Selangor. Selama 58 tahun, syarikat Dutch Lady menerapkan gaya hidup
pengguna yang berubah dan berkembang untuk memenuhi keperluan pemakanan
mereka dengan lebih baik. Hari ini, DLMI adalah syarikat menawarkan pelbagai jenis
produk tenusu berasaskan susu berkualiti dan lazat, yang diedarkan di seluruh
negara untuk membantu rakyat Malaysia kekal berkhasiat dan sihat untuk
membantu mereka maju dalam kehidupan.

Produk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) adalah disahkan Halal oleh
Bahagian Hub Halal dari Jabatan Kemajuan, Jabatan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan
Agama Islam Malaysia (JAIS)dan diiktiraf Badan Pensijilan Halal Luar Negara dan
Pihak Berkuasa. Proses pengilangan syarikat ini menunjukkan pemahaman bahawa
makanan dan minuman Halal adalah penting kepada setiap pengguna Islam. DLMI
sangat komited untuk mendukung piawaian Halal dan mengekalkan keyakinan
pelanggan dalam setiap barang yang dihasilkan di kilang DLMI. Sebagai pengilang
produk tenusu Halal, pengeluaran produk ini adalah tertakluk kepada lawatan tapak
yang rutin dan komprehensif oleh pegawai penguatkuasa JAKIM dan JAIS. Setiap
produk tempatan Dutch Lady tertera logo halal rasmi JAKIM pada peknya. Produk
Dutch Lady yang diimport adalah disahkan Halal oleh Badan Pensijilan Halal asal di
negara masing-masing yang diiktiraf oleh JAKIM. Melangkaui pengesahan status halal
produk, logo ini menyakinkan pengguna bahawa DLMI mematuhi amalan kebersihan
yang ketat, daripada kebersihan pekerja dan pemprosesan kepada pengangkutan
dan penyimpanan produk. Ini bagi memastikan reputasi jenama kekal lama dan baik
dalam pasaran yang berdaya saing.

Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah seperti rumusan
bayi,

2
Susu tepung, Susu pekat manis, Susu untuk membesar, Susu UHT, Susu Kultur,
Yoghurt dan minuman jus-jus buah-buahan yang dilabelkan dibawa jenama seperti
Dutch Lady, Friscolac,Frisco, Completa, Omega dan Joy.

Syarikat Dutch Lady Malaysia telah memperolehi hasil pendapatan tahunan


sebanyak RM 692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya
Selangor dan mempunyai 600 orang pekerja. Kakitangan Dutch Lady bekerja dalam
bidang pengurusan, pemasaran, serta perkilangan.

2.1 Visi Dan Misi

Visi atau wawasan Dutch Lady Milk Indutries adalah untuk menjadi sebuah
syarikat tenusu terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran
cemerlang kepada para pengguna, pelanggan perdagangan, pemegang
saham dan pekerja. Misi Dutch Lady Malaysia pula ialah “ Helping Malayasian
move forward in life with trusted dairy nutrition”.

3. PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

3.1 Analisis Organisasi

Analisis organisasi merangkumi penilaian atau pemeriksaan terhadap


persekitaran dalaman dan luaran dalam sesebuah organisasi melalui visi,
misi, matlamat jangka panjang dan juga matlamat jangka pendek yang telah
ditetapkan. Persekitaran dalaman dan luaran ini amatlah penting di dalam
menentukan sama ada sesuatu program latihan perlu dijalankan atau
sebaliknya dan ini sekaligus dapat mengenal pasti jika sesebuah organisasi itu
telah mencapai matlamat dan objektifnya.

Pada peringkat analisis, pengambilan maklumat boleh diperolehi melalui misi


dan visi organisasi, indeks pengurusan sumber manusia, inventori kemahiran,
indeks iklim dan indeks kecekapan organisasi. Sumber maklumat yang telah
diperolehi dapat mengenal pasti keperluan latihan dan masalah atau
kekurangan yang terdapat di dalam organisasi tersebut. Analisis organisasi ini
dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana sesuatu latihan
harus dikendalikan dan boleh dikendalikan di dalam sesebuah organisasi.

Bagi syarikat Dutch Lady, Misi dan visi syarikat adalah untuk membantu
kehidupan rakyat Malaysia agar terus maju kehadapan dengan produk
tenusu yang dipercayai dan berwawasan untuk menjadi sebuah syarikat
tenusu terbaik di Malaysia. Oleh yang demikian, untuk mencapai visi
tersebut, syarikat Dutch Lady perlu membuat analisis mengenai tugas atau
peranan kerja yang harus diberikan perhatian bagi mendapatkan keperluan

3
latihan dengan mengambil kira objektif perancangan jangka panjang syarikat
tersebut.

3.2 Analisis Kerja

Analisis kerja juga dikenali sebagai analisis tugas diamana ia


menentukan kerja yang diperlukan untuk melengkapkan kemahiran
proses sistem, tanggungjawab dan pengetahuan adalah teknik
pengurusan sumber manusia yang penting dan universal. Melalui
analisis ini, ia memberi kepastian untuk kerja tertentu, dan
menentukan perjalanan kerja bagi melengkapkan pengetahuan dan
kemahiran, seperti kriteria kelayakan yang diperlukan.

Melalui analisis kerja ini, terdapat lima langkah utama di dalam


perlaksanaan analisis kerja iaitu seperti berikut :

i. Menyenaraikan huraian dan tanggungjawab kerja daripada


organisasi.

ii. Mengenalpasti tugas yang terlibat semasa menjalankan


kerja dalam program latihan.

iii. Mengenalpasti pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan


sikap yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu tugas
melalui spesipikasi kerja.

iv. Membentuk objektif latihan dengan mengenalpasti tugas


dan kecekapan yang perlu diserapkan ke dalam program
latihan untuk sesuatu kerja.

iv. Mereka-bentuk program latihan dengan menyusun


keperluan latihan mengikut keutamaannya.

Di peringkat analisis kerja, syarikat Dutch Lady mengunakan kedua-


dua pendekatan ini untuk menilai keperluan latihan yang diperlukan
bagi jawatan atau kemahiran baru dan sedia ada di dalam organisasi
mereka. Melalui bahagian pembangunan sumber manusia di syarikat
ini, mereka akan menganalisis deskripsi dan spesifikasi kerja untuk
mengenal pasti tugas dan kecekapan yang diperlukan. Prosedur kerja
juga direkodkan bagi mengenal pasti sebarang kekurangan atau
kesilapan yang wujud dan setiap kelemahan ini akan diberikan
perhatian untuk mendapatkan latihan yang sesuai.

4
3.3 Analisis Individu

Peringkat ketiga di dalam analisis keperluan latihan adalah analisis


individu yang mana ianya digunakan untuk menentukan keperluan
latihan bagi seseorang pekerja bagi meningkatkan prestasi kerja.
Analisis ini sesuai dijalankan oleh pekerja yang bertugas sebagai
Penyelia atau Pengurus yang mempunyai peluang untuk memerhati
atau memantau pencapaian pekerja dibawah arahannya.

Bagi syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad, penilaian prestasi


bagi pekerja-pekerja mereka dikendalikan oleh ketua-ketua bahagian
berdasarkan ukuran piawaian (standard) dengan merancang kerja
tahunan dan menetapkan sasaran yang perlu dicapai. Penilaian
prestasi ini dibuat sebanyak dua kali iaitu di pertengahan tahun dan
akhir tahun. Keadaan ini akan membolehkan pekerja-pekerja untuk
memperbaiki prestasi mereka sebelum penghujung tahun. Sekiranya
hasil penilaian prestasi seseorang pekerja itu tidak memuaskan, maka
tindakan akan diambil oleh pihak pengurusan untuk menentukan
kandungan latihan, iaitu jenis kemahiran dan pengetahuan yang perlu
diajar agar prestasi pekerja tersebut dapat dipertingkatkan dan
diperbaiki.

4. MASALAH PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Setiap organisasi atau syarikat yang berjaya tidak akan terlepas daripada pelbagai
cabaran-cabaran yang memerlukan organisasi bertindak bagi mengatasi semua
cabaran tersebut. Antara cabaran tersebut adalah dari segi cabaran globalisasi,
mengurus perubahan, dan cabaran dalam pengurusan sumber manusia. Sebagai
contoh, syarikat Dutch Lady Malaysia telah berjaya menengani cabaran-cabaran
yang ada sehingga syarikat ini menjadi antara syarikat tenusu yang terbesar di dunia.
Walau pun pada asalnya syarikat Dutch Lady Malaysia hanya merupakan pengilang
susu pekat manis, namun pada hari ini syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai
produk seperti susu untuk bayi, susu untuk tumbesaran, jus buah-buahan, yoguart,
dan susu untuk orang dewasa. Atas daripada kejayaan menempuhi pelbagai
cabaran,syarikat ini telah menerima pelbagai anugerah kecemerlangan termasuklah
di dalam pengurusan sumber manusia.

Sebagai syarikat yang bertaraf antarabangsa Dutch Lady Malaysia tidak dapat lari
daripada menghadapi cabaran-cabaran secara globalisasi. Globalisasi akan
membawa peluang dan cabaran kepada syarikat ini. Sebuah syarikat yang ingin terus
maju perlu berusaha untuk menjadi pemain utama dalam ekonomi antarbangsa
bukan sahaja dari segi kepelbagaian produk malah dari segi pengurusan sumber
manusia juga harus diberi perhatian. Pertumbuhan serta pembangunan ekonomi
merupakan asas kepada pembentukan pembangunan sumber manusia dan
seterusnya akan membentuk tenaga kerja yang cemerlang.

5
Keupayaan organisasi menilai , mengikut, dan mentafsir isu globalisasi dalam
pengursan sumber manusia merupakan cabaran sangat mendesak kerana ia akan
menentukan keupayaan daya saing organisasi di dalam melahirkan warga yang
cemerlang. Oleh itu satu pendekatan secara menyeluruh, sistematik dan strategik
yang meliputi pelbagai aspek termasuklah perancangan, latihan, perkembangan
kerjaya, kesihatan dan keselamatan, kebajikan, penilaian prestasi, aspek disiplin
serta ganjaran merupakan antara cabaran yang perlu ditangani dengan baik oleh
syarikat Dutch Lady Malaysia. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada timbulnya
beberapa isu lain yang mampu memundaratkan imej serta reputasi syarikat ini
khasnya di dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang cemerlang dan mantap.

Menurut Yusof (2008), perubahan ialah proses mengubah keadaan supaya menjadi
lebih baik dari segi keberkesanan proses kerja, memposisikan organisasi, dan
pembaikan produk yang dihasilkan. Perubahan juga bermaksud proses penukaran
daripada apa yang sedia ada kearah kebaikan atau pun sebaliknya secara berterusan.
Ini bermaksud organsasi perlu menukar apa sahaja yang dirasakan bagi mencipta
sesuatu yang lebih baik untuk organisasi. Syarikat besar seperti Dutch Lady Malaysia
juga perlu mengurus perubuhan dalam organisasi terutamanya dalam pengurusan
sumber manusia kerana sumber manusia merupakan pengerak utama sesebuah
organisasi.

Menurut Sutha D/O Marimutu pemaju produk bagi syarikat Dutch Lady Malaysia
berkata, setelah bekerja di Dutch Lady Malaysia selama empat tahun, beliau berasa
bangga dan gembira kerana berpeluang menimba ilmu serta membina pengalaman
di dalam syarikai ini. Menurutnya lagi, perubahan dalam pengurusan syarikat Dutch
Lady sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja Dutch Lady.
Selain latihan syarikat ini juga menggunakan teknologi moden di dalam proses
penghasilan produknya. Ini adalah kerana kecekapan organisasi ini dalam mengurus
perubuhan. Contohnya, Dutch Lady menggunakan alat ‘sensory tests’ (ujian rasa)
dan ini telah memberi peluang kepada tenaga kerja untuk merasa resepi baharu
yang dicipta.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk menghasilkan pekerja yang cemerlang di dalam sesebuah organisasi, bahagian


pengurusan sumber manusia dalam organisasi tersebut harulah mempunya strategi
yang berkesan. Menurut Ab Aziz Yusoff (2006), sumber manusia ialah asset penting
organisasi sama ada organisasi perniagaan yang mengutamakan aspek-aspek
produktiviti, kualiti, kepuasan pelanggan, keuntungan dan viability ataupun
organisasi awam yang mementingkan kualiti perkhidmatan, keberkesanan kos serta
kepuasan dan keselesaan pelanggan. Untuk tugasan ini tiga syor yang dicadangkan
ialah bagaimana pengurusan sumber manusia mengurus globalisasi, perubahan, dan
pembangunan sumber manusia.

6
5.1 Pemerhatian berterusan

Pemerhatian atau pengawasan aktiviti perlu dilakukan secara berterusan dan


bukan hanya dilakukan apabila syarikat tersebut ingin membuat persediaan
analisis keperluan latihan. Syarikat Dutch Lady memerlukan seseorang yang
ditugaskan untuk mendapatkan informasi mengenai isu-isu semasa yang
berlaku di semua bahagian di dalam syarikat tersebut. Untuk mendapatkan
gambaran yang lebih luas maka perlulah mengetahui data-data penting yang
berkaitan dengan syarikat, contohnya matlamat dan obkejtif jangka panjang,
serta harus menyesuaikan diri mengenai tatacara interaksi diantara bahagian.
Perhubungan diantara semua bahagian hendaklah diperkembangkan di
beberapa peringkat, agar sikap dan pendapat setiap pekerja dapat diketahui.

5.2 Penyiasatan

Analisis keperluan latihan dapat diperbaiki dengan melakukan penyiasatan


apabila pihak pengurusan bercadang untuk mengendalikan sesuatu program
latihan. Dengan menggunakan data yang diperolehi semasa di peringkat
pemerhatian, kita harus menyiasat dengan lebih lanjut mengenai isu
pemasalahaan untuk mengesahkan bahawa latihan adalah merupakan satu
jalan penyelesaian. Sebagai contoh, Produktiviti di bahagian operasi
pengeluaran syarikat Dutch Lady telah menurun semenjak 3 bulan yang lalu,
berdasarkan kepada pemerhatian, masalah ini timbul disebabkan pekerja-
pekerja yang bertugas sebagai mesin operator gagal mengendalikan mesin
dengan baik, oleh yang demikian pihak syarikat perlu melakukan penyiasatan
samada latihan kemahiran mesin perlu diberikan kepada pekerja yang
terlibat ataupun syarikat perlu menambah lebih banyak pekerja mahir di
bahagian operasi agar masalah ini tidak akan berulang semula.

5.3 Penganalisian Data

Untuk mencapai keputusan yang baik di dalam analisis keperluan latihan,


langkah yang paling penting ialah proses menganalis data-data yang telah
dikumpulkan melalui kaedah-kaedah yang digunakan oleh syarikat ini.
Analisis adalah merupakan satu proses untuk memahami data, mengenal
pasti bahagian yang relevan, membuat kesimpulan dan seterusnya
menyediakan lapuran mengenai penemuan penyelesaian. Butir-butir seperti
jenis latihan dan bagaimana latihan tersebut akan dilaksanakan perlu
dimasukkan ke dalam lapuran tersebut. Membuat analisis keperluan latihan
adalah kritikal kepada kejayaan sesuatu program latihan. Oleh yang demikian,
penganalisis data perlu memastikan setiap data yang diperolehi adalah tepat
dan menepati objektif program latihan tersebut

7
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kecekapan sesebuah organisasi dalam mengurus sumber manusia
akan menjadikan sesebuah organisasi itu maju dan cemerlang. Pemilihan syarikat
Dutch Lady Malaysia sebagai organisasi yang dipilih dalam tugasan ini adalah kerana
kecemerlangan syarikat ini di dalam pengurusan sumber manusianya. Pengurusan
sumber manusia berperanan penting dalam menentukan halatuju organisasi
menerusi pemilihan pekerja sehingglah pemberian latihan dan kemahiran. Peranan
utama bahagian pengurusan sumber manusia adalah sebagai perancang, fasilitator,
kordiantor, juru audit, dan sebagai orang tengah. Pengurusan sumber manusia amat
penting bagi memestikan organisasi kekal beroperasi dan berkesan.

Berdasarkan analisis yang dibuat terhadap cabaran yang dihadapi oleh pengurusan
sumber manusia syarikat yang dipilih daripada segi globalisasi, mengurus perubahan
dan pembangunan sumber manusia ternyata Dutch Lady berjaya menangani cabaran
tersebut. Kejayaan syarikat ini dibuktikan dengan berjaya mengurus cabaran-cabaran
seperti dari segi globalisasi, mengurus perubahan, dan dalam pembangunan sumber
manusia syarikat ini. Ini juga membuktikan bahawa dengan pengurusan sumber
manusia yang baik, organisasi akan lebih berkembang dan berdaya

8
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2006. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan.
Petaling Jaya; Pearson

Shanti Subraniam. 2007. Pengajian Perniagaan. Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Siti Zubaidah, Nor Azimah, Wan Din Wan Daud, Tang Swee Mei, Yaahon Ibrahim &
Ho Jo Ann. 2014. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia

Annual Report Dutch Lady Milk Industries (Malaysia) tahun 2012, 2013, dan 2014.

Annual Report Nestle (Malaysia) Berhad tahun 2012, 2013, dan 2014.

Anda mungkin juga menyukai