Anda di halaman 1dari 22

SOALAN 1 (1)

”Pengorganisasian adalah proses menentukan tugas yang perlu

dilaksanakan, siapa pelaksananya dan bagaimanakah tugas-tugas tersebut

akan diurus dan dikoordinasikan.”

(Lewis et al., 2001)

Setiap syarikat yang kukuh sangat memerlukan sistem pengorganisasian yang

hebat bagi mengurus, menyusun dan mengagihkan sumber-sumber. Perkara ini sangat

penting untuk mencapai matlamat syarikat dengan lebih cekap dan berkesan seperti yang

dinyatakan oleh Lewis et al (2001). Selain itu, dalam sebuah organisasi juga perlu

mewujudkan bahagian-bahagian tertentu bagi memastikan segala proses berjalan dengan

lancar. Terdapat dua jenis struktur utama dalam sesebuah organisasi iaitu struktur formal

dan juga tidak formal.

Dalam perihal penjabatan organisasi, terdapat beberapa corak yang dalam dikenalpasti

dalam mengumpul tugas berkaitan aktiviti pengurusan organisasi. Antaranya adalah

fungsian, produk, geografi, pelanggan dan matriks.

Matriks

Geografi Fungsian

Corak
Penjabatan

Pelanggan Produk

Rajah 1: Jenis corak penjabatan organisasi.

1
Berdasarkan minit kes yang dinyatakan, corak penjabatan organisasi yang sesuai adalam

corak produk adalah corak produk. Hal ini kerana Syarikat Maju Jaya Bhd mempunyai

ciri-ciri corak organisasi yang serupa dan menyerupai dengan corak produk. Hal ini kerana

corak ini sering dibentuk oleh syarikat yang kompleks seperti syarikat multinasional yang

mengeluarkan pelbagai jenis produk. Corak jenis ini sangat mudah dalam mengurus servis

yang disediakan kerana para pekerjanya sangat berkemahiran tinggi dan pakar dalam

bidang masing-masing dalam menghasilkan produk tersebut.

Tambahan pula, ciri-ciri lain yang menyokong bahawa syarikat ini menggunakan corak

produk adalah cara pembahagian Encik Sulaiman mengenai bidang pekerjaan para

pekerjanya. Beliau membahagikan para pekerja yang bertanggungjawab dalam unit

masing-masing yang mengawasi setiap sesuatu pergerakan aktiviti. Sebagai contoh,

Rajah 2 menunjukkan corak yang mengeluarkan produk serbuk kopi yang berbeza di

dalam Syarikat Maju Jaya Bhd. Ia menunjukkan bahawa setiap ahli yang bekerja bawah

unit pengeluaran masing-masing akan menguasai semua aspek dalam unit tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif

Unit Pengeluaran Unit Pengeluaran


Unit Pengeluaran
Serbuk Kopi Serbuk Kopi Arabica
Serbuk Kopi Arabica
Robusta dan Robusta

Rajah 2: Corak organisasi bagi corak produk.

2
Jika dilihat dari sudut yang berbeza, Encik Sulaiman berperanan sebagai yang mengurus

segala perihal syarikat tersebut iaitu sebagai ketua pegawai eksekutif. Beliau berfungsi

sebagai komunikator yang memastikan para pekerja dipantau, segala maklumat

disampaikan dengan jelas dan menjadi jurucakap kepada semua. Mini kes tersebut

menunjukkan bahawa beliau telah membuat perancangan yang teliti iaitu dengan memberi

hala tuju dan fokus kepada setiap pekerja untuk melakukan tugasan masing-masing. Raja

Roslan (2003), pemimpin sesebuah organisasi perlu ada kualiti dalam kemahiran

komunikasi dan ia juga adalah salah satu pendekatan yang amat penting bagi seorang

pemimpin dalam melaksanakan tugas mereka dalam memimpin. Mengikutnya lagi,

kebanyakkan pemimpin tidak mempunyai kemahiran komunikasi dengan baik dan iainya

adalah memberi kesan kepada kualiti kepimpinan khususnya untuk berhubung dengan

pihak luar.

Setiap strategi yang dilakukan oleh sesebuah organisasi mesti mengharapkan sebuah

hasil yang positif. Kesan daripada penggunaan corak produk ini adalah ia dapat

membantu menguruskan setiap yang diputuskan oleh syarikat dengan pantas dan efisyen

dan juga dapat menghasilkan sebuah hasil kerja yang baik dan cemerlang kerana para

pekerjanya sudah cekap dan pakar dalam bidang masing-masing.

Sebagai kesimpulannya, corak penjabatan organisasi yang berbentuk produk ini

membawa pelbagai kebaikan kepada sesebuah masyarakat. Setiap unit atau

pembahagian yang telah dilakukan bertanggungjawab dalam mengeluarkan produk

tertentu atau kumpulan produk yang berkaitan dan perkhidmatan. Kaedah ini menekankan

pendekatan kumpulan yang mana keputusan adalah cepat dengan sedikit konflik.

3
SOALAN 1 (2)

1.0 KEBAIKAN MENGGUNAKAN PENJABATAN ORGANISASI BERCORAK PRODUK

Penjabatan organisasi yang digunakan oleh Syarikat Maju Jaya Bhd. Adalah corak

produk yang sangat berfokuskan tentang kualiti pelbagai produk kopi seperti serbuk kopi

Arabica dan Robusta. Terdapat beberapa kebaikan dan kesan positif yang dialami oleh

syarikat tersebut. Rajah 3 menunjukkan ringkasan kebaikan menggunakan corak produk

dalam sesebuah syarikat.

Dapat menyesuai dan mementingkan


setiap permintaan pelanggan

Kebaikan

Mempunyai matlamat yang jelas bagi


setiap unit atau jabatan

Rajah 3: Kesan positif penggunaan penjabatan organisasi corak produk.

a) Dapat menyesuai dan mementingkan setiap permintaan pelanggan

Kesan positif yang pertama adalah mendapat menyesuai dan memenuhi setiap

permintaan pelanggan. Bak pepatah Bahasa Inggeris, “Customer is always right” yang

membawa maksud pelanggan sentiasa betul. Dalam konteks ini, pengertian kualiti telah

berubah dan berkembang seiring dengan peredaran zaman. Menurut Deming (1986), “apa

yang penting sekarang, kualiti hendaklah mengikut definisi pelanggan”. Hal ini

bermaksud ciri-ciri produk dan perkhidmatan mestilah menepati keperluan pelanggan dan

bebas daripada sebarang kekurangan dan kecacatan. Perihal ini sejajar dengan

pendekatan yang mengikut corak produk.


4
Dalam memastikan kualiti produk seperti pengeluaran serbuk Kopi Arabica dan Robusta

terjamin dan memenuhi citarasa pelanggan, corak produk ini sentiasa akan

mengutamakan mendengar suara hati pelanggan atau dalam kata yang lain iailah Voice of

Customer (VOC). Para pekerja bahagian masing-masing perlu mempunyai teknik

komunikasi yang berkesan iaitu ia merupakan salah satu cara sesebuah syarikat dan

organisasi untuk kenal pelanggan masing-masing.

Tambahan pula, kelebihan konteks corak produk ini adalah kerana para pekerja sesebuah

syarikat akan sentiasa cakna, ambil tahu dan fokus dalam sesuatu skop tugasan sehingga

menjadi cekap dan handal. Mereka sentiasa memberikan fokus kepada kehendak dan

keinginan para pelanggan seperti membuat kajian dan pemerhatian bertumpukan skop

tertentu. Chew (2013) menerusi hasil kajiannya mendapati setiap pengguna mempunyai

jangkaan dan persepsi yang berbeza terhadap kualiti sesuatu produk mahupun

perkhidmatan Peningkatan dan penambahbaikan kualiti dapat membantu perniagaan

sesebuah syarikat berada di dalam tahap prestasi yang terbaik. Melalui peningkatan dan

penambaikan kualiti produk, ia mampu menjimatkan wang poket anda, meningkatkan

keuntungan, memperolehi lebih banyak bisnes dan kepuasan pelanggan sentiasa terbela.

Hal ini akan memastikan setiap permintaan pelanggan tercapai dalam masa yang cepat

dan tepat.

Selain itu, penjabatan organisasi yang menggunakan corak produk sangat mementingkan

setiap permintaan pelanggan dengan sentiasa membuat pemantauan dan penilaian. Hal

ini kerana proses penambahbaikan perlu berlaku secara berterusan mengikut unit yang

telah ditetapkan dalam setiap syarikat. Dengan adanya proses pemantauan dan penilaian

dalam setiap unit, perkara ini dapat membantu membaiki pada masa akan datang.

5
Perubahan positif ini sangat akan dititikberat dalam syarikat yang menggunakan corak

produk ini kerana pelanggan akan sentiasa berubah dan lebih bijak.

b) Mempunyai matlamat yang jelas bagi setiap unit atau jabatan

Kesan yang kedua dalam menggunakan penjabatan organisasi bercorak produk ini

adalah sentiasa mempunyai matlamat yang jelas bagi setiap unit dan jabatan yang telah

ditetapkan. Penetapan matlamat bagi setiap unit sangat penting untuk membina sebuah

syarikat yang berjaya. Proses ini bermula daripada atas sesuatu organisasi dan mendapat

sokongan yang aktif daripada ketua eksekutif, yang memberi arahan kepada organisasi

itu. Penetapan objektif boleh bermula di semua peringkat sama ada di peringkat bahagian,

di peringkat pengurus pemasaran, atau bahkan di peringkat yang lebih rendah lagi.

Sebagai contoh, dalam sebuah syarikat, sistem mengurus mengikut objektif boleh

dimulakan di dalam satu bahagian, kemudian diturunkan ke peringkat penyeliaan yang

paling rendah dengan rangkaian matlamat yang saling berkait.

Dalam konteks ini, matlamat setiap unit dapat ditentukan dengan wujudnya misi dan visi

dalam satu tempoh masa yang tertentu. Sebagai contoh, matlamat tersebut boleh

ditetapkan dalam temph masa yang 3 bulan mahupun 5 tahun. Biasanya, dalam banyak

keadaan, objektif ditetapkan agar sejajar dengan belanjawan tahunan atau penyudahan

sesuatu projek utama. Matlamat yang ditetapkan oleh ketua sesebuah syarikat mahupun

unit adalah bersifat permulaan, berdasarkan analisis dan pertimbangan tentang apa yang

dapat dan harus dicapai oleh organisasi dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ini

memerlukan perhitungan tentang kekuatan dan kelemahan syarikat dari sudut peluang

dan ancaman yang ada. Matlamat-matlamat ini mestilah dianggap sebagai bersifat

sementara dan tertakluk kepada pengubahsuaian manakala keseluruhan rantaian objektif

yang dapat diuji cuba dilaksanakan oleh subordinat. Biasanya tidak wajar untuk

6
memaksakan objektif terhadap subordinat kerana paksaan tidak akan menimbulkan

perasaan komitmen. Kebanyakan pengurus juga mendapati bahawa proses

melaksanakan matlamat dengan subordinat mendedahkan bukan sahaja masalah yang

hendak dikendali tetapi peluang-peluang yang tidak disedari oleh mereka sebelumnya.

Selain itu, matlamat yang jelas dapat membantu sesebuah syarikat dan unit mencapai

sesuatu sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan. Misalannya, sebuah syarikat besar

seperti Syarikat Maju Jaya Bhd. mungkin mempunyai ramai pekerja yang mengurus

segala perihal berkenaan dengan produk dan itu akan menetapkan matlamat yang jelas

sebagai cara untuk memastikan semua orang berada dalam arah yang benar. Setiap

ketua untuk unit masing-masing dapat menentukan matlamat dan objektif kumpulan kerja

dan membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat. Melalui

perancangan juga pengurus dapat mengagih dan menggunakan sumber-sumber dengan

lebih efektif dan efisyen. Oleh itu, sebuah syarikat yang bercorak produk ini dapat memiliki

matlamat yang jelas dan berfokus bagi setiap bahagian dan unit yang telah ditetapkan.

2.0 KEBURUKAN PENJABATAN ORGANISASI BERCORAK PRODUK

Pekerja hilang kreativiti dan hilang


motivasi

Keburukan

Menghadkan pergerakan kerjaya pekerja

Rajah 4: Kesan negatif penggunaan penjabatan organisasi corak produk.

7
a) Pekerja Hilang Kreativiti dan Hilang Motivasi

Menurut Supriyono (2003), motivasi adalah kemampuan untuk berbuat sesuatu

sedangkan motif adalah keperluan, keinginan, dorongan untuk berbuat sesuatu. Motivasi

seseorang dipengaruhi oleh kekuatan intrinsik yang ada pada seseorang. Motvasi dalam

menjalankan sebuah syarikat atau organisasi dianggap sebagai aspek terpenting. Hal ini

kerana ia menjadi peransang bagi membangkitkan minat dan dorongan individu ke arah

mencapai sesuatu matlamat (Tengku, 2006) . Menurut Ahmad Atory (1996), sesebuah

organisasi tidak akan dapat tercapai matlamatnya tanpa terlebih dahulu disusun dan di

dokong oleh ahli-ahli dalam organisasi dengan berkesan. Menurut Jerald Greenberg dan

Robert A. Baron (1995) di dalam sebuah buku nukilan Ahmad Syukri (2002), motivasi

adalah satu proses yang menghasilkan, mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu

bagi mencapai sesuatu matlamat.

Manakala, kreativiti membawa maksud suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak

berasaskan logik biasa kerana logik bersifat penilaian (Mohd Azhar, 2004). Menurut Yong

dan Biriamah (1996), mereka berpendapat bahawa tiada definisi yang tetap dan mutlak

mengenai kreativiti seseorang. Hal ini merangkumi aspek keseluruhan sesuatu hasil kerja

dari peringkat menjana idea sehinggalah ke peringkat penghasilan sesuatu karya. Kedua-

dua motivasi dan kreativiti seseorang berkemungkinan akan terjejas dalam sesebuah

organisasi yang mengamalkan corak produk. Hal ini kerana apabila seseorang bertumpu

hanya pada sesebuah skop sahaja, mereka akan cepat berasa bosan dan tidak

bersemangat kerana melakukan rutin dan tugasan yang sama.

Selain itu, antara ciri-ciri lain yang melibatkan corak produk adalah penggunaan teknologi

yang tinggi dan canggih. Seseorang akan dapat melayari semua maklumat dalam bahtera

internet. Hal ini akan menyebabkan tahap kreativiti seseorang menurun dan menjadi

8
kurang kreatif. Pelbagai kajian telah dijalankan berkenaan dengan kesan teknologi kepada

otak manusia sehingga kini. Terdapat segelintir pengkaji yang bersetuju dan ada juga yang

kurang enak dengan idea tersebut. Dengan teknologi, kaedah penyalinan idea dan

kekurangan aspek keaslian dalam suatu buah fikiran masing-masing menjadi

permasalahan. Hal ini juga telah disokong oleh Henriksen et al. (2018) yang membuat

kesimpulan bahawa teknologi membunuh sebahagian besar kreativiti manusia tetapi

bukan secara keseluruhan. Oleh itu, penggunaan corak produk akan membuatkan para

pekerja hilang kreativiti serta motivasi untuk bekerja.

b) Menghadkan pergerakan perancangan kerjaya seseorang

Walker dan Gutterridge (1979) menyatakan bahawa perancangan merupakan idea

yang diperlukan oleh sesebuah organisasi bagi membantu para pekerja menganalisa

kebolehan, minat, perancangan dan pelaksanaan aktiviti pembangunan kerjaya. Manakala

menurut Rozhan Othman (1991), perancangan kerjaya merupakan proses seseorang

individu memilih matlamat kerjaya dan jalan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Antara

faktornya adalah untuk mempertingkatkan dan memajukan diri dalam bidang dan kerjaya

yang mereka ceburi. Namun demikian, dalam penggunaan corak produk pula, mereka

yang tertumpu pada sesuatu aspek sahaja berkemungkinan tidak akan diberi pangkat

dengan cepat. Hal ini kerana ketua-ketua unit mereka yang seringkali akan mendapat

nama selepas menghasilkan sesuai produk tersebut. Mereka yang akan mendapat pujian

bagi setiap jualan dibandingkan dengan pekerja unit kecil-kecilan.

Penghalang dalam pergerakan kerjaya berlaku bila tiada pengiktirafan bagi individu yang

bekerja keras melaksanakan dan mencapai target sesebuah syarikat. Dalam konteks

corak produk ini, pekerja hanya berfokus pada setiap perincian produk tersebut. Hal ini

akan menyebabkan pergerakan kerjaya di luar unit tidak begitu meluas. Sebagai contoh,

9
Ali yang bekerja sebagai pekerja di unit syarikat yang bercorak produk, beliau akan fokus

hanya pada satu produk iaitu produk kopi sahaja. Beliau akan berasa sukar untuk

mengembang bakat beliau ke syarikat yang tidak menjual kopi. Oleh itu, antara keburukan

mnggunakan corak pengorganisasian produk ialah menghadkan pergerakan kerjaya

doluar produk ataupun servis berkenaan.

SOALAN 2

1.0 PENGENALAN

Teori Hierarki Keperluan Maslow sangat terkenal dan diingati dalam kalangan

penyelidik masa kini. Teori ini telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow iaitu seorang ahli

psikologi dan pengasas sekolah pemikiran. Beliau juga sangat dikenali sebagai psikologi

kemanusiaan. Antara karya terkenal beliau adalah seperti Motivation and Personality

(1954) and Toward a Psychology of Being (1962). Menurut beliau, terdapat lima hierarki

utama semula jadi manusia yang berfokuskan pada tingkah laku. Kesemua hierarki ini

adalah keperluan manusia yang terdiri daripada keperluan fisiologi, keselamatan, kasih

sayang, penghargaan kendiri serta keperluan kesempurnaan kendiri. Manusia didorong

oleh keperluan yang rendah iaitu keperluan yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum

dapat meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Tamsilnya, seseorang yang berpendapat

rendah akan lebih banyak menumpukan segala usahanya untuk memenuhi keperluan

asas seperti mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal yang selesa

berbanding daripada mendapatkan keperluan yang lain. Rajah 5 menunjukkan 5 peringkat

mengikut Teori Hierarki Keperluan Maslow.

10
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

KEPERLUAN SEMPURNA KENDIRI


Cita-cita, kepuasan rohani
KEPERLUAN PENGHARGAAN
Pujian, sanjungan
KEPERLUAN KASIH SAYANG
Persahabatan, keluarga
KEPERLUAN KESELAMATAN
Perlindungan, pakaian, tempat tinggal

KEPERLUAN ASAS

Rajah 5: Lima peringkat dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow

Pelbagai isu penting yang sering diabaikan apabila keperluan-keperluan asas ini tidak

dapat memenuhi kehendak individu. Antaranya adalah pendidikan anak-anak serta tahap

kesihatan keluarga. Sebagai seorang humanis, Maslow percaya bahawa manusia

dilahirkan dengan keinginan untuk menjadi menjadi sebaik mungkin dalam kehidupan.

Namun, dalam mencapai tahap yang tertinggi itu, beberapa keperluan asas harus

dipenuhi dan dicapai. Beliau lebih berfokuskan dengan apa dan bagaimana manusia

dapat berasa gembira dan perkara-perkara yang dapat membuatkan mereka mencapai

matlamat yang tertinggi dalam kehidupan.

11
2.0 KEPERLUAN ASAS

Merujuk pada Rajah 5, peringkat pertama dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow

adalah peringkat memenuhi keperluan asas manusia untuk hidup. Manusia memerlukan

beberapa perkara penting dalam kehidupan seperti air, udara, makanan dan tempat

tinggal. Dalam peringkat ini juga, Maslow juga menganggapnya sebagai keperluan

fisiologi yang penting bagi manusia.

Makanan

Pakaian Minuman

KEPERLUAN
ASAS

Tempat
Tidur perlindungan

Rajah 6: Contoh jenis keperluan asas manusia

Bagi pendapat dan pengalaman saya, dalam memenuhi keperluan asas ini, saya memiliki

sebuah rumah yang menjadi tempat tinggal saya dan keluarga. Setiap keluarga dan

individu mempunyai rumah yang berbeza-beza dari aspek lokasi, reka bentuk, jenis

perumahan serta ruang penting di dalam sebuah rumah. Antara kepentingan memiliki

tempat tinggal adalah ia merupakan sebuah ruang untuk perlindungan serta memberikan

keselesaan kepada manusia. Rumah dapat menjadi sebuah perlindungan daripada

ancaman cuaca buruk seperti panas dan hujan serta ancaman luar seperti haiwan liar

mahupun kes jenayah yang bahaya. Selain itu juga, sebuah rumah mampu menjadi

sebuah ruang yang dapat mewujudkan kemesraan antara keluarga serta menjadi tempat

sebuah keluarga untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama. Sebagai contoh,
12
rumah menjadi tempat untuk beristirehat serta membersihkan diri selepas seharian penat

bekerja dan mencari rezeki.

Tambahan pula, mendapatkan makanan yang cukup dan seimbang merupakan salah satu

keperluan asas bagi setiap manusia. Hal ini kerana dengan adanya makanan yang

mencukupi, kesihatan seseorang juga dapat terjamin. Kesihatan diri merupakan salah satu

harta yang paling berharga namun ramai yang mengambil enteng. Pepatah ada

mengatakan, “ Diri anda ialah apa yang anda makan ” dan kenyataan ini benar dalam

soal kesihatan. Antara kepentingan manusia mendapatkan makanan yang cukup dan

seimbang adalah kerana makanan dapat membantu dalam pembesaran manusia. Saya

akan memastikan makan makanan yang cukup, berkhasiat dan seimbang bagi

memastikan keperluan asas saya dan keluarga mencukupi seperti sayur-sayuran, buah-

buahan dan sebagainya. Memenuhi keperluan asas seperti makanan ini juga dapat

memberikan vitamin yang cukup kepada badan, mengawal kadar obesiti badan serta

membantu perkembangan mental seseorang agar tidak diganggu. Oleh itu, Maslow

menekankan mengenai mendapatkan makanan yang secukupnya sebagai keperluan

utama bagi setiap manusia. Jika keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi, maka tubuh

badan manusia tidak dapat berfungsi secara optimum. Kegagalan memenuhi keperluan

yang terletak pada bahagian bawah hierarki ini akan menimbulkan pelbagai masalah iaitu

yang dipanggil sebagai deficiency needs.

3.0 KEPERLUAN KESELAMATAN

Setelah keperluan utama manusia tercapai, keperluan dalam aspek keselamatan

menjadi keutamaan. Manusia ingin mempunyai pengalaman dalam menentukan dan

mengawal dalam setiap aspek kehidupan mereka. Sebagai contoh, mempunyai kerjaya

yang tetap, mencapai cita-cita dalam memajukan perniagaan masing-masing dan

13
sebagainya. Keperluan keselamatan ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis juga

iaitu keselamatan emosi, keselamatan kewangan, kebebasan daripada hitang piutang,

kestabilan sosial, harta benda dan sebagainya. Setiap individu akan cuba berusaha bagi

menjamin penerusan kehidupan dengan mencapai keperluan keselamatan yang

disebutkan oleh Abraham Maslow ini. Rajah 7 menunjukan contoh-contoh biasa yang

melibatkan keperluan keselamatan dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow.

Bebas
hutang
Mempunyai Selamat
pekerjaan yang daripada
tetap bencana

KEPERLUAN
KESELAMATAN

Membeli
insurans

Rajah 7: Contoh Keperluan Keselamatan dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow

Abraham Maslow merujuk manusia sebagai makhluk yang berpandangan optimistik yang

melibatkan psikologi manusia seperti potensi dan kelemahan seseorang. Beliau

berpendapat bahawa aspek keperluan keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-

kanak sehingga orang dewasa. Tamsilnya, seorang kanak-kanak akan berasa resah dan

gelisah jika ketiadaan ibunya. Perkara ini merupakan isu yang biasa kerana kanak-kanak

memang merupakan sebuah golongan yang memerlukan rutin harian, kestabilan dan

persekitaran yang damai. Bagi golongan dewasa pula, mereka lebih memerlukan kepada

undang-undang yang mampu menjaminkan keselamatan di sekelilingnya. Hal ini dapat

menjamin dan memenuhi keperluan ketenteraman dari segi fizikal dan emosi. Bagi

14
golongan remaja pula, keinginan untuk berkasih sayang dan saling mencintai juga menjadi

keperluan pada tahap ini. Penerimaan daripada masyarakat sekeliling juga memain

peranan yang penting bagi golongan remaja seperti sahabat dan rakan sebaya.

Sebagai contoh daripada pengalaman diri, saya memastikan saya bekerja kuat dan

bersungguh-sungguh sehingga dapat membeli keperluan diri seperti membeli sebuah

rumah di kawasan yang kondusif dan persekitaran yang selamat. Perkara ini sangat

penting bagi mengurangkan rasa takut dan kebimbangan apabila keperluan tersebut tidak

dipenuhi. Dengan adanya pekerjaan tetap , saya berasa masa depan saya lebih terjamin

dan selamat. Disamping itu juga, saya membuat perniagaan kecil seperti jualan secara

atas talian untuk menjadikan sebahagian tersebut sebagai wang simpanan bagi waktu-

waktu kecemasan dan sebagainya. Hal ini telah ditegaskan oleh Maslow bahawa untuk

sentiasa berasa selamat dan senang diramal bagi mengurangkan rase takut dan

kegusaran apabila tidak mencapai keperluan yang perlu dipenuhi.

4.0 KEPERLUAN KASIH SAYANG

Seterusnya adalah keperluan kasih sayang atau lebih dikenali sebagai keperluan

sosial. Dalam konteks ini, Maslow merujuk kepada perhubungan cinta, penerimaan dan

sifat kepunyaan dalam diri seseorang. Pada peringkat ini, ia melibatkan segala hubungan

emosi yang mendorong kepada kelakuan manusia. Tamsilnya, hubungan persahabatan,

hubungan romantik sesama manusia, kekeluargaan, kumpulan sosial, kumpulan dalam

berkomuniti serta hubungan dalam berjemaah atau pertubuhan agama. Memiliki

hubungan sesama manusia ini juga sangat ditekankan dalam semua agama seperti Islam,

Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya. Prinsip utama dan kekuatan bagi seseorang

insan adalah memiliki nilai persaudaraan yang tinggi antara satu sama lain. Menurut

Maslow, bagi mengelak masalah kesunyian, kemurungan dan kecemasan dalam diri

15
manusia, seseorang perlulah merasa disayangi dan diterima oleh orang lain. Hubungan

keakraban sesama rakan, keluarga serta pencinta memainkan peranan yang sangat

penting dalam menyempurnakan keperluan kasih sayang dalam diri manusia. Beliau

meneroka bagaimana kasih sayang dan keperluan yang dimiliki dapat memberikan impak

kepada tahap kesejahteraan manusia. Hal ini telah disebut daripada buku beliau sendiri

iaitu Ke arah Psikologi Makhluk (1968) yang mengatakan,

“Saya boleh mengatakan bahawa (sebagai) cinta, dalam erti kata

yang mendalam tetapi boleh diuji, mewujudkan rakan kongsi. Ia

memberikan kepadanya imej diri, ia memberikan kepadanya penerimaan

diri, rasa cinta-kepercayaan, semuanya yang akan membenarkan dia untuk

berkembang . ia adalah persoalan sebenar sama ada perkembangan

sepenuhnya manusia mungkin tanpa ia. ”

(Ke arah Psikologi Makhluk , 1968)

Jika dilihat daripada sudut yang berbeza, contoh keperluan kasih sayang yang berlaku

kepada golongan manusia adalah seperti kanak-kanak yang telah merasa selamat dalam

persekitarannya dan mengalih kepada orang tua atau ahli keluarga. Manakala bagi remaja

pula, mereka mendahagakan kasih sayang dengan mendapatkan penerimaan daripada

sahabat-sahabat serta rakan sebaya. Anyanwu, Omolewa, Adeyeri, Okanlawon dan

Siddiqui (1985) menjelaskan bahawa perasaan cinta dan kedambaan menunjukkan

perlunya menjadi sebahagian daripada kumpulan seperti kumpulan berkeluarga,

kumpulan rakan sekerja, kumpulan persahabatan, serta kumpulan sosial antara satu

masyarakat. Dengan adanya perasaan ini, manusia dapat meningkatkan tahap keyakinan

terhadap kebolehan diri sendiri serta membantu mereka dalam membuat keputusan yang

terbaik dalam kehidupan.

16
Selain itu, saya memastikan mempunyai hubungan yang baik dengan orang sekeliling

dalam kehidupan seperti ahli keluarga, rakan-rakan mahupun teman sekerja. Saya yang

baru sahaja berpindah ke rumah baharu akan sentiasa menghidupkan hubungan

berjemaah di masjid kawasan perumahan dan memastikan hubungan tersebut terus utuh

untuk membina kesan sejahtera pada diri. Hal ini kerana perubahan tempat tinggal,

tempat kerja, tempat belajar menyebabkan seseorang individu akan memenuhi keperluan

tersebut dengan pelbagai cara. Perkara ini dapat mengelakkan rasa terasing iaitu memiliki

keperluan yang tidak dipenuhi yang memberi kesan buruk kepada diri dan juga

perkembangan seseorang. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris, no man is an island yang

membawa maksud seseorang manusia itu tidak mampu untuk hidup berseorangan dan

terasing daripada orang lain seperti sebuah pulau. Oleh itu, keperluan kasih sayang

merupakan keperluan yang sangat diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan

keperluan keselamatan dipenuhi.

5.0 KEPERLUAN PENGHARGAAN

Keperluan pada peringkat ini merupakan aspek yang penting dalam perkembangan

emosi demi mendapat rasa pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan daripada

orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. Kita mahu mempunyai kuasa,

sekurang-kurangnya pada diri kita sendiri. Pada masa yang masa, kita juga perlukan

kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati,

disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

Dalam tahap ini, seseorang itu berkemungkinan mempunyai pekerjaan dan status yang

agak kukuh dan stabil. Jadi, mereka ingingkan rasa tanggungjawab yang sesuai,

pengiktirafan dalam setiap pencapaian yang telah dikecapi. Perkara ini termasuk dengan

17
penghargaan diri sendiri, penghormatan dari orang lain, mendapat kejayaan sosial serta

mendapat kemasyhuran daripada masyarakat sekeliling. Dalam konteks ini, keperluan

penghargaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu penghargaan diri sendiri serta

penghargaan yang diberikan oleh orang lain yang membawa kesan kepada perlakuan

yang lebih produktif. Namun yang demikian, jika keperluan ini tidak tercapai, individu

tersebut akan mengalami beberapa kesan buruk iaitu sering berasa rendah diri dan takut,

sentiasa memerlukan pertolongan orang lain, kelihatan tidak bermaya, kurang

berkeyakinan serta sering takut untuk dikritik oleh orang lain.

Misalanya, saya akan berusaha dengan lebih kuat untuk mencapai hal ini supaya timbul

perasaan dihargai sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Di samping keperluan

untuk perasaan pencapaian dan prestij, keperluan harga termasuk perkara-perkara seperti

harga diri dan nilai peribadi. Seseorang individu itu perlu merasakan bahawa mereka

dihargai dan oleh orang lain dan merasa bahawa mereka membuat sumbangan kepada

dunia. Penyertaan dalam aktiviti profesional, pencapaian akademik, penyertaan sukan

atau pasukan, dan hobi peribadi semuanya dapat memainkan peranan dalam memenuhi

keperluan harga. Oleh itu, dengan mencapai tahap harga diri yang baik ini dan

pengiktirafan orang lain akan merasa yakin dengan kebolehan mereka sekali gus

membantu mereka untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan.

6.0 KEPERLUAN SEMPURNA KENDIRI

Dalam teori humanistik ini, peringkat yang terakhir dan yang tertinggi adalah

peringkat keperluan kesempurnaan kendiri. Maslow juga menenkankan bahawa tahap ini

mempunyai banyak pendekatan yang berbeza dan berkongsi pengajaran manusia

berbeza dengan haiwan, yang mencirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik,

mempunyai potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya mengembangkan potensi

18
tersebut sepenuhnya. Dalam erti kata yang lain, kesempurnaan kendiri merupakan

manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah

menrealisasikan potensi diri masing-masing. Pendekatan ini menekankan keseluruhan

seseorang individu dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan mereka. Dalam

peringkat ini, keperluan kesempurnaan kendiri merankumi kebolehan menggunakan

sepenuhnya potensi serta bakat dan kebolehan yang ada pada diri sendiri. Mereka akan

mencapai keperluan kognitif iaitu keperluan untuk mengetahui dan memahami akan

sesuatu. Oleh sebab itu juga tahap ini dikenali sebagai keperluan rohani kerana perkara

ini berkaitrapat dengan kejiwaan, kepuasan serta perasaan dalaman seseorang individu.

Pada peringkat awal kanak-kanak, selalunya kanak-kanak menzahirkan perasaan ingin

tahu iaitu inkuiri tanpa perlu dipelajari. Manusia memerlukan sifat keperluan mengetahui

dan memahami iaitu mencari makna dalam persekitaran. Oleh itu, asas utama untuk

berinteraksi dengan persekitaran yang matang adalah merupakan salah satu cara untuk

mendapatkan kasih sayang, penghargaan kendiri serta memenuhi potensi kendiri. Namun

yang demikian, jika seseorang tidak berjaya mencapai keperluan tahap ini, hal ini akan

mencacatkan perkembangan dan fungsi personaliti masing-masing.

Keperluan Keperluan
Estetika Merupakan
kognitif
tahap keperluan
yang tertinggi

Mengenali
KEPERLUAN
potensi diri
KESEMPURNAAN
KENDIRI

Rajah 8: Ciri-ciri penting mengenai tahap Keperluan Kesempurnaan Kendiri

19
Merujuk Rajah 8, Teori heiraki keperluan Maslow (1970) menyatakan bahawa keperluan

kesempuraan kendiri mempunyai ciri-ciri manusia seperti berkemampuan melihat diri

sendiri, orang lain dan alam sekeliling, mempunyai kecekapan yang tinggi, mempunyai

perasaan yang sentiasa dihargai, kreatif, mempunyai ciri-ciri orang yang demokratik,

mempunyai hubungan interpersonal, bersikap sopan santun, bersikap spontan,

mempunyai sikap kasih mengasihi dan pergaulan ramah. Individu yang sempurna tidak

semestinya mencapai ciri-ciri kesempurnaan kendiri sekali gus. Jika individu mencapai

kesemua tersebut ia akan dikenali individu unggul. Pada pendapat saya, ciri-ciri apabila

seseorang tersebut yang telah berjaya mencapai tahap keperluan kendiri yang sempurna

adalah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, menerima diri sendiri seadanya,

suka bergaul dengan individu lain tanpa prejudis serta menikmati pengalaman hidup

walaupun berada dalam sesuatu situasi yang mudah mahupun sukar. Oleh yang demikian,

keperluan untuk memenuhi kebolehan menggunakan potensi secara keseluruhan adalah

ciri-ciri tahap yang paling unggul dan tinggi.

20
RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain (1996), Pengurusan Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd., h.112.

Ahmad Shukri Mohd Nain (2002), Tingkahlaku Organisasi, Pengenalan Tingkahlaku

Individu. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. h. 226.

Anyanwu, C.N., Omolewa, M.A, Adeyeri, C.L.K, Okanlawon, A.B. & Siddiqui, A.A. (1985)

Adult Education and Community Development. Ibadan: Heinemann Educational

Books (Nig.) Ltd.

Asubonteng, P., McCleaty, K. J. & Swan, J. E. (1996). SERVQUAL Revisited : A Critical

Review Of Service Quality. Journal Of Service Marketing. 10(6), 62 - 81.

Chew, E. C. (2013). Pengukuran Kualiti Perkhidmatan Pusat Kesihatan Pelajar Universiti

Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah

Deming, W.E. (1986). Out of the Crisis, Cambridge University Press, Cambridge.

Henriksen, D., Mishra, P., Warr, M. and Deep-Play Research Group, 2018. A Cybernetic

Perspective on Design and Creativity: a Conversation with Dr. Paul

Pangaro. TechTrends, 62(1), pp.6-10.

Lewis, S., Cooper, C., Smithson, J. and Dyer, J. (2001) Flexible futures: flexible working

and work-life integration. Report on Phase Two, Institute of Chartered Accountants

in England and Wales, London.

Mohd Tap bin Salleh (1991), Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala

Lumpur: INTAN, h. 54.

Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti Konsep Teori & Praktis. Johor : Universiti

Teknologi Malaysia.

Mulwa, F.W. (2008). Demystifying Participatory Community Development. Nairobi:

Paulines Publications Africa.

21
Roslan R. (2003) Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan

Amalan dalam Tiga Organisasi Terpilih. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Rozhan Othman. (1991). Pengurusan personel dan perancangan guna tenaga. Universiti

Malaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa adan Pustaka.

Richard L. Daft (2012), New Era of Management, International Edition, South Western

Cengage Learning. Bab 8

Supriyono. (2003). Managemen Organisasi. Bandung: Dieta Persada. Hal. 329

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim (2006), ‘Motivasi Pelajar Melalui Pendekatan Psikologi

dalam Kaedah Pengajaran Menuju Pembangunan Holistik’, dalam Prosiding

Seminar Kebangsaan Pengajian Umum, Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi

Malaysia. h. 300.

Yong, Leonard M. S. & Biriamah, Karen. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu- Isu Teoritikal dan

Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Walker, J.W & Gutteridge, T.C (1979). Career Planning Practices: AN AMA Survey Report:

New York: AMACOM.

22

Anda mungkin juga menyukai